Anda di halaman 1dari 2

Jawab dan berikan pendapat soalan berikut:

1. Isu yang berkaitan dengan kehidupan harian pelajar dan mampu mereka
selesaikan seperti masalah sampah kerana semua orang akan menghasilkan
sampah pada setiap hari dan masalah sampah bukan setakat kita asingkan
dan buangkan ke dalam tong sampah sahaja tetapi banyak perkara lagi yang
perlu pelajar fikirkan selepas sampah itu dibuang dan dihantar ke pusat
pungkutan sampah. Apa yang akan berlaku terhadap sampah sarap di situ?
Apakah kesan sampah sarap jika dibiarkan begitu sahaja? Jadi, pelajar perlu
didedahkan isu ini.
2. Sebenarnya senua subjek boleh diintegrasikan dengan pendidikan alam
sekitar tetapi subjek Sains atau Biologi paling sesuai kerana kedua-dua
subjek ini mengkaji hubungan organisma dengan alam persekitarannya.
Fenomenan yang berlaku boleh dijelaskan dengan konsep sains dengan
tepat.
3. Ciri modul yang baik adalah membolehkan pelajar melakukan pelbagai
aktiviti dan memesti ada aktiviti hands-on supaya pelajar dapat aplikasikan
konsep sains yang belajar di dalam kehidupan harian mereka. Melalui
amalan atau eksperimen, pelajar dapat mengingati 90% apa yang mereka
lakukan.
4. Pendekatan pembelajaran berasaskan projek kerana melalui pelajar perlu
menyelesaikan masalah atau isu alam sekitar melalui tugasan. Dalam proses
menyelesaikan tugasan, pelajar akan meneroka banyak lagi maklumat
tentang isu-isu yang perlu diselesaikan.
5. Kalau melalui kaedah merentas kurikulum, mungkin ada guru yang kurang
berminat tentang topik itutidak akan mengajar secara mendalam. Kalau
melalui subjek khas, guru dan pelajar akan lebih fokus dalam isu-isu alam
sekitar.
6. Cabarannya adalah pendidikan alam sekitar adalah yang luas ilmu
pengetahuannya. Guru yang mengajar perlu ada pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang ini. Kemudian, pendidikan alam sekitar bukan
setakat mendapat ilmu pengetahuan sahaja. Ia perlu memastikan pelajar
mengamalkan atau mengapalikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari
dalam kehidupan harian mereka. Guru yang mengajar pun sama bukan
setakat menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi perlu menjadi teladan
kepada anak murid mereka cara mengaplikasikan pengetahuan tersebut
dalam kehidupan harian. Selain itu, pendidikan ala sekitar bukan hanya diajar
di sekolah sahaja. Ia perlu disampaikan kepada semua lapisan masyarakat
terutamanya yang pihak membuat polisi.
7. Guru boleh mulakan melalui aktiviti seperti gotong royong, aktiviti
kokurikulum, pertandingan, pameran, mewujudkan sudut pendidikan alamm
sekitar yang boleh dilihat oleh semua warga sekolah. Bermulakan aktiviti
kitar semula di sekolah, mengadakan hari atau kempen untuk menyambut
Hari Bumi, menyampaikan maklumat melalui PA sistem atau menayangkan
video berkaitan dengan isu-isu alam sekitar melalui TV yang dipasangkan di
kantin.

Anda mungkin juga menyukai