Anda di halaman 1dari 2

Nama Tugasan : Phenomenon Learning Contest

Fenomena : Kekotoran di Tandas Sekolah

Nama Projek : Kempen Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

Pernyataan Masalah

Pembuangan sampah di merata-rata tempat dan lambakan sampah merupakan satu perkara yang
membingungkan terutama bagi pihak pengurusan sekolah. Persekitaran yang kotor tidak dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan merencatkan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Satu langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.

Senarai Tugasan Yang Perlu Dilakukan Oleh Murid:

1. Mengumpul maklumat atau punca berlakunya masalah kekotoran tandas.


● Murid menjalankan kaji selidik dan mengumpul maklumat berdasarkan set soalan yang
disediakan oleh guru.

2. Mengenalpasti kawasan-kawasan tandas yang kotor di sekitar sekolah.


● Murid membuat pemerhatian di sekitar kawasan sekolah.

3. Menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kekotoran tandas
dan menceriakannya.
● Dengan bimbingan guru, murid berbincang untuk menyenaraikan langkah yang
bersesuaian dalam mengatasi masalah kekotoran tandas dan menceriakan kawasan di
sekitar tandas.

4. Menyenaraikan slot-slot dan program-program yang bersesuaian dengan kempen keceriaan dan
kebersihan tandas.
● Murid berbincang dan melakukan carian di Internet akan aktiviti ataupun slot yang
boleh dilakukan sepanjang berlangsungnya Kempen Keceriaan dan Kebersihan Tandas.
Projek Yang Boleh Dijalankan

● Murid meletakkan baldi dan gayung di setiap bilik air untuk kegunaan bersama.
● Murid menceriakan dinding dan meletakkan papan-papan tanda tentang kebersihan
tandas dengan menggunakan pelbagai bentuk yang lebih menarik dan menggunakan
Bahasa yang positif seperti “Terima kasih kerana flush tandas selepas digunakan.”
● Murid menceriakan papan kenyataan sekolah dengan hiasan kempen keceriaan tandas
yang bersesuaian.
● Mewujudkan kawasan tandas angkat agar kebersihan tandas sekolah mudah dijaga.
● Mewujudkan satu ruang khas yang memaparkan info-info berguna tentang kebersihan
tandas sekolah.
● Pengucapan awam.
● Pertandingan mewarna poster.

Kesan Daripada Projek

● Penggunaan tong sampah dalam kalangan murid lebih maksima.


● Kesedaran murid untuk menjaga kebersihan sekolah lebih tinggi.
● Peratusan murid untuk melihat info-info di papan kenyataan akan meningkat.
● Memupuk sifat tanggungjawab dalam kalangan murid untuk menjaga kawasan angkat
sendiri.
● Memastikan murid sentiasa mendapat maklumat-maklumat terkini akan kebersihan dan
kesihatan.
● Murid berani untuk tampil kehadapan.
● Mewujudkan kesedaran dan dapat mencungkil bakat murid.

Anda mungkin juga menyukai