1. PENDAHULUAN
Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas Desa ini
merupakan acara tahunan di sekolah menengah malahan merupakan sukan yang
dapat disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada murid-murid
untuk terlibat dalam sukan semasa mereka di bangku persekolahan. Aktivi ini dapat
memupuk minat mereka dalam bidang sukan dan mendatangkan kesihatan
berpanjangan kerana otak yang cerdas dan fizikal yang cergas datangnya dari badan
yang sihat.
2. RASIONAL
2.1 Pertandingan antara rumah sukan merupakan aktiviti asas di peringkat sekolah
dalam melahirkan atlit-atlit yang berwibawa.
2.2 Kesediaan guru-guru dan pelajar untuk meningkatkan mutu sukan sekolah ke
arah kecemerlangan.
2.3 Sumber kewangan dan infrastruktur yang mencukupi dan sesuai.
3. OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada semua pelajar untuk melibatkan diri secara langsung
atau tidak langsung dalam pertandingan larian jarak sederhana.
3.2 Meningkatkan daya tahan mental dan fizikal, daya juang dan daya saing di antara
ahli-ahli rumah sukan yang bertanding.
3.3 Meningkatkan prestasi atlit-atlit sekolah dan pelapis ke peringkat yang lebih
tinggi.
3.4 Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di antara ahli-ahli rumah sukan
bersama guru-guru penasihat dan pengurusan sekolah.
4. SASARAN
Semua pelajar dalam rumah sukan mengikut kategori:
4.1 Lelaki 15 tahun & 17 tahun
4.2 Perempuan 15 tahun & 17 tahun
AHLI JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK KOMPLEKS TEMBESU,
KUALA NERUS, TERENGGANU KALI KE-4 TAHUN 2018
....................................................................................................................................................
1 Ketua-Ketua Rumah Mengadakan latihan pada hari yang ditetapkan Kain Nombor
Cg. Fazilah bt Saidun - (Cengal) bersama guru penasihat rumah.
Ustz. Sharifah Noryasimah bt. Syed Membuat pendaftaran peserta bagi rumah sukan
Yasin - (Jati) pada borang yang disertakan.
Cg. Ruziana bt Harun -(Merbau) Menyediakan makanan dan minuman sendiri
Cg. Elinda bt Zakaria -(Nyatoh) kepada peserta.
Menyediakan kain nombor untuk peserta.
Memastikan semua ahli rumah menyertai
pertandingan kecuali mendapat surat perakuan
pegawai perubatan bertauliah.
2 Bacaan Doa
Ust. Wan Shaffie bin Wan Mamat Membaca doa sebelum acara dimulakan.
3 Penyediaan Trek Menyediakan trek untuk hari pertandingan.
Cg. Mohd Ariffin bin Salleh (K) Membuat pemeriksaan trek supaya selamat
Cg. Kamarudin bin Abdul Ghani digunakan.
Membuat salinan plan trek untuk diagihkan
kepada pegawai.
Memastikan tempat permulaan dan penamat.
Menampal atau menandakan label-label arah
setiap laluan/ trek.
4 Pengurusan dan Pegawai Check Menyediakan kad-kad check point yang telah
Point ditetapkan.
Cg. Norhafizah bt Abdul Aziz(K) Membungkus kad-kad tersebut untuk diagihkan
Ustz. Kamariah bt. Said –CP1 kepada pegawai-pegawai.
Nor Azrai bt. Idris – Makmal – CP2 Berhubung dengan penyediaan trek untuk
Norliana bt. Endut – Makmal – CP3 mengetahui tempat-tempat check point hendak
Zuraini bt. Hashim – Makmal - CP4 ditempatkan.
Pelajar – 12 org Melantik pegawai-pegawai check point seramai 4
orang setiap stesen check point.
*3 orang pelajar bertugas setiap check Membuat pemeriksaan pada trek laluan untuk
point
ditempatkan pegawai check point.
Menyediakan taklimat kepada pegawai check
point.
Menyediakan pelajar bertugas.
16 Rawatan & Perubatan Menyediakan satu kawasan @ khemah khas untuk First Aid Kit
Cg. Noor Asmawati bt. Ismail (K) rawatan kepada peserta.
Cg. Zakariah bt. Mohd Menyediakan satu kotak first aid.
Memberi rawatan awal kepada peserta yang
memerlukan rawatan.
Sekiranya berlarutan, penghantaran ke pusat
rawatan perlu disegerakan.
17 Jurufoto/ Dokumentasi/ TV PSS Mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas
Cg. Azmirawanie bt. Ghani (K) kejohanan.
Cg. Sharifah Nor Haliza bt. Syed Membuat rakaman video sebelum, semasa dan
Abdul Rahman selepas kejohanan.
Menyiapkan laporan dan dokumentasi selepas
kejohanan dan dihantar ke pengetua (pentadbiran
sekolah).
18 Kain Rentang Menyiapkan dua bidang kain rentang serta Kain Rentang
Cg. Anirul bin Omar(K) memasang di tempat ditetapkan.
Menghebahkan kepada warga sekolah dan
masyarakat setempat.
19 Marshal Mengetuai acara paling hadapan setiap kategori
Cg. Mohd Jamalludin bin Tahir (K) yang dipertandingkan.
Cg. Awang @ Tarmizi bin Norbib Memastikan perjalanan pertandingan berjalan
Ust. Wan Shaffie bin Wan Mamat dengan lancar dan selamat.
Cg. Mohd Nazeri bin Mohamad
22 Peralatan Kejohanan Menyediakan papan-papan tanda arah dan tempat Papan Tanda
Cg. Mohd Ariffin bin Salleh (K) check point. Label
Cg. Kamarudin bin Abdul Ghani Menyediakan tempat urusetia, pendaftaran dan
Cg. Awang @ Tarmizi bin Norbib hakim penamat.
Menyediakan lorong-lorong penamat mengikut
kategori.
Memastikan segala peralatan kejohanan disimpan
dengan baik setelah kejohanan selesai.
24 Kebersihan & Gotong royong Memastikan dewan dan kawasan sekolah bersih
Semua Guru dengan mengadakan gotong royong selepas acara
Pelajar penyampaian hadiah.
Pekerja Swasta KOMSTEM
1. PENYERTAAN
1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar SMK Kompleks Tembesu
yang namanya berdaftar dalam mana-mana rumah sukan.
1.2 Penyertaan pelajar-pelajar mestilah disahkan oleh guru rumah masing-
masing.
2. PEMBAHAGIAN NOMBOR
2.1 Pembahagian nombor peserta untuk setiap rumah sukan menggunakan huruf
pertama rumah sukan tersebut sebagaimana seperti berikut:
M
Cengal – C
Merbau – M
Nyatoh – N
2.2 Nombor peserta hendaklah ditulis dengan menggunakan cat atau marker
berwarna HITAM bagi kategori LELAKI dan PEREMPUAN bawah 17 Tahun.
2.3 Manakala cat atau marker MERAH bagi kategori LELAKI dan PEREMPUAN
bawah 15 Tahun.
2.4 Kain yang digunakan hendaklah berukuran 20x12cm mengikut angka yang
telah ditetapkan.
2.5 Nombor hendaklah dilekatkan dengan menggunakan pin di bahagian
hadapan dan belakang setiap peserta.
2.6 Semua peserta berlari mengikut laluan/ trek yang telah ditetapkan. Jika
terdapat sebarang penipuan, maka penyertaan akan dibatalkan.
3. PEMENANG
3.1 Pemenang akan dikira dari tempat pertama hingga ke lima belas bagi setiap
kategori.
3.2 Pemenang akan mendapat medal.
4. PEMBAHAGIAN MATA
4.1 Pungutan mata bagi semua kategori adalah berdasarkan kepada kiraan mata
seperti berikut:-
KEDUDUKAN MATA
Pertama 100
Ke-2 80
Ke-3 60
Ke-4 50
Ke-5 45
Ke-6 40
Ke-7 35
Ke-8 30
Ke-9 25
Ke-10 20
Ke-11 hingga Ke-15 15
Ke-16 hingga Ke-20 10
Peserta menamatkan larian 5 minit pertama 3
Peserta menamatkan larian 5 minit kedua 1
5. MINUMAN PESERTA
5.1 Minuman para peserta hendaklah disediakan oleh unit rumah masing-masing
dengan menggunakan sumber kewangan sendiri.
6. BANTAHAN
6.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan
RM100.00 sebagai wang cagaran. Bantahan hendaklah diserahkan kepada juri
rayuan iaitu sebelum majlis penyampaian hadiah bermula. Sebarang
kelewatan tidak akan dilayan.
7. PENUTUP
Adalah diharapkan Kejohanan Merentas Desa Tahunan SMK Kompleks Tembesu,
Kuala Nerus akan menjadi pemangkin dan memupuk semangat kesepaduan pelajar-
pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah ke arah mencapai satu matlamat yang
bakal mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan. Seterusnya akan
melahirkan atlit-atlit sekolah yang berwibawa di peringkat Daerah, Negeri dan
Negara.
TARIKH:
18 JANUARI 2018
(KHAMIS)
MASA:
7.30 PAGI – 1.00 PTG
7.30 pagi : Semua pelajar berkumpul di dataran perhimpunan mengikut kelas masing-
masing untuk diambil kedatangan dan seterusnya berkumpul mengikut
rumah masing-masing.