Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita.Alam


sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan
menyamankan. Disamping itu, ia memberikan keselesaan kepada manusia, ia
juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara
sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik. Dalam usaha kita untuk
mengejar kemajuan negara kita mestilah tidak harus mengabaikan perintah
kepentingan alam sekitar di dalam kehidupan.

Kesihatan manusia tidak terjamin sejak kebelakangan ini. Pelbagai penyakit


yang berbahaya telah wujud akibat pencemaran alam sekitar.kesan pencemaran
alam sekitar boleh menyebabkan manusia mengidap pelbagai penyakit,
khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia
memerlukan udara yang bersih untuk terus hidup.jika udara yang dihidu
tercemar, system pernafasan akan menyerap pelbagai bahan pencemaran ke
dalam paru-paru terjejas dan system pengaliran darah mengalami masalah dan
mengakibatkan pelbagai penyakit. Oleh itu, alam sekitar haruslah dijaga dengan
baik agar kesihatan manusia terjamin.

Selain itu juga, keindahan alam sekitar dapat membantu negara


mengembangkan industri pelancongan. Hal ini kerana, alam sekitar boleh
menarik perhatian pelancong dari luar negara. Seterusnya,dapat menjadikan
negara sebagai destanasi baru bagi sector pelancongan diperingkat global.
Peningkatan pelancong dari dalam dan luar negara ini akan meningkatkan
pendapatan negara. Di negara maju, terdapat banyak tempat yang menjadikan
keindahan alan sekitar.

Akhir sekali, alam sekitar sangatlah penting kepada flora dan fauna. Alam
sekitar yang tidak tercemar dapat mengelakan kepupusan kepada pelbagai
sepsis haiwan dan tumbuhan. Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi
serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makluk
perosak, pencemaran organic serta peningkatan keledak air. Ia merupakan
pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan haiwan liar.

Anda mungkin juga menyukai