Anda di halaman 1dari 11

Tugasan 3

Aktiviti 2

1.0

Pengenalan

Pengubahsuaian dalam strategi pengajaran dan penilaian serta kurikulum yang disediakan pada masa ini terutamanya dalam Dunia Sains dan Teknologi akan mengalakkan murid-murid sekolah rendah mengembangkan kefahaman yang lebih baik terhadap konsep-konsep sains. Pada tugasan ini,

pengubahsuaian yang perlu dilakukan ialah dari segi penggunaan bahan bantu mengajar. Kandungan bahan yang digunakan untuk diubahsuai dengan

mengambil kira jenis keupayaan murid. Ianya perlulah menarik dan memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran khusus untuk memenuhi keperluan murid-murid di sekolah rendah

2.0

Maksud pengubahsuaian dalam aspek pengajaran sains.

Pengubahsuaian peralatan sains ialah bermula dengan suatu idea yang lama dan dibentuk menjadi sesuatu idea yang baru.

Selain itu, pengubahsuaian juga disebabkan masalah untuk menjimatkan kos atau untuk menghasilkan alatan yang membantu pengajaran yang mempunyai topik dan konsep yang sukar untuk diajar.

Pengubahsuaian perlu dijalankan dengan teratur selepas melakukan beberapa kajian dan analisis yang teliti.

Tambahan lagi, dengan melakukan pengubahsuaian ini, hendaklah dilakukan tanpa mengubah idea yang asal dan ianya juga perlu melibatkan murid-murid untuk merasai suasana pembelajaran yang bermakna.

3.0

Pemilihan topik daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah.

Tahun

: 5

Tema

: Menyiasat Benda-benda Hidup

Bidang pembelajaran Objektif pembelajaran : :

Unit 3 : Rantai Makanan dan Siratan Makanan

Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat 3.1 Memahami rantai makanan.

Hasil pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat 1) Mengenalpasti haiwan dan makanannya 2) Membina rantai makanan

Idea asal

: Guru

hanya

menggunakan

powerpoint

slides

untuk

membentangkan kepada pelajar dan juga gambar-gambar haiwan semasa pembelajaran dan pengajaran.

Masalah

: Guru menghadapi masalah untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik tentang topik rantai makanan ini. Kos yang agak tinggi untuk membeli patung-patung haiwan di kedai.

Pengubahsuaian/ cara mengatasi :

Guru ingin menghasilkan sesuatu yang baru dan menarik untuk diajar dan mengubahsuai idea haiwan asal iaitu

menggunakan

gambar-gambar

dengan

menghasilkan satu persembahan 3D kepada pelajar.

Bahan mengajar

bantu Persembahan 3D tentang topik rantai makanan. :

4.0

Analisis manfaat kos

Kenalpasti kelebihan kos dengan membandingkan kos pembinaan dan kos pembelian. Ini bermaksud, adakah kos pembinaan lebih murah berbanding dengan harga kos pembelian. Adakah kos pembinaan berbaloi berbanding harga kos pembelian.

Harga kos untuk pembinaan ubahsuai bahan bantu mengajar yang dibina :

Bahan Kertas keras Batang aiskrim Polisterin Kertas warna Kertas hitam Kapas Kad manila Rumput plastic Pokok-pokok Bunga-bunga Kolam Gam Double tape Jumlah

Harga (rm) 3.00 Sedia ada Sedia ada Sedia ada Sedia ada 1.00 Sedia ada 2.00 1.70/set 1.70/set 1.70/set Sedia ada Sedia ada Rm 11.10

5.0

Peralatan yang diperlukan

Pastikan peralatan yang diperlukan dalam pengubahsuaian hendaklah sentiasa tersedia supaya pengubahsuaian berjalan lancar. Contoh peralatan yang digunakan ialah:

Polisterin

Kolam

Warna air

Bunga

Kad manila

Kertas lukisan

Rumput

Pokok

Kertas hitam

6.0

Kemahiran yang diperlukan Guru perlu memastikan dirinya menguasai kemahiran asas yang diperlukan seperti menggunting, melekat, menyusun, memilih dan beberapa langkah asas yang lain. Selain itu, guru perlulah berfikiran kreatif dalam menghasilkan produk yang menarik perhatian pelajar. Guru juga perlu mengetahui beberapa langkah yang diambil bagi menyiapkan bahan bantu mengajar dengan sempurna.

7.0

Proses pembinaan bahan bantu mengajar

Langkah 1 : Pengumpulan bahan Membuat lakaran awal tentang bahan bantu mengajar yang akan dibuat. Mengumpul dan menyediakan bahan

yang perlu digunakan semasa proses penyiapan bahan. Memastikan barang-barang dan segala peralatan yang akan digunakan cukup. ***Proses penyediaan peralatan dilakukan untuk mengelakkan berlakunya masalah

ketiadaan alatan semasa menyiapkan bahan bantu mengajar.

Langkah 2 : Penyediakan asas persembahan Lipatkan kad bord menjadi dua bahagian untuk dijadikan seperti bentuk 3D. Kemudian, balut polisterin yang diukur mengikut saiz kelebaran kad bord yang tersedia dijadikan makanan. Seterusnya, lekatkan kadbord hitam yang siap dibalut di atas kad bord yang dilipat tadi. Bahagian belakang pentas perlu dengan pentas kertas hitam untuk rantai

persembahan

dilukiskan dengan latar belakang yang sesuai.

Gunakan lukisan

pensil dan

untuk

lukiskan

draf warna bagi

kemudian warna air

menggunakan

menjimatkan masa menyiapkan bahan.

***Proses penyediaan mengajar topic rantai

pentas 3D untuk makanan dapat

membantu menarik minat pelajar. Langkah 3 : Penyediaan rantai makanan Sediakan gambar-gambar haiwan yang berkaitan untuk diajar dalam proses rantai makanan. Dua rantai makanan yang disediakan di dalam persembahan 3D tersebut. Kemudian, sediakan nama-nama haiwan yang terlibat ini. dalam proses rantai tersebut

makanan

Nama-nama

didirikan dengan polisterin secara mudah alih untuk aktiviti pengajaran. Guru juga menyediakan pocket chart untuk membantu pelajar melibatkan diri dalam menyusun nama-nama haiwan dengan betul. Gambar-gambar haiwan yang digunakan dilekatkan dengan batang aiskrim untuk dicucuk di polisterin yang disediakan bagi membantu untuk dilihat sebagai

persembahan 3D. Gambar-gambar digunakan dan perkataan jelas yang bagi

hendaklah

memastikan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran berjalan lancar. *** Semua gambar yang digunakan dan didirikan adalah bertujuan untuk membantu pelajar memahami topic yang diajar dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.

Langkah 4 : Perhiasan rantai makanan Tambahkan segala perhiasan yang dibeli seperti pokok hiasan, bunga hiasan, dan rumput hiasan. Kemudian, sediakan anak panah yang menunjukkan yang diajar. ***Perhiasan adalah sangat membantu guru untuk menerangkan keadaan sesuatu tempat bagi haiwan tersebut sebagai contoh ialah habitat haiwan. proses rantai makanan

Langkah 5 : Persembahan pentas rantai makanan (3D) Pocket chart yang disediakan ditampal di bahagian latar belakang pentas. Sediakan tajuk besar bagi menjelaskan bahan bantu mengajar yang dibuat. Siapkan segala bahan yang digunakan untuk dipersembahkan. ***Penyediaan pocket chart adalah salah satu cara penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

8.0

Ujian lapangan Selepas langkah dan proses pembinaan selesai, tindakan seterusnya ialah

percubaan bahan ataupun ujian lapangan. Ujian ini dilakukan di atas beberapa orang rakan. Hasilnya, bahan yang dihasilkan boleh digunakan dengan baik dan setiap daripada mereka akan berpeluang menggunakannya. Jika ini dilakukan di dalam kelas, pelajar dapat mengambil giliran untuk mencuba melakukan aktiviti tersebut iaitu mengambil nama haiwan dan masukkan ke dalam pocket chart yang dibuat. Ujian lapangan dilakukan bagi memastikan bahan yang terhasil mempunyai masalah atau kerosakan.

9.0

Penutup Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan pengubahsuaian yang

dilakukan. Walaupun dengan menggunakan powerpoint slides dan gambar-gambar haiwan dapat menjimatkan masa, tetapi ianya tidak dapat memberi pengajaran yang bermakna kepada pelajar. Pelajar tidak berpeluang untuk mencuba aktiviti seperti yang dijalankan. Selain itu, pengubahsuaian ini dilakukan bagi menjimatkan kos. Oleh sebab itu, banyak bahan yang tersedia ada digunakan bagi menghasilkan pengubahsuaian ini daripada membeli patung-patung haiwan dengan harga yang mahal. Walaupun ianya sangat mengambil masa, tetapi dengan menghasilkan pengubahsuaian rantai makanan ini ianya boleh digunakan seberapa kali yang boleh kerana topic haiwan banyak diajar di dalam sukatan pelajaran Malaysia. Pengubahsuaian seterusnya boleh dijadikan sebagai siratan makanan. Ini membantu bagi mengelakkan pembaziran. Ianya sangat berbaloi kerana banyak unit yang boleh diajar dengan menggunakan bahan yang sama.

Refleksi Sepanjang menyiapkan tugasan Pengurusan Makmal Sains dan Sumber (SCE 3112), banyak yang telah dipelajari terutamanya dari segi pengurusan makmal. Sebagai seprang pelajar, banyak yang dipelajari dan sebagai seorang bakal pengajar, banyak yang perlu dipelajari bagi menambahkan ilmu sebagai seorang guru sains. Saya akui banyak kelemahan yang ada berbanding kelebihan terutamanya dari segi pengurusan makmal dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Oleh sebab saya sedar akan kelemahan diri ini, saya mencari bimbingan dari pada orang sekeliling saya terutamanya rakan-rakan sekelas. Menjadi seorang guru sains sangat mencabar kerana banyak kemahiran yang perlu dikuasai di dalam kelas. Pelbagai aspek perlu dititikberatkan bagi memenuhi criteria sebagai seorang guru sains yang cemerlang. Sebagai contoh, guru sains perlu ada kemahiran dalam kawalan kelas, kemahiran manipulative alatan, kemahiran asas sains dan sebagainya. Banyak pengalaman baru yang dilalui. Sebagai seorang guru sains sekolah rendah, banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan. Dalam mengendalikan sebuah makmal, bahan-bahan yang berada di dalam makmal, guru sains juga perlu memberi kawalan dan perhatian lebih kepada pelajar. Ini kerana, mengajar sains bagi pelajar sekolah rendah lagi mencabar berbanding sekolah menengah dan atasan. Selain itu, sebagai guru sains sekolah rendah, saya hendaklah berfikir secara kreatif dan kritis bagi mengeluarkan idea-idea yang bernas dan menarik perhatian pelajar. Pelajar zaman sekarang perlu didedahkan dengan pengajaran yang bermakna dan mereka berpeluang merasai sendiri aktiviti yang dilakukan di dalam makmal. Mengajar sains perlulah menarik kerana tidak semua pelajar minat akan matapelajaran sains ini. Banyak ilmu yang perlu ditingkatkan lagi bagi menjadi guru sains yang cemerlang. Banyak prosedur yang perlu diketahui dalam menguruskan makmal. Prosedur yang banyak perlu diketahui terutamanya dari segi pengurusan makmal, peralatan di dalam makmal, kemahiran mengendalikan specimen, kemahiran mengendalikan bahan, menghasilkan bahan bantu mengajar dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai