Anda di halaman 1dari 13

KERTAS PENERANGAN

DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA


PROGRAM
KOLEJ VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURSUS PROFESIONALISME PEKERJAAN


SEMESTER SEMESTER 1
NO. DAN TAJUK
01 – INFORMATION AND DATA PROCESSING
MODUL
01.07: MENGGUNAKAN APLIKASI PANGKALAN DATA
UNTUK MENCARI DAN MEPROSES MAKLUMAT
01.08: MENGGUNAKAN SPREADSHEET UNTUK MENCARI
DAN MEPROSES MAKLUMAT
KEBOLEHAN
01.10: MENGGUNAKAN KAEDAH MATEMATIK
01.09: MENGGUNAKAN APLIKASI GRAFIK
02.09: MENYEDIAKAN CARTA ALIR
02.10: MENYEDIAKAN LAPORAN DAN ARAHAN
PADA AKHIR MODUL, PELAJAR DAPAT:
1) MENGGUNAKAN APLIKASI PANGKALAN DATA UNTUK
MENCARI DAN MEMPROSES MAKLUMAT
2) MENGGUNAKAN SPREADSHEET UNTUK MENCARI
OBJEKTIF MODUL DAN MEPROSES MAKLUMAT
3) MENGGUNAKAN KAEDAH MATEMATIK
4) MENGGUNAKAN APLIKASI GRAFIK
5) MENYEDIAKAN CARTA ALIR
6) MENYEDIAKAN LAPORAN DAN ARAHAN
NO. KOD A14 501 ms : 1 drp 12
NO. KOD/ CODE NO A14 501 M01 P(3/6) Z-009-3/M01/P(3/6) Page : 2 of : 12

TAJUK: INTEGRASI PERISIAN

1. HAMPARAN ELEKTRONIK (SPREADSHEET)

Hamparan elektronik adalah sebuah program aplikasi komputer interaktif untuk organisasi
dan analisis data dalam bentuk grid yang lazimnya berhubung dengan maklumat kewangan.
Perkataan “hamparan” digunakan bagi menggambarkan cirinya yang mengandungi teks dan
grafik seperti di dalam suratkhabar atau majalah. Gabungan perkataan “hamparan
elektronik” merujuk kepada buku lejer perakaunan atau helaian kerja saintifik – dengan lajur
untuk kategori perbelanjaan yang disusun melintang di bahagian atas, invois disenarai
disebelah kiri margin dan jumlah setiap bayaran di dalam sel pertemuan antara lajur dan
baris – yang secara tradisionalnya adalah satu hamparan merentasi 2 mukasurat di dalam
satu buku lejer atau sekeping kertas yang bersaiz dua kali ganda saiz kertas biasa dan
dilukis dengan format baris dan lajur. (Rujuk gambarajah di bawah)

2. KOMPONEN SESEBUAH HAMPARAN ELEKTRONIK

Terdapat 12 komponen di dalam sesuatu paparan spreadsheet yang biasa digunakan:

i. Sel

Sel boleh dibayangkan seperti kotak atau ‘pigeon hole’ untuk menyimpan data. Setiap
sel dinamakan mengikut huruf lajur dan nombor baris yang tersendiri (A2 akan merujuk
kepada sel di bawah yang mengandungi nilai 10). Saiz sel boleh diubah dengan
menggerakkan garis sel tersebut sama ada untuk ketinggian atau kelebaran (atau
untuk keseluruhan lajur atau baris dengan mengheret kepala lajur atau baris).
My Spreadsheet
A B C D
01 value1 value2 added Multiplied
02 10 20 30 200
NO. KOD/ CODE NO A14 501 M01 P(3/6) Z-009-3/M01/P(3/6) Page : 3 of : 12

Himpunan sel-sel yang digunakan ini dikenali sebagai lembaran kerja yang biasa
terdapat di dalam sesebuah program komputer. Kebiasaannya terdapat beberapa
lembaran kerja yang dihasilkan di dalam satu hamparan elektronik. Lembaran kerja ini
hanyalah merupakan salah satu bahagian di dalam sesuatu hamparan elektronik bagi
tujuan untuk memudahkan kefahaman. Hamparan elektronik akan berfungsi secara
menyeluruh dan setiap set akan berfungsi sebagai pembolehubah umum di dalam
hamparan elektronik tersebut.

Setiap sel mungkin mengandungi nilai atau formula yang lazimnya bermula dengan
symbol = atau tanpa symbol tersebut.

ii. Nilai

Setiap nilai boleh dimasukkan dengan menaip di dalam sel yang dikehendaki. Nilai-nilai
ini adalah seperti tarikh, masa, hari, bulan, tahun, minit atau saat.

iii. Nilai-nilai Luaran

Dari sudut paparan sesuatu hamparan elektronik, tarikh dan masa adalah dianggap
sebagai nilai luaran. Bagaimanapun dalam konteks hamparan elektronik yang dikongsi
ramai seperti paparan harga saham terkini, kadar pertukaran matawang atau dan
sebagainya yang menggunakan server yang sama (seperti Editgrid), nilai-nilai boleh
diambil secara langsung dari sumber luar. Sebelum ini, nilai-nilai luaran ini hanya boleh
didapati daripada hamparan elektronik yang dibuka dalam computer yang sama
sahaja.

iv. Kemaskini Semasa

Hanya boleh dilakukan pada hamparan elektronik secara atas talian (terkini
menggunakan Editgrid). Apabila diarahkan di dalam sesuatu lembaran kerja, data
terkini untuk sel yang dipilih akan diambil semula daripada hamparan elektronik yang
dikongsi ramai dan diperbaharui pada skrin yang sedang aktif. Skrin aktif tadi akan
mengemaskini semua sel-sel berkaitan secara automatic.

v. Formula

Apabila sesuatu sel mengandungi formula, ia biasanya mengandungi rujukan yang


berkaitan dengan sel yang lain. Sel rujukan seperti ini adalah sejenis pembolehubah.
Nilainya adalah nilai sel yang dirujuk atau yang berkaitan dengannya. Sekiranya sel
tersebut merujuk kepada sel-sel yang lain, nilainya akan bergantung kepada nilai sel-
sel lain tadi.

Dengan prinsip, bahagian sebelah kiri, yang mana biasa dilihat sebagai formula,
dikeluarkan dan diandaikan sebagai sel itu sendiri.

Dalam contoh di atas, formula dalam sel “C2” mungkin boleh menjadi:-
 =A2+B2 atau
 =SUM(A2:B2) (A2 adalah permulaan julat sel dan B2 adalah penghujungnya).

Formula akan mengenalpasti jenis kiraan yang diperlukan untuk meletakkan hasilnya di
dalam sel yang dipilih. Satu sel yang mengandungi formula mempunyai 2 komponen
paparan; formula itu sendiri dan nilai akhir. Formula biasanya hanya akan dipaparkan
apabila sel tersebut dipilih dengan mengklik padanya; sekiranya tidak, ia hanya akan
mengandungi hasil kiraan (dalam kes ini 30).
NO. KOD/ CODE NO A14 501 M01 P(3/6) Z-009-3/M01/P(3/6) Page : 4 of : 12

Kesalahan biasa dalam penggunaan hamparan elektronik adalah apabila satu sel,
yang mengandungi formula, secara tidak sengaja telah ditindan dengan satu nilai baru
daripada papan kekunci. Perkara boleh berlaku dengan sangat mudah – tanpa
sebarang amaran – kini boleh dikenali sebagai “kelemahan dalam rekaan” yang
berterusan tanpa sebarang pembetulan sehingga ke hari ini. Kemungkinan berlakunya
kesalahan ini boleh dikurangkan dengan “mengunci” semua sel yang mengandungi
formula, satu ciri yang secara asalnya tiada pada Visicalc dan kebanyakan hamparan
elektronik terawal, walaupun dalam Works Record System yang awal menerangkan
perkara di atas sebenarnya memegang formula secara berasingan daripada sel
kemasukan data, untuk mengelakkan terus daripada berlakunya perkara sebegini.

Pilihan yang ada untuk formula yang sah, bergantung kepada implementasi hamparan
elektronik yang tertentu tetapi, secara umumnya, kebanyakan operasi aritmetik dan
operasi yang agak kompleks boleh dijalankan oleh hampir kesemua hamparan
elektronik komersil.

Satu formula mungkin mengandungi satu keadaan (atau “nested conditions”) – dengan
atau tanpa pengiraan sebenar – dan kadangkala digunakan khusus untuk
mengenalpasti dan menandakan kesalahan. Dalam contoh di bawah, dijangkakan
kiraan untuk satu baris peratus (A1 hingga A6) telahpun diuji untuk keesahan dan satu
mesej jelas diletak ke dalam sel terhampir di sebelah kanan dengan satu penanda
grafik pada jumlah akhir di sebelah kiri.

=IF(sum(A1:A6) > 100%, "<==More than 100%",sum(A1:A6)) show error in Right hand
column if total % more than 100!

Satu hamparan elektronik tidak perlu, pada dasarnya, mempunyai apa-apa formula
langsung, dan dilihat hanya sebagai satu koleksi data yang disusun dalam lajur dan
baris (satu pengkalan data) seperti kalender, jadual waktu atau satu senarai ringkas.
Oleh kerana cara penggunaannya yang mudah, memformat dan kebolehannya untuk
hyperlink, kebanyakan hamparan elektronik telah digunakan khusus untuk tujuan ini!

vi. Sel Terkunci

Sel-sel yang dipilih (atau keseluruhan hamparan elektronik) boleh dikunci secara
pilihan untuk mengelakkan pertindihan maklumat secara tidak sengaja. Kebiasaannya
ia dilakukan pada sel yang mengandungi formula tetapi boleh juga dilakukan pada sel
yang mengandungi ketetapan seperti kilogram / paun, pertukaran faktor (2.20462262
ke lapan tempat perpuluhan).

vii. Jenis Data

Sebagai tambahan, sesuatu sel atau sekumpulan sel, boleh diset untuk menetapkan
jenis data yang dimasukkan padanya, atau akan dimasukkan padanya, apabila sesuatu
nilai dimasukkan. Ini akan menetapkan jenis format yang akan digunakan untuk
paparan sesuatu nilai, dan secara teorinya operasi yang dibenarkan pada nilai
tersebut. Namun secara praktikalnya, kebanyakan hamparan elektronik komersil
membenarkan operasi tidak sah, membawa kepada operasi tidak logic tanpa amaran
yang sepatutnya.

Penetapan biasanya diset oleh maklumat / data pertama yang dimasukkan. Sebagai
contoh, “31/12/2007” atau “31 Januari 2007” akan ditetapkan sebagai data jenis
“tarikh”. Sama seperti menambah symbol % selepas nombor akan menetapkan sel
tersebut sebagai data jenis peratus.
NO. KOD/ CODE NO A14 501 M01 P(3/6) Z-009-3/M01/P(3/6) Page : 5 of : 12

Jenis data yang biasa adalah “nombor” atau “matawang” dan sel boleh menetapkan
bilangan perpuluhan untuk dipaparkan dan dengan simbol matawang seperti $ atau £.
Isi kandungan sel tidak akan diubah dengan symbol ini, tetapi hanya pada nilai yang
dipaparkan.

viii. Sel Yang Dinamakan.

Dalam kebanyakan penggunaan, sesuatu sel boleh ‘dinamakan’ supaya walaupun sel
tersebut telah dipindahkan ke lokasi baru dalam hamparan elektronik yang sama,
rujukannya tetap tidak berubah. Nama mestilah unik di dalam hamparan elektronik
tersebut dan, apabila telah ditetapkan, boleh digunakan.

ix. Format

Setiap sel sepertimana yang terdapat dalam word processor boleh didefinisikan secara
berasingan berdasarkan format paparannya. Sel-sel ini boleh ditonjolkan dengan
pelbagai cara seperti menghitamkan tulisan (bold text), warna, saiz huruf dan
sebagainya.

Perubahan-perubahan ini tidak akan mengubah isi kandungan data dalam apa
cara tetapi format mungkin akan hilang atau berubah semasa membuat salinan
hamparan elektronik antara 2 fail berbeza atau versi software yang berbeza.
Dalam sesetengah keadaan, format mungkin akan berbeza mengikut data di
dalam sel – sebagai contoh, sesuatu nilai mungkin dipaparkan merah sekiranya
ia adalah negatif.

x. Hamparan (Sheets)

Sel pada asalnya adalah merujuk kepada grid 2-dimensi yang ringkas. Mengikut aliran
masa, model ini telah berkembang menjadi 3 dimensi, malah dalam sesetengah
keadaan satu siri grid bernama, dikenali sebagai lembaran. Contoh-contoh terkini
membolehkan operasi secara songsang dan pusingan yang membolehkan set data
dipaparkan dalam pelbagai keadaan.

xi. Rujukan Sel (Cell Reference)

Satu rujukan sel boleh jadi kepada sel di dalam lembaran yang berbeza dalam
hamparan elektronik yang sama atau, dalam keadaan hamparan elektronik
perkongsian umum, kepada satu sel daripada hamparan elektronik yang berbeza sama
sekali.

Satu bentuk rujukan sel yang biasa dalam gaya “A1” mengandungi satu atau dua huruf
tidak sensitive untuk mengenalpasti lajur (sekiranya terdapat sehingga 256 lajur: A-Z
dan AA-IV) diikuti dengan satu baris nombor (cth. Dalam lingkungan 1 - 65536). Salah
satu bahagian boleh berkait (ia berubah apabila formula dalam sel tersebut dialih atau
dibuat salinan), atau kekal (ditandakan dengan $ dihadapan bahagian yang
dimaksudkan pada rujukan sel). Gaya rujukan yang lama “R1C1” mengandungi huruf
R, untuk baris nombor, huruf C, dan lajur nombor; baris dan lajur berkaitan akan
ditandakan dengan meletakkan nombor tersebut dalam [ ]. Kebanyakan hamparan
elektronik kini menggunakan gaya A1, dan ada yang menyediakan gaya R1C1 sebagai pilihan.

Ia boleh merujuk kepada sel di hamparan elektronik perkongsian umum yang


mempunyai nama yang berbeza (atau lokasi) atau pada sel dalam fail yang berasingan
(bukannya fail yang sedang dibuka dan aktif) pada computer atau rangkaian jaringan
yang sama. Ia juga boleh merujuk kepada satu sel dalam hamparan elektronik yang
NO. KOD/ CODE NO A14 501 M01 P(3/6) Z-009-3/M01/P(3/6) Page : 6 of : 12

terbuka dan aktif dalam computer atau rangkaian jaringan yang dijelaskan sebagai
boleh dikongsi (menggunakan software).

Sel pada “lembaran” yang sama biasanya digelar sebagai:

= SHEET2!A1 (iaitu; sel pertama dalam lembaran 2 pada hamparan elektronik yang
sama)

Terdapat implementasi hamparan elektronik yang membenarkan satu rujukan sel


kepada hamparan elektronik yang lain (bukannya fail yang dibuka dan aktif) dalam
computer atau network yang sama. Ia boleh juga merujuk kepada sel lain yang dibuka
dan aktif dalam hamparan elektronik pada computer atau network yang sama dan
ditetapkan sebagai boleh dikongsi. Rujukan-rujukan ini mempunyai nama fail yang
lengkap seperti:-

='C:\Documents and Settings\Username\My spreadsheets\[main sheet]Sheet1!A1

Didalam satu hamparan elektronik, rujukan kepada sel akan dikemaskini secara
automatic apabila satu baris atau lajur baru ditambah atau dibuang. Perhatian harus
diberikan apabila menambah baris sebelum lajur jumlah sebenar untuk memastikan
jumlah sebenar tadi turut mengambilkira nilai dalam baris yang baru ditambah.

xii. Julat Sel

Satu rujukan pada satu julat sel-sel biasanya dalam bentuk (A1:A6) yang mengkhusus
kepada kesemua sel dalam julat A1 sehingga A6. Formula A seperti "=Sum(A1:A6)"
akan menambah semua sel yang dikhususkan dan meletakkan hasil di dalam sel yang
mengandungi formula itu sendiri.

Pangkalan Data

Pangkalan data ialah satu koleksi rekod data berstruktur yang disimpan di dalam komputer bagi
membolehkan sesuatu program mendapatkan maklumat. Maklumat yang didapati dari dalam
pangkalan data digunakan untuk membuat keputusan. Program komputer yang digunakan untuk
mengurus dan mendapatkan maklumat dari dalam pangkalan data dinamakan Sistem Pengurusan
Pangkalan Data/Database Management System (DBMS).
Istilah pangkalan data berasal dari bidang pengkomputeran itu sendiri. Rekod-rekod yang seakan-
akan pangkalan data telah lama wujud semenjak sebelum era revolusi industri dalam bentuk lejer,
resit-resit jualan dan koleksi-koleksi data lain yang bersangkut-paut dengan perniagaan.
Konsep sesuatu pangkalan data ialah pengumpulan rekod-rekod atau sesuatu ilmu pengetahuan.
Di dalam sesuatu pangkalan data terdapat satu paparan berstruktur mengenai kandungan yang
terkumpul di dalamnya, paparan ini dinamakan Skema. Skema menerangkan objek-objek yang
terkandung di dalam pangkalan data dan perkaitan antara objek-objek tersebut. Terdapat
beberapa cara untuk menguruskan skema iaitu model struktur pangkalan data: ini dikenali sebagai
model-model pangkalan data (ataupun model data). Model yang selalu digunakan pada masa ini
dinamakan model perhubungan, yang mana ia mewakili semua maklumat di dalam yang
dipaparkan dalam bentuk berjadual. Ia mengandungi baris dan lajur untuk memaparkan data yang
disimpan.
Istilah pangkalan data merujuk kepada koleksi rekod-rekod yang berkaitan, dan perisian untuk
pangakalan data dikenali sebagai Database Management System (DBMS). Ramai profesional
menganggap koleksi data sebagai pangkalan data sahaja jika ia mempunyai ciri-ciri tertentu:
sebagai contoh data itu diuruskan bagi memastikan ianya tetap utuh dan berkualiti, aksesnya
boleh dikongsi oleh pengguna-pengguna lain, ia mempunyai skema, atau ia menyokong
parameter-parameter tertentu untuk carian. Walaubagaimanapun, tiada sebarang definisi yang
kukuh dan dipersetujui bersama untuk ciri-ciri ini.
NO. KOD/ CODE NO A14 501 M01 P(3/6) Z-009-3/M01/P(3/6) Page : 7 of : 12

Sistem pengurusan pangkalan data biasanya dikategorikan mengikut model data yang disokong
oleh sistem tersebut: berkaitan, berkaitan pada objek (data), rangkaian dan banyak lagi. Model
data yang sedia ada akan menentukan istilah carian yang boleh digunakan untuk mengakses
pangkalan data.

2.1 Model-model Pengkalan Data

Pelbagai teknik telah digunakan untuk membentuk sturktur data. Kebanyakan sistem pengkalan
data dibina berdasarkan satu jenis model data, walaupun pada kebiasaan bagi produk-produk
untuk memberi sokongan pada lebih daripada satu model. Bagi mana-mana satu model yang
logic, pelbagai implimentasi fisikal adalah yang berkemungkinan dan kebanyakan produk akan
menawarkan kepada pengguna sedikit kawalan dalam menala implementasi fisikal tersebut,
sebab pilihan yang dibuat mempunyai efek yang ketara pada pencapaian. Satu contoh berkenaan
adalah model hubungan: semua implimentasi yang serius berkaitan dengan model hubungan
membolehkan pembinaan index yang memberi akses pantas kepada barisan di dalam sebuah
jadual jika nilai didalam lajur diketahui.
Sebuah pengkalan data bukan sahaja satu cara menstruktur data: ia juga menentukan satu set
pengoperasian yang boleh di jalankan pada data tersebut. Sebagai contoh, model hubungan
menentukan operasi seperti pilih, papar dan gabung. Walaupun operasi-operasi tersebut tidak
begitu ekplisit dalam satu persoalan bahasa namun mereka memberi asas kepada pembinaan
yang mana satu persoalan bahasa itu dibina.
Flat (Jadual) Model
Model ini berkemungkinan tidak layak sebagai model pengkalan data. Flat Model ataupun model
jadual terdiri daripada satu, dua-dimensi kumpulan elemen data, yang mana semua ahli pada satu
jalur di anggap mempunyai nilai yang sama, dan semua ahli di satu baris berkait antara satu sama
lain. Sebagai contoh, jalur untuk nama dan kata laluan yang mungkn diguna untuk sebahagian
daripada pengkalan data sistem sekuriti. Jalur dalam jadual itu biasanya mempunyai satu jenis
yang berkaitan, seperti data sifat, tarikh atau informasi masa, integer atau nombor titik perpuluhan.
Model ini adalah satu asas lebaran kertas.

Model Hierarki (Hierarchical Model)

Dalam model hierarki ini, data adalah di urus dalam struktur seperti pokok, merujuk kepada satu
rantaian menaik dalam setiap rekod untuk menggambarkan data asasnya , dan satu bidang
menyusun untuk menyimpan rekod dalam susunan yang tertentu dalam setiap senarai yang
sama. Struktur hireraki telah digunakan secara meluas dalam kerangka utama sistem pengurusan
pengkalan data, seperti Sistem Pengurusan Informasi (IMS) oleh IBM, dan sekarang digambarkan
dalam struktur dokumen XML. Struktur ini membenarkan satu 1:N hubungan antara dua jenis
data. Struktur ini sangat efisien untuk menggambarkan banyak hubungan di dunia nyata: resipi, isi
kandungan jadual, penyusunan perenggan, dan semua jenis informasi asas dan yang telah
disusun. Walau bagaimanapun, struktur ini tidak efisien bagi sesetengah operasi pengakalan data
yang tidak mempunyai data yang lengkap bagi setiap rekod.
Satu kelemahan model ini ialah ia tidak boleh mewakili ulangan dalam data.

Model Rangkaian (Network Model)

Model Rangkaian (definisi oleh spesifikasi CODASYL) mengurus data mengguna dua
pembentukan asas yang dinamakan rekod dan set. Rekod mengandungi bidang ( yang boleh
disusun secara hireraki, sepertimana dalam COBOL program bahasa). Set adalah satu sehingga
banyak hubungan diantara rekod: satu pemilik, ramai ahli. Satu rekod bermungkinan satu pemilik
dalam beberapa set dan satu ahli dalam beberapa set.
Model Rangkaian adalah satu variasi pada model hireraki, dimana ia dibina pada konsep banyak
cawangan (struktur aras bawah) berpunca daripada satu atau lebih titik (struktur aras tinggi),
manakala model ini berbeza daripada model hireraki dimana cawangan boleh di sambung kepada
banyak titik. Model Rangkaian ini boleh mewakili ulangan dalam data lebih efisien daripada model
hireraki.
NO. KOD/ CODE NO A14 501 M01 P(3/6) Z-009-3/M01/P(3/6) Page : 8 of : 12

Operasi Model Rangkaian berbentuk panduan: satu program mengekalkan satu posisi semasa
dan memandu dari satu rekod ke lain dengan mengikut hubungan dalam mana rekod itu
mengambil bahagian. Rekod boleh di dapati dengan memberi nilai utama.
Walaupun ia bukan satu ciri penting model tersebut, rangkaian pengkalan data secara umumnya
melaksanakan hubungan set dengan menggunakan tanda yang menunjuk lokasi satu rekod pada
disket. Ini adalah pencapaian pencarian yang terbaik, bagi operasi seperti pengisian dan
penstrukturan semula pengkalan data.
Kebanyakan objek pengkalan data mengguna konsep panduan untuk memberi panduan cepat
merentasi rangkaian-rangkaian objek, secara umumnya mengguna pengenalan objek seperti
penunjuk “smart” dengan objek yang berkaitan. Secara objektive, sebagai contoh, implementasi
di namakan 1:1, 1:banyak dan banyak:banayak dinamakan hubungan yang boleh merentasi
pengkalan data. Kebanyakan objek pengkalan data juga menyokong SQL, gabungan kedua-dua
kekuatan model-model tersebut.

2.1 Bentuk Pangkalan Data (Database Form)

(i) Bentuk Normal (Normal Forms)

Hubungan dikelaskan berdasarkan kepada jenis anomali yang didedahkan. Satu pengkalan
data yang berada dalam bentuk normal yang pertama adalah terdedah kepada semua
bentuk anomaly, manakala pengkalan data yang berada dalam bentuk domain / utama tidak
mempunyai anomaly modifikasi. Bentuk normal adalah dalam bentuk hirarki secara
semulajadinya. Iaitu, paras paling bawah adalah bentuk normal yang pertama, dan
pengkalan data tidak boleh mencapai keperluan paras normal yang lebih tinggi tanpa
terlebih dahulu memenuhi keperluan bentuk normal sebelumnya.

(ii) Bentuk Normal Pertama (First Normal Form)

Mana-mana jadual yang mempunyai hubungan dikatakan berada dalam bentuk normal yang
pertama. Kriteria yang mesti dipenuhi untuk disebutkan sebagai hubungan adalah sel-sel di
dalam jadual hanya boleh mempunyai satu nilai, dan kumpulan ulangan atau himpunan tidak
dibenarkan sebagai nilai. Kesemua aspek (data di dalam lajur) mestilah dari jenis yang
sama, dan setiap lajur mestilah mempunyai nama yang tersendiri. Setiap baris dalam jadual
tersebut hendaklah unik / tersendiri. Pengkalan data dalam bentuk normal pertama adalah
yang paling lemah dan menerima kesemua perubahan anomali.

(iii) Bentuk Normal Kedua (Second Normal Form)


Sekiranya kesemua aspek bukan-asas (non-key) pengkalan data yang berkait adalah
bersandar kepada kesemua asas, maka pengkalan data tersebut dikatakan telah memenuhi
criteria sebagai bentuk normal kedua. Bentuk normal kedua ini menyelesaikan masalah
kebergantungan sebahagian, tetapi bentuk normal ini hanya akan berkaitan pada hubungan
dengan asas komposit.

(iv) Bentuk Normal Ketiga (Third Normal Form)

Pengkalan data akan berada pada bentuk normal ketiga sekiranya ia memenuhi criteria
bentuk normal kedua dan tiada kebergantungan transitif.

(v) Bentuk Normal Boyce-Codd (Boyce-Codd Normal Form)

Pengakalan data yang memenuhi criteria bentuk normal ketiga dan setiap penentu
(determinant) di dalam pengkalan data adalah asas penama (candidate key), ia dikatakan
berada dalam bentuk normal Boyce-Codd. Bentuk normal ini menyelesaikan isu
NO. KOD/ CODE NO A14 501 M01 P(3/6) Z-009-3/M01/P(3/6) Page : 9 of : 12

kebergantungan fungsi.

(vi) Bentuk Normal Keempat (Fourth Normal Form)

Pengkalan data bentuk normal keempat memenuhi keperluan bentuk normal Boyce-Codd
dan tiada kebergantungan nilai-pelbagai.

(vii) Bentuk Normal Utama/Asas (Domain/Key Normal Form)

Bentuk normal utama / asas adalah rekaan terbaik untuk pengkalan data hubungan, dapat
dicapai apabila setiap kekangan dalam hubungan adalah kesan logikal daripada definisi
asas dan sumber, dan memberi tekanan kepada semua kekangan asas dan sumber dan
keadaan ini menyebabkan semua kekangan dapat diuruskan. Ini dapat mengelakkan semua
anomali non-temperal.

Adalah lebih mudah untuk membina pengkalan data dalam bentuk normal utama / asas
berbanding menukarkannya kepada pengkalan data yang lebih rendah yang mungkin
mengandungi pelbagai anomaly. Walaubagaimanapun, kejayaan membina pengkalan data
dalam bentuk normal utama / asas adalah satu tugasan yang sukar, walaupun untuk
programmer pengkalan data yang berpengalaman. Oleh itu, semasa bentuk normal utama /
asas menghilangkan masalah-masalah yang ditemui dalam kebanyakan pengkalan data, ia
cenderung untuk menjadi bentuk normal paling mahal untuk dicapai. Walaubagaimanapun,
kegagalan untuk mencapai bentuk normal utama / asas mungkin membawa kepada kos
jangkamasa yang panjang dan tersembunyi akibat dari anomali-anomali yang muncul dalam
pengkalan data-pengkalan data yang berpegang kepada bentuk normal yang lebih rendah
dalam tempoh tersebut.

1. Grafik (GRAPHICS)

Grafik adalah paparan gambaran pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer,
kertas, atau paparan batu untuk menjenama, memberitahu, mengilustrasi atau menghibur.
Contoh-contohnya adalah gambar, lukisan, Line Art, graf, diagram, tipografi, nombor, simbol,
rekaan geometri, peta, lukisan kejuruteraan, atau apa-apa gambaran. Grafik biasanya
mencantumkan tulisan, ilustrasi, dan warna. Corak rekaan grafik boleh mengandungi
perkara pilihan dalam bahagian, rekaan, atau susunan tipografi semata-mata, seperti dalam
brochure, flier, poster, laman sesawang, atau buku tanpa ada elemen lain. Kejelasan atau
komunikasi efektif boleh menjadi objektif, digabungkan dengan elemen-elemen tradisi yang
boleh dicari, atau, semata-mata, satu rekaan gaya yang berbeza.

Grafik boleh menjadi sebagai fungsi atau kesenian. Grafik boleh menjadi gambaran yang
dibayangkan atau mewakili sesuatu dalam dunia sebenar. Gambaran dalam dunia sebenar
boleh jadi dalam versi yang dirakam, seperti, gambar, atau interpretasi oleh saintis untuk
menyerlahkan ciri-ciri utama, atau seorang pelukis, yang mana keadaan perbezaan dengan
grafik yang dibayangkan akan menjadi kabur.

Grafik Komputer adalah satu sub-bidang dalam sains komputer dan berkaitan dengan
membuat dan memanipulasi kandungan visual secara digital. Walaupun istilah itu baiasanya
merujuk kepada grafik komputer tiga-dimensi, ia juga meliputi grafik dua-dimensi dan
pemprosesan imej Grafik komputer biasanya dibezakan dengan bidang rekaan visual,
walaupun keduanya mempunya banyak persamaan.

Klasifikasi yang luas dalam subbidang utama grafik computer adalah:


 Geometri : kajian kaedah mempersembahkan dan memproses permukaan
 Animasi : kajian dengan kaedah mempersembahkan dan memanipulasi
pergerakan.
 Rendering : kajian algoritma untuk penghasilan semula memindahkan cahaya
NO. KOD/ CODE NO A14 501 M01 P(3/6) Z-009-3/M01/P(3/6) Page : 10 of : 12

(i) Geometri (Geometry)

Subbidang geometri mengkaji paparan semula objek tiga-dimensi dalam setting digital yang
terpisah. Disebabkan kemunculan sesuatu objek bergantung secara asasnya kepada luaran
objek, paparan semula bersempadan adalah yang paling biasa dalam grafik computer.
Permukaan dua dimensi adalah analogi yang sesuai untuk objek yang biasa digunakan
dalam grafik, walaupun biasa berlaku objek-objek ini adalah objek yang tidak boleh
dipelbagaikan. Oleh kerana permukaan adalah tidak terhad, satu ketepatan digital yang
berasingan diperlukan: jaringan pelbagai lapis (polygonal meshes) (dan untuk permukaan
subdivision paras yang lebih rendah) adalah setakat ini merupakan paparan semula yang
paling biasa, walaupun paparan semula point-based telah mula mendapat perhatian akhir-
akhir ini. Paparan-paparan semula ini adalah Lagrangian, yang bermaksud lokasi ruang
untuk sampel-sampel ini adalah berdiri sendiri (independent). Dalam tahun terkini,
walaubagaimanapun, cirri permukaan Eulerian (di mana sampel ruang adalah tetap)
ketetapan levelnya telah dikembangkan kepada paparan semula yang berguna untuk
permukaan yang cacat yang telah melalui banyak perubahan topologi.

Antara jenis geometri yang digunakan adalah:-

(a) Geometri Binaan Padu (Constructive solid geometry) – satu proses yang mana
objek yang sukar dimodelkan dengan objek geometri yang benar-benar difahami dan
operasi Boolean.
(b) Geometri perbezaan Asingan (Discrete differential geometry) – satu bidang yang
baru berkembang yang menerangkan kuantiti geometri untuk permukaan-permukaan
asingan yang digunakan dalam grafik komputer.
(c) Pemprosesan geometri Digital (Digital geometry processing) – binaan semula
permukaan, ringkasan (simplification), pemurnian (fairing), baiki jaringan (mesh
repair), ukur lilitan (parameterization), remeshing, pembuatan jaringan (mesh
generation), pemadatan permukaan (surface compression), dan edit permukaan
(surface editing) semuanya termasuk di bawah tajuk ini.
(d) Grafik berdasarkan-bucu (Point-based graphics) – satu bidang baru yang berfokus
kepada bucu sebagai asas kepada paparan semula permukaan.
(e) Simulasi (Simulation) (contoh: model kain, animasi dinamik gerak perlahan)
(f) Permukaan subbahagian (Subdivision surfaces)

(ii) Animasi (Animation)

Subbidang dalam bidang animasi memberi deskripsi untuk permukaan (dan fenomena lain)
yang bergerak atau berubah bentuk dalam tempoh masa. Secara sejarahnya, kebanyakan
minat dalam bidang ini berfokus kepada parametric dan model berpandukan data, tetapi
sejak kebelakangan ini, simulasi fizikal telah mengalami kelahiran semula akibat daripada
pertumbuhan kapasiti pengkomputeran mesin-mesin moden.

(iii) Rendering

Rendering menukarkan model kepada imej sama ada dengan meniru pemindahan cahaya
untuk mendapatkan imej foto gaya sebenar secara fizikal, atau dengan meletakkan gaya
tertentu seperti dalam rendering foto bukan gaya sebenar. Dua operasi asas dalam realistic
rendering adalah pemindahan (berapa banyak cahaya yang bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain) dan taburan (bagaimana permukaan berinteraksi dengan cahaya).

(a) Pemindahan (Transport)


NO. KOD/ CODE NO A14 501 M01 P(3/6) Z-009-3/M01/P(3/6) Page : 11 of : 12

Pemindahan menerangkan cara satu bayangan (illumination) dalam satu babak bergerak
dari satu tempat ke tempat yang lain. Kewujudan gambaran adalah komponen utama dalam
pemindahan cahaya.
(b) Taburan (Scattering)

Model untuk taburan dan bayangan (scattering and shading) adalah digunakan untuk
paparan permukaan. Walaupun isu-isu ini sendiri kelihatan seperti satu masalah, mereka
dikaji secara ekslusif dalam konteks rendering. Bayangan boleh dipecahkan kepada dua isu
orthogonal, yang sering dikaji secara berasingan:-
 Taburan (Scattering) – bagaimana cahaya berinteraksi dengan taburan pada titik yang
diberi.
 Bayangan (Shading) – bagaimana ciri-ciri bahan berbeza di atas permukaan.

Masalah yang pertama merujuk kepada taburan, iaitu hubungan antara illumination yang
masuk dan keluar pada titik yang diberi. Deskripsi taburan biasanya diberi dalam istilah
sebaran fungsi bidirectional scattering atau BSDF. Isu kedua merujuk cara taburan jenis
berbeza disebarkan ke atas permukaan (iaitu fungsi taburan mana yang diaplikasi di mana).
Deskripsi jenis ini biasanya diluahkan dengan satu program yang dipanggil shader.
(Perhatian: terdapat kekeliruan kerana perkataan “shader” kadangkala digunakan untuk
program yang menerangkan variasi geometrik dalaman)

(iv) Subbidang Lain (Other Subfields)


 rendering asas-fizikal (physically-based rendering) – berkenaan membina imej
mengikut tatacara optic geometric
 real time rendering - berfokus pada rendering untuk aplikasi interaktif, biasanya
menggunakan perkakasan khusus seperti GPUs
 non-photorealistic rendering
 pencahayaan semula (relighting) – bahagian terkini berkaitan dengan babak re-
rendering segera (quickly re-rendering scenes.

Semua hubungan (iaitu jadual) dalam pangkalan data hubungan perlu mematuhi beberapa peraturan asas
untuk memenuhi syarat sebagai hubungan. Pertama, susunan ruang adalah tidak penting dalam jadual.
Kedua, tidak mungkin ada tupel atau baris yang sama dalam jadual. Dan ketiga, masing-masing tupel akan
mengandungi nilai tunggal untuk setiap sifat-sifatnya.
Satu pangkalan data hubungan berisi beberapa jadual, yang bersamaan dengan yang dalam "rata" model
pangkalan data. Salah satu kekuatan model hubungan adalah bahawa, pada dasarnya, mana-mana nilai yang
berlaku dalam dua rekod yang berbeza (yang termasuk jadual yang sama atau ke jadual yang berbeza),
menunjukkan hubungan di antara kedua-dua catatan. Namun, untuk menegakkan batasan integriti yang jelas,
hubungan antara rekod dalam jadual juga dapat didefinisikan dengan jelas, dengan mengenal pasti atau tidak
pasti-hubungan ibu bapa dan anak ditandai dengan menetapkan kardinalitas (1: 1), (0) 1: M, sebuah "kunci ",
yang boleh digunakan bagi mengenalpasti secara unik setiap tupel dalam jadual.
Kunci yang boleh digunakan bagi mengenalpasti secara unik berturut-turut dalam jadual yang disebut
sebagai kunci utama. Kunci biasanya digunakan untuk menyertai atau menggabungkan data dari dua atau
lebih jadual. Sebagai contoh, sebuah jadual Pekerja mungkin mengandungi ruangan bernama Lokasi yang
mengandungi nilai yang sesuai dengan kunci dari jadual Location. Kekunci juga penting dalam
pembentukan indeks, yang memudahkan pengambilan data yang cepat daripada jadual yang besar. Mana-
mana ruang boleh menjadi kunci, atau beberapa ruangan hendaklah dikumpulkan menjadi kunci kompaun.
Ia tidak perlu untuk menentukan semua kunci di muka; ruang boleh digunakan sebagai kunci walaupun pada
mulanya tidak bertujuan untuk menjadi satu.
Kunci yang mempunyai, dunia sebenar luaran bermakna (seperti nama seseorang, ISBN buku, atau nombor
siri mobil) kadang-kadang dipanggil kunci "semula jadi". Jika tiada kekunci alam sesuai (memikirkan ramai
orang bernama Brown), kunci sewenang-wenang atau pengganti boleh diberikan (seperti dengan memberi
nombor ID pekerja). Secara amali, yang jelas pangkalan data mempunyai kedua-dua kunci yang dihasilkan
NO. KOD/ CODE NO A14 501 M01 P(3/6) Z-009-3/M01/P(3/6) Page : 12 of : 12

secara semula jadi, kerana kunci yang dihasilkan boleh digunakan secara dalaman untuk membuat pautan
antara baris yang tidak boleh pecah, manakala kunci alam boleh digunakan, kurang pasti, untuk pencarian
dan untuk integrasi dengan pangkalan data yang lain. (Sebagai contoh, rekod dalam dua database
dikembangkan sendiri boleh dipadankan dengan nombor keselamatan sosial, kecuali apabila nombor
keselamatan sosial adalah salah, tidak ada, atau telah berubah.)
(vi) Operasi Relational
Pengguna (atau program) meminta data dari pangkalan data hubungan dengan menghantarnya pertanyaan
yang ditulis dalam bahasa yang khusus, biasanya dialek SQL. Walaupun SQL pada asalnya bertujuan untuk
pengguna akhir, ia adalah lebih biasa untuk pertanyaan SQL untuk dimasukkan ke dalam perisian yang
menyediakan antara muka pengguna yang lebih mudah. Banyak laman web seperti Wikipedia, melakukan
pertanyaan SQL ketika membuat halaman.

Sebagai tindak balas kepada pertanyaan, database mengembalikan set hasil, yang hanya daftar baris yang
mengandungi jawapan. Pertanyaan yang paling sederhana adalah hanya untuk mengembalikan semua baris
dari jadual, tetapi lebih kerap, baris yang ditapis dalam beberapa cara untuk kembali hanya jawapan
inginkan.
Selalunya, data dari beberapa jadual digabungkan menjadi satu, dengan berbuat menyertai. Dari segi konsep,
ini dilakukan dengan mengambil semua kemungkinan kombinasi baris (produk Cartesian), dan kemudian
menyaring segala-galanya kecuali jawapannya. Dalam amalan, sistem pengurusan pangkalan data hubungan
menulis semula ("mengoptimumkan") pertanyaan untuk melakukan lebih cepat, dengan menggunakan
pelbagai teknik.
Terdapat beberapa operasi hubungan selain menyertai. Ini termasuk projek (proses menghapuskan beberapa
ruangan), membatasi (proses menghilangkan beberapa baris), kesatuan (cara menggabungkan dua jadual
dengan struktur yang serupa), perbezaan (berisi baris dalam satu jadual yang tidak terdapat dalam yang lain),
memotong (berisi baris yang terdapat dalam kedua-dua jadual), dan produk (yang dinyatakan di atas, yang
menggabungkan setiap baris dari satu jadual dengan setiap baris yang lain). Bergantung kepada sumber-
sumber lain yang anda berunding, terdapat beberapa syarikat bas yang lain - banyak yang boleh ditakrifkan
dalam hal tersebut di atas. Ini termasuk separuh bergabung, pengendali luar seperti luar menyertai dan
kesatuan luar, dan pelbagai bentuk pembahagian. Kemudian ada operator untuk mengubah nama lajur, dan
meringkaskan atau menggabungkan operator, dan jika anda membenarkan nilai-nilai hubungan sebagai
atribut (RVA- berhubung-nilai atribut), maka operator seperti kumpulan dan ungroup. Pernyataan SELECT
dalam SQL berfungsi untuk menangani semua ini kecuali yang pengendali kumpulan dan ungroup.
Fleksibiliti pangkalan data hubungan membenarkan pengaturcara untuk menulis pertanyaan yang tidak
dijangka oleh pereka pangkalan data. Akibatnya, pangkalan data hubungan boleh digunakan oleh beberapa
aplikasi dalam cara pereka asal tidak dijangka olehnya, yang terutama penting untuk pangkalan data yang
boleh digunakan selama beberapa dekad. Ini telah membuat gagasan dan pelaksanaan pangkalan data
hubungan yang sangat popular dengan perniagaan.
NO. KOD/ CODE NO A14 501 M01 P(3/6) Z-009-3/M01/P(3/6) Page : 13 of : 12

SOALAN / QUESTION(S):

1. Apa itu hamparan elektronik? (What is a spreadsheet?)


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
________________________

2. Apa itu pengkalan data? (What is a database?)


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
________________________

3. Apa yang dikatakan sebagai grafik? (What is a graphic?)


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
________________________

RUJUKAN / REFERENCE:
1. PRITEC. 2003. Pre-Requisite. Information Sheet.

Anda mungkin juga menyukai