Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU MUDA, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
2014







ANJURAN: JAWATANKUASA KURIKULUM
SMK BATU MUDA, KUALA LUMPUR




AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
2014
PENGERUSI : PUAN HAJAH ZAKIAH BT ABANG BAWI
NAIB PENGERUSI : PUAN ROSE HALIZA BT KAMALUDIN
SETIAUSAHA : PUAN NOR HAIDA BT MUHAMMAD

AHLI JAWATANKUASA ;
SEMUA KETUA BIDANG
SEMUA KETUA PANITIA
SEMUA SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
SETIAUSAHA PBS

PENGENALAN :
SMK Batu Muda Kuala Lumpur sentiasa berusaha membantu pelajar-pelajar secara
berterusan dalam usaha meningkatan prestasi akademik dan sebagai persediaan
menghadapi peperiksaan penting PMR dan SPM demi masa depan yang lebih
cemerlang. Tanpa persediaan yang rapid an terancang, pelajar-pel;ajar akan hilang
arah hala tuju masa depan akibat pengaruh perkembangan globalisasi yang hebat
dan drastik. Maka inilah pelbagai program berkaitan akademik yang
melibatkanpelajar, ibu bapa dan komuniti luar telah dirancang untuk dilaksanakan
sepanjang tahun 2014 ini.

MATLAMAT
Melahirkan pelajar-pelajar yang mampu membuat pilihan bidang yang ingin diceburi
pada masa hadapan dengan tepat berdasarkan keputusan peperiksaan seperti PMR,
SPM .
OBJEKTIF:

1. Pelajar mendapat pendedahan tentang pelbagai aspek kurikulum daripada
pelbagai sumber ilmu.
2. Pelajar mendapat input maksimum tentang subjek yang dipelajari.
3. Pelajar dapat dibimbing secara berterusan untuk mencapai keputusan
cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM 2014.
4. Dapat memupuk semangat bersaing secara sihat dan menjalin kerjasama
dalam kalangan pelajar dengan guru, ibu bapa dan komuniti .

RASIONAL:

1. Kurangnya motivasi diri untuk menjadi pelajar yang cemerlang dari aspek,
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2. Terdapat kalangan pelajar yang leka dan hanyut menyebabkan kurang
kesungguhan terhadap pelajaran.
3. Teknik pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan dalam usaha untuk
menarik minat pelajar terhadap pelajaran.

SASARAN
Semua pelajar tingkatan 3 dan 5

PERUNTUKAN
1.Peruntukan PCG panitia
2.Sumbangan PIBG
3.Bayaran Khas Peningkatan Akademik PMR dan SPM

PELAKSANAAN PROGRAM ;
1. PROGRAM KELAS TAMBAHAN TERANCANG (ELIT DAN HARAPAN)
PMR & SPM

Tarikh: Mac - Ogos, 2014
Masa : PMR - 1.30 3.30 Petang (Isnin, Selasa, Khamis )
SPM 2.15 4.15 petang(Isnin, Selasa, Khamis )
Tempat : Kelas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Anggaran Perbelanjaan : ( Bahan modul)
PMR : 50 murid x RM 30.00 = RM 1500.00
SPM : 50 murid x RM 30.00 = RM 1500.00
= RM 3000.00
Sumber : Peningkatan akademik & PCG mata pelajaran

Program ini dilaksanakan selepas waktu p & p berdasarkan keputusan
peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 dan tingkatan 4, 2013. Pemilihan adalah
berdasarkan pencapaian gred purata terbaik.


2.PROGRAM HARLUS ( KUMPULAN MURID LEMAH )
Tarikh : September, 2014
Masa : waktu p & p kelas
Tempat : Kelas masing-masing
Anggaran Perbelanjaan : ( Bahan modul)
PMR : 50 murid x RM 10.00 = RM 500.00
SPM : 50 murid x RM10.00 = RM 500.00
= RM 1000.00
Sumber :
Peningkatan akademik & PCG panitia

Program ini dilaksanakan semasa p & p subjek selepas tamat silibus. Soalan-
soalan latihan adalah berdasarkan soalan-soalan tahun-tahun yang lepas,
soalan dari sekolah-sekolah berasrama penuh dan solan-soalan daripada JPN
dari seluruh Malaysia. Program ini dilaksanakan oleh guru subjek masing-
masing. Target set soalan adalah sekurang-kurangnya 6 set untuk PMR dan 5
set untuk SPM.

3.PROGRAM JUS `A PMR & SPM
Tarikh : Selepas peperiksaan percubaan PMR & SPM, 2014
Masa : Jadual waktu khas
Tempat : Akan ditetapkan
Anggaran Perbelanjaan : ( Bahan modul)
PMR : 35 murid x RM 30.00 = RM 1050.00
SPM : 25 murid x RM30.00 = RM 750.00
= RM 1800.00
Sumber :
Peningkatan akademik & PCG panitia

Program ini adalah khusus untuk kumpulan sasaran cemerlang PMR & SPM
2014. Tumpuan khusus akan diberikan kepada murid yang belum mencapai
target A dalam subjek-subjek tertentu di mana subjek lain mereka telah capai
target A.


4.PROGRAM SENTUHAN BONDA
Tarikh April September, 2014
Masa :
Tempat : Akan ditetapkan.

Anggaran Perbelanjaan : ( Bahan modul)
PMR : 30 murid x RM 10.00 = RM -
SPM : 15 murid x RM10.00 = RM -
= RM -
Sumber :
Peningkatan akademik & PCG panitia
Program ini adalah khusus untuk kumpulan yang berpotensi lulus PMR & SPM
2014. Program ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan semangat pelajar
untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan

5.PROGRAM PBS TINGKATAN 1,2 DAN 3
Tarikh ; April September, 2014
Masa :
Tempat : Bilik Mesyuarat.

Anggaran Perbelanjaan : ( Bayaran Penceramah)
PMR : RM = RM 3000.00
Sumber :
Peningkatan pelaksanaan PBS
Melalui program ini , guru-guru akan didedahkan dengan pengetahuan untuk
peningkatan pelaksanaan PBS.

6.PROGRAM SEMAKAN BUKU LATIHAN PELAJAR
Tarikh ; Februri - Oktober, 2014
Masa : waktu p & p kelas
Tempat : Kelas masing-masing

Anggaran Perbelanjaan : -

Sumber :
Peningkatan Keberkesanan P&P
Melalui program ini , guru-guru dan pelajar akan dapat meningkatkan
keberkesanan mereka dalam proses pembelajaran .

7. PROGRAM BERSAMA SMKL/SMK Kiaramas Pelajar SPM(Jalinan dengan
Komuniti Luar)
Tarikh ; Mac - Jun, 2014
Masa :
Tempat :

Anggaran Perbelanjaan : -
RM 200.00

Sumber :
Peningkatan Keberkesanan P&P
Melalui program ini , pelajar lebih cemerlan dalam semua peperiksaan dan
menjalinkan hubungan partnership dengan komuniti luar.


8.HARI ANUGERAH CEMERLANG
Tarikh :Julai,2014
Masa :
Tempat :Dewan Terbuka

Anggaran perbelanjaan:
Hadiah untuk Murid cemerlang
( PMR, SPM, STPM, Tingkatan 2, 4 da 6 bawah) RM 4500.00
Jamuan Ringan utk Ibu Bapa dan guru 300 orang x RM 5. 00 RM 1500.00
Banner RM 100.00
Persiapan Tempat & Hiasan Pentas RM 100.00
Lain-lain RM 100.00
RM 6300.00

Sumber kewangan:
Sumbangan PIBG

Program ini merupakan medan untuk menghargai usaha gigih pelajar-pelajar-
pelajar demi meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan penting yang
bakal menentukan hala tuju mereka selepas itu. Diharapkan juga melalui
program seumpama ini dapat menjadi pendorong kepada pelajar lain untuk
berusaha lebih gigih dan meraih kejayaan seperti kawan-kawan yang telah
berjaya.


9.HARI PELAPORAN AKADEMIK,HEM DAN KOKURIKULUM
Tarikh : Julai, 2014
Masa : 10.00 Pagi 12.30 tengah hari (sesi pagi)
4.00 ptg 6.30 ptg (sesi petang)
Tempat : Kelas masing-masing

Anggaran perbelanjaan
Jamuan Pulut Durian RM 2500.00
Banner RM 100.00
RM 2600.00
Sumber kewangan: Sumbangan PIBG





10.PROGRAM HARI MAJLIS GRADUASI
Tarikh : Julai, 2014
Masa : 8.00 Pagi 12.30 tengah hari (sesi pagi dan petang)

Tempat :

Anggaran perbelanjaan
Sijil, hadiah, makanan ,Banner RM 7,000.00


Sumber kewangan: Sumbangan PIBG
Sumber :
Peningkatan Keberkesanan
Melalui program ini , pelajar-pelajar yang akan menyertai majlis graduasi perlu
cemerlang dalam semua ujian dan peperiksaan . Peratus kehadiran pelajar juga
akan diambil kira .Guru-guru dan ibubapa perlu memainkan peranan agar
peratus kehadirn pelajar meningkat.


11.PROGRAM PENCERAPAN GURU (COACHING & MENTORING)
Tarikh : Januari - November, 2014
Masa :
Tempat :

Anggaran perbelanjaan
-

Sumber kewangan: Sumbangan PIBG
Sumber :
Peningkatan akademik & PCG panitia


Melalui program ini , dapat meningkatkan kemahiran dan kualiti guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan


12.PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Tarikh : Februari Ogos, 2014
Masa : 8.00 Pagi 12.30 tengah hari
Tempat :

Anggaran perbelanjaan
Bahan untuk diriso RM 3,000.00


Sumber kewangan: Sumbangan PIBG
Sumber :
Peningkatan Keberkesanan P&P
Melalui program ini , guru-guru dapat memantapkan lagi kemahiran dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

13.PROGRAM MODUL 999
Tarikh : Januari Oktober, 2014
Masa : 8.00 Pagi 12.30 tengah hari
Tempat :

Anggaran perbelanjaan
-

Sumber kewangan: Sumbangan PIBG
Sumber :
Peningkatan Keberkesanan P&P
Melalui program ini , dapat meningkatkan prestasi pelajar dengan lulus dalam
semua ujian dan peperiksaan.




































Pada Hari Pelaporan Akademik,HEM Dan Kokurikulum,semua ibu bapa
dijemput untuk berjumpa dengan guru tingkatan dan guru subjek bagi
mengetahui perkembangan anak-anak mereka dalam aspek akademik,
kokurikulum dan sahsiah anak-anak.

8. TOKEN GURU UNTUK KELAS TAMBAHAN PMR DAN SPM
Tarikh : FEBRUARI OKTOBER - 2013
Masa : Selepas waktu persekolahan (Ikut Jadual Khusus)
Tempat : Seperti daitetapkan dalam jadual kelas tambahan
Anggaran perbelanjaan : RM 6000.00
Sumber : Bayaran peningkatan Akademik PMR dan SPM

Peruntukan token untuk guru-guru yang melaksanakan kelas tambahan PMR
dan SPM adalah sebagai penghargaan di atas penat lelah guru-guru dalam
meningkatkan prestasi pelajar-pelajar.

PENUTUP

Adalah diharapkan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Kerjasama seluruh warga sekolah terutama guru-guru
sangat diharapkan dalam memastikan setiap perancangan dilaksanakan
mengikut jadual yang disediakan di samping menyediakan bahan -bahan
yang berkualiti demi membantu pelajar dalam usaha menyediakan mereka
ke arah peperiksaan penting seperti PMR dan SPM. Tidak dilupakan juga
peranan ibu bapa melalui PIBG sangat diharapkan demi menjayakan objektif
yang telah ditetapkan oleh Bahagian Kurikulum SMK Batu Muda.

Disediakan oleh :

(ROSE HALIZA BT KAMALUDIN)
PENOLONG KANAN TADBIR DAN KURIKULUM
SMK BATU MUDA, KUALA LUMPUR.

DISAHKAN OLEH,

Anda mungkin juga menyukai