Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Perjumpaan Ke-2

oleh Venu a/l Mokhana Sundram Pada perjumpaan ini, perkara baru yang pertama yang telah saya pelajari adalah cara membuat kotak serbaguna. Persyarah telah menunjukkan satu contoh kotak serbaguna tersebut dan kami telah dikehandaki untuk membuat sama seperti kotak tersebut. Kotak ini amat berguna kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Contohnya kotak ini boleh digunakan untuk membuang sampah dan juga untuk menyimpan barang. Selain itu, perkara baru yang lain telah saya pelajari adalah cara membuat lotak hadiah. Sebelum ini, saya hanya membeli kotak hadiah di kedai tetapi sekarang saya tahu untuk membuatnya sendiri. Saya boleh menjimatkan duit saya daripada membeli kotak hadiah. Pensyarah telah mengajar saya untuk membuat dengan baik dan cantik dan saya amat menghargainya. Selain itu, saya juga telah mempelajari cara membuat emping salji dengan cantik. Pensyarah telah mengajar untuk membuat emping salji yang cantik. Ia bergantung kepada cara pemotongan kita yang unik untuk mendapatkan corak yang unik dan cantik. Emping salji ini mempunyai banyak kegunaan dan salah satunya adalah ia boleh digunakan sebagai hiasan. Selain itu, saya juga telah pelajari bahawa cara untuk menggunakan tangan kita untuk menhasilkan sesuatu barang yang boleh menjimatkan duit dan juga menjaga kebersihan alam sekitar. Contohnya, kotak serbaguna tersebut boleh digunakan untuk membuang sisa-sisa setelah mengasah pensil. Ia boleh membantu untuk membuang sampah ke dalamnya. Selain itu, saya juga telah pelajari bahawa kita tidaklah boleh berfikiran bahawa kita tahu semua perkara. Pada awal semasa pensyarah menunjukkan kotak serbaguna tersebut saya telah memberitahu bahawa saya tahu membuatnya. Tetapi cara saya adalah berbeza dan kotak yang dihasilkan adalah tidak bagus jika dibandingkan dengan

kotak yang ditunjukkan oleh pensyarah. Oleh itu, kita sentiasa tidaklah boleh berfikiran bahawa kita tahu semua.

Anda mungkin juga menyukai