Anda di halaman 1dari 17

Akademika 81(2) 2011: 23-39

Pembandaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia


Urbanisation and Urban Life in Peninsular Malaysia
Abdul Rahman Embong

ABSTRAK

Artikel ini menghujahkan bahawa memandangkan kira-kira 70 peratus penduduk Malaysia sudah tinggal di bandar
dan proses pembandaran masih terus berlaku, maka kehidupan bandar atau urbanisme sudah menjadi cara hidup
dan unsur penting dalam peradaban masyarakat Malaysia. Namun kehidupan bandar khususnya bagi orang Melayu
dan Bumiputera lain adalah suatu pengalaman baru sungguhpun, tidak baru bagi sebahagian besar kaum Cina dan
India. Kewujudan hubungan sosial baru yang urban sifatnya tidak semestinya melenyapkan hubungan kekeluargaan
dan komuniti. Artikel ini menunjukkan walaupun kritikan Louis Wirth terhadap budaya masyarakat bandar adalah
tepat dari satu segi meluasnya individualisme, ketidakpedulian dan perlunya kawalan sosial yang formal, tetapi
peranan manusia sebagai agensi yang mampu membentuk semula hubungan dan organisasi sosial mereka bagi
memenuhi tujuan kehidupan sosial berpandukan nilai-nilai budaya dan keagamaan tidak boleh diketepikan. Ini jelas
terbukti dengan usaha pembentukan komuniti dan wujudnya komuniti yang agak utuh walaupun dalam masyarakat
bandar. Artikel ini juga menunjukkan di kalangan penghuni bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
terdapat sejumlah yang memutuskan tempat itu sebagai tempat tinggal tetap mereka kerana mereka sudah bersebati
dengan kehidupan kota dan juga kerana soal praktikal, tetapi ada sebahagian lain menganggap bandaraya sebagai
laluan tempat membina kerjaya dan bukannya tempat tetap mereka seumur hidup. Keadaannya berlainan dengan
ramai penghuni bandar pertengahan, lebih-lebih lagi bandar seperti Kota Bharu dan Melaka di mana kehidupan di
bandar itu menjadi matlamat tempat tinggal tetap, bukannya sebagai tempat mencari makan semata-mata. Namun,
cabaran terbesar kehidupan di kalangan penghuni bandar terutamanya bandar besar ialah kenaikan kos hidup yang
menghantui khususnya mereka daripada golongan bawahan.
Kata kunci: Pembandaran; urbanisme; penghuni bandar; komuniti; Malaysia
ABSTRAK

This article argues that with about 70 percent of Malaysias population already living in towns and cities and the
urbanisation process is still ongoing, urban living and urbanism have become a way of life and a key element in
Malaysias civilization. However, urban living for the Malays and other Bumiputera communitities is relatively new
although it is not new for most of the Chinese and Indians. The existence of new urban social relations, however, does
not necessarily replace family and community relations. This article shows that while Loius Wirths criticism of urban
culture in respect of the spread of individualism, and the importance of formal social control is correct, the role of
human agency should not be overlooked. Human beings as agencies are able to create and recreate social relations
and organisations to suit their social needs and guided by their cultural and religious values. This is supported by
evidence of efforts to build communities and the existence of relatively sustainable communities in the urban milieu.
This article also demonstrates that among urbanites in major cities such as Kuala Lumpur and Penang, a substantial
number perceive the city as their permanent home because life in big cities has already become part of them, and also
for practical reasons; however, there are also sections of those of regard such cities mainly as venues in building their
career and not as places for permanent living. The situation is quite different in smaller cities especially Kota Bharu
and Melaka where there is a sense of permanency, with cities being perceived not just as places to earn a living but also
as places for retirement. However, the rising cost of living has become the greatest challenge for urbanites especially
those from the lower classes residing in big cities.
Keywords: Urbanisation; urbanism; urbanites; community; Malaysia

81(2)Chap3.indd 23

8/12/2011 2:28:18 PM

24

Akademika 81(2)

PENDAHULUAN
Masyarakat Malaysia telah mengalami proses
transformasi sejarah yang besar dan mendalam dalam
satu abad lebih ini, khususnya semenjak kemerdekaan
pada 1957, pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
(1971-1990) serta akibat dampak globalisasi yang
dipacu oleh kuasa pasaran semenjak 1980-an. Antara
proses yang telah merombak struktur masyarakat dan
cara kehidupan penduduk pelbagai kaum ini ialah
pemodenan, pembandaran dan perindustrian. Ketiga-tiga
proses ini bukan sahaja telah mencetuskan penghijrahan
penduduk secara besar-besaran, khususnya dari desa ke
bandar, dan dari bandar kecil ke bandar besar, tetapi
juga telah merombak struktur pekerjaan, pendapatan
serta struktur kelas dan gaya hidup mereka. Terdapat
beberapa kesan besar daripada keseluruhan proses ini.
Pertama, perubahan ke atas stratifikasi sosial dengan
kemunculan kelas-kelas baru dalam masyarakat yang
tinggal di bandar; kedua, kemunculan cara hidup
baru yang dikenali sebagai gaya hidup bandar; dan
ketiga, perubahan ke atas ciri-ciri masyarakat daripada
masyarakat majmuk (dalam erti kata Furnivall) di mana
penduduk berlainan kaum tinggal secara berasingan dan
terpisah tanpa interaksi kecuali di institusi pasar, menjadi
masyarakat berbilang kaum yang lebih berintegrasi
merentasi sempadan kaum sungguhpun ciri-ciri
keterpisahan antara kaum masih tetap wujud.
Negara-negara maju seperti United Kingdom,
Perancis dan Jerman di Eropah serta Amerika Syarikat
dan Jepun telah melalui proses pemodenan, pembandaran
dan perindustrian jauh lebih awal. Mereka mempunyai
bilangan bandar dan bandar raya yang banyak dengan
jumlah terbanyak penduduk tinggal di bandar dan
masyarakatnya terbahagi kepada kelas-kelas sosial
yang ketara. Walau bagaimanapun, perlu diambil
perhatian bahawa kawasan luar bandar yang berasaskan
pertanian masih tetap wujud di negara-negara tersebut
tetapi pertanian mereka dijalankan dengan cara moden
dengan penggunaan teknologi maju. Sebagai contoh, bagi
tahun 2008, sementara United Kingdom mempunyai 90
peratus penduduk mendiami kawasan bandar, peratusan
penduduk bandar bagi beberapa negara maju lain adalah
jauh lebih rendah Amerika Syarikat 82 peratus, Jerman
74 peratus, Jepun 66 peratus dan Perancis 63 peratus. Ini
menunjukkan penduduk luar bandar masih lagi ketara
dan penting khususnya bagi Perancis, Jepun, dan Jerman
sungguhpun bagi Amerika Syarikat penduduk luar
bandar ialah sebanyak 18 peratus dan United Kingdom
10 peratus.
Pengalaman negara-negara membangunan seperti
Malaysia menunjukkan beberapa ciri yang berbeza
dengan pengalaman negara maju. Fenomena peningkatan
bilangan bandar, pertumbuhan pesat sesetengah
bandar menjadi bandar besar bahkan bandar raya yang
kosmopolitan, manakala penduduk pula semakin ramai
berhijrah dan tinggal di bandar diiringi kemunculan kelas-

81(2)Chap3.indd 24

kelas baru yang berbeza-beza adalah satu pengalaman


baru bagi Malaysia.
Mengambil kira konteks di atas, artikel ini akan
meneliti dimensi kemasyarakatan daripada perubahan
bersejarah ini iaitu proses pembandaran, pembentukan
kelas dan pembinaan komuniti serta kehidupan penghuni
bandar dengan tumpuan terhadap Semenanjung Malaysia.
Kajian mengenai pembandaran, pembentukan kelas dan
kehidupan bandar ini telah dijalankan oleh penulis secara
berterusan sejak pertengahan 1990-an, khususnya melalui
projek kajian kelas menengah serta Projek Penyelidikan
Arus Perdana tajaan Universiti Kebangsaan Malaysia
bertajuk Globalisasi dan Pembandaran di Malaysia,
dan kajian-kajian ini diteruskan lagi pada dekad 2000an untuk meneliti secara khusus kehidupan bandar di
beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia. Artikel ini
memanfaatkan sebahagian penemuan daripada kajian
sebelum ini serta kajian susulan yang dilakukan dalam
dekad 2000-an di samping menggunakan data sekunder
daripada dokumen-dokumen rasmi dan lain-lain.
Untuk memudahkan perbincangan, artikel ini
terbahagi kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama
menghuraikan proses pembandaran dan pembentukan
kelas-kelas sosial yang baru, disusuli dengan bahagianbahagian seterusnya yang meneliti penghijrahan ke
arah bandar raya dan bandar pertengahan; meneliti
dinamika kehidupan bandar seperti yang dialami oleh
para penghuninya dengan membandingkan peluang,
cabaran dan dilema kehidupan di bandar raya dengan
kehidupan di bandar pertengahan menurut perspektif
penghuninya; meneliti pembentukan komuniti bandar
dan apakah bandar menjadi tempat laluan atau tempat
bermastautin tetap. Di bahagian kesimpulan, artikel
ini mengaitkan perbincangan dengan teori Louis Wirth
(1938) mengenai urbanisme sebagai satu cara hidup dan
teori transisi pembandaran di negara-negara membangun
oleh Terry Mc Gee (2009) khususnya mengenai perlunya
konsep bandar luar bandar didefinisi semula serta
mengenai pembentukan kawasan desakota. Namun,
ada beberapa proposisi lain yang diajukan dalam artikel
ini yang cuba dibina berdasarkan makna organisasi sosial
bandar kepada penghuni dalam keseluruhan perjalanan
kehidupan mereka yang dilihat daripada perspektif
penghuni bandar.
PEMBANDARAN DAN PEMBENTUKAN KELASKELAS MODEN
PROSEs PEMBANDARAN

Proses pembandaran yang pesat sejak kemerdekaan


lima dekad lebih yang lalu telah mengubah masyarakat
Malaysia yang bersifat luar bandar menjadi masyarakat
yang bandaran sifatnya. Sebelum Merdeka, peratusan
penduduk yang tinggal di bandar memang kecil. Sebagai
contoh, pada tahun 1947, hanya 15.9 peratus sahaja
penduduk Malaysia (ketika itu Malaya) menetap di

8/12/2011 2:28:18 PM

Pembandaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia

bandar. Walau bagaimanapun, tiga belas tahun selepas


Merdeka, iaitu pada 1970, daripada jumlah 10.4 juta
penduduk, kira-kira seperempat iaitu 26.7 peratus
tinggal di kawasan bandar. Satu dekad kemudian, jumlah
penduduk bandar meningkat menjadi 34.2 peratus,
akan tetapi, pada 1991, kadar ini naik secara mendadak
kepada 50.7 peratus. Kadar pembandaran Malaysia terus
meningkat lagi dengan penduduk bandar merupakan 55.1
peratus pada 1995 dan 61.8 peratus pada tahun 2000.
Dalam dekad pertama abad ke-21, kita dapati proses
pembandaran terus-menerus berlaku, dengan penduduk
bandar menyumbang sebanyak 66.9 peratus pada 2005
dan meningkat kepada 70 peratus pada 2008 (angka untuk
tahun 2010 belum diperolehi).
Perlu diambil perhatian bahawa peningkatan
penduduk bandar secara mendadak semenjak banci 1991
adalah disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu selain
pertumbuhan semula jadi dan penghijrahan masuk, ia
disebabkan oleh pendefinisian semula kawasan bandar.
Dalam banci sebelum tahun 1991, kawasan bandar
didefinisikan sebagai kawasan yang dibangunkan yang
mempunyai penduduk 10,000 orang atau lebih. Akan
tetapi mulai banci 1991, kawasan bandar ditakrifkan
sebagai meliputi kawasan yang dibangunkan dan juga
kawasan tepubina yang mempunyai 10,000 penduduk
ke atas.
Kepesatan kadar pembandaran di Malaysia dalam
dekad kebelakangan ini boleh ditunjukkan lagi daripada
data rasmi yang dikeluarkan dalam Rancangan Malaysia
Ke-10. Data itu menunjukkan dalam tempoh satu dekad
pertama abad ke-21, Malaysia terus mengalami arah
aliran pembandaran yang pesat, di mana penduduk
bandar tumbuh dengan pesat sebanyak 2.2 peratus
dalam tempoh 2000-2009 berbanding dengan 1.6
peratus pertumbuhan bagi penduduk luar bandar dalam
tempoh yang sama. Kadar pembandaran adalah paling
pesat bagi Semenanjung Malaysia. Pada 1991, daripada
jumlah penduduk seramai 14.2 juta di Semanjung, 7.7
juta atau 54.3 peratus tinggal di bandar berbanding 6.5
juta atau 45.7 peratus tinggal di luar bandar. Kira-kira
10 tahun kemudian, iaitu pada 2000, bilangan penduduk
Semenanjung meningkat kepada 18.5 juta, dengan
penduduk bandar bertambah kepada 12.1 juta atau 65.4
peratus berbanding penduduk luar bandar sebanyak
12.1 juta atau 34.6 peratus manakala bagi tahun 2009,
penduduk bandar sudah meningkat kepada 67 peratus.
(Perlu diperhatikan bahawa anggaran dalam Rancangan
Malaysia Ke-10 ini dibuat pada tahun 2009 sebelum Banci
2010 dijalankan, dan ia berbeza dengan anggaran yang
dibuat dalam laporan CIA World Factbook yang mencatat
70 peratus bagi tahun 2008 untuk seluruh Malaysia. Oleh
sebab Laporan Banci 2010 belum diperolehi, penulis
terpaksa menggunakan kedua-dua dokumen ini dan
menganggap angka itu sebagai anggaran).
Trend pembandaran yang semakin meningkat ini
dijangka akan berterusan. Justeru pada tahun 2020, adalah
dijangkakan sebanyak 90 peratus daripada pertumbuhan

81(2)Chap3.indd 25

25

penduduk dalam tempoh 2000-2020 akan tertumpu di


kawasan bandar (Malaysia 2011: 248). Berdasarkan trend
ini, Semenanjung Malaysia dijangka akan mempunyai
penduduk bandar seramai 20.8 juta atau 75.0 peratus
daripada 27.7 juta penduduk pada 2020 berbanding
penduduk luar bandar sebanyak 6.9 juta dengan
peratusannya menurun dengan ketara kepada 25 peratus.
Gambaran mengenai kadar pembandaran yang dijangka
berlaku pada tahun 2020 merupakan keterbalikan
keadaan yang berlaku selepas Merdeka iaitu pada 1970
penduduk bandar pada masa itu hanya berjumlah 27.0
peratus berbanding penduduk luar bandar sebanyak 73.0
peratus. Apa yang penting lagi ialah kawasan bandar
merupakan tempat tertumpunya pekerjaan. Ini terbukti
apabila pada tahun 2000 terdapat 84.8 peratus daripada
jumlah pekerjaan tertumpu di bandar, dan peratusan ini
meningkat lagi pada hari ini.
Selain peratusan penduduk bandar yang meningkat,
didapati bandar juga menjadi semakin besar dan status
sebahagian daripadanya mula berubah menjadi bandar
raya. Semasa kemerdekaan, Malaysia (ketika itu Malaya)
hanya mempunyai sebuah bandar raya iaitu George Town
di Pulau Pinang yang dianugerahkan taraf bandar raya
oleh Ratu Inggeris pada 1 Januari 1957 (selepas Singapura
diisytiharkan bandar raya pada 1951). Dalam tempoh 50
tahun lebih sejak Merdeka, beberapa buah bandar besar
susul menyusul dianugerahkan taraf bandar raya oleh
Yang di-Pertuan Agong. Perisytiharan anugerah bandar
raya itu bermula dengan Kuala Lumpur pada 1 Februari
1972, disusuli oleh Ipoh pada 27 Mei 1988, Kuching
pada 1 Ogos 1988, Johor Bahru pada 1 Januari 1994,
Kota Kinabalu pada 2 Februari 2000, Shah Alam pada
10 Oktober 2000, Bandar Melaka pada 15 April 2003,
Alor Setar pada 21 Disember 2003, Miri pada 20 Mei
2005, Petaling Jaya pada 20 Jun 2006, dan terakhir Kuala
Terengganu pada 1 Januari 2008.
Kebanyakan pertumbuhan penduduk bandar adalah
akibat pertambahan semulajadi, tetapi 25 peratus adalah
kerana migrasi desa-bandar, terdiri kebanyakannya
daripada orang Melayu. Bahkan menurut satu taksiran,
kadar pembandaran orang Melayu sejak 1970-an adalah
tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar bagi bukan
Melayu (Brown 1994: 236-7). Keadaan ini mengubah
pola penduduk bandar. Sepuluh tahun sebelum Merdeka,
iaitu pada 1947, lebih 92 peratus penduduk bandar
terdiri daripada bukan-Melayu, manakala penduduk
Melayu hanya 8 peratus. Pada 1970, peratusan penduduk
Melayu di bandar telah bertambah kepada 14.9 peratus.
Bagi bandar raya Kuala Lumpur, di antara 1957 hingga
1970, peratusan penduduk Melayu bertambah daripada
14.9 peratus menjadi 25.2 peratus, manakala peratusan
penduduk Cina menurun daripada 62.1 peratus kepada 54.7
peratus. Pada 1975, 83.0 peratus penduduk Kuala Lumpur
berasal dari luar bandar raya itu, yang menunjukkan kadar
penghijrahan masuk yang amat tinggi.
Perkara yang istimewa baru dalam perubahan
bersejarah ini ialah fenomena peningkatan bilangan

8/12/2011 2:28:19 PM

26

Akademika 81(2)

orang Melayu dan Bumiputera lain yang tinggal di


bandar manakala kelas-kelas sosial pula menjadi semakin
berbilang etnik sifatnya. Hal ini bererti komposisi
penduduk bandar terutamanya bandar raya yang
dahulunya diidentifikasikan dengan kelompok etnik
tertentu, iaitu kaum Cina, telah berubah apabila komposisi
penduduknya menjadi lebih berbilang kaum. Apa yang
menarik ialah sekiranya dahulu orang Melayu tidak
pernah menjadi majoriti penduduk mana-mana bandar
besar khususnya di pantai barat Semenanjung Malaysia,
pada hari ini, ada bandar raya di pantai barat seperti Shah
Alam yang berpenduduk seramai 671,282 orang pada
2010 dianggap sebagai bandar raya Melayu kerana lebih
70 peratus penduduknya terdiri daripada orang Melayu.
Boleh dikatakan bahawa pada hari ini, masyarakat
Melayu sudah menjadi masyarakat bandar. Selain bandar
raya Shah Alam, banyak lagi bandar di Lembah Kelang
yakni sekitar Kuala Lumpur seperti Petaling Jaya, Subang
Jaya, Ampang Jaya, Kajang, Bandar Baru Bangi dan
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru, iaitu
Putrajaya didiami kebanyakannya oleh orang Melayu.
Perubahan ini telah mencetuskan semacam nostalgia
tentang the good old days mengenai kehidupan desa
khususnya bagi orang Melayu yang sebelum ini dikenali
sebagai masyarakat kampung. Akan tetapi, arus
perubahan masyarakat tidak dapat mundur ke belakang,
lebih-lebih lagi apabila pemerintah memang merancang
untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan
tinggi menjelang 2020. Pada masa yang sama, ekonomi
Malaysia telah menjadi semakin terintegrasi dengan
ekonomi dunia, dan proses pembandaran dan pertumbuhan
bandar yang pesat itu berlaku dalam era globalisasi. Hal
ini bererti bahawa proses globalisasi dalam pelbagai
bidang ekonomi, politik, sosial, budaya dan ideologi
akan terus-menerus memberi dampak ke atas masyarakat
Malaysia, lebih-lebih lagi ke atas golongan yang menetap
di bandar.
PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN
KELAS-KELAS MODEN
Mengenai pembentukan kelas, pertumbuhan dan
perkembangan kelas-kelas baru berlaku hasil daripada
dasar pemodenan, perindustrian dan pembandaran
yang dirancang oleh pemerintah selepas kemerdekaan,
khususnya sejak 1970-an serta penglibatan sektor swasta.
Tidak seperti pada awal 1970-an, di mana golongan
kapitalis dan kelas menengah terdiri kebanyakannya
daripada orang Cina, manakala kelas menengah Melayu
terdiri daripada sekumpulan kecil pentadbir pemerintah,
tahun-tahun selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
mulai 1970-an menyaksikan bermulanya perkembangan
pesat kelas menengah baru dan kelas korporat yang
pelbagai etnik (Abdul Rahman 1996; 2002). Selain barisan
pentadbir, kelas menengah baru ini juga dianggotai oleh
pengurus dan profesional lain, sesetengahnya dalam

81(2)Chap3.indd 26

sektor pemerintah, manakala majoritinya dalam sektor


swasta. Dalam tempoh beberapa dekad ini juga, kelas
menengah generasi kedua telah muncul khususnya di
bandar-bandar utama negara ini (Abdul Rahman 2006).
Transformasi besar masyarakat Malaysia berkaitan
erat dengan perkembangan ekonomi dalam 50 tahun
lebih ini. Perkembangan ini dapat dilihat apabila kita
membandingkan perubahan dalam sumbangan sektor
primer, kedua dan ketiga kepada keluaran dalam negeri
kasar (KDNK) yang menunjukkan peningkatan sektor
kedua dan tertiari serta menurunnya sumbangan sektor
pertama khususnya pertanian. Data rasmi menunjukkan
bahawa pada 1970, walaupun sumbangan sektor pertanian
kepada KDNK ialah 31.4 peratus, iaitu sumbangan
terbesar berbanding sektor lain, peratusannya menjunam
kepada 18.7 peratus pada 1990, dan 12.8 peratus pada
2000 (Malaysia 1999: 39) manakala pada tahun 2009,
sumbangan sektor pertaian terus mengecil kepada 7.7
peratus sahaja daripada seluruh KDNK (Dihitung daripada
perangkaan dalam Jadual 5. Lihat Malaysia 2011: 364).
Menurunnya sumbangan sektor pertanian kepada
KDNK berlaku seiring dengan meningkatkannya
sumbangan sektor sekunder (pembuatan, pembinaan
dan perlombongan) kepada KDNK dalam beberapa
dekad semenjak 1970-an. Data menunjukkan daripada
sumbangan sebanyak 23.3 peratus kepada KDNK pada
1970, sumbangan sektor ini meningkat kepada 40.2
peratus pada 1990 dan 45.2 peratus pada 2000 (Malaysia
1999: 39). Sungguhpun begitu, sumbangan sektor kedua
kepada KDNK menurun selepas itu sehingga kepada
paras 37.7 peratus pada 2009 (Malaysia 2011: 364)
disebabkan peningkatan sumbangan sektor tertiari (iaitu
pelbagai jenis perkhidmatan) dalam sepuluh tahun ini.
Data menunjukkan dalam tiga dekad semenjak 1970an, sumbangan sektor tertiari yang berada pada paras
45.3 peratus pada 1970 menurun sedikit kepada 41.1
peratus pada 1990, dan kekal pada 42.0 peratus pada
2000 (Malaysia 1999: 39). Namun dalam tempoh satu
dekad ini, dengan semakin pentingnya peranan sektor
perkhidmatan dalam ekonomi negara, sumbangan sektor
ini meningkat dengan ketara kepada 57.6 peratus pada
2009 (Malaysia 2011: 364).
Seterusnya, perubahan struktur yang dijelaskan di
atas telah mengubah pola pekerjaan tenaga kerja. Kalau
pada zaman penjajah, tenaga kerja sektor pertanian
paling ramai jumlahnya, kini bilangan mereka paling
sedikit. Data rasmi menunjukkan peratusan tenaga
kerja luar bandar yakni mereka di sektor pertanian dan
perikanan menurun daripada 54 peratus dari jumlah
keseluruhan tenaga kerja pada 1970 kepada 28 peratus
pada 1990, dan turun lagi kepada 16.1 peratus pada 2000
(Malaysia 1971; 1999: 76-77) dan 12.0 peratus pada 2009
(Malaysia 2011: 378). Dari segi lain, tenaga kerja bukan
pertanian berkembang dengan sangat pesat. Contohnya,
jumlah tenaga kerja dalam sektor kedua (pembuatan,
perlombongan dan pembinaan) dan lebih-lebih lagi sektor
tertiari (pelbagai jenis perkhidmatan) meningkat dengan

8/12/2011 2:28:19 PM

Pembandaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia

ketara. Bagi sektor kedua, proporsi tenaga kerjanya


meningkat daripada 8.7 peratus pada 1970 kepada 19.5
peratus pada 1990, 27.5 peratus pada 2000 (Malaysia
1999: 76-77) dan 34.6 peratus pada 2009 (Malaysia 2011:
378) manakala tenaga kerja bagi sektor perkhidmatan
merupakan jumlah terbesar pada hari ini iaitu sebanyak
53.4 peratus pada tahun 2009.
Seperti yang dinyatakan di atas, kelas menengah baru
yang mengalami pertumbuhan dramatik sejak tahun 1970an, terdiri daripada golongan profesional dan teknikal
serta pentadir dan pengurus (Abdul Rahman 1996,
2002). Dalam tempoh ini, kategori pekerja perkeranian
meningkat secara signifikan, dari 2.9 peratus pada 1957
menjadi 10.1 peratus pada 1995, iaitu peningkatan lebih
tiga kali ganda. Walau bagaimanapun, peningkatan kelas
menengah baru, iaitu kategori profesional, teknikal,
pengurus dan pentadbir meningkat dengan lebih pesat.
Daripada kumpulan kecil iaitu hanya 4.0 peratus pada
1957 dan 5.9 peratus pada 1970, kelas menengah baru
meningkat secara signifikan kepada 11.2 peratus pada
1990, 13.0 peratus pada 1995 dan meningkat lagi kepada
15.3 peratus pada 2000 iaitu hampir empat kali ganda
dalam tempoh empat puluh tahun. Namun, pada tahun
2009, peratusan mereka meningkat lagi dengan pesat
menjadi 28.4 peratus (Malaysia 2011: 380).
Kelas menengah bawah (yang terdiri dari pekerja
perkeranian, jualan dan hampir separuh daripada pakerja
kategori perkhidmatan) berjumlah 15.8 peratus pada
1957 dan 23.9 peratus pada 1970. Namun, sejak tahun
1990, peratusan kumpulan ini berlegar di sekitar satu
per empat daripada seluruh tenaga kerja, iaitu sebanyak
27.1 peratus pada 1990, 27.6 peratus pada 1995, dan 28.3
peratus pada 2000. Pada 2009, peratusan mereka berada
pada paras 26.2 peratus.
Trend ke arah pengembangan kelas menengah
dalam masyarakat Malaysia dapat dilihat bukan sahaja
dengan merosotnya peratusan kelas desa, tetapi juga
kelas pekerja. Kelas desa yang berjumlah 56.4 peratus
pada 1957 telah menurun kepada 44.8 peratus pada
1970, 32.1 peratus pada 1980, sebanyak 20.1 peratus
pada 1995, dan menurun lagi kepada 18.1 peratus pada
2000, dan bagi tahun 2010, peratusan mereka berada di
sekitar 11.0 peratus.
Kelas buruh pula mengalami dua tahap perkembangan,
iaitu tahap perkembangan pada awal perindustrian
berorientasikan eksport sehingga 1980-an, kemudian
mencapai tahap bertahan bahkan turn naik dalam tahun
1990-an dan 2000-an. Data menunjukkan kelas buruh
yang berjumlah 18.9 peratus pada 1957, berkembang
selama dua dekad pada 1970-an dan 1980-an, daripada
27.3 peratus pada 1970 meningkat kepada 36.0 peratus
pada 1980. Namun, semenjak itu, peratusannya bertahan
di sekitar satu pertiga daripada seluruh tenaga kerja, iaitu
sebanyak 33.9 peratus pada 1995 serta menurun kepada
32.8 peratus pada 2000 (Malaysia 1999: 78-79). Kirakira sepuluh tahun kemudian iaitu pada 2009, peratusan
kelas buruh berada pada sekitar 34.4 peratus (Malaysia
2011: 380-81).

81(2)Chap3.indd 27

27

PENGHIJRAHAN KE Bandar raya DAN


BANDAR PERTENGAHAN
Memandangkan hakikat bahawa kira-kira 70 peratus
penduduk di Malaysia tinggal di bandar dan proses
pembandaran masih berlaku terus-menerus, maka
kehidupan bandar dan urbanisme sudah menjadi unsur
penting dalam peradaban rakyat Malaysia. Namun,
kehidupan bandar khususnya bagi orang Melayu dan
Bumiputera adalah suatu pengalaman baru bagi mereka.
Bahagian ini akan membincangkan dinamika kehidupan
bandar dan pelbagai peluang, cabaran dan dilema yang
dihadapi oleh pelbagai anggota masyarakat khususnya
kelas menengah dan kelas bawahan.
Berdasarkan data yang diperolehi daripada kajian
ini dan juga kajian-kajian lain sebelum ini, artikel ini
cuba menjawab dua soalan yang saling berkait iaitu:
Apakah kehidupan bandar satu means (cara, laluan)
atau satu end (matlamat akhir) bagi warga bandar?
Bagaimanakah warga bandar menangani permasalahan
ini dalam kehidupan mereka? Data mengenai dinamika
kehidupan bandar ini diperolehi melalui kajian berbentuk
temubual mendalam yang dilakukan dalam beberapa
tahun sejak awal 2000-an ke atas 102 orang informan
(75 peratus lelaki, 25 peratus wanita, berusia antara 35
hingga 65 tahun) yang tinggal di tiga buah bandar besar
dan tiga bandar pertengahan di Semenanjung Malaysia.
Selain itu, perbincangan kelompok berfokus diadakan
dengan sejumlah informan di setiap bandar terpilih dan
pemerhatian turut dilakukan secara berterusan terhadap
pelbagai dimensi kehidupan bandar dalam beberapa tahun
kebelakangan ini. Selain itu, gambaran makro mengenai
pembandaran diperolehi daripada data statistik rasmi
dan data sekunder lain yang diperolehi melalui kajian
perpustakaan yang turut dijalankan. Walaupun kajian
ini tidak boleh membuat generalisasi kerana sampelnya
kecil dan dipilih secara bertujuan, ia dapat memberikan
beberapa pemerhatian dan pemahaman mengenai
proses dan dinamika kehidupan bandar di Semenanjung
Malaysia pada masa kini.
Enam buah bandar di Semenanjung Malaysia
yang telah dipilih sebagai lokasi kajian dengan jumlah
penduduk masing-masing daripada tahun 1980 hingga
2010 adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1 (bilangan
informan yang diinterviu di setiap bandar dinyatakan di
bahagian bandar berkenaan).
Pemilihan lokasi kajian ini didasarkan kepada
pertimbangan-pertimbangan tertentu untuk menangkap
keragaman dalam pengalaman kehidupan bandar. Bandarbandar yang dipilih ialah:
TIGA Bandar raya UTAMA

Tiga bandar besar metropolitan utama, terdiri daripada


Kuala Lumpur dan bandar-bandar satelit di sekitarnya
(Petaling Jaya, Ampang, Kajang, Gombak, dan Damansara)
di zon tengah, Johor Bahru di zon selatan, dan George

8/12/2011 2:28:19 PM

28

Akademika 81(2)
JADUAL

1. Penduduk Bandaraya Utama dan Bandar


Pertengahan 1980-2010

Nama Bandar &


Bil. informan
diinterviu

1980

1991

2000

2010

Kuala Lumpur
(20 informan)

919,611 1,145,075 1,379,300 1,627,000

Johor Bahru
(20 informan)

245,395

442,252

630,603

916,409

George Town
(20 informan)

448,241

372,453

286,573

207,743

Bandar Melaka 107,494


(15 informan)

162,873

237,053

331,790

Kuantan
(15 informan)

131,547

201,272

289,395

422,000

Kota Bharu
(15 informan)

167,872

284,604

362,714

609,886

Sumber: Banci Penduduk 1980, 1991, 2000; Jabatan Perangkaan 2000; angka
untuk tahun 2010 adalah anggaran.

Town, Pulau Pinang di zon utara. Bandar raya Kuala


Lumpur (berserta bandar-bandar satelit di sekitarnya)
dipilih kerana bandar raya ini ialah bandar metropolitan
yang menjadi ibukota Malaysia dan tumpuan pusat
pemerintahan (sebelum peranan ini diambil alih oleh
Putrajaya pada 1999), perkhidmatan, kegiatan ekonomi,
pendidikan dan lain-lain. Kuala Lumpur terutamanya
semenjak 1970-an menjadi pusat tadahan penghijrah
luar bandar untuk mencari pekerjaan, pendidikan dan
sebagainya. Peningkatan bilangan penduduk Kuala
Lumpur dapat dilihat daripada angka penduduknya yang
berjumlah 648,300 pada 1970 meningkat kepada 919,611
pada 1980, dan kepada 1,145,300 orang pada tahun 1991.
Sepuluh tahun kemudian, ia meningkat lagi kepada
kira-kira 1.379 juta pada tahun 2000 manakala pada hari
ini, jumlahnya sudah meningkat kepada kira-kira 1.5
juta orang. Perubahan komposisi etnik penduduk juga
menarik perhatian. Pada 1970, Bumiputera menempati
24.5 peratus, manakala kaum Cina merupakan majoriti
sebanyak 57.7 peratus, India 16.6 peratus dan lain-lain 1.2
peratus. Pada tahun 2000, komposisi etnik telah berubah
dengan ketara; peratusan penduduk Bumiputera di Kuala
Lumpur ialah 40.7 peratus, disusuli oleh penduduk Cina
40.6 peratus, Indian 4.8 peratus, Lain-lain 1.4 peratus
manakala warganegara asing berjumlah 6.7 peratus.
Dengan semakin membesarnya bandar raya dan lebihlebih lagi kawasan di sekitarnya (penduduk Lembah
Kelang termasuk Kuala Lumpur Lumpur keseluruhannya
berjumlah 7.2 juta orang), Kuala Lumpur sudah menjadi
sebuah bandar raya primat dan juga bandar raya
global. Sehubungan itu, Kuala Lumpur menghadapi
pelbagai cabaran bandar besar khususnya dari segi kos
hidup, kesesakan lalu lintas, jenayah, pencemaran alam
sekitar, serta aspek-aspek kualiti hidup yang lain bagi
para penghuninya.

81(2)Chap3.indd 28

Pemilihan Johor Bahru pula sebagai lokasi kajian


ialah berdasarkan hakikat ia adalah bandar metropolitan
yang sedang mengalami proses pertumbuhan bandar
dan perindustrian yang pesat, di samping lokasinya
bersempadan dengan Singapura, sebuah negara-kota
yang sudah mencapai status negara Dunia Pertama.
Jumlah penduduk Johor Bahru ialah sebanyak 246,395
pada 1980, tetapi meningkat kepada 468,800 orang
pada 1991 dan seterusnya kepada 630,600 orang pada
tahun 2000 serta 0.92 juta pada 2010. Memang ketara
bahawa Johor Bahru menjadi salah satu pusat tadahan
penghijrah dari tempat lain ke bandar ini. Selain saiznya
yang besar dan faktor lokasinya, kita dapati dua proses
penting, iaitu ramai pekerja Johor berulang alik bekerja
di Singapura manakala Johor Bahru pula menjadi sasaran
warga Singapura membeli-belah sehingga meningkatkan
kos hidup dengan sangat ketara.
Bandar raya George Town di Pulau Pinang ialah
sebuah bandar agak lama yang terbentuk sejak zaman
penjajah dan yang paling maju di kawasan utara. Ia
mempunyai banyak peninggalan sejarah dan diiktiraf
oleh UNESCO sebagai Bandar raya Warisan Dunia pada
Julai 2008 bersama-sama Melaka. Dalam banyak segi,
George Town mencerminkan pelbagai masalah yang
dihadapi oleh dua bandar raya lain, iaitu peningkatan kos
hidup, peningkatan harga hartanah, kesesakan lalu lintas,
dan sebagainya. Namun, berbeza dengan Kuala Lumpur,
George Town mengalami penghijrahan keluar sejumlah
penduduk sehingga ia menyaksikan penurunan bilangan
penduduknya dari 448,241 pada 1980 kepada 372,453
pada 1991, 286,573 pada tahun 2000, dan menurun
lagi kepada 207,743 pada tahun 2010. Selain itu, status
George Town sebagai bandar raya juga dipertikaikan
selepas penghapusan pilihan raya kerajaan tempatan pada
1965 dan penyerahan fungsi Majlis Bandar raya George
Town kepada Ketua Menteri. Walau apapun, kerana
kedudukan George Town sebagai bandar raya di Pulau
Pinang yang dikeliling pantai yang menarik berserta
dengan warisan sejarahnya dan penduduknya yang
pelbagai etnik, bandar ini khususnya dan Pulau Pinang
secara umumnya merupakan pusat tarikan pelancong
yang penting bagi Malaysia.
TIGA BANDAR PERTENGAHAN

Selain tiga bandar raya utama di atas, tiga bandar


pertengahan, iaitu Melaka di zon selatan, Kuantan
dan Kota Bharu di zon timur juga dipilih bagi tujuan
menyelami permasalahan kehidupan bandar dan membuat
bandingan dengan kehidupan penghuni di bandar raya
utama. Pemilihan Bandar Melaka ialah berdasarkan
ciri bandar ini sebagai bandar bersejarah dan bandar
pertengahan yang di samping cuba meningkatkan
perindustrian dan pemodenan, bandar ini berusaha
memelihara warisan sejarahnya dan menjadi pusat
pelancongan yang penting. Kos hidupnya yang tidak
begitu tinggi secara perbandingan dengan bandar raya

8/12/2011 2:28:19 PM

Pembandaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia

metropolitan, pergerakannya yang tidak begitu sibuk


serta kedudukannya di pantai Selat Melaka memberinya
kelebihan sebagai bandar yang menarik dan selesa bagi
pelancongan dan juga bagi mereka yang ingin menetap
seumur hidup di sini. Pertumbuhan penduduk Bandar
Melaka mencerminkan ia menjadi tempat tarikan
penghijrah dari bandar dan negeri lain khususnya dalam
tempoh dua dekad semenjak 1990. Data dalam Jadual 1
menunjukkan penduduk Bandar Melaka yang berjumlah
107,494 pada 1980 telah meningkat kepada 162,873 pada
1991. Namun, dekad 1990-an menyaksikan pertambahan
penduduk bagi bandar ini yang menyaksikan jumlah
penduduk sebanyak 237,053 pada tahun 2000 dan
seterusnya meningkat lagi kepada 331,790 pada 2010,
iaitu peningkatan hampir 100,000 penduduk dalam
tempoh satu dekad pertama abad ke-21.
Di pantai timur, khususnya di timurlaut, ialah
bandar Kota Bharu. Apa yang menarik perhatian ialah
jumlah penduduk Kota Bharu juga meningkat dengan
ketara dalam satu dekad ini (Jadual 1) iaitu daripada
362,714 pada tahun 2000 meningkat secara mendadak
kepada 609,886 pada tahun 2010. Bandar ini dipilih
kerana keunikannya sebagai bandar pertengahan di
pantai timur. Walaupun kadar perindustriannya tidak
pesat berbanding dengan bandar-bandar di negeri lain di
pantai barat tetapi nadi ekonominya, khususnya ekonomi
perdagangan dan runcitan tetap hidup. Selain itu, dari
segi demografi, 90 peratus lebih penduduknya terdiri
daripada kaum Melayu dan Islam. Secara politiknya
Kota Bharu yang kini disytiharkan sebagai Bandar raya
Islam ialah ibu negeri Kelantan yang diperintah oleh
parti pembangkang PAS secara berterusan sejak 1990.
Kerajaan PAS cuba melaksanakan cara hidup menurut
Islam di kalangan masyarakat termasuk pelaksanaan
peraturan-peraturan khusus bagi lelaki dan wanita di
pasaraya dan gedung-gedung perniagaan, pengharaman
pelbagai jenis hiburan khususnya yang bersifat Barat
dan maksiat, dan sebagainya. Secara geografinya pula
Kota Bharu tidak jauh dari sempadan Negara Thai dan
mengalami proses keluar masuk barang dan juga manusia
di antara kedua-duanya.
Kuantan, ibu negeri Pahang di pantai timur
Semenanjung ialah sebuah lagi bandar pertengahan
dengan penduduk yang berbilang etnik dan mengalami
pertambahan penduduk yang ketara sekali khususnya
dalam tempoh sepuluh tahun semenjak tahun 2000 sama
seperti pengalaman Kota Bharu. Seperti ditunjukkan
dalam Jadual 1, pertambahan penduduk bandar Kuantan
agak perlahan dari tahun 1980 hingga 1990-an, tetapi
selepas itu, bilangannya meningkat daripada 289,395
orang pada tahun 2000 menjadi 422,000 pada 2010.
Ini menunjukkan Kuantan juga menjadi bandar tarikan
kepada penghijrah dari bandar dan negeri lain hasil
daripada proses pembangunan dan perindustriannya yang
pesat. Sungguhpun begitu, Kuantan tidak mempunyai
ciri sejarah seperti Melaka, dan juga tidak mempunyai
ciri Kota Bharu yang lebih kemelayuan dan keislaman

81(2)Chap3.indd 29

29

sifatnya. Walau bagaimanapun, bandar Kuantan bersih,


indah dan tidak terlalu sesak, kos hidupnya pula tidak
terlalu tinggi dan lokasinya tidak jauh dari pantai yang
menjadi tumpuan pelancongan iaitu Teluk Cempedak.
Bagi menghuraikan persoalan kehidupan bandar
sebagai means dan juga end, artikel ini memanfaatkan
empat konsep yang saling berkait, iaitu gerak sentripetal
(memusat), gerak sentrifugal (nyahpusat) serta
integrasi dan diferensiasi. Dari segi pendekatan pula,
artikel ini menggunakan pendekatan emic dan etic, iaitu
di samping pemerhatian pengkaji, ia memanfaatkan
pendekatan emic iaitu naratif para informan. Melalui
naratif ini pengkaji akan dapat memahami logik serta
makna yang diberikan mereka tentang kehadiran dan
penyertaan mereka di bandar serta sama ada mereka
mengidentifikasikan diri dengan bandar itu sebagai
tempat mereka akan menetap ataupun hanya sebagai
laluan bagi meneruskan kehidupan yang lebih tetap di
tempat lain. Melalui naratif ini juga, pengkaji dapat
melihat pandangan dunia masing-masing aktor dan
makna yang mereka berikan kepada kehidupan bandar,
sama ada urbanisme sudah menjadi cara kehidupan bagi
mereka, serta bagaimana mereka menangani peluang,
cabaran dan dilema sebagai penghuni bandar.
Artikel ini menghujahkan bahawa ketiga-tiga bandar
raya utama yang menjadi lokasi kajian ini adalah pusat
yang menjadi daya tarikan kepada penduduk pelbagai
kelas dan etnik dari tempat lain dan juga dari negara lain
untuk datang bekerja dan melakukan aktiviti-aktiviti lain
di sini dan proses ini berlaku lebih awal daripada proses
yang sama bagi Melaka, Kota Bharu dan Kuantan. Proses
penumpuan ke arah bandar raya ini boleh diistilahkan
sebagai gerak memusat atau gerak sentripetal. Proses
gerak ke arah pusat ini telah berlaku dengan rancak
khususnya sejak 1970-an, di mana ketiga-tiga bandar
raya utama tadi khususnya Kuala Lumpur dan Johor
Bahru menjadi tempat tadahan bagi para penghijrah
dari desa dan juga dari bandar kecil dan sederhana untuk
mencari pekerjaan, mendapat pendidikan, mengikuti ibu
bapa, suami, isteri dan lain-lain. Proses ini paling ketara
bagi Kuala Lumpur pada 1970-an, dan Johor Bahru pada
1980-an dan 1990-an. Dalam tempoh tiga dasawarsa ini,
bukan sahaja kawasan luar bandar pelbagai negeri bahkan
bandar kecil dan pertengahan telah mengirim begitu
ramai penduduk mereka keluar. Selain itu, negara-negara
jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Burma juga
mengirim tenaga kerja mereka ke Malaysia, khususnya
ke ketiga-tiga bandar raya ini, dan ini berlaku dengan
ketara sejak 1980-an. Namun, sejak pertengahan 1990-an
dan berterusan dalam dekad 2000-an, nandar pertengahan
seperti Melaka, Kota Bharu dan Kuantan juga menjadi
tempat tujuan penghijrah, yakni mengalami proses gerak
memusat juga.
Berdasarkan interviu dengan informan, didapati
mereka berasal dari pelbagai tempat dan latar belakang.
Untuk bandar raya Kuala Lumpur, walaupun sebahagian
informan dan orang yang mereka kenal berasal dari

8/12/2011 2:28:20 PM

30

Kuala Lumpur atau sekitarnya, tetapi ramai lagi yang


berasal dari negeri lain, seperti Kelantan, Pahang,
Terengganu, Kedah, Johor, dan Pulau Pinang. Mereka
kebanyakannya datang semenjak 1970-an dan 1980-an,
termasuk sejumlah kecil khususnya golongan muda yang
tiba pada 1990-an.
Keadaan yang lebih kurang sama berlaku bagi
Pulang Pinang dan Johor Bahru. Di Pulau Penang,
kebanyakan informan atau orang yang mereka kenal
berasal dari Pulau Pinang, Kedah, Perak, Perlis dan
Kelantan. Mereka datang sama ada untuk bekerja di
George Town ataupun di Seberang Prai. Pembinaan zon
perdagangan bebas dan industri elektronik menjadi daya
tarikan untuk mereka berhijrah ke sana di samping ramai
juga yang datang menyambung pendidikan di universiti
dan institusi pengajian tinggi lainnya.
Johor Bahru mempunyai daya tarikan untuk
dirinya sendiri dan juga sebagai jambatan meloncat ke
Singapura. Para informan atau ramai orang yang mereka
kenal kebanyakannya berasal dari negeri Johor sendiri,
Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.
Sebagai bandar raya yang pesat mengindustri, memang
Johor Bahru menawarkan peluang pekerjaan kepada
ramai penduduk, lebih-lebih lagi dengan kewujudan
koridor pembangunan yang baru yang dikenali sebagai
Iskandar. Tetapi tidak kurang pentingnya ialah Johor
Bahru atau kawasan sekitarnya menjadi tempat tinggal
bagi mereka yang berulang-alik bekerja di Singapura.
Secara umumnya, hampir semua informan berada
di bandar sekarang kerana mereka berpindah mencari
kerja, mengikut orang tua, lahir di situ, menukar atau
ditukarkan tempat bekerja, dan juga kerana peluang
pekerjaan yang lebih baik. Faktor-faktor ini umumnya
ialah sebab kenapa informan berada di ketiga-tiga bandar
raya utama itu. Ini menunjukkan kewujudan hubungan
yang instrumentalis di antara informan dengan bandar
raya berkenan, di mana bandar raya menjadi laluan yang
membuka peluang dan cara bagi mereka mencapai tujuan
ekonomi, sosial, budaya dan sebagainya.
Dari segi kelas, terdapat bilangan kelas menengah,
khususnya profesional, pengurus dan pentadbir yang
besar bilangannya di bandar raya-bandar raya ini, di
samping terdapat ramai kelas pekerja. Golongan korporat
juga amat ketara kewujudan mereka sungguhpun bilangan
mereka relatif kecil.
Bagi ketiga-tiga bandar pertengahan yang dikaji,
masing-masing berfungsi sebagai pusat dalam
lingkungan tertentu. Bagi Kuantan, misalnya, ramai
informan dan orang yang mereka kenal berasal dari
Pahang di luar Kuantan, serta mereka dari Kelantan,
Terengganu, Johor, dan Kedah. Di Melaka pula,
sebahagian informan dan orang yang mereka kenal
berasal dari kawasan Melaka sendiri tetapi ada sejumlah
yang berasal dari Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan
Kelantan. Walau bagaimanapun, daya tarikan dari bandarbandar lain ke Kuantan ataupun Melaka tidaklah sebegitu
kuat seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

81(2)Chap3.indd 30

Akademika 81(2)

Bagi Kota Bharu, kebanyakan informan dan orang


yang mereka kenal terdiri dari mereka yang asalnya
dari Kota Bharu ataupun dari tempat lain di Kelantan.
Selain itu, di bandar ini terdapat sejumlah warganegara
Thai yang berniaga ataupun bekerja di sini. Terdapat
juga sejumlah kecil mereka yang dahulunya telah
berpindah ke Kuala Lumpur, tetapi balik semula ke
Kota Bharu selepas bersara. Walaupun Kota Bharu tidak
mempunyai daya tarikan ekonomi yang kuat, namun ia
telah mencetuskan gerak memusat tertentu kerana ia
mempunyai keistimewaannya yang sendiri dari segi cara
hidup yang tidak terlalu sibuk dan ciri kemelayuan yang
ketara di samping peluang pekerjaan di sektor runcitan.
Ringkasnya, wujud hubungan yang bersifat
instrumentalis di antara warga bandar dengan pelbagai
bandar berkenaan, dan ini sangat ketara dalam kes bandar
raya. Kepada ramai informan, bandar menyediakan peluang
pekerjaan, pendapatan, dan mobiliti sosial, manakala bagi
mereka yang berasal dari luar bandar, kehidupan bandar
juga memberikan peluang pemberdayaan (empowerment)
yang membolehkan mereka berdikari dan menentukan
sendiri hala tuju kehidupan mereka.
MENANGANI CABARAN KEHIDUPAN BANDAR
Dalam bahagian ini, artikel ini akan cuba menyelami
pandangan dunia dan perasaan para informan yang tinggal
di pelbagai bandar yang dikaji di samping menunjukkan
persamaan dan perbezaan di antara informan daripada
kelas yang berbeza dan juga di antara informan di
bandar raya dengan mereka yang tinggal di bandar
pertengahan.
Di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru,
terdapat pelbagai pandangan dan reaksi para informan
hasil daripada pengalaman hidup mereka di bandar raya.
Reaksi ini sering berbeza-beza mengikut kelas, etnik
dan juga usia. Cabaran pertama yang harus diselesaikan
informan selaku penghuni bandar apabila berada di
bandar raya ialah mendapatkan pekerjaan dan tempat
tinggal. Bagi informan yang mempunyai kelulusan tinggi,
pekerjaan yang membawa gaji yang sesuai tidak begitu
bermasalah. Tetapi dengan kelulusan yang rendah, seperti
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), informan berkenaan
menyatakan mereka hanya boleh memburu pekerjaan
yang manual sifatnya yang diperolehi melalui perkenalan
kawan, saudara mara, ataupun orang yang berpangkat
dan ada kalanya melalui iklan dan walk-in interview.
Bagi informan kelas bawahan, walaupun mereka
umumnya merasa gembira mendapat peluang bekerja di
bandar dan terdedah dengan pelbagai pengalaman dan
peluang baru, tetapi di pihak lain, galang-gantinya ialah
mereka menghadapi tekanan yang berat dan menyulitkan
khususnya dari segi perumahan dan perbelanjaan
hidup yang lain. Di ketiga-tiga bandar raya utama yang
dikaji, informan kelas bawahan khususnya menghadapi
tekanan untuk mendapatkan rumah milik sendiri dan

8/12/2011 2:28:20 PM

Pembandaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia

juga rumah yang mampu disewa. Pihak kerajaan


telah melaksanakan dasar membina rumah kos rendah
dan menetapkan harga daripada RM25,000 sehingga
RM42,000 bagi seunit bergantung kepada lokasi. Mereka
yang layak membuat permohonan untuk membelinya
ialah mereka yang berpendapatan antara RM750.00
hingga RM1,500.00 sebulan. Akan tetapi, bilangan unit
rumah kos rendah adalah terhad, berjumlah 13.1 peratus
daripada keseluruhan jumlah rumah yang dibina pada
tahun 2000 (Dasimah Omar 2008) dan adakalanya agihan
rumah itu tidak menurut syarat yang ditetapkan.
Menurut seorang informan, Dengan harga yang
setinggi ini dan harga barang-barang yang terus naik
tidak mungkin untuk orang yang berpendapatan di
bawah RM1000 untuk membelinya. Mereka juga
memerhatikan sebahagian daripada orang yang
mendiami atau memiliki rumah kos rendah itu bukannya
orang miskin atau golongan berpendapatan rendah,
tetapi orang yang agak berada. Ini yang saya kesal,
kata informan itu lagi.
Di samping harga rumah yang relatif mahal, penghuni
bandar juga harus menunggu giliran untuk mendapatkan
rumah itu. Rumah kos sederhana juga sudah melambung
naik harganya. Misalnya, di Pulau Pinang harga untuk
rumah teres satu tingkat berada di sekitar RM120,000
pada akhir 1990-an, tetapi kini mencecah RM300,000
sehingga RM400,000 seunit sedangkan di bandar lain
seperti Alor Star unit yang sama boleh diperolehi dengan
seharga RM90,000 sehingga RM150,000 sahaja. Bahkan,
ada informan mengatakan untuk rumah kos sederhana
rendah, orang yang berpendapatan RM2,000 atau RM3,000
sebulanpun mungkin tak mampu beli, apalagi kalau
pendapatan rendah daripada itu seperti saya.
Oleh sebab harga rumah yang di luar jangkauan
informan kelas bawahan, ramai mereka menyewa rumah
atau bilik. Menurut seorang informan, Kita jangan harap
nak sewa rumah yang selesa dengan gaji yang sedikit;
mana lagi dengan masalah makan minum dan belanja
anak-anak sekolah. Walaupun saya ada kerja tetap di
kilang, masalah ini memeningkan kepala. Mujurlah
saya dapat simpan sedikit-sedikit. Ada informan lain
berulang kali menyatakan dia ingin menukar pekerjaan,
dan kalau perlu berpindah ke bandar lain, dia tidak akan
ragu-ragu berbuat demikian sekiranya pekerjaan itu
memberikannya pendapatan yang lebih tinggi. Informan
daripada golongan wargatua yang rendah pendapatannya
pula merasa sangat susah tinggal di bandar kerana kos
hidup yang melambung dan peluang pekerjaan yang
terbatas bagi warga tua sepertinya. Saya lebih susah
kerana isteri saya uzur dan saya perlu menjaganya.
Satu kajian oleh Ahmad Ariffin Bujang, Hasmah
Abu Zarin dan Mohd Razali Agus (2008) memberikan
gambaran terperinci tentang isu perumahan di Johor
Bahru. Berdasarkan data rasmi, mereka menunjukkan
bahawa seunit flat berharga RM32,000-RM134,000 pada
1999, dan meningkat kepada RM68,000-RM145,000 pada
2002. Rumah teres satu tingkat pula yang berharga antara

81(2)Chap3.indd 31

31
RM90,000-RM240,000 pada 1999 meningkat kepada
RM85,000-RM320,000 pada tahun 2002 manakala rumah
teres dua tingkat berharga dari RM140,000-RM364,000
pada tahun 1999 kepada RM150,000-RM438,000 pada

tahun 2002. Berdasarkan kajian mereka ke atas 2082 orang


responden yang dijalankan pada tahun 2005, responden
meletakkan harga yang terlalu tinggi oleh pemaju
sebagai isu utama. Menurut kajian itu lagi, di kalangan
responden yang belum memiliki rumah, 52.3 peratus
menyatakan mereka hanya mampu membeli rumah yang
berharga di bawah RM100,000.00, manakala 31.4 peratus
lagi mengatakan mereka mampu membeli rumah yang
berharga antara RM100,000 hingga RM150,000. Hanya
5.5 peratus sahaja menyatakan mereka mampu membeli
rumah yang harganya RM250,000 ke atas.
Sewa yang tinggi menjadi masalah besar bagi
penduduk bandar raya termasuk Johor Bahru. Menurut
seorang informan lagi, Menyewa rumah memang
memeningkan saya. Sewa bilik sahaja di Johor Bahru
sudah mencapai RM350 sebilik, bagaimana nak sewa
rumah? Walau bagaimanapun, ada informan yang
bernasib baik kerana mereka memiliki rumah pusaka,
justeru merasa kurang tertekan dari segi perumahan.
Namun, mereka sering menyatakan cabaran memiliki
rumah bagi anak-anak mereka kelak akan menjadi sangat
besar.
Bagi informan warga tua, ada yang bernasib baik
dapat tinggal bersama anaknya yang memiliki rumah
sendiri. Namun, tidak semuanya bernasib baik sedemikian.
Ada warga tua yang mengalami tekanan hidup yang berat
sehingga adakalanya mengalami kemurungan khususnya
mereka yang tidak mempunyai anak ataupun anak-anak
sudah tinggal bertaburan dan tidak ada di bandar tempat
kediaman mereka. Insiden kemurungan di kalangan
warga tua ini bukanlah sesuatu yang terpencil. Kajian
oleh Sherina et al. (2005) ke atas 300 warga tua berusia 60
tahun ke atas di Bandar Baru Bangi menunjukkan perkara
yang sama. Kajian itu mendapati 6.3 peratus responden
mengalami kemurungan, terdiri daripada mereka yang
mengalami penyakit kronik seperti strok, kencing manis
dan mereka yang hilang upaya untuk berfungsi sendiri.
Sekiranya masalah pekerjaan, pendapatan dan
perumahan menjadi isu besar bagi informan kelas
bawahan dan kelas menengah bawah, keadaannya
berlainan dengan keadaan yang dialami informan kelas
menengah atas. Bagi mereka yang pendapatannya tinggi
atau sederhana tinggi, mereka tidak merungut mengenai
masalah pendapatan dan tekanan ekonomi. Semasa
krisis ekonomi 1997/1998 serta krisis 2008/2009
yang baru lalu, mereka tidak begitu mengeluh kerana
pendapatan mereka tidak banyak berubah kecuali
mereka yang melabur di pasaran saham. Para informan
kelas menengah atas khususnya mereka yang sudah
lama dalam perkhidmatan merasa gembira kerana dapat
memiliki kenderaan dan rumah sendiri yang selesa
dan terletak di kawasan yang agak aman. Ada yang
merancang menukar model kereta dan juga membeli

8/12/2011 2:28:21 PM

32

rumah baru yang lebih besar. Mereka menganggap


kehidupan di bandar raya mempunyai banyak kelebihan
kerana pelbagai peluang dan kemudahan yang
disediakannya. Namun, mereka sering menyatakan
mereka merasa penat, dan kadang-kadang bosan. Antara
sebab yang mereka berikan ialah kesuntukan masa untuk
berehat dan berlibur, serta untuk bermesra bersama
keluarga dan anak-anak kerana tuntutan kerjaya yang
mengekang masa mereka. Selain itu, mereka semakin
kritis terhadap masalah pencemaran seperti sampah
sarap, pencemaran air sungai dan udara serta kerosakan
alam sekitar. Selain itu, mereka menyatakan tidak selesa
dengan suasana yang bising, kesesakan lalu lintas dan
isu jenayah yang sering berlaku serta kebanjiran warga
asing.
Daripada huraian di atas, perbezaan di antara
keutamaan golongan informan kelas bawahan dengan
kelas menengah atas yang dikaji memang sangat jelas.
Sementara perhatian informan kelas bawahan tertumpu
kepada soalan bagaimana menangani masalah yang asas
bagi kelangsungan hidup mereka seperti kos hidup harian
dan perumahan, golongan informan kelas menengah,
lebih-lebih lagi kelas menengah atas, menitikberatkan
soal bagaimana meningkatkan kualiti hidup mereka,
khususnya dari segi keselesaan, masa berkualiti (quality
time) dan berlibur dengan keluarga khususnya anak-anak,
penjagaan kesihatan dan sebagainya.
Gambaran yang diberikan oleh para informan dari
ketiga-tiga bandar pertengahan yang dikaji iaitu Kuantan,
Melaka dan Kota Bharu di mana tekanan isu perumahan
dan kos hidup tidak sebegitu besar, adalah berbeza dengan
keadaan di ketiga-tiga bandar raya Kuala Lumpur, George
Town dan Johor Bahru. Informan kelas bawahan di
Kuantan merasakan peluang bagi mereka memiliki rumah
sendiri adalah jauh lebih baik. Hal ini kerana harga tanah
dan rumah lebih rendah daripada ketiga-tiga bandar raya
utama. Namun, sebahagian mereka turut menyewa rumah
manakala ada informan yang tinggal di rumah mertua
ataupun menumpang di rumah orang tua mereka.
Di Melaka hampir semua informan kelas menengah
yang dikaji memiliki rumah sendiri, selebihnya masih
tinggal di rumah peninggalan orang tua. Begitu juga
halnya dengan informan kelas bawahan, terdapat
informan yang menetap di rumah peninggalan orang
tua ataupun rumah sendiri. Bagi informan golongan tua,
ada yang tinggal bersama anak dan selebihnya tinggal
di rumah sendiri.
Di Kota Bharu, para informan kelas menengah
semuanya memiliki rumah sendiri, termasuk informan
golongan tua. Ada yang tinggal di kawasan perumahan
yang sudah terbina dengan mantap dan mengalami
ikatan sosial yang kukuh. Bagi informan kelas bawahan
terdapat mereka yang memiliki rumah sendiri, dan
juga yang masih menyewa rumah. Menurut informan
yang menyewa, kos menyewa rumah di Kota Bharu
tidaklah setinggi di bandar lain, kerana mereka boleh
mencari rumah sewa dengan membayar sekitar RM100

81(2)Chap3.indd 32

Akademika 81(2)

sehingga RM200 sebulan. Walau bagaimanapun, terdapat


kekhususan di Kota Bharu. Menurut para informan
itu, di bandar ini adalah susah untuk mendapatkan
rumah di taman perumahan kerana di sini tidak banyak
kawasan perumahan yang dibangunkan oleh pemaju
dan persaingan untuk membelinya agak sengit. Tetapi
menurut informan, penduduk di bandar ini tidak merasai
kekurangan rumah. Ini bermakna walaupun kawasan
perumahan jarang dibangunkan oleh pemaju, ini tidak
bermakna orang tempatan di Kota Bharu kekurangan atau
ketiadaan rumah. Menurut informan lagi, di Kota Bharu
dan sekitarnya, orang ramai yang mempunyai wang
umumnya lebih suka membeli tanah dan membangunkan
rumah sendiri. Hanya orang luar yang berhijrah ke Kota
Bharu mungkin menghadapi masalah memiliki rumah.
Walau bagaimanapun, menyewa rumah tidak menjadi
masalah besar bagi mereka.
Daripada analisis di atas, pandangan dan kesan
informan di Kota Bharu, Melaka dan Kuantan didapati
agak berbeza dengan informan di tiga bandar raya
yang dikaji. Secara umum, para informan menganggap
ketiga-tiga bandar ini lebih mesra-penghuni daripada
pelbagai aspek ekonomi, persekitaran, sosial dan
kerohanian. Misalnya, di Kota Bharu semua informan
sama ada daripada kelas bawahan, menengah dan
informan golongan tua merasa selesa dan suka tinggal
di sana. Mereka menganggap Kota Bharu adalah sebuah
bandar yang mesra-penghuni kerana kos hidupnya relatif
rendah, maksiat terkawal, kehidupan bandar tidak begitu
sibuk, dekat dengan keluarga dan saudara mara, kurang
kesesakan lalu lintas dan bunyi bising. Seperti dinyatakan
oleh seorang informan kelas menengah, Hidup di sini
tenang, fikiran tak terganggu, ada suasana kampung,
ada rasa harmoni kerana dapat mendengar suara azan
setiap subuh. Namun, akhir-akhir ini, dengan adanya
pembangunan baru khususnya kewujudan pasaraya mega
seperti TESCO dan juga Mydin serta pembinaan yang lain,
Kota Bharu mula mengalami kesesakan lalu lintas lebihlebih lagi pada musim perayaan dan cuti sekolah.
Walau apapun, daripada pandangan informan,
berbanding dengan kawasan kajian lainnya, bandar Kota
Bharu ialah kawasan paling rendah kos hidup, disusuli
oleh Melaka dan Kuantan. Tekanan hidup tidak begitu
terasa berbanding dengan mereka yang tinggal di bandar
raya utama khususnya Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Menurut pengalaman seorang informan kelas bawahan
di Kota Bharu, dengan pendapatan sebanyak RM1000
sebulan, beliau yang berbelanja secara berjimat tidaklah
terasa sangat tidak cukup untuk hidup sekalipun
perlu menyara isteri dan tiga orang anak yang masih
bersekolah. Namun, beliau menambah, mereka tidak
boleh boros atau hidup bermewah, dan itu juga bukanlah
tujuan gaya hidup mereka.
Pengalaman dan pandangan informan di Bandar
Melaka didapati lebih kurang sama. Namun, ada satu
kekecualian, iaitu aspek kerohanian dan suasana
kampung di Melaka tidaklah dirasai sebagai begitu

8/12/2011 2:28:21 PM

Pembandaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia

menonjol dalam pengalaman dan pandangan dunia para


informan yang tinggal di sana berbanding dengan mereka
yang tinggal di Kota Bharu. Para informan menganggap
Bandar Melaka yang berbilang etnik itu sebagai tempat
yang sesuai bagi pesara serta mereka yang tidak terlalu
mengejar kebendaan. Hal ini kerana bandar ini tidak
begitu sibuk, lokasinya di pesisir pantai dan laut, harga
rumah sewa dan barang makanan agak murah berbanding
dengan bandar besar seperti Kuala Lumpur. Selain itu
Bandar Melaka memiliki banyak peninggalan sejarah
yang menarik, dan perhubungan dari satu tempat ke satu
tempat lain mudah dicapai. Menurut seorang informan
kelas pekerja yang pernah bekerja dan tinggal di Kuala
Lumpur, kehidupan di Bandar Melaka jauh lebih selesa
dan kurang tekanan berbanding dengan Kuala Lumpur.
Katanya, Di Kuala Lumpur manusia siang malam sibuk
tak putus-putus; harga barang-barang mahal. Kesesakan
lalu lintas sering berlaku, dan tempat yang dekat akan
menjadi jauh. Saya tidak seronok tinggal di bandar raya
ini. Seorang informan yang berasal dari Kelantan dan
bekerja sebagai kontraktor landskap memberitahu bahawa
dia suka bekerja dan tinggal di Melaka kerana peluang
pekerjaan bagi orang sepertinya adalah baik, kos hidup
tidak begitu tinggi, dan sewa rumah teres kami (dua
bilik) hanya RM150 sebulan. Dia memberitahu sebelum
ini dia bekerja sebagai buruh kilang selama kira-kira
sepuluh tahun, kemudian bertukar kepada pekerjaan
sekarang apabila peluang terbuka. Isteri informan itu
pula yang berasal dari Surabaya, Indonesia menyatakan
kehidupan di Melaka baginya lebih menyeronokkan
berbanding dengan kehidupan di kampung suaminya
di Pasir Mas, Kelantan. Menurut pengalamannya, di
Kelantan dalam dua tiga tahun kebelakangan ini, kos
hidup mula meningkat, harga barang-barang makanan
juga sudah naik dan kesesakan lalu lintas di sana juga
semakin kerap.
Sungguhpun begitu, apabila membandingkan
keadaan masa kini dengan keadaan lima atau sepuluh
tahun dahulu, penduduk Bandar Melaka juga terasa
kenaikan kos hidup seperti kenaikan harga rumah dan
juga barang-barang keperluan harian. Sebagai contoh,
para informan mengeluh mengatakan rumah teres satu
tingkat yang pada tahun 1990-an dapat dibeli dengan
harga kurang daripada RM100,000 seunit kini sudah
meningkat kepada RM120,000 atau lebih. Selain itu,
harga makanan dan minuman sudah naik beberapa kali
dalam sepuluh tahun ini. Pada hari ini, harga sebungkus
kecil nasi lemak naik daripada RM1.00 kepada RM1.50
manakala harga roti canai pula naik daripada 70 sen
kepada 80 sen sekeping. Bagi minuman pula, harga yang
disenaraikan di sebuah warung kopi di Bandar Melaka
yang sering dikunjungi orang ramai khususnya golongan
bawahan mencerminkan kedudukan harga terkini iaitu
teh dan kopi susu berharga RM1.20 secawan manakala
segelas besar berharga RM1.70; milo berharga RM1.50
secawan atau RM2.00 bagi segelas besar. Senarai harga ini
menunjukkan kenaikan harga antara 20 hingga 40 peratus

81(2)Chap3.indd 33

33

dalam beberapa tahun ini. Para informan menyatakan


kalau keadaan ini berterusan dan tidak dikawal oleh
kerajaan, ia akan membebankan kehidupan khususnya
golongan bawahan memandangkan pendapatan mereka
tidak tinggi.
Di Kuantan, ramai informan dan orang yang
mereka kenali juga menyatakan yang mereka suka
tinggal di bandar ini. Mereka menarik perhatian
kepada kos hidup yang tidak terlalu tinggi berbanding
dengan bandar besar, bandar Kuantan pula tidak terlalu
sesak ataupun bising, dan ia berdekatan dengan pantai
(khususnya dengan tempat peranginan seperti Teluk
Cempedak) dan penduduk bandar pula tidak begitu ramai.
Lanskap Kuantan yang dianggap cantik dan bersih juga
menyenangkan mereka. Akan tetapi seperti halnya dengan
Bandar Melaka, sejumlah informan khususnya daripada
kelas bawahan menyatakan kerisauan tentang kenaikan
harga rumah dan barang keperluan. Berbanding dengan
keadaan sebelumnya, mereka merasakan kenaikan ini
semakin membebankan dan ini jauh berbeza berbanding
dengan keadaan di tempat asal sebahagian daripada
mereka yang datang dari luar Kuantan.
PEMBENTUKAN KOMUNITI BANDAR
Daripada perspektif sains sosial, perkembangan
pembandaran dan pertumbuhan bandar dengan sejumlah
bandar besar diisytiharkan sebagai bandar raya dalam
beberapa dekad ini mencerminkan telah muncul suatu
institusi sosial dan budaya baru, iaitu urbanisme sebagai
suatu cara hidup baru dalam masyarakat dan tamadun
Malaysia. Ini merupakan satu titik peralihan sejarah yang
amat besar bagi negara ini. Apakah implikasi daripada
urbanisme ini kepada masyarakat Malaysia? Seorang
ahli sosiologi Amerika Syarikat daripada The Chicago
School of Sociology, Louis Wirth (1938) menghujahkan
bahawa urbanisme ialah suatu cara hidup berasaskan
bandar dengan penghuninya mempunyai gaya hidup
tersendiri yang nyata berbeza daripada mereka yang
mendiami kawasan desa atau luar bandar. Cara hidup
ini, menurut Wirth, menjejaskan budaya kerana ia
menyumbang kepada kemerosotan nilai dan hubungan
kekeluargaan serta hilangnya hubungan komuniti dan
asas solidariti tradisional. Interaksi sehari-hari, tegasnya
lagi, sungguhpun mencerminkan hubungan yang erat
dari segi fungsi tetapi dari segi sosial wujud jarak yang
ketara tanpa hubungan timbal balas sosial yang perlu.
Apakah fenomena yang dikritik oleh Wirth ini berlaku
dalam masyarakat bandar Malaysia? Apakah urbanisme
semestinya negatif?
Beberapa kajian sebelum ini (Abdul Rahman
2002; Fischer 2008) menunjukkan bahawa sementara
individualisme dan konsumerisme wujud di kalangan
penghuni bandar khususnya kelas menengah, terdapat
pula satu fenomena penting yang berlaku iaitu usaha
pembentukan semula komuniti di kalangan warga bandar.

8/12/2011 2:28:21 PM

34

Fenomena ini didapati berlaku di keenam-enam bandar


yang dikaji. Terdapat beberapa bentuk komuniti yang
terjalin iaitu komuniti kejiranan berasaskan kawasan
kediaman yang sama, komuniti keagamaan atau jumaah
berdasarkan pegangan agama yang sama, komuniti
pekerjaan terdiri daripada rakan-rakan sekerja, dan
komuniti rekreasi yang terbentuk melalui hobi yang
dilakukan secara bersama seperti bermain golf, kumpulan
kesihatan seperti taiqi qigong (khususnya bagi orang
Cina), kumpulan riadah pejalan kaki dan sebagainya.
Menurut perspektif informan, di kawasan kediaman
mereka terdapat komuniti kejiranan yang dibentuk
melalui usaha jawatankuasa penduduk (atau Jawatankuasa
Keselamatan, Kemajuan dan Kebajikan JKKK) yang
bertanggungjawab memerhatikan soal keselamatan dan
keamaan serta kerjasama di kalangan penduduk di kawasan
kediaman masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka
sendiri tidak terlibat secara aktif kerana kesibukan kerja.
Sungguhpun begitu, mereka merasakan jawatankuasa
penduduk seperti ini penting untuk menangani kehidupan
dan kepentingan penduduk lebih-lebih lagi apabila timbul
masalah keselamatan seperti kejadian pecah rumah,
jenayah ragut, penagihan dadah serta gejala sosial lain
yang berlaku di sekitar kawasan kediaman mereka.
Semua informan menyatakan kerisauan mereka tentang
keadaan keselamatan khususnya pelbagai jenis jenayah
yang sering dilaporkan dalam televisyen dan media
lain hampir setiap hari. Menurut informan, keadaan
sebegini menyebabkan penduduk merasa perlu memberi
sokongan kepada usaha jawatankuasa penduduk di
kawasan mereka supaya sesuatu dapat dilakukan bagi
menjamin keamanan. Justeru mereka menyokong usaha
jawatankuasa ini menggaji pengawal keselamatan dan
mendirikan pondok keselamatan di kawasan kediaman
mereka. Walaupun ramai informan tidak terlibat dalam
jawatankuasa penduduk atau aktiviti-aktivitinya seperti
mesyuarat penduduk, ada beberapa orang informan
seperti di Kota Bharu dan Melaka menyatakan mereka
ikutserta dalam pelbagai aktiviti anjuran jawatankuasa
itu bagi memperbaiki kehidupan penduduk di kawasan
kediamannya dari segi keselamatan, kebersihan, kerja
gotong-royong, dan sebagainya. Aktiviti yang sering
dianjurkan ialah membersihkan longkang dan sampah
sarap untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk
denggi dan juga supaya kawasan menjadi bersih dan
nyaman.
Bagi penduduk beragama Islam, para informan
menyatakan perkara penting yang mesti diselesaikan
apabila berada dalam kawasan kediaman ialah membina
komuniti keagamaan atau jumaah. Proses ini berlaku
di kesemua bandar yang dikaji. Untuk ini, institusi
surau memainkan peranan yang amat penting. Mereka
memberitahu walaupun masjid penting untuk pelbagai
aktiviti keagamaan khususnya bagi mengendalikan
sembahyang Jumaat, tetapi bagi kawasan perumahan
mereka, institusi surau lebih penting kerana ia lebih
dekat dengan masyarakat berbanding masjid. Ini sangat

81(2)Chap3.indd 34

Akademika 81(2)

ketara bukan sahaja di Kota Bharu tetapi juga di Melaka,


Kuantan, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Institusi surau berperanan bukan sahaja sebagai tempat
ibadat tetapi sebagai institusi sosial khususnya sebagai
pusat pertemuan bagi menjalin hubungan silaturrahim
antara penduduk. Hakikat ini diakui oleh para informan
beragama Islam sekalipun ada di antara mereka tidak
begitu kerap berjemaah di surau. Surau juga merupakan
tempat kanak-kanak di kawasan perumahan berkenaan
belajar mengaji Quran. Ibu bapa yang risau tentang
pendidikan Quran bagi anak-anak mereka merasa lega
sekiranya aktiviti itu dijalankan dengan baik di surau
berdekatan. Umumnya, surau dan juga masjid di kesemua
kawasan kajian menjadi instimewa meriah apabila tiba
bulan Ramadhan. Ketika itu kita menyaksikan surau dan
masjid penuh dibanjiri oleh penduduk Muslim untuk
menunaikan sembahyang sunat tarawih dan beribadat,
sungguhpun pada penghujung Ramadhan apabila Syawal
semakin hampir tiba, bilangan jemaah merosot dengan
ketara.
Membina jaringan komuniti melalui hobi masingmasing seperti sukan dan kegiatan lain juga merupakan
salah satu bentuk yang penting. Di kalangan anggota
kelas menengah atasan, sejumlah mereka menganggotai
kelab golf dan menjalin rangkaian dan persahabatan
dengan rakan-rakan dan kenalan melalui aktiviti ini. Di
Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain, kelab golf sama
ada yang dibina oleh pihak kerajaan atau oleh swasta
memang sesuatu yang tidak asing lagi untuk disertai
oleh penduduk yang mampu dan berminat. Sungguhpun
begitu, kebanyakan penduduk tidak mengambil bahagian
dalam aktiviti yang berpusatkan kelab golf. Sebaliknya
apa yang berlaku seperti di kalangan sebahagian daripada
informan dalam kajian ini, mereka mempunyai aktiviti
riadah seperti berjalan kaki secara berkumpulan ataupun
menyertai aktiviti qi gong ataupun tai chi. Bagi penduduk
yang sudah bersara dan mempunyai masa, aktiviti ini
dilakukan hampir setiap hari manakala bagi mereka
yang bekerja, mereka melakukannya pada hari minggu
ataupun hari cuti.
Satu perkara penting yang turut menjalin hubungan
komuniti di kalangan penduduk bandar ialah aktivitiaktiviti seperti kenduri-kendara dan juga perayaan
pelbagai kaum. Seperti dinyatakan oleh para informan, di
kawasan kediaman mereka sering terdapat kenduri seperti
nikah kahwin di mana bukan sahaja saudara-mara dan
sahabat dari luar kawasan dijemput tetapi turut diundang
ialah jiran tetangga mereka. Begitu juga hari perayaan
pelbagai kaum. Perayaan dalam bentuk rumah terbuka
yang menghidangkan pelbagai jenis juadah sering
diadakan di kawasan kediaman di mana ramai jiran dan
juga saudara-mara dan sahabat handai dari luar dijemput
menghadirinya. Kesemua ini membantu membentuk
komuniti di kawasan kediaman masing-masing (Abdul
Rahman 2002).
Di kalangan kaum wanita, sekalipun mereka
daripada kelas menengah atas, sangat sedikit yang

8/12/2011 2:28:22 PM

Pembandaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia

terlibat dengan kelab golf sebagai rekreasi. Namun, ada


satu aktiviti sosial yang penting di kalangan wanita yang
menyumbang kepada pembentukan persahabatan dan
pembinaan kumpulan kecil yang erat dalam komuniti.
Aktiviti ini ialah amalan memberi hadiah antara satu sama
lain seperti makanan masakan mereka, dan adakalanya
makanan istimewa dari tempat lain yang dibawa oleh
saudara-mara ataupun makanan yang mereka beli semasa
melawat tempat itu. Amalan ini adalah sebahagian
daripada amalan tradisional pelbagai kaum. Selain itu,
ada amalan baru iaitu pemberian hadiah berbentuk
bunga dalam pasu untuk perhiasan dalam laman rumah
masing-masing ataupun hadiah hari jadi untuk anak-anak
jiran. Amalan seperti ini yang lazim berlaku di kalangan
wanita Melayu bandar sudahpun dikesan dalam kajian
Armstrong (1984) di Kuala Lumpur pada awal 1980-an.
Menurut Armstrong, antara strategi wanita untuk menjalin
persahabatan dan menyesuaikan diri dengan konteks
kejiranan bandar raya ialah aktiviti sembang-sembang
sesama mereka. Aktiviti seperti ini memang sesuatu yang
penting dan berlaku secara berterusan pada hari ini di
kesemua kawasan bandar yang dikaji.
Walau bagaimanapun, tidak semua anggota
kejiranan dalam sesebuah kawasan perumahan terlibat
dalam kesemua aktiviti ini. Individualisme dan sikap
tidak mempedulikan jiran sekeliling masih tetap ketara.
Seperti dinyatakan oleh sesetengah informan dalam
kajian ini, ada jiran yang bersikap seperti kera sumbang,
tidak mahu bergaul dengan orang lain. Selain itu jarak
antara generasi dan antara kaum juga wujud. Sikap tidak
mempedulikan atau menghormati orang tua serta tidak
mesra dengan kaum lain memang wujud. Ini ketara di
kalangan kawasan perumahan di Kuala Lumpur, Johor
Bahru dan Pulau Pinang, tetapi tidak begitu ketara di
bandar-bandar pertengahan khususnya Kota Bharu dan
Bandar Melaka. Ada informan menyatakan rasa kesal
apabila melihat keadaan tidak mempedulikan orang
lain serta jarak yang wujud, khususnya antara yang
muda dan yang tua serta antara pelbagai kaum seperti
dinyatakan di sini dan mengharapkan keadaan ini tidak
akan berterusan.
Ringkasnya, kritikan Wirth terhadap budaya
masyarakat bandar adalah tepat dari satu segi, iaitu
individualisme dan ketidakpedulian. Akan tetapi,
terdapat segi lain yang beliau tidak mengambil perhatian
iaitu peranan manusia sebagai agensi yang aktif yang
membentuk semula hubungan dan organisasi sosial
mereka bagi memenuhi tujuan kehidupan sosial
berpandukan nilai-nilai budaya dan keagamaan yang
mereka pegang sebelum ini.
BANDAR LALUAN SEMENTARA ATAU TEMPAT
BERMASTAUTIN TETAP?
Perbincangan di atas yang cuba menyingkapkan
pandangan dunia dan persepsi para informan yang dikaji

81(2)Chap3.indd 35

35

mengenai kehidupan mereka di bandar raya dan bandar


pertengahan memberikan kita gambaran mengenai setakat
mana informan sudah berintegrasi dengan kehidupan di
bandar sama ada urbanisme sudah menjadi cara hidup
mereka. Beberapa faktor tersirat dalam naratif informan
itu yang bakal mempengaruhi keputusan mengenai hari
depan mereka. Sama ada bandar secara umum, ataupun
bandar yang mereka diami kini akan menjadi tempat
bermastautin terakhir bagi mereka akan dipengaruhi oleh
pelbagai faktor struktural, khususnya peranan pasaran,
campurtangan pemerintah, hubungan sosial, persekitaran
dan kehidupan kerohanian.
Bahagian ini akan meneliti bagaimana perancangan
para informan untuk masa hadapan khususnya berkaitan
dengan tempat bermastautin mereka nanti. Di ketigatiga bandar raya yang dikaji, terutamanya di Kuala
Lumpur, kebanyakan informan kelas bawah merancang
untuk kembali ke kampung asal mereka, ataupun pergi
ke kawasan lain yang lebih rendah kos hidup. Mereka
mengharapkan untuk berbuat demikian sekiranya keadaan
mengizinkan, yakni apabila ada peluang pekerjaan di
tempat lain yang lebih rendah kos hidupnya. Kuala
Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru dianggap secara
instrumental sebagai tempat atau laluan yang memberikan
mereka peluang mendapatkan pekerjaan dan pendapatan
yang boleh disimpan untuk hari depan, tetapi bukan
sebagai tempat bermastautin seumur hidup dan meninggal
di sana. Memang benar ada di antara informan tidak pasti
tentang apa yang akan mereka lakukan kelak kerana usia
mereka masih muda dan mereka masih mencari peluang
pekerjaan yang lebih baik sama ada di bandar yang
mereka diami kini ataupun di tempat lain. Tetapi ada di
antara mereka memang sudah membuat keputusan dengan
menyediakan tanah untuk mendirikan rumah di kampung
apabila sampai masanya nanti. Bagi mereka, balik ke
kampung asal atau mendirikan rumah dengan sebidang
tanah di kawasan kampung akan membolehkan mereka
membuat kerja seperti menanam sayur ataupun kerja lain
sesuai dengan pengalaman, tenaga dan minat mereka.
Bagi mereka yang belum memiliki tanah, soal besar
bagi mereka ialah mengumpulkan wang yang mencukupi
untuk membeli tanah dan juga membina rumah nanti, dan
ini satu kerisauan bagi mereka memandangkan kosnya
yang semakin meningkat.
Untuk kelas menengah, hampir kesemua informan
yang ditemu ramah menyatakan mereka memilih untuk
terus tinggal di bandar ataupun di pinggir bandar, seperti
di taman perumahan eksklusif yang giat dibina oleh
para pemaju. Kebanyakan informan kelas menengah
ini sudahpun memiliki rumah sendiri di bandar raya.
Ramai di antara mereka merancang untuk membeli
rumah baru di taman perumahan eksklusif yang lebih
selesa dan selamat agar mereka dapat tinggal secara
tetap manakala rumah yang mereka miliki kini akan
dijual ataupun disewakan. Bagaimanapun mereka juga
menyedari kesukaran untuk berbuat demikian kerana
tempat kediaman sedemikian semakin tinggi kosnya.

8/12/2011 2:28:22 PM

36

Peluang berbuat demikian akan terbuka sekiranya


mereka dapat menyimpan wang yang lebih sahaja.
Satu proses pembezaan dari segi status sedang
berlaku di kalangan kelas menengah atas dan golongan
korporat pelbagai kaum, khususnya mereka yang tinggal
di bandar raya kosmopolitan. Ini ternyata bukan sahaja
dalam pemilikan kereta mewah import dan rumah
kediaman kos tinggi, tetapi juga usaha mewujudkan
kelainan dalam bentuk mencuba menggabungkan unsur
alam seperti desa, pergunungan ataupun pantai dalam
kehidupan mereka. Ini mencerminkan suatu budaya
kemewahan sedang berkembang di kalangan mereka,
iaitu mencipta semula atau reinvent suatu kehidupan
yang sudah hilang.
Apa yang sedang berlaku ialah selain memiliki
rumah sekarang, para informan ini dan juga sebahagian
kawan-kawan mereka juga membeli banglo, apartmen
atau unit dalam kondominium yang dibina di kawasan
pergunungan seperti di Genting, Bukit Tinggi, Janda
Baik, dan lain-lain, ataupun di kawasan peranginan di
pantai yang terkenal seperti Port Dickson dan Melaka.
Bahkan, ada juga di antara mereka yang bercadang
membeli rumah dusun di Desa Permai, di Johor satu
kawasan perumahan dusun yang dibina oleh pemaju
di Johor untuk penduduk kota yang kaya yang ingin
mempunyai rumah di kawasan dusun buah-buahan seluas
beberapa ekar. Kediaman di resort pergunungan ataupun
pantai ataupun di dusun ini bukanlah tempat kediaman
mereka yang tetap, tetapi sebagai kediaman sementara
semasa bercuti. Kehidupan di sana adalah sebahagian
daripada aktiviti berlibur. Menurut informan, Inilah
peluang sekali-sekala untuk lari daripada kesibukan dan
kebisingan kota. Gaya hidup ala-resort peranginan ini
nampaknya semakin popular. Sama ada mereka tinggal
di kawasan pergunungan, di pantai atau di dusun, gaya
hidup bandar sudah sebati dengan mereka, dan mereka
akan membawa gaya hidup itu ke mana sahaja mereka
pergi. Mereka menafikan gaya hidup begini sebagai satu
eskapisme, tetapi ia adalah sebagai cara bagi menambah
keselesaan dan sesuai dengan status sosial mereka.
Seperti kata salah seorang informan yang bercakap bagi
dirinya dan kawan-kawannya, Kalau kami mampu, apa
salahnya. Orang lain tak boleh dengki. Walaupun tempat
kediaman kedua di kawasan peranginan, pergunungan
dan desa ini mungkin dilihat sebagai tempat untuk retreat
atau berehat pada hujung minggu atau musim cuti, ada
di kalangan informan yang menyatakan mereka mungkin
akan menetap di sana setelah bersara daripada pekerjaan
mereka kelak. Dengan kata lain, mereka merancang
menghabiskan usia mereka di tempat sedemikian.
Gaya hidup eksklusif di atas bukan sahaja terdapat
di kalangan kelas menengah atas dan kelas korporat
Melayu tetapi juga kelas menengah dan korporat Cina,
India dan lain-lain. Perbezaannya ialah bagi informan
Cina, atau India, mereka tidak menyatakan ingin kembali
ke desa, tetapi mahu bermastautin tetap di kota atau di
peluaran kota. Ini kerana sebagai satu komuniti, mereka

81(2)Chap3.indd 36

Akademika 81(2)

sudah lama menetap di bandar dan mengamalkan cara


hidup bandar. Satu kelainan yang terdapat di kalangan
golongan kelas menengah atas dan korporat Cina yang
tidak terdapat di kalangan korporat Melayu ialah pilihan
untuk tempat bersemadi setelah meninggal dunia. Di
kalangan golongan kaya Cina, ada di antara mereka
yang sudah memilih dan membeli lot tanah perkuburan
sekalipun harganya berpuluh-puluh ribu ringgit bagi
satu lot. Di antara tanah perkuburan yang popular ialah
Nilai Memorial Park di Negeri Sembilan dan Semenyih
di Selangor.
Nampaknya keadaan yang berlaku di Kota Bharu
sangat berbeza dengan apa yang berlaku di bandarbandar lain. Semua informan di Kota Bharu memilih
akan terus menetap di Kota Bharu dan menghabiskan
sisa hidup mereka di sana. Keadaan ini terdapat baik
di kalangan informan kelas bawahan, kelas menengah
dan juga golongan tua. Hampir semua informan pula
telah memiliki rumah sendiri di kawasan kampung
biasa yang jaraknya antara tiga hingga enam kilometer
dari pusat bandar, kecuali bagi seorang informan kelas
bawahan yang merupakan penyewa rumah. Informan ini
menyatakan bagi masa hadapannya nanti, dia merancang
akan membeli rumah di kawasan pinggiran pantai.
Pandangan yang hampir sama didapati wujud di
kalangan informan di Melaka. Hampir semuanya ingin
terus menetap di bandar Melaka, lebih-lebih lagi kerana
sebahagian besar daripada informan sudah memiliki
rumah di bandar ini. Juga ramai daripada mereka berasal
dari Melaka tetapi sebelum ini berpindah ke bandar lain
untuk mendapat kerja. Bagi informan yang berasal dari
negeri lain, ada yang masih belum membuat keputusan
sama ada akan menetap di Melaka ataupun balik ke
kampung asal mereka apabila bersara nanti, namun
sebahagian mereka sudah memutuskan akan menetap
di sini kerana sudah memiliki rumah dan selesa dengan
cara hidup di bandar ini.
Untuk bandar Kuantan pula, jumlah terbanyak
informan menyatakan mereka akan terus kekal menetap
di bandar ini. Walau bagaimanapun terdapat beberapa
informan yang ingin meninggalkan bandar ini dan balik
ke kampung asal mereka di Johor untuk menetap di sana
manakala ada juga informan yang ingin pulang untuk
menetap di kampung asal tetapi masih di negeri Pahang.
Akan tetapi, walaupun informan di Kuantan menyatakan
mereka terus akan menetap di kawasan bandar ini, mereka
berhasrat untuk menetap di kawasan pinggir bandar
khususnya di kawasan yang tidak jauh dari pantai. Ada di
antara mereka juga telah mempunyai rumah di kawasan
pinggiran bandar dan kawasan kampung di sekitar
beberapa kilometer sahaja dari bandar.
HUBUNGAN BANDAR-DESA SEBAGAI KONTINUM
Bagaimana harus kita memandang hubungan antara
bandar dengan luar bandar ataupun desa? Apakah kedua-

8/12/2011 2:28:22 PM

Pembandaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia

duanya merupakan dua pola yang begitu jauh terpisah


ataupun kedua-duanya wujud dalam satu kontinum yang
berkait erat? Persoalan ini telah wujud dalam pemikiran
teori sejak sekian lama dan dibangkitkan lagi pada hari
ini. Wirth dalam artikel klasiknya yang ditulis pada
1930-an mengenai pembandaran, kemunculan bandar
dan gaya hidup bandar sebagai fenomena baru dalam
tamadun manusia yang kita rujuk sebelum ini telah
menyinggung perkara ini. Dalam artikel itu, beliau antara
lain menimbulkan persoalan sosiologikal mengenai
kesukaran dalam definisi bandar. Wirth mengkritik
usaha mendefinisikan bandar sebagai entiti fizikal
berdasarkan ukuran bilangan penduduk yang mendiami
kawasan yang ditetapkan. Beliau mengajukan pandangan
bahawa bandar ialah sebuah petempatan khusus yang
dicirikan oleh bilangan penduduk yang terkumpul dalam
jumlah yang agak besar, manusianya tidak homogen,
dan penempatannya kekal, manakala penduduknya
mencerminkan gaya hidup tersendiri. Berdasarkan ciriciri urbanisme sebagai suatu bentuk kehidupan yang
berbeza dan khusus, maka sudah tentu ciri-ciri itu tidak
boleh disempadankan semata-mata dalam kawasan
fizikal yang diistilahkan sebagai bandar dalam banci
pemerintah.
Hakikat bahawa konsep bandar-desa atau bandarluar bandar perlu didefinisi semula secara lebih
jitu seperti dibangkitkan oleh Wirth pada awal abad
ke-20 tetap relevan pada hari ini. Perkara ini telah
dibangkitkan oleh Terry McGee pada awal 1990an. McGee (2008) menunjukkan dengan semakin
meningkatnya pembandaran dan perubahan demografi,
apa yang selama ini dirujuk sebagai bandar dan luar
bandar juga sudah berubah dengan turut berubahnya
lokasi kedua-dua entiti ini. Aktiviti bandar atau urban
yang ditakrifkan sebagai aktiviti bukan-pertanian
kini semakin meresap masuk ke dalam kawasan yang
dahulunya ditakrifkan sebagai luar bandar atau desa
hasil kemajuan sistem pengangkutan dan komunikasi
yang memungkinkan wujudnya transactional space yang
baru. Namun, dengan perkembangan ini tidak bererti
kawasan desa telah terhapus kerana bandar-desa wujud
dalam satu kontinum. Seperti ditegaskan oleh McGee
(2008: 2):
There is still a spatial continuum from parts of the country
that are dominantly rural to the urban cores in which urban
activities dominate but it is the space between these two poles
madeup of mixed rural and urban activities that is becoming
increasingly important.

Bertolak daripada pemikiran wujudnya kontinum


bandar-desa ini, McGee membezakan urban core
(pusat bandar) dan urban periphery (pinggir bandar)
serta membincangkan kemunculan mega urban region
(wilayah urban mega) bagi sesetengah bandar raya
besar di pelbagai negara Asia. Akan tetapi, beliau
menghujahkan wujud satu lagi kawasan yang sebelum ini
ditakrifkan sebagai luar bandar dalam banci dan juga
pemikiran para perancang, iaitu kawasan yang berada di

81(2)Chap3.indd 37

37

luar pinggir bandar ataupun di luar wilayah urban mega.


Kawasan ini mengandungi ciri-ciri bandar dan juga desa,
yakni aktiviti industri dan juga pertanian sekaligus dan
beliau namakan kawasan ini sebagai desakota. Kawasan
ini menjadi semakin penting dalam kehidupan manusia
dan juga dalam penelitian mengenai pembandaran dan
perubahan sosial.
Hakikat kekaburan sempadan antara bandar dan
desa ini juga relevan bagi kajian yang diolah dalam
artikel ini mengenai pembandaran dan kehidupan bandar
di Semenanjung Malaysia. Kita dapati di kalangan
informan kajian ini khususnya mereka yang tinggal
di bandar raya utama, kecenderungan untuk keluar
daripada pusat bandar yang sesak ke pinggir bandar
dan juga ke kawasan yang melepasi sempadan bandar
(atau desakota menurut istilah McGee) adalah ketara.
Kecenderungan di kalangan sesetengah informan untuk
terlibat dalam aktiviti pertanian seperti berdusun atau
aktiviti pertanian lain di peluaran bandar di samping
mengekalkan kehidupan bandar adalah contoh yang
ketara. Namun, analisis yang lebih mendalam mengenai
kecenderungan ini memerlukan satu kajian yang lain.
Apa yang penting di sini ialah artikel ini memberikan
bukti empiri yang sungguhpun amat sederhana dan
ringkas, tetapi menyokong konsepsi hubungan bandardesa sebagai kontinum dan juga kemunculan ruang
desakota seperti diajukan oleh McGee.
KESIMPULAN
Dalam bahagian ini, ada beberapa perkara boleh
disimpulkan yang mempunyai implikasi bagi ilmu
khususnya bagi tujuan kajian lebih lanjut mengenai
pembandaran dan kehidupan bandar serta implikasi
bagi dasar pemerintah. Pertama, persoalan penting
dalam wacana mengenai pembandaran dan kehidupan
bandar iaitu apakah hubungan sosial baru yang urban
sifatnya akan melenyapkan hubungan kekeluargaan dan
komuniti seperti dibangkitkan oleh Wirth (1938). Wirth
menghujahkan bahawa dalam masyarakat bandar, ikatan
kekeluargaan, kejiranan serta sentimen hidup bersama
yang wujud dalam masyarakat folk akan merosot ataupun
menghilang kerana perbezaan latar belakang penduduk;
justeru dalam keadaan demikian, persaingan dan kawalan
sosial formal menggantikan amalan kawalan tradisional.
Analisis yang diajukan dalam artikel ini menunjukkan
kritikan Wirth terhadap budaya masyarakat bandar adalah
tepat dari satu segi iaitu individualisme, ketidakpedulian
dan pentingnya kawalan sosial yang formal. Akan tetapi,
terdapat segi lain yang beliau tidak mengambil perhatian
iaitu peranan manusia sebagai agensi yang aktif yang
mampu membentuk semula hubungan dan organisasi
sosial mereka bagi memenuhi tujuan kehidupan sosial
berpandukan nilai-nilai budaya dan keagamaan yang
mereka pegang sebelum ini. Ini jelas terbukti dengan
usaha pembentukan komuniti dan wujudnya komuniti

8/12/2011 2:28:23 PM

38

yang agak utuh walaupun dalam masyarakat bandar,


dan usaha membina komuniti itu memanfaatkan
sumber-sumber sosiobudaya yang berasal daripada
masyarakat tradisi. Dalam artikelnya, Wirth mengambil
ingatan bahawa bandar adalah hasil pertumbuhan dan
perkembangan dalam sejarah, bukannya sesuatu yang
muncul secara tiba-tiba; justeru kehidupan manusia akan
mengekalkan sebahagian tinggalan ciri-ciri daripada
cara kehidupan sebelumnya seperti kehidupan di dusun,
ladang dan kampung. Sementara beliau menegaskan
perkara ini, namun beliau tidak menjangkakan bahawa
tinggalan ciri-ciri masyarakat tradisi itu boleh dicipta
semula untuk disesuaikan dengan kehidupan baru di
bandar bagi memanfaatkan kehidupan sosial bandar. Ini
bererti urbanisme tidaklah sesuatu yang membawa kesan
negatif semata-mata.
Kedua, berkaitan dengan perkara pertama di atas,
urbanisme sudah menjadi a way of life dalam tamadun
Malaysia, dan ini satu titik balik sejarah yang amat
besar. Memang perubahan ini telah mencetuskan
memori kolektif tentang kehilangan sesuatu (khususnya
kehilangan komuniti) serta menguatkan nostalgia
tentang apa yang dikatakan the good old days yang
diimaginasikan ataupun yang dilalui pada zaman kanakkanak, lebih-lebih lagi bagi informan yang tinggal di
bandar raya kosmopolitan. Tersepit dengan dilema ini,
dan menyedari bahawa mereka tidak mungkin mundur
mendirikan semula masyarakat lama, ada informan cuba
mencari jalan keluar dengan mencipta sesuatu yang
baru di kawasan perumahan mereka, ataupun mereka
meninggalkan tempat itu untuk kembali ke tempat asal
ataupun ke tempat lain yang dianggap lebih selesa.
Namun, perlu diperhatikan bahawa pengalaman hidup di
bandar adalah sesuatu yang baru di kalangan sebahagian
informan, justeru nostalgia kepada kehidupan desa
kadang-kadang muncul. Akan tetapi, dengan peredaran
masa apabila semakin ramai generasi baru telah lahir dan
kehidupan bandar menjadi semakin tersebati, nostalgia
ini mungkin akan berubah.
Ketiga, apakah perbezaan antara kehidupan bandar
di bandar raya utama dengan bandar pertengahan?
Artikel ini menunjukkan di kalangan informan yang
tinggal di bandar raya utama seperti Kuala Lumpur
dan Pulau Pinang terdapat dua kecenderungan. Di satu
pihak, terdapat sejumlah informan yang tinggal di bandar
raya sudah memutuskan tempat itu sebagai tempat
tinggal mereka yang tetap. Ramai di antara mereka
sudahpun menetapkan sedemikian kerana mereka sudah
bersebati dengan kehidupan kota dan juga kerana soal
praktikal. Di pihak lain wujud sebahagian informan yang
menganggap bandar raya sebagai laluan tempat membina
kerjaya dan bukannya tempat tetap mereka seumur
hidup. Justeru, mereka berhasrat pulang ke bandar asal
ataupun kampung asal ataupun berhijrah ke bandar lain
ataupun ke luar negara sekiranya wujud peluang berbuat
demikian. Keadaannya berlainan dengan informan di
bandar pertengahan, lebih-lebih lagi bagi bandar seperti

81(2)Chap3.indd 38

Akademika 81(2)

Kota Bharu dan Melaka. Pembentukan komuniti lebih


mantap dan proses kehidupan bandar yang tidak begitu
pantas dan yang memberi tekanan tertentu menjadikan
bandar-bandar berkenaan suatu tarikan untuk menetap
semasa usia tua. Bagi ramai informan di bandar tersebut
dan orang yang mereka kenal, kehidupan di bandar itu
menjadi matlamat tempat tinggal tetap mereka, bukannya
sebagai tempat mencari makan semata-mata.
Keempat, cabaran kehidupan di kalangan penghuni
bandar khususnya kenaikan kos hidup khususnya
barangan keperluan harian dan juga harga rumah dirasai
dalam darjah yang berbeza-beza di kalangan informan
kelas bawahan dan kelas menengah serta informan yang
mendiami bandar raya utama dengan mereka tinggal
di bandar pertengahan. Sementara golongan bawahan
merasa keperitan akibat kenaikan kos hidup di bandar,
golongan kelas menengah khususnya menengah atas
nampaknya tidak menjadikan hal ini isu besar. Walau
apapun, umumnya mereka mahu soal kenaikan kos
hidup ditangani dengan berkesan oleh pemerintah agar
kualiti hidup tidak terjejas. Selain itu, isu keselamatan,
kesesakan lalu lintas dan kelestarian alam sekitar juga
menjadi isu penting bagi mereka.
Kelima, terdapat gambaran yang agak berbeza
berhubung dengan pengalaman pembandaran di negara
membangun seperti Malaysia dan di sejumlah negara
maju. Di Malaysia kita menyaksikan semakin ramai
penduduknya berhijrah ke bandar dan tinggal di kawasan
yang secara rasmi diistilahkan sebagai bandar manakala
kawasan desa dan penduduk luar bandar semakin
mengecil dan proses ini masih berterusan. Di beberapa
buah negara maju seperti Jepun dan Perancis, keadaannya
memperlihatkan sebahagian penting penduduk mereka
masih kekal berada di kawasan yang diistilahkan
sebagai luar bandar. Soalan yang perlu ditangani
ialah: Apakah Malaysia perlu meneruskan dengan dasar
pembandaran yang pesat ini ataupun cuba melakukan
intervensi bagi memperlahankannya agar kawasan desa
dapat mengekalkan sebahagian besar penduduk yang
terlibat dalam aktiviti pertanian dan yang berkaitan
tetapi memanfaatkan teknologi moden? Para pengkaji
perlu membahas soalan ini secara mendalam manakala
pemerintah perlu meneliti semula dasarnya mengenai
perkara ini agar hasratnya untuk membina kehidupan
yang lebih sejahtera untuk rakyat dapat dilaksanakan.
Pembandaran dan pertumbuhan bandar adalah
suatu proses sosial dan sejarah. Walau bagaimanapun,
intervensi manusia adalah perlu untuk menjadikan
kehidupan bandar itu lebih memanfaatkan semua pihak.
Pada masa yang sama, proses pemupusan kawasan luar
bandar dan penduduknya perlu ditangani secara berkesan
agar kawasan luar bandar juga dapat dilestarikan dan
masyarakat menjadi lebih seimbang. Permasalahan ini
berserta serangkaian permasalahan lain berhubung dengan
pembandaran dan kehidupan bandar perlu diteliti lebih
lanjut khususnya oleh penyelidik-penyelidik muda agar
bidang kajian pembandaran di negara seperti Malaysia

8/12/2011 2:28:23 PM

Pembandaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia

yang giat berusaha menjadi negara maju berpendapatan


tinggi dapat disuburkan lagi.
RUJUKAN

Abdul Rahman Embong. 1996. Social Transformation, the


State and the Middle Classes in Post-independence
Malaysia. Southeast Asian Studies (Kyoto University)
34(3): 56-79.
. 2002. State-led Modernization and the
New Middle Class in Malaysia. Basingstoke: Palgrave.
. 2006. Between Optimism, Contestation
and Caution: The Second Generation Middle Classes in
Malaysia. Dlm. The Changing Faces of the Middle Classes
in Asia-Pacific Hsin-Huang Michael Hsiao (ed.). Taipei:
Academia Sinica.
Abdul Samad Hadi.2001. Laluan Ke Arah Pembandaran di
Malaysia. Akademika 58.
Ahmad Ariffian Bujang, Hasmah Abu Zarin & Mohd Razali
Agus. 2008. Urban Housing Ownership: Factors Influnced
the Problems Faced by the Bumiputera in the District of
Johor Bahru, Johor, Malaysia. http://docs.google.com
(PDF dicapai pada 4 Februari 2011).
Armstrong, M. Jocelyn. 1984. Womens Friendship in the
Context of Adaptation to Urban Living: A Malaysian Case
Study. Working Paper No. 70. November. Department of
Anthropology, University of Hawaii at Manoa.
Azahan Awang, M.J. Jamaluddin, Lukman, Z.M., Kamaruddin
A. & Kadir, A. 2009. The Quality of Life in Malaysias
Intermediate City: Urban Dwellers Perspective. European
Journal of Social Science 9(1): 161-167.
Brown, David. 1994. The State and Ethnic Politics in Southeast
Asia. London & NewYork: Routledge.
Dasimah Omar. 2008. Communal Living Environment in Low
Cost Housing Development in Malaysia. Asian Social
Science 4(10): 98-105.

81(2)Chap3.indd 39

39

Fischer, Johan. 2008. Proper Islamic Consumption: Shopping


among the Malays in Modern Malaysia. Copenhagen:
NIAS Press.
Malaysia. 1996. Seventh Malaysia Plan 1996-2000. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
.1999. Mid-Term Review of the Seventh
Malaysia Plan 1996-2000. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia Berhad.
. 2006. Ninth Malaysia Plan, 2006-2010.
Putrajaya: Economic Planning Unit, Prime Ministers
Department.
. 2011. Tenth Malaysia Plan, 2011-2015.
Putrajaya: Economic Planning Unit, Prime Ministers
Department.
McGee, Terry. 2009. The Spatiality of Urbanization: The
Policy Challenges of Mega-Urban and Desakota Regions
of Southeast Asia. UNU-IAS Working Paper No. 161.
Yokohama: United Nations University Institute of
Advanced Studies.
Sherina, M., Sidik Rampal, L., Aini, M. & M. Norhidayati, H.
2005. The Prevalence of Depression among the Elderly in
an Urban Area of Selangor, Malaysia. The International
Medical Journal 4(2) December 57-63.
Wirth, L. 1938. Urbanism as a Way of Life. American Journal
of Sociology 44: 1-24.
Abdul Rahman Embong, PhD
Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia
Email: rahmanhe@ukm.my

8/12/2011 2:28:23 PM

Anda mungkin juga menyukai