Anda di halaman 1dari 3

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang tertentu:

i. Memastikan penggunaan Dialek Terengganu mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terutamanya dari segi sebutan. ii. Mendaftarkan kesalahan dialek di kalangan pelajar yang dikaji dari segi sebutan. iii. Menganalisis faktor-faktor penyebab terjadinya penggunaan dialek dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah. iv. Membuktikan penggunaan dialek mempengaruhi atau mengganggu sebutan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian ini pada pengaruh Dialek Terengganu ke atas sebutan Bahasa Melayu di kalangan pelajar tersebut. Dalam kajian ini pengkaji tidak membincangkan pengaruh Dialek Kelantan ke atas penggunaan imbuhan dan ayat kerana bidang ini pada pendapat pengkaji amat luas dan boleh dilakukan untuk kajian-kajian yang selanjutnya.

KESIMPULAN Maklumat penting tentang pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu Baku di kalangan pelajar Melayu telah dapat dipaparkan oleh kajian ini, iaitu di kalangan pelajar yang bertutur Dialek Terengganu. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Dialek Terengganu di kalangan mereka mempengaruhi atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu. Mereka telah menggunakan Dialek Terengganu secara meluas baik di dalam atau di luar bilik darjah, apabila berinteraksi atau berkomunikasi. Mereka merasakan Dialek Terengganu ialah alat perhubungan yang berkesan untuk berkomunikasi kerana sudah biasa dan berasa senang menggunakannya. Mereka juga mendapati pertuturan secara sebutan Bahasa Melayu Baku ialah cara pertuturan yang luar biasa, aneh dan pelik. Mereka berasa amat sukar bertutur Bahasa Melayu Baku dan menganggap bertutur bahasa selain Dialek Terengganu dianggap pelik, ganjil, mengada-ngada atau menunjuk-nunjuk oleh anggota keluarga, kawan-kawan, orang-orang dewasa dan masyarakat sekeliling. Mereka berasa malu untuk bertutur Bahasa Melayu baik di dalam atau di luar bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai