Anda di halaman 1dari 9

PROJEK TANAMAN HIDROPONIK 1) Matlamat : Projek Tanaman Hidroponik yang disediakan ini adalah bertujuan sebagai satu program

yang dapat membantu meningkatkan pemahanan dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada di kalangan murid tahun 4 di samping menguasai semua aspek perkembangan, kemahiran asas justeru memberikan pengetahuan secara mendalam secara perlahan-lahan.

Dalam pada itu, tujuan utama projek ini adalah untuk memberikan

pemahaman yang lebih jelas mengenai proses pertumbuhan pokok. Murid akan didedahkan dengan pengalaman yang sebenar menggunakan bahan maujud serta mengenali transformasi dalam teknologi. Dengan adanya
projek seperti ini, sedikit sebanyak telah memberikan impak yang berguna dalam meningkatkan tahap pengetahuan tentang suatu topik yang dilaksanakan. Malahan, proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dijalankan tanpa menerima banyak gangguan daripada murid sepanjang menjalankan eksperimen. Ini kerana, aktiviti yang disediakan adalah berorientasikan murid.

Dalam pendidikan amat menitikberatkan pendekatan Belajar Melalui Bermain yang tidak formal dalam proses pengajaran pembelajaran untuk membantu murid belajar dan menghadapi dunia sebenar dalam keadaan yang mengembirakan, selesa, selamat dan tiada tekanan.

Penekanan kepada konsep mudah ubah adalah menjadi kunci utama kepada pelaksanaan pendidikan sekarang. Guru-guru seharusnya bijaksana untuk

menyesuaikan situasi pengajaran dan pembelajaran dengan keperluan, kebolehan dan latar belakang murid.

2) Objektif

2.1) Objektif Am :
1. Meningkatkan pengetahuan murid tentang fakta-fakta dan istilah-istilah

Sains dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid memahami


dan meminati matapelajaran sains. 2. Dapat menaikkan minat dan keyakinan diri murid untuk melaksanakan sesuatu yang baru. 3. Dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid semasa eksperimen dijalankan. Boleh dijadikan sebagai pengukuhan kepada suatu tema yang telah dipelajari. 4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kerana melibatkan semua murid sepanjang aktiviti dijalankan.

2.2) Objektif Khusus :


Dengan adanya Projek Tanaman Hidroponik : 1. Menanamkan minat murid dalam Dunia Sains melalui aktiviti pembelajaran yang berkesan. 2. Merancang aktiviti dan penggunaan bahan semasa pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.

3. Memberikan pendedahan awal kepada murid tentang fakta-fakta Sains yang mudah dan ringkas. 4. Memberikan pendedahan dan pemahaman yang mendalam berkaitan dengan istilah-istilah Sains. 5. Dapat memberikan pemahaman yang lebih nyata tentang suatu konsep yang di sampaikan. 6. Dapat memastikan pencapaian murid-murid melalui perancangan yang dibuat dan diaplikasikan dalam bilik darjah. 7. Membolehkan guru melihat sejauh mana keberkesanan perancangan dalam melaksanakan sesuatu idea baru. 8. Mensasarkan sekurang-kurangnya 95% murid berjaya menguasai konsep Sains dengan baik.

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIJALANKAN 1. Mengambil kira latar belakang murid berbeza dari segi latar belakang peribadi, kecenderungan pembelajaran. 2. Perbezaan individu menentukan masa yang sesuai untuk belajar dan kadar kemampuan memperoleh ilmu. 3. Semua deria murid digunakan untuk aktiviti pembelajaran yang berkesan. 4. Menekankan pembelajaran melalui pengalaman yang menggunakan bahan maujud. 5. Mengutamakan belajar melalui bermain dalam suasana yang riang. 6. Pembelajaran hendaklah dijalankan secara bersepadu. 7. Meransang inisiatif, imaginasi dan kreativiti semasa murid belajar. 8. Menggalakkan interaksi yang mesra antara murid dengan guru, pembantu guru dan rakan sebaya. 3) Manual Pelaksanaan Projek Tanaman Hidroponik 3.1 Kandungan a) takung plastik b) penutup takung (polistirena)

c) pasu semaian (8 unit) d) kapas nilon e) 3 jenis baja f) 2 jenis biji benih ( sawi dan sawi putih ) 3.2 Langkah-langkah 1. Isikan air ke dalam takung plastik sedalam 2 cm. Perhatian: sekiranya menggunakan air paip atau air tangki, pastikan ia telah tersimpan antara dua hingga tiga hari (supaya bebas dari klorin ). Air hujan yang diambil selepas hujan lebat juga boleh digunakan kerana ia tidak mengandungi bahan-bahan kotor atau kimia. 2. Masukkan kapas nilon ke dalam pasu semaian dan kapas tersebut perlu dijuntaikan di antara 2-3 cm melalui lubang bawah pasu supaya dapat menyerap air. 3. Semaikan sebanyak lima (5) biji benih bagi setiap pasu semaian di atas kapas. (pastikan kapas basah). 4. Letakkan pasu-pasu yang mengandungi biji benih itu ke dalam takung plastik dan pastikan takung itu diletakkan di tempat yang tidak telus cahaya. (Benih akan rosak jika terkena cahaya matahari yang panas). 5. Benih akan bercambah selepas lima hingga tujuh hari, kemudian pindahkan pasu semaian ke dalam lubang-lubang yang terdapat di atas penutup takung. 6. Isikan air ke dalam takung, tetapi pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok di permukaan air untuk pernafasan akar. 7. Masukkan baja kasar (putih) dahulu ke dalam air takung dan kacau sehingga larut dan masukkan baja halus (putih) seterusnya baja (hijau). Proses ini adalah untuk mengelakkan tindak balas antara baja. 8. Letakkan takung plastik di bahagian patio atau balkoni yang terlindung daripada hujan (hujan akan bertindak balas dengan baja). Ianya perlu mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari atau buat bumbung yang ringkas (seperti meletak plastik PVC ke atas takung). 9. Proses pertumbuhan daripada biji benih sehingga tiba masa menuai mengambil masa selama 25-30 hari. 3.3 Persediaan peringkat awal 1. Pada peringkat awal, guru berinteraksi dengan murid berkenaan dengan tumbuh-tumbuhan. 2. Menerangkan tentang kepentingan tumbuhan kepada kehidupan manusia. Mengaitkan kehidupan manusia dengan pokok. Keperluan yang diperlukan oleh manusia seperti air, udara dan cahaya. 3. Mempamerkan gambar yang menunjukkan perbezaan antara pokok yang mendapat elemen untuk membesar dan sebaliknya.

4. Untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas, bawa murid untuk menjalankan eksperimen tersebut. Bahagikan kepada beberapa kumpulan. 5. Asingkan beberapa semaian kepada yang mendapat semua keperluan untuk membesar, dan yang lain letakkan di dalam tempat yang gelap. 6. Setelah beberapa minggu, bawa murid untuk melihat perbezaan. 7. Menjalankan sesi bersoal jawab dengan murid tentang pemerhatian tersebut. 3.4. Peringkat kedua 1. Perkenalkan kepada murid tentang alatan yang akan digunakan untuk menjalankan projek Hidroponik. 2. Penerangan kali ini adalah kesinambungan daripada projek tanaman yang dijalankan terlebih dahulu. 3. Mengimbas kembali elemen yang diperlukan oleh pokok untuk membesar. (air, udara, cahaya). 4. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan, terangkan cara menjalankan eksperimen tersebut menggunakan kaedah Hidroponik. 5. Setiap minggu pastikan membawa murid melihat perbezaan yang berlaku dan mencatat dalam kad yang disediakan. 6. Jalankan sesi bersoal jawab dengan murid tentang aspek-aspek yang dapat dilihat.

Kaedah yang digunakan adalah berdasarkan kesepaduan antara Tunjang. Teknik pelaksanaan program adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan murid . Berasaskan Pendekatan P&P disekolah Program ini mengandungi tema-tema dalam pengajaran dan pembelajaran dalam sukatan matapelajaran Sains tahun 4.

4) Keberkesanan / Impak : Program ini telah membuahkan impak yang positif di kalangan murid-murid prasekolah. Sekiranya pembelajaran hanya dijalankan dalam bentuk teori dan tiada kesinambungan daripada apa yang diterangkan, murid agak sukar untuk mendapat pemahaman yang lebih jelas. Hal ini akan membuatkan murid kurang berminat untuk mengikuti pelajaran yang di sampaikan.

Oleh yang demikian, guru perlu merancang satu aktiviti yang bersesuaian, jelas malahan menarik serta mudah untuk difahami. Seperti mana projek tanaman hidroponik ini dijalankan, murid terlebih dahulu telah didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai proses tumbesaran pokok. Sebagai kesinambungan kepada pelajaran tersebut, teknik tanaman pokok sayuran dengan kaedah lama dijalankan. Dengan cara ini, murid-murid akan bersama-sama bergotong-royong untuk menyediakan medium tanaman.

Di samping menerapkan kepelbagaian nilai dalam setiap tunjang, minat murid tidak terus terkubur, akan tetapi disuntik dengan minat untuk terus menjalankan aktiviti yang agak mencabar minda. Konsep Tanaman Hidroponik telah memberikan penjelasan yang terperinci dimana murid boleh melihat sendiri proses pokok itu membesar.

5) Kos Projek : Bagi menyediakan Projek Tanaman Hidroponik ini tidak memerlukan kos yang tinggi malahan lebih ekonomik. Ini kerana, bahan eksperimen yang diperlukan mudah diperolehi. Guru perlu menyediakan kad tarikh semaian dan kad laporan pemerhatian yang akan diisikan oleh murid sepanjang minggu.

Set tanaman hidroponik boleh juga diperbanyakkan dengan menggunakan bahanbahan yang diolah supaya menjadi bentuk yang sama seperti set tanaman hidroponik. Bahan yang diperlukan juga senang untuk diperolehi. Sebagai contoh, guru perlu menyediakan basin, polisterin, benang, cawan plastik kecil, baja dan biji benih. Dengan cara ini juga, projek tanaman hidroponik dapat diperbanyakkan.

Dalam pada itu, adalah lebih ekonomik menggunakan bahan terbuang seperti sabut kelapa atau span yang mudah doperolehi bagi menggantikan benang yang dijual. Sepanjang proses menyediakan projek ini, didapati ia tidak memakan masa yang agak panjang dan mudah disediakan kerana guru hanya perlu menyediakan set tanaman. Guru perlu mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan, dan

membuat demonstrasi cara melaksanakan aktiviti.


6) Masa : Projek Tanaman Hidroponik ini dijalankan pada waktu pembelajaran Tunjang Sains Dan Teknologi. Projek ini merupakan kesinambungan daripada program tanaman pokok sayuran menggunakan kaedah lama. Projek tanaman menggunakan pasu dan tanah terlebih dahulu dijalankan. Walau bagaimanapun, projek ini telah dimodifikasikan kepada bentuk hidroponik. Melalui cara ini, murid dapat membuat perbandingan antara dua jenis kaedah tanaman. Kesannya, murid dapat melihat proses pertumbuhan bermula dengan semaian, percambahan biji benih sehinggalah pokok itu membesar dengan lebih jelas.

Sepanjang proses tanaman membesar, murid di berikan tugasan untuk merekod pemerhatian. Pemerhatian akan dijalankan selang beberapa hari untuk melihat perubahan pada tanaman tersebut. Proses merekod pemerhatian adalah dengan bimbingan guru.

Dalam pada itu, guru tidak berasa bimbang mengenai keselamatan murid memandangkan set tanaman akan diletakkan di suatu sudut di dalam kelas. Maka, murid tidak perlu ke luar kelas untuk melihat tanaman tersebut. Penutup : Lazimnya, setiap murid mempunyai kecerdasan dan kadar keupayaan yang berbeza antara setiap individu. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran sering tercicir semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya murid ini mempunyai sifat kendiri yang agak pasif serta kurang keyakinan diri malahan tidak mempunyai motivasi untuk belajar.

Sebagai seorang Guru Prasekolah yang mengendali dan berhadapan dengan murid seperti ini, adalah sewajarnya saya memikirkan suatu langkah alternatif untuk mengatasi masalah ini agar murid yang lemah tidak terus berakhir dengan kelemahan.

Seperti mana saya difahamkan bahawa guru-guru prasekolah mengalami masalah untuk menyampaikan pengajaran yang berkaitan dengan Tunjang Sains Dan Teknologi. Ini adalah disebabkan murid sukar untuk memahami konsep yang cuba disampaikan. Oleh yang demikian, saya mengambil inisiatif dengan menyediakan pembelajaran yang lebih bersifat menyeronokkan serta mampu menarik keseluruhan murid untuk mengikutinya.

Walaupun dengan menggunakan kaedah dan bahan yang telah sekian lama diaplikasikan, murid perlu juga dideahkan dengan teknologi baru malahan dapat

melihat suatu konsep yang disampaikan dengan lebih jelas. Maka, saya telah memikirkan satu alternatif iaitu menyediakan Projek Tanaman Hidroponik. Pada pandangan saya, proses penyediaan projek ini sangat mudah dan praktikal memandangkan ia tidak melibatkan kos yang tinggi.

Program ini telah memberikan impak yang positif di kalangan murid prasekolah kerana ia memberikan pengetahuan dengan lebih jelas berkaitan dengan proses tumbesaran pokok. Saya berpendapat bahawa projek ini mampu memberikan pengalaman dan pengetahuan secara menyeluruh.

Saya akan meneruskan Projek Tanaman Hidroponik ini pada masa-masa akan datang dengan menyediakan dan menyusun semula aktiviti dengan lebih sistematik bagi memudahkan murid menjalankan aktiviti. Saya juga berharap program ini dapat di guna pakai oleh para guru prasekolah yang lain.

Kejayaan murid-murid kita sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah yang tepat, kesungguhan guru dan kesediaan murid pada usia mereka masih kecil. Daya kreatif seseorang guru telah memberi sumbangan bagi meningkatkan tahap pencapaian seseorang murid. Walaupun Tunjang Sains Dan Teknologi merupakan satu komponen pengajaran dan pembelajaran yang sukar untuk disampaikan bagi sesetengah guru prasekolah, namun ianya dapat diatasi dengan menyediakan suasana pembelajaran yang aktif dan tidak membosankan.

Anda mungkin juga menyukai