Anda di halaman 1dari 7

Program yang boleh dijalankan

oleh guru bimbingan &


kaunseling di sekolah rendah
Nama: Chai Siew Ling,
Chong Way Lim,
Hoo Boon Yong,
Mohd Farid bin Mohd Ashari

Program Psikososial dan


kesejahteraan mental

Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu pelajar


bagi meningkatkan harga diri ,kerohanian,pengurusan
tekanan, kemahiran komunikasi,kemahiran asertif yang
boleh dilakukan melalui bimbingan kerjaya,penyertaan
pelajar
dalam
kem
bina
insan,
kem
motivasi,perkhemahan ibadah dan kaunseling keluarga.
Semua aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk
meningkatkan psikososial pelajar serta meningkatkan
tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar
dapat menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan
tuntutan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah
mahupun di institusi pengajian tinggi kelak.

Program Kaunseling
keibubapaan

membantu ibu bapa dan keluarga dalam menyelesaikan


masalah ponteng,kenakalan anak melalui lawatan ke
rumah
kaunseling keibubapaan ini kaunselor akan dapat
mengetahui latar belakang keluarga murid serta dapat
menyelidiki masalah murid dengan lebih dekat dan
menyeluruh.
kaunselor mendapatkan pandangan dan membantu ibu
bapa untuk menyelesaikan masalah yang bersangkutan
dengan anak mereka yang bermasalah.
ketika menjalankan kaunseling keibubapaan agar ia tidak
menyentuh isu-isu yang terlalu sensitif hingga boleh
menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan ibu

Program Pembangunan diri


Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan
masalah diri sendiri dengan cara dan kaedah sendiri mengikut
panduan yang telah diperbincangkan.
Dalam hal ini ,para pelajar dibantu serta dibimbing bagaimana
untuk menyelasaikan masalah diri sama ada yang berpunca
dari diri sendiri atau pun persekitaran.
Kaedah yang diberikan tersebut pada dasarnya adalah
mengikut kehendak dan keperluan pelajar yang
memerlukannya kerana segala tindakan yang bakal dilakukan
adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

Program Pendidikan pencegahan


dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS
Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi
kepada rokok
Kaunselor akan menjadi orang perantara dengan agensi luar yang berkaitan
dengan aktiviti pencegahan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Melalui
kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) pelajar akan
didedahkan dengan bahaya pengambilan dadah dan pengujian air kencing
boleh dilakukan oleh AADK.
Perkongsian maklumat dengan badan pencegahan dadah yang lain seperti
PEMADAM ,Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi yang berkaitan adalah
di bawah tanggungjawab kaunselor.
Kaunselor juga boleh melibatkan pelajar dengan program-program anjuran
Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian
dengan mengambil bahagiann dalam acara-acara yang dipertandingkan di
setiap peringkat seperti pertandingan melukis poster,melukis kain rentang dan
lain-lain lagi.

Program Kerjaya
Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu
murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya
pilihan secara pendedahan melalui pengumpulan maklumat
kerjaya yang dilakukan oleh murid .
Beberapa pertandingan yang diadakan di peringkat
sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut
diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan
maklumat berkaitan kerjaya pilihan.
Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah
Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster
kerjaya.

Sekian Terima Kasih !

Anda mungkin juga menyukai