Anda di halaman 1dari 3

APLIKASI TEORI ANN ROE(SEKOLAH RENDAH)

• Menurut Ann Roe, kualiti perhubungan awal yang dialami oleh individu mempengaruhi perkembangan
minat yang seterusnya memberi kesan kepada pemilihan kerjaya seseorang individu. Penjelasan Ann Roe
tersebut memberi makna bahawa pemilihan kerjaya seseorang itu adalah boleh dipengaruhi oleh ibu bapa
ataupun guru semasa mereka masih di sekolah rendah.

• Dalam mengaplikasikan Teori Ann Roe ini terhadap murid sekolah rendah ialah amatlah menjadi keperluan
kepada perhubungan yang baik antara ibu bapa dan anak-anak. Oleh kerana itu, interaksi antara ibu bapa
dan anak-anak dalam menerangkan kerjaya-kerjaya yang boleh menarik minat anak-anak dalam menceburi
bidang yang diinginkan adalah sangat perlu dalam membantu anak-anak merangka kerjaya yang ingin
diceburi semenjak dari sekolah rendah lagi.
• Menurut Ann Roe, terdapat 3 jenis pola hidup ibu bapa yang mempengaruhi pemilihan kerjaya ibu bapa iaitu:
• Pola hidup konsentrasi emosi terhadap kanak-kanak
• Terdapat dua jenis interaksi antara ibu bapa di dalam pola ini iaitu, overprotection dan
overdemanding.
• Overprotection adalah ibu bapa yang terlalu mengongkong tingkah laku anak mereka dan terlalu
menggalakkan pergantungan kanak-kanak terhadap orang dewasa serta melayan segala
permintaan anak-anak. Biasanya individu yang dibesarkan dalam keadaan ini akan menceburi
bidang kerjaya yang bersifat konvensional.
• Overdemanding pula ialah ibu bapa terlalu menekankan pencapaian kanak-kanak. Segala tingkah
laku kanak-kanak yang diinginkan akan diberi ganjaran dan tingkah laku tidak diinginkan akan diberi
hukuman. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam situasi ini akan memilih pekerjaan yang mendapat
pengiktirafan dan penghormatan daripada orang lain seperti ahli politik.
• Pola hidup pengelakan kanak-kanak
• Pola hidup jenis ini juga dibahagikan kepada dua jenis iaitu neglectful dan rejectful.
• Ibu bapa yang jenis neglectful akan berusaha sedikit bagi memenuhi kehendak kanak-kanak.
Pergantungan anak-anak dalam jenis ini adalah kurang.
• Ibu bapa yang jenis rejectful pula merupakan ibu bapa yang tidak berusaha langsung dalam
memenuhi kehendak kanak-kanak. Mereka yang dibesarkan dalam situasi sebegini akan memilih
kerjaya yang bersifat reality iaitu akan lebih suka bekerja dengan bukan manusia berbanding
manusia
• Pola hidup yang menekankan penerimaan.
• Ibu bapa jenis ini akan memberikan kebebasan yang sepenuhnya kepada kanak-kanak dari segi psikologi
ataupun fizikal.
• Ibu bapa juga menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam pengalaman hidup kanak-kanak.
• Kanak-kanak yang dibesarkan dalam situasi ini akan memperoleh kasih sayang yang sepenuhnya dan
akan memilih kerjaya yang seimbang dari segi personal dan bukan personal.

• Oleh itu, melalui 3 jenis pola yang diterangkan, jelaslah bahawa betapa perlunya peranan ibu bapa dalam
menentukan kerjaya masa depan anak-anak. Berdasarkan apa yang telah diterangkan, ibu bapa perlulah sentiasa
mendampingi anak-anak dalam mendidik dan membantu mencerahkan masa depan mereka terutama dalam
konteks ini adalah melibatkan kerjaya mereka semenjak di bangku sekolah rendah lagi.

Anda mungkin juga menyukai