Anda di halaman 1dari 2

1.

0 KELEBIHAN

Terdapat beberapa kelebihan yang dapat dikenalpasti semasa perlaksanaa program ini

diadakan. Antaranya ialah program ini telah memberi pengetahuan yang baru terhadap pelajar

untuk mempelajari gaya hidup iaitu norma baharu dalam pembelajaran di atas talian. Pelajar

masih dapat mempelajari tentang penyalahgunaan bahan dengan individu yang

berpengalaman seperti individu yang bekerja sebagai polis. Ini kerana polis lebih

berpengalaman secara praktikal dalam mengendalikan kes dan jenayah yang berpunca dan

disebabkan oleh penyalahgunaan bahan ini. Pelajar masih dapat memperoleh ilmu yang lebih

mendalam dan tepat walaupun situasi pandemic yang tidak mengizinkan pelajar untuk

melakukan lawatan ke tempat-tempat yang sepatutnya seperti Pusat Pemulihan dan Pusat

Serenti. Oleh itu, pembelajaran norma baharu juga telah banyak menunjukkan aspek-aspek

positif dari segi perkongsian ilmu dalam kalangan pelajar dan pegawai polis itu sendiri.

Ramai di antara pelajar dan pegawai yang merupakan peserta dalam program ini yang berjaya

dan kelihatan seronok dalam berkongsi ilmu yang ada dan diketahui oleh diri masing-masing.

Kelebihan seterusnya yang dapat dikenalpasti semasa program dijalankan ialah sifat dan nilai

kerjasama di antara kumpulan dan juga rakan sekelas dilihat agak membanggakan. Kerjasama

di dalam kumpulan adalah sangat memberangsangkan kerana masing-masing telah

melakukan tugasan yan telah ditetapkan dengan sangat baik. Ahli kumpulan tidak

mempersoalkan tugasan yang diberikan kerana tugasan telah dibahagikan dengan adil dan

saksama. Oleh itu, tiada sebarang isu yang timbul dari segi pergaduhan, perbalahan mahupun

pertengkaran mulut dalam kumpulan ini kerana masing-masing telah memahami tugasan

masing-masing dengan sangat baik. Kerjasama di antara rakan sekelas juga dilihat sangat

baik kerana masing-masing telah melaksanakan tugas masing-masing dengan baik. Ahli

jawatankuasa juga telah memainkan peranan yang sangat besar kerana mereka telah
memastikan setiap tugasan yang diberikan dapat disiapkan oleh pelajar. Mereka juga sentiasa

membantu para pelajar.

Anda mungkin juga menyukai