Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada saya, saya setuju dengan kenyataan ini. Pendidikan merupakan komponen utama
yang perlu diberi pada semua orang. Dengan pendidikan, kadar buta huruf di negara ini dapat
dikurangkan ke tahap minima. Pengurangan ini perlu bagi memastikan rakyat Negara ini maju
dan bejaya dalam pelbagai bidang serta mampu bersaing dengan negara luar. Kejayaan juga
mudah diperolehi sekiranya mereka celik huruf, samada kejayaan akedemik mahupun kerjaya
pilihan mereka seterusnya dapat keluar dari kepompong kemiskinan .
Seterusnya, dengan pendidikan dapat melahirkan modal insan berkualiti. Hal ini
demikian jika kita lihat dengan pendidikan yang tinggi contohnya lepasan universiti melahirkan
pakar-pakar tempatan yang berkemahiran menjalankan kajian (R&D) sebagai contoh untuk
memperbaiki kualiti dan meningkatkan kuantiti misalnya hasil padi dapat ditingkatkan kepada 3
kali penuaian berbanding sekali sahaja sebelum R&D dijalankan. Hasilnya pendapatan negara
dapat ditingkatkan, rakyat juga mendapat faedah.
Seterusnya, dengan pendidikan jenayah dalam sesebuah negara dapat dikurangkan. Hal
ini demikian kerana pada peringkat sekolah rendah lagi kita telah diberi pendidikan seperti
pendidikan sivik, pendidikan moral, pendidikan islam dan sebgainya Memetik kata-kata Yusof Al
Qaradhawi seorang sarjana dan tokoh pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, beliau
mengatakan Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi
mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang
berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang
aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan
kemungkinan buruk yang berlaku. Hal ini menunjukkan pendidikan itu penting dan mampu

[SHORTENED TITLE UP TO 50 CHARACTERS]


membentuk menjadi seorang manusia yang baik berakhlak mulia serta menguntungkan negara
dan rakyat.

Anda mungkin juga menyukai