Anda di halaman 1dari 1

Lihat rajah dibawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai


aktiviti perkhemahan unit beruniform. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

Perkhemahan dijalankan oleh unit beruniform di sekolah sebagai satu aktiviti kokurikulum.
Banyak faedah yang dapat kita peroleh melalui kegiatan ini.

Antara kebaikannya ialah, melatih murid untuk berdikari. Contohnya memasang khemah,
memasak, dan membersihkan kawasan sekitar. Seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama dengan
mengaplikasikan peribahasa yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing melalui aktiviti-aktiviti
yang dilakukan bersama-sama. Akhir sekali, dapat menyemai sikap kepimpinan. Sebagai contoh menjadi
ketua dalam unit uniform melaksanakan tugas yang diberikan.

Aktiviti ini wajar dijadikan kegiatan tahunan oleh semua unit uniform sekolah kerana kebaikannya
yang bakal diperoleh akan mempengaruhi peribadi seseorang selepas tamat persekolahan.

Anda mungkin juga menyukai