Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGISI MASA LAPANG

1. MEMBACA

Membaca dapat membantu menambah ilmu pengetahuan di samping mengukuhkan


perbendaharaan kata. Contoh bahan bacaan yang boleh dibaca semasa lapang seperti
majalah, novel, suratkhabar, komik dan sebagainya.

2. BERIADAH

Beriadah dikira sebagai satu ibadah kerana ia dapat membantu menyihatkan tubuh badan.
Apabila tubuh badan cergas, otak juga akan menjadi cerdas. Contoh aktiviti riadah yang
boleh dilakukan ialah seperti jogging, berbasikal, bermain bola sepak, bermain badminton
dan pelbagai lagi.

3. BERKEBUN

Berkebun di sekitar kawasan rumah bukan sahaja dapat mengisi masa lapang, malah ia
dapat membantu menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, ia dapat membantu
menjimatkan perbelanjaan harian dari segi keperluan di dapur.

4. BERKELAH

Berkelah bersama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ia tidak


semestinya dilakukan di tempat yang jauh, berkelah di taman rekreasi yang berhampiran
pun sudah memadai.

5. MEMANCING

Aktiviti memancing pula merupakan satu cara riadah yang dapat menenangkan fikiran.
Selalunya, aktiviti memancing dilakukan pada hujung minggu atau cuti kelepasan am.

6. MEMBANTU IBU BAPA

Akhir sekali, aktiviti yang berfaedah dilakukan untuk mengisi masa lapang ialah membantu
ibu bapa membuat kerja rumah. Ia dapat meringankan beban orang yang disayangi iaitu ibu
bapa kita sendiri. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti mencuci pinggan
mangkuk, mengemop lantai, membasuh kereta dan mengemas ruangtamu.

Anda mungkin juga menyukai