Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK KAMPUNG MAJU JAYA KE 13

Terima kasih saudari pengerusi majlis. Yang Berusaha Encik Osman Bin Ibrahim, Guru Besar SK Kampung Maju Jaya, Yang Dihormati Dif-dif jemputan, guru besar - guru besar, AJK PIBG, guru-guru, Para ibu bapa serta anak-anak yang dikasihi sekalian.

DISAMPAIKAN OLEH : YANG BERBAHAGIA Tuan Haji Mohammad Bin Sardini, Ketua Kampung Maju Jaya. Wakil kepada Encik Zakaria Bin Yahya, Penghulu Mukim Tebrau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Kejohanan Balapan Dan Padang kali yang ke 13, SK Kampung Maju Jaya, Johor Bahru. Sesungguhnya, saya berasa sangat bangga dan terharu di atas jemputan ini.

Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan pada pagi yang meriah lagi ceria ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

Tuan-tuan, puan-puan dan anakanak didik sekalian, Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada

pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah. Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar 1 Murid 1 Sukan.

Daripada upacara lintas hormat sebentar tadi, saya dapat melihat bahawa sekolah ini begitu mendukung dasar Kementerian Pelajaran dengan memberi peluang kepada semua murid untuk terlibat dalam aktiviti berkaitan sukan seperti perbarisan itu tadi.

Kampung Maju Jaya, Johor Bahru ini walaupun rata-rata muridnya adalah murid luar bandar, namun cukup berkemampuan dan berkebolehan untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah malah cukup cemerlang dalam kegiatan sukan dan kokurikulum. Risiko dilanda banjir tidak pernah

Pada pandangan saya institusi sekolah yang bergelar SK

mematahkan semangat warga sekolah ini serta penduduk

sekitarnya untuk terus berbakti dan bekerjasama ke arah kecemerlangan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada setiap anak didik, guru dan warga iltizam SK Kampung Maju Jaya, Johor Bahru.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya amat percaya bahawa bantuan dan sokongan yang diterima oleh SK Kampung Maju Jaya sedikit sebanyak telah dapat merubah keadaan sekolah. Bangunan yang dahulunya serba kekurangan dari segi fizikal dan prasarana, kini telah berubah wajah kepada bangunan yang indah serta selesa.

Dengan bangunan gantian yang telah siap dan serba serbi lengkap serta memberi keselesaan yang lebih baik kepada anak anak didik di sini, saya percaya sekolah ini akan terus memacu kejayaan ke peringkat yang lebih baik. Bagi mencapai matlamat tersebut, sokongan daripada PIBG yang dipimpin oleh YDP amatlah perlu serta kerjasama daripada ibu bapa dan tokoh setempat juga sangat

sangat dialu-alukan. Saya berharap dan mendoakan agar SK Kampung Maju Jaya akan terus cemerlang dan mampu menjadi salah sebuah sekolah terbaik di negeri Johor seterusnya di Malaysia.

Dengan kata-kata tersebut, dimulai dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan suka citanya merasmikan Kejohanan Balapan Dan Padang kali yang ke-13, SK Kampung Maju Jaya, Johor Bahru. Majulah sukan untuk negara. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai