Anda di halaman 1dari 8

SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA

43950 SG PELEK, SELANGOR

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI KELAB PERSATUAN
SEKOLAH RENDAH DAERAH SEPANG
2015

apron serbaguna

TARIKH:
OGOS 2015

Kertas Cadangan Projek Inovasi Apron Serbaguna.


1.1

Tajuk

Projek inovasi yang telah dipilih oleh Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra
ialah bertajuk Apron Serbaguna. Apron Serbaguna ini adalah hasil inovasi dalam cara
pemilihan media dan penggunaanya yang pelbagai. Projek ini dipilih berdasarkan
perbincangan yang melibatkan beberapa orang murid bersama guru penasihat, guru
penolong kanan kokurikulum dan guru besar sendiri amnya.

1.2

Pengenalan

Apron seperti yang dketahui umum digunakan di dalam pelbagai situasi yang
memerlukan pemakaiannya. Apron datang dalam pelbagai bentuk dan corak serta gaya
persembahan

jahitannya.

Apron

dihasilkan

daripada

pelbagai

jenis

material

yang

bersesuaian dengan kehendak pemakai amnya.


Didalam bidang industri makanan, Apron dipakai ketika penyediaan makanan di
bahagian dapur hotel, selalunya apron di dapur hotel ini terhasil dari jenis fabric yang biasa
tapi tebal atau pun yang dari jenis kalis air. Selalunya apron dari dapur hotel dipakai oleh
tukang masak secara setengah pinggang sahaja selebihnya mereka memakai baju cheff.

Di dalam seni reka seramik, apron dipakai untuk mengelakkan baju dari terkena tanah
liat ketika proses kerja rekaan seramik dijalankan. Pereka seramik akan memakai apron
ketika membuat kerja di bengkel mereka. Apron yang dipakai kebanyakkanya dari jenis
material kain tebal.

Didalam kawasan sekolah pula apron mempunyai pelbagai kegunaan yang sangat meluas.
Penggunaan apron selalunya dilihat di dalam kelas pendidikan seni, apron di dalam makmal
sains, apron di dalam bengkel kemahiran hidup, apron juga digunakan oleh pekerja di
kantin sekolah. Apron juga digunakan di dalam acara-acara pertandingan memasak,
menggubah buah buahan dan sebagainya.

1.3
Objektif
Dapat menarik minat murid untuk menghargai alam sekitar
Dapat memupuk serta meningkat tahap kesedaran murid terhadap kegunaan bahan
terbuang yang boleh di guna semula malah dapat menghasilkan karya yang menarik.
Dapat mengcungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi murid.

1.4

Rasional projek

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran di
dalam dan di luar kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat murid yang
terhadap penghasilan karya dari bahan terbuang. Projek ini juga dapat mewujudkan alam
sekitar yang bersih dan memupuk kreativiti murid-murid menghasilkan sesuatu dari bahan
buangan.

1.5

Skop dan limitasi projek

Skop projek Apron serbaguna ini adalah untuk kegunaan murid belajar ketika
menggunakan bilik-bilik khas seperti bilik seni, makmal sains, makmal kemahiran hidup.
Apron serbaguna ini dapat mengurangkan kekotoran yang bakal melekat pada baju sekolah
ketika murid melakukan aktiviti aktiviti di bilik-bilik khas. Disamping itu dapat membantu
murid yang tidak bawa apron supaya boleh memakainya di dalam kelas-kelas khas.

Terdapat beberapa perkara yang telah membataskan projek Apron serbaguna ini ialah
semasa penyediaannya. Bagi menghasilkan Apron yang dibuat terhasil dengan baik, murid
perlu mengkelaskan banner yang sesuai untuk dijadikan material dalam penghasilan apron.

1.6

Kepentingan dan Impak projek

Apron serbaguna hanyalah satu keperluan yang memudahkan seseorang itu membuat
kerja di dalam bilik-bilik khas. Disamping itu juga penggunaan banner sebagai media utama
penghasilan apron serbaguna sedikit sebanyak dapat membantu alam sekitar agar bersih
dari sampah sarap. Kita semua sedia maklum banner yang digunakan hanya sekali yang
ada tarikh tidak boleh lagi di ulang guna. Mengambil pendekatan menyelamatkan alam
sekitar dari pemanasan global, idea penggunaan dari bahan terbuang seperti banner ini
sedikit sebanyak mampu mewujudkan bumi hijau yang bersih dari sampah sarap.

1.7

Anggaran kos projek

BARANG
Banner
Benang
Tali Piping
Gam UHU pertube
Kain Perca
Jumlah
1.8

HARGA
Bahan buangan
Rm3.00 x 2 gulung
1.30 x 10pax
RM 7. 80 per tube
Bahan buangan
RM26.80

Tinjauan / Kajian literature

Kebanyakkan murid menggunakan apron kain ketika sesi pembelajaran yang melibatkan
bilik-bilik khas seperti contoh bilik seni. Lebih teruk lagi, ada dikalangan murid-murid tidak
membawa apron. Ini menyebabkan baju mereka akan kotor dan menyusahkan ibubapa yang
mencuci baju mereka.
Apron kain amat tidak sesuai jika murid itu seorang yang cemerkap dan senang
mengotorkan baju sendiri ketika proses PdP berlangsung, apron kain juga perlu dicuci
dengan sabun jika ia terlalu kotor. Kebanyakkan murid - murid sekolah tidak akan dapat
menjaga kebersihan baju sekolah sekiranya mereka tidak memakai apron.

1.9

Kaedah penyelidikan atau metodologi projek

KAEDAH
PEMERHATIAN
Hasil

GAMBARAN

pemerhatian

di

sekolah

murid

selalu

memakai apron kain yang boleh menembusi baju


sekolah mereka
memakai

lebih teruk mereka sering tidak

apron

ketika

sesi

kelas

yang

menggunakan apron dan ini akan mengotorkan


baju mereka.

KONSEP
Konsep untuk apron ini, di adaptasi daripada reka
bentuk apron biasa. Konsep apron serbaguna
ialah ;
1. Pemilihan material dari bahan pakai buang
iaitu banner sekolah.
2. Pemakai akan memakai apron seperti biasa
3. Apron serbaguna ini kalis air.
4. Apron serbaguna ini boleh digunakan pada
semua kegunaan seperti, digunakan ketika
membuat kerja di dalam bilik kemahiran
hidup, boleh digunakan ketika membuat
aktiviti di bilik seni visual.
5. Apron serbaguna ini boleh terus dilap atau
dicuci

sekiranya

terdapat

kotoran

dipermukaannya.
6. Apron serbaguna ini tahan lama sekiranya
dijaga dengan baik.
7. Apron
serbaguna

ini

amat

mudah

disediakan dan tidak memerlukan kos yang


mahal.
8. Apron serbaguna boleh mengatasi masalah
tidak bawa apron kesekolah oleh murid
kerana

setelah

murid

menggunakannya

mereka tidak boleh bawa pulang dan ini


menjimatkan ruang dalam beg mereka.
PROSES PERLAKSANAAN
Minggu 1 Proses perbincangan dan lakaran.
Minggu 2 -Mengumpul dan mencari peralatan dan
bahan yang diperlukan.
Minggu 3 Menghasilkan Apron serbaguna
Minggu 4 _ menghantar kertas cadangan

1.10 Pelan perancangan projek

Mula

Taklimat Projek

Pemilihan Tajuk Projek dan penyediaan


kertas Cadangan

Pembentangan Kertas Cadangan

Hantar

diterima

Pembetulan

A
Habis
Pembetulan

B
Diterima

Pelaksanaan aktiviti Projek

Penyerahan hasil projek dan draf


laporan

penambahbai

Diterima

Membentang Projek

1.11 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, projek inovasi Apron Serbaguna ini memerlukan kerjasama
berpasukan

dalam

kalangan

murid.

Murid-murid

dapat

berbincang

dan

mengemukakan idea-idea yang kreatif untuk menjayakan projek ini. Perbincangan


dengan guru penasihat memantapkan lagi pengembangan idea yang kreatif. Bantuan
daripada semua pihak akan menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya.
Sesungguhnya, untuk menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu
memerlukan usaha yang jitu daripada semua pihak.
Kesimpulannya, apabila kita menyebut penggunaan

bahan

terbuang

penggunaan kos ringgit sepatutnya tidak melebihi kos yang melampau ini kerana kos
bahan terbuang sepatutnya menjimatkan dan memberi impak yang baik dalam
penghasilan apron

serbaguna

. Sekolah

mengurangkan pemanasan global.

bersih

, bumi hijau terjaga

serta

Anda mungkin juga menyukai