Anda di halaman 1dari 5

.Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

KERTAS KERJA

(KDQ2363)

LAPORAN INDIVIDU

NAMA: A’FAF NABILAH BT MOHAMMAD SALEH

(18090174)

PENSYARAH:

USTAZ MUHAMMAD AMIRI BIN AB GHANI


LAPORAN KERTAS KERJA PROGRAM E-BENGKEL TAHSINUL QURAN
(INDIVIDU)

NAMA: A’FAF NABILAH BINTI MOHAMMAD SALEH

NO MATRIK: 18090174

KURSUS: DIPLOMA QIRAAT DAN TARANNUM

PROGRAM: E-BENGKEL TAHSINUL QURAN

PLATFORM: GOOGLE MEET

SEBELUM

Setiap mahasiswa Diploma Qiraat dan Tarannum KIAS diwajibkan untuk melakukan
Kertas Kerja. Ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan KIAS. Kami
diberikan tempoh untuk melakukan kertas kerja secara dalam talian (online) yang telah
ditentukan oleh Jabatan Al-Quran dan Hadis, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
(KIAS). Pensyarah kami iaitu Ustaz Muhammad Amiri bin Abd Ghani menjadi penasihat
bagi subjek kertas kerja ini. Beliau yang banyak mengajar dan membimbing kami dalam
proses menjalankan program ini.

Perjumpaan pertama kami secara maya adalah melantik ahli jawantkuasa tertinggi
serta membincangkan tentang gerak kerja. Saya diberi amanah untuk menjadi timbalan
pengerusi bagi program ini. Sebagai timbalan, saya banyak berbincang dengan pengerusi dan
majlis tertinggi lain sebagai persediaan menjalankan program ini. Saya yang membuat memo
setiap perjumpaan dan sentiasa mengingatkan sahabat yang lain supaya masuk mesyuarat
kerana ini adalah program bersama. Permulaan kami membuat keputusan untuk
melaksanakan pertandingan tilawah alquran sebagai program kami. Perjumpaan kedua pula
kami melantik ajk dan membincangkan objektif program, tempoh program, dan lain-lain.
Bagi perjumpaan ketiga kami menukar program atas nasihat dan perbincangan dengan
pensyarah dan ditukarkan menjadi bengkel dan menetapkan tarikh yang akan diadakan
selama 3 minggu iaitu pada tarikh 13,14,20,21,27 & 24 febuari 2021.

Seterusnya perjumpaan keempat kami telah menetapkan nama program iaitu E-Bengkel
Tahsinul Quran setelah banyak kali berbincang dan juga pembentangan gerak kerja setiap
unit. Semakin hampir dengan program saya bersama beberapa mt yang lain banyak
mengadakan diskusi dengan setiap unit untuk memastikan gerak kerja sentiasa berjalan. Bagi
perjumpaan kelima kami memastikan sentuhan akhir gerak kerja sebelum aktiviti promosi
dijalankan. Saya juga membantu membuat poster gambar barisan mahasiswa (rujuk di
bahagian lampiran) dan video promosi sebagai bahan tambahan untuk mempromosikan
program kami. Dua minggu sebelum program bermula kami fokuskan untuk mencari peserta
dan sumbangan. Alhamdulillah terdapat beberapa orang peserta yang saya sendiri berjaya
tarik untuk mengikuti program ini. Saya juga Berjaya mendapat sumbangan rm 300 untuk
program dari sahabat ayah saya, Alhamdulillah.

SEMASA

Sepanjang program berlangsung, saya dan mt akan memastikan semua ahli hadir kerana ada
beberapa orang yang tidak mengamil berat dan remeh-temeh kan program ini, walhal ia
adalah program bersama. Memastikan program berjalan dengan lancar mengikut masa yang
ditetapkan dalam tentatif. Kami juga banyak interaksi dengan peserta dalam group whatsapp
supaya peserta sentiasa peka sepanjang tiga minggu berprogram. Kami juga memastikan
pensyarah-pensyarah yang akan menilai pada hari-hari tersebut mendapat maklumat
pembentang dan link google meet pada minggu tersebut.

SELEPAS

Dua perjumpaan telah dijalankan oleh kami untuk membincangkan tentang laporan akhir
kertas kerja dan berkaitan cenderahati, sijil dan wang kepada peserta. Memastikan objektif
program kali ini tercapai dan mendapat maklum balas yang positif dari peserta-peserta. Saya
dan mt juga memastikan supaya unit cenderahati dan sijil menjalankan tanggungjawab
mereka memberi hadiah dan sijil kepada peserta. Membantu setiausaha melengkapkan
laporan kertas kerja.
LAMPIRAN

(GAMBAR PENGAJAR PROGRAM E BENGKEL TAHSINUL QURAN)


(VIDEO PROMOSI INDIVIDU)

(CONTOH MEMO YANG DIBUAT SETIAP


MINGGU BAGI SETAIP PERJUMPAAN)

Anda mungkin juga menyukai