Anda di halaman 1dari 6

Soalan : Tulis sebuah karangan bertajuk Cara-cara Memanfaatkan Masa Lapang. Pendahuluan : -masa lapang.

memanfaatkan masa lapang Isi 1 : - mengulang kaji pelajaran meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran- mudah menjawab soalan semasa peperiksaan - waktu petang atau malam Isi 2 : - membantu ibu bapa membuat kerja rumah meringankan beban disayangi mencuci pinggan mangkuk, mengemop lantai dan mengemas ruang tamu. Isi 3 : - beriadah melakukan aktiviti fizikal bersukan menyihatkan tubuh badan, badan sihat minda cerdas bermain badminton, berjoging dan berbasikal. Isi 4 : - membaca menambahkan ilmu pengetahuan, merehat minda setelah penat belajar buku-buku cerita, majalah, novel Penutup :

Pembetulan :

Dalam kehidupan kita sehari-hari, pastinya kita mempunyai masa yang terluang. Kita mestilah memanfaat masa lapang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Kita boleh memanfaatkan masa lapang dengan mengulang kaji pelajaran. Dengan demikian, kita dapat meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran serta memudahkan kita menjawab soalan semasa peperiksaan. Kita boleh mengulang kaji pelajaran pada waktu petang dan waktu malam. Membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah boleh dijadikan aktiviti untuk mengisi masa lapang. Melakukan kerja-kerja rumah dapat meringankan beban ibu bapa dan kita akan lebih disayangi. Antara kerja-kerja rumah yang boleh dilakukan ialah mencuci pinggan, mengemop lantai dan mengemas ruang tamu. Kita juga boleh beriadah dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersukan. Bersukan boleh menyihatkan tubuh badan kerana badan yang

sihat menghasilkan minda yang cerdas. Kita boleh bermain badminton, berjoging dan berbasikal pada waktu lapang. Kita boleh memanfaatkan masa lapang dengan membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Membaca buku boleh dijadikan sebagai rekreasi minda setelah kita penat belajar atau bekerja. Antara bahan bacaan yang merehatkan minda ini ialah buku cerita, majalah hiburan dan novel. Jelaslah terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengisi masa lapang.Justeru itu, kita hendaklah memanfaatkan masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

Soalan : Anda diminta menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Cara-cara Memanfaatkan Masa Lapang kepada murid-murid di sekolah kamu. Tulis syarahan kamu itu dengan selengkapnya.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang dihormati Tuan Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan pelajar serta hadirin yang dimuliakan. Pada pagi yang indah ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Cara-cara Memanfaatkan Masa Lapang

Sidang Hadirin yang dihormati, Dalam kehidupan kita sehari-hari, pastinya kita mempunyai masa yang terluang. Kita mestilah memanfaat masa lapang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Kita boleh memanfaatkan masa lapang dengan mengulang kaji pelajaran. Dengan demikian, kita dapat meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran serta memudahkan kita menjawab soalan semasa peperiksaan. Kita boleh mengulang kaji pelajaran pada waktu petang dan waktu malam.

Membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah boleh dijadikan aktiviti untuk mengisi masa lapang. Melakukan kerja-kerja rumah dapat meringankan beban ibu bapa dan kita akan lebih disayangi. Antara kerja-kerja rumah yang boleh dilakukan ialah mencuci pinggan, mengemop lantai dan mengemas ruang tamu. Kita juga boleh beriadah dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersukan. Bersukan boleh menyihatkan tubuh badan kerana badan yang sihat menghasilkan minda yang cerdas. Kita boleh bermain badminton, berjoging dan berbasikal pada waktu lapang. Kita boleh memanfaatkan masa lapang dengan membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Membaca buku boleh dijadikan sebagai rekreasi minda setelah kita penat belajar atau bekerja. Antara bahan bacaan yang merehatkan minda ini ialah buku cerita, majalah hiburan dan novel. Jelaslah terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengisi masa lapang.Justeru itu, kita hendaklah memanfaatkan masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai