Anda di halaman 1dari 12

 

LAPORAN PROJEK BERKUMPULAN


PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH
LMCK 1421

TAJUK PROJEK:
PENANAMAN HIDROPONIK MENGGUNAKAN
BAHAN KITAR SEMULA (BOTOL MINUMAN)

NAMA PENSYARAH:
PUAN NUR JUMAADZAN ZALEHA BINTI MAMAT

NAMA PELJAR:
NURUL AKMAL BINTI ISMAIL

NO MATRIK:
A 148691


 
ABSTRAK
Terdapat banyak botol-botol minuman yang tidak digunakan di sekitar UKM mahupun luar
UKM. Walaupun botol-botol minuman tersebut boleh dikitar semula namun masih banyak
botol minuman yang dibuang begitu sahaja. Perkara ini dikhuatiri boleh menjejaskan alam
sekitar sekiranya tiada langkah yang diambil bagi mengurangkan pembuangan botol-botol
minuman tersebut. Kaedah penanaman hidroponik menggunakan botol minuman adalah salah
satu cara untuk mengurangkan pembuangan botol minuman selain kitar semula. Oleh itu,
kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat cara menggunakan kaedah
hidroponik. Hidroponik merupakan kaedah penanaman tumbuhan yang menggunakan medium
air dengan kata lain menanam tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Penanaman hidroponik ini
sangat mudah untuk dilakukan dan tidak mengambil masa yang lama.

ii 
 
ISI KANDUNGAN

Halaman

ABSTRAK ii

ISI KANDUNGAN iii

1.0 PENGENALAN 1
1.1 Apa itu hidroponik?
2.0 PEMASALAHAN 2
3.0 OBJEKTIF 2
4.0 DAPATAN KAJIAN 3-5

4.1 Cara membuat tanaman hidroponik

4.2 Kelebihan kaedah hidroponik

5.0 PENGLIBATAN PELAJAR 6


6.0 REFLEKSI 7
7.0 RUJUKAN 8
8.0 LAMPIRAN 9

iii 
 
1.0 PENGENALAN

1.1 Apa itu Hidroponik?


Hidroponik berasal dari bahasa Yunani iaitu "hydro" yang bererti air dan "ponics" yang
bererti daya atau tenaga atau tenaga kerja. Jadi menanam dengan sistem hidroponik
bermaksud menanam menggunakan medium air atau tenaga kerja air. Hidroponik juga
dikenali sebagai ‘soilless culture’ atau tanaman tanpa menggunakan medium tanah. Jadi
hidroponik bererti tanaman yang memanfaatkan air dan tanpa menggunakan tanah sebagai
medium tanaman.

Hidroponik merupakan kaedah penanaman yang mesra alam kerana tidak memerlukan
racun perosak. Selain tidak memerlukan banyak air seperti bercucuk tanam secara
konvensional, kaedah ini juga sama sekali tidak memerlukan penyiraman. Meskipun tidak
menggunakan tanah, kaedah itu tidak hanya menggunakan air semata-mata. Ia
memerlukan unsur lain untuk mendukung pertumbuhan tanaman seperti pasir, sabut
kelapa, pecahan batu bata dan batu karang, batu apung, potongan kayu atau kawat kasa
nilon.

Perkembangan tanaman hidroponik agak ketinggalan akibat kerisauan terhdap kuaantiti


hasil tanaman. Pada dasarnya, tanaman sayuran atau buah-buahan yang dihasilkan dengan
cara hidroponik memiliki kualiti yang lebih baik kerana bebas dari bahan kimia yang
berbahaya. Namun, kaedah ini tidak sesuai untuk semua jenis tanaman. Ianya sesuai untuk
tanaman seperti tomato, bayam, kangkung dan sawi.


 
2.0 PEMASAALAHAN

Dalam konteks sekarang ini, penyelidik melihat terdapat banyak botol minuman yang
dibuang begitu sahaja. Oleh yang demikian, penyelidik berminat untuk mengkaji tentang
satu kaedah penanaman yang banyak memberikan kebaikan serta boleh mengurangkan
pembuangan botol-botol minuman iaitu penanaman hidroponik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk:


3.1 Memberi pendedahan kepada masyarakat cara menggunakan kaedah
hidroponik.
3.2 Menjelaskan bagaimana kaedah hidroponik dapat melestarikan alam sekitar.
3.3 Mengenal pasti kelebihan menggunakan kaedah penanaman hidroponik.


 
4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Cara Membuat Tanaman Hidroponik

Terdapat pelbagai cara untuk membuat tanaman hidroponik ini. Cara penanaman yang
paling mudah ialah dengan menggunakan botol minuman yang terpakai. Berikut adalah cara-
cara membuat tanaman hidroponik yang paling mudah:

1) Sediakan bahan-bahan seperti botol minuman, baja organik, biji benih, tisu basah,
gunting dan sudu.

2) Kemudian, buang plastik pada botol tersebut dan tandakan bahagian yang ingin
dipotong pada botol tersebut.

3) Seterusnya, potong botol minuman pada tempat yang telah ditanda supaya menjadi
dua bahagian.

4) Langkah seterusnya ialah buat lubang pada penutup botol kemudian masukkan tisu
basah dan simpulkan ia.  Tisu basah tersebut perlulah dibasuh bagi menghilangkan
bahan pewangi pada tisu tersebut.


 
5) Masukkan air ke dalam bahagian bawah botol secukupnya.

6) Kemudian, masukkan baja organik pada bahagian atas botol seperti dalam rajah di
bawah:

7) Akhir sekali, taburkan biji benih di atas baja organik tadi.


 
4.2 Kelebihan Kaedah Hidroponik

Penanaman hidroponik mempunyai banyak kelebihannya berbanding penanaman biasa.


Antara kelebihannya adalah pertumbuhan tanaman yang dua kali ganda lebih cepat berbanding
penanaman biasa. Penanaman secara hidroponik ini juga dapat menjimatkan ruang kerana
ianya tidak memerlukan kawasan yang luas. Seterusnya, kos penjagaan juga lebih kecil kerana
penanaman hidroponik ini mudah untuk dilaksanakan dan mudah untuk dijaga.

Selain itu, dengan menggunakan kaedah hidroponik ini, hasil penanaman menjadi lebih
sihat jika dibandingkan hasil penanaman biasa serta kebersihannya juga lebih terjamin. Risiko
untuk tanaman diserang hama dan penyakit juga lebih kecil kerana kaedah ini menggunakan
medium air.

Akhir sekali, kaedah hidroponik ini dapat melestarikan alam kerana kita boleh
menggunakan botol-botol minuman yang terpakai untuk menanam. Hal ini telah melengkapkan
objektif penyelidik. Bekas-bekas terpakai selain botol minuman juga boleh digunakan untuk
membuat tanamn hidroponik ini. Dengan ini selain kitar semula botol minuman kita juga boleh
guna semula botol tersebut untuk mendapatkan hasil yang lebih baik iaitu hasil tanaman. Dapat
dilihat bahawa kaedah ini bukan sahaja menguntungkan dari segi hasil tanamannya malah dari
segi pelaksanaanya juga sangat mudah.


 
5.0 PENGLIBATAN PELAJAR

Sepanjang menjalankan tugasan tentang kaedah hidroponik ini, setiap orang daripada
ahli kumpulan kami telah diagihkan tugas masing-masing. Dua orang perlu menyediakan video
untuk mempersembahkan cara-cara membuat tanaman hidroponik dan tiga orang lagi perlu
membuat poster untuk pembentangan. Namun kami semua tetap saling membantu walaupun
telah diagihkan tugas.

Saya terlibat dalam menyiapkan video bersama seorang lagi ahli kumpulan. Pembuatan
video ini adalah menggunakan movie maker dan ianya tidaklah mengambil masa yang lama
untuk membuatnya. Gambar-gambar yang digunakan dalam video tersebut adalah diambil
sendiri oleh kami ketika membuat tanaman hidroponik tersebut. Video ini berkaitan cara untuk
membuat tanaman hidroponik yang paling mudah menggunakan botol minuman. Video
tersebut kemudiannya dimuat naik di laman sosial youtube supaya orang ramai boleh
menontonnya. Laman web video yang dimuat naik di youtube boleh dirujuk di bahagian
lampiran.

Seterusnya, selain daripada membuat poster dan menyediakan video semua ahli
kumpulan terlibat dalam membuat tanaman hidroponik. Masa yang diambil untuk membuat
tanaman ini sangat singkat iaitu satu hari sahaja. Bijih benih yang digunakan dalam tanaman
kami ialah biji benih sawi hijau, sawi putih, kacang buncis dan kangkung. Kemudian, tanaman
tersebut diletakkan di rumah tumbuhan dalam UKM kerana disitu lebih sesuai untuk
mendapatkan cahaya berbanding diletakkan didalam bilik.


 
6.0 REFLEKSI

Setelah menyelesaikan tugasan berkaitan tanaman hidroponik ini, dapat dilihat bahawa
tanaman hidroponik cukup mudah dilakukan dan hanya memerlukan kos yang kecil. Setiap
orang boleh membuatnya termasuklah pelajar-pelajar kolej kerana ia tidak memerlukan ruang
yang luas. Kaedah ini juga lebih menguntungkan dari segi hasilnya jika dibandingkan tanaman
biasa.

Saya berpendapat bahawa kaedah hidroponik ini perlu dihebahkan kepada semua
masyarakat agar lebih ramai yang tahu tentang kelebihan kaedah ini. Dengan itu, lebih ramai
yang akan berminat untuk menjalankan penanaman secara hidroponik. Selain itu, kaedah ini
juga perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar di sekolah supaya mereka lebih terdedah dengan
kaedah hidroponik yang menguntungkan ini.

Di samping itu, kaedah hidroponik ini merupakan kaedah penanaman yang mesra alam
kerana tidak memerlukan racun perosak. Selain mesra alam, ianya juga dapat melestarikan
alam sekitar kerana mengguna semula botol-botol minuman. Daripada botol minuman dibuang
begitu sahaja lebih baik jika kita gunakannya untuk hasilkan sesuatu yang berguna.

Akhir sekali, jelaslah bahawa kaedah hidroponik memberikan banyak keuntungan


bukan sahaja kepada manusia malah kepada alam sekitar.


 
7.0 RUJUKAN

Rosliani, Rini, dan Nani Sumarni. 2005. Budidaya Tanaman Sayuran dengan sistem
hidroponik. Balai penelitian tanaman sayuran: 3

Dr. Sc. Agr. N. Nurlaeny, Ir,Ms. 2014. Teknologi Media Tanam Dan Sistem Hidroponik.
Perputakaan Nasional RI, Katalog Dalam Terbitan (KDT): 2012-222


 
8.0 LAMPIRAN

Gambar-gambar pembuktian sepanjang menjalankan tugasan:


8.1 Gambar di rumah tumbuhan

8.2 Gambar hasil tanaman

8.3 Laman web video yang dimuat naik di youtube


https://youtu.be/GrHK94HgNoQ

Anda mungkin juga menyukai