Anda di halaman 1dari 22

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

PEMARKAHAN

KOD & NAMA KURSUS

KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK :

BAB II KAJIAN KEBERKESANAN TEKNIK SIMULASI DALAM PENULISAN KARANGAN MURID TAHAP DUA DI SEKOLAH KEBANGSAAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA HARNIMIZAM BIN ABD HAMID

NO. MATRIK D20102042932

PROGRAM UPSI145

PENSYARAH/PENYELIA: ENCIK RAZALI BIN AYOB

Tarikh

: 26 APRIL 2014

1 KANDUNGAN BAB II : TINJAUAN LITERATUR 1

2.0 Pendahuluan 2.1 Sejarah Pengajaran Simulasi 2.2.1 Kaedah Simulasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2.2.1.1 Kepentingan Simulasi 2.2.1.2 Ciri-ciri Simulasi 2.2.1.3 Strategi Perlaksanaan Simulasi 2.3 Model Teknik Simulasi Dalam Pengajaran Bahasa 2.3.1 Model Simulasi Dalam Meningkatkan Penguasan Lisan 2.3.2 Model Simulasi Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca 2.3.3 Model Simulasi Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis 2.3.4 Model Simulasi dan Drama Dalam Pengajaran Bahasa melayu 2.4 Dapatan Kajian Lepas 2.4.1 Kajian-kajian Lepas 2.4.2 Kajian Luar Negara 2.4.3 Kajian Dalam Negara 2.5 Kesimpulan

2 2 3 3 5 6 7 8 9 10 11 13 13 14 16 17

RUJUKAN

19

BAB II 1

TINJAUAN LITERATUR

2.1

PENDAHULUAN

Tinjauan literatur ini akan mengungkap tentang penggunaan

teknik simulasi dalam

pengajaran dan pembelajaran di dalam dunia pendidikan. Di samping itu, penulis juga akan mengemukakan beberapa dapatan yang menjelaskan tentang penggunaan teknik simulasi sebagai sebahagaian daripada medium pendidikan yang sangat membantu murid-murid dalam bidang pendidikan khususnya kemahiran menulis karangan dan umumnya dalam pembelajaran bahasa. Literatur ini juga akan membicarakan tentang sejarah pendidikan yang berkaitan penggunaan teknik simulasi, model teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan teknik simulasi serta kajian-kajian yang telah dijalankan untuk menepati kehendak persoalan kajian.

2.1 SEJARAH PENGAJARAN SIMULASI

Dalam bidang pengajaran bahasa, teknik simulasi ini telah lama digunakan, iaitu pada tahun 1970-an, di mana sebuah pergerakan di Britain yang dikenali sebagai Gerakan Komunikatif telah mempergiatkan penggunaan teknik ini dalam pengajaran bahasa. Gerakan ini berpendapat bahawa sesuatu bahasa tu tidak seharusnya diajar kerana kepentingannya sahaja, tetapi diajar supaya bahasa berkenaan dapat digunakan dengan lebih berkesan. Dalam hal ini, bahasa dianggap sebagai alat untuk berkomunikasi. Teknik simulasi ini dapat mengubah kelas yang pasif kepada sebuah kelas yang aktif dan menarik dari segi penglibatan pelajar

3 berbanding sebuah kelas yang didominasi oleh guru dalam proses pengajarannya (Jones 1987).

Di Malaysia, teknik simulasi juga digunakan sebagai salah satu teknik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaannya telah disarankan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), terutama dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu. Melalui teknik simulasi,

pelbagai kemahiran dapat digabung jalinkan dan dipertingkatkan terutama dalam kemahiran lisan, bacaan dan menulis. Teknik simulasi dapat mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti memperkaya dan memperluas pengetahuan dan pengalaman pelajar kerana mereka berpeluang menjalankan aktiviti seperti mengumpul maklumat, berbincang, bertukar-tukar fikiran, main peranan, membuat laporan dan sebagainya.

2.2.1 Kaedah Simulasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

2.2.1.1 Pengertian dan Kepentingan Simulasi

Kemeterian Pelajaran Malaysia (1990) menggariskan di antara teknik-teknik dan kaedahkaedah pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah simulasi. Ianya merupakan pewujudan suatu situasi yang menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan untuk 3

4 menyelesaikan satu-satu masalah sebenar dalam keadaan yang terkawal. Murid mungkin perlu membuat persediaan dalam simulasi. Dalam proses simulasi ini mereka dikehendaki menaakul, menganalisis situasi dan berfikir secara kritikal tentang cara mengatasi sesuatu masalah itu. Di samping itu juga murid dapat menguasai kemahiran seperti soal jawab, pemerolehan dan penggunaan bahan sumber.

Mee (1993) menyebut bahawa, simulasi adalah suatu situasi terkawal yang sengaja diwujudkan menyerupai situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan masalah. Marilyn Friend & Willian Bursuck (1996) menyatakan simulasi ialah satu aktiviti yang mana pelajar mendapat pengalaman daripada aktiviti tersebut, setelah mereka berbincang bagaimana untuk melakukan aktiviti dan memperolehi persefahaman. Daripada definisi di atas, dapat dibuat rumusan bahawa simulasi adalah satu jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar melakukan aktiviti yang terancang dan terkawal. Bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan baik, guru dan murid akan mengadakan beberapa sesi latihan sebagai persediaan dan pengukuhan sebelum aktiviti sebenar dijalankan.

Maddux et. al, (1992) telah menjelaskan sembilan kelebihan program simulasi, antaranya ialah menyeronokkan, penggunaan kos yang rendah, keselamatan lebih terjamin, pemindahan pengalaman dan pembelajaran yang lebih baik, ancaman yang minima, melatih pemikiran kritis, menggalakkan sosialisasi dan kolaborasi dan memaksimumkan masa pembelajaran.

Rio Sumarni (1997) menyebut simulasi membolehkan murid menjadi lebih aktif, bersifat konstruktif dan lebih bertanggungjawab terhadap subjek yang dipelajarinya. Sesuatu kaedah pembelajaran yang mampu menjadikan pelajar aktif dan dapat berinteraksi dengan 4

5 baik bersama rakan-rakan murid yang lain, mampu mewujudkan rasa seronok murid terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan. Akan mampu menarik minat dan kefahaman untuk menguasai dan mencapai objektif mata pelajaran.

Bruce Joyce dan Marsha Weil et. al, (1986) menegaskan bahawa model simulasi memberi faedah kepada murid, seperti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah dilaksanakan. Ini kerana murid akan merasai suasana sebenar bagi sesuatu pembelajaran. Murid akan melibatkan diri dan menggunakan pancaindera serta bahan bantu secara langsung. Maklum balas hasil daripada aktiviti akan dapat dimanfaatkan oleh murid secara mendalam. Dengan ini murid akan memperolehi pengalaman dan meningkatan kefahaman disamping memupuk rasa seronok untuk belajar.

2.2.1.2 Ciri-ciri Simulasi

Bruce Joyce dan Marsha Weil et.al, (1986) menyebut, ciri-ciri simulasi dapat dilihat daripada peranan guru dan murid. Guru akan berperanan sebagai penerang yang akan memberi penerangan dan penjelasan kepada setiap murid sebelum aktiviti simulasi dijalankan. Seterusnya guru akan bertindak sebagai pengadil yang akan mengadili dan mengawal aktiviti simulasi dan pergerakan murid. Menurutnya lagi guru juga berperanan sebagi jurulatih yang sentiasa menasihati, membimbing dan memberi semangat dan motivasi kepada murid dan akhirnya guru akan bertindak sebagai rakan untuk berbincang dengan murid sepanjang aktiviti simulasi berjalan. Adapun ciri-ciri yang terdapat pada murid pula ialah, mereka akan bekerja dalam satu kumpulan, mempunyai semangat bekerjasama, pembelajaran akan berpusat kepada murid, murid akan mengeluarkan idea, kreatif, murid menjaga disiplin diri dan murid akan dihargai.

6 Daripada ciri-ciri di atas dapat dirumuskan bahawa simulasi melibatkan murid untuk bertindak memainkan peranan dan tanggungjawab secara terbuka, murid akan dapat berlatih dalam kedaaan sebenar, boleh membuat keputusan sendiri dan merupakan satu aktiviti yang tidak membosankan mereka. Peranan guru juga lebih kepada sebagai fasilitator, membimbing aktiviti yang dijalankan agar murid dapat memahami peristiwa yang mereka pelajari.

2.2.1.3 Strategi Pelaksanaan Simulasi

Simulasi adalah sebahagian daripada strategi pembelajaran aktif yang memerlukan penglibatan aktif murid. Menurut Abdul Ghafar Md. Din (2003) perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian sebelum simulasi dijalankan :

Memilih Peristiwa Yang Sesuai

Bukan semua peristiwa atau episod sesuai dilakonkan. Peristiwa yang benar-benar signifikan dan relevan boleh dipilih untuk dijadikan isi pelajaran dalam kaedah simulasi. Di dalam kajian ini, pengkaji telah memilih bidang penulisan bentuk naratif yang dirasakan signifikan untuk aktiviti simulasi.

Pengenalan Kepada Pelajar

Guru sebagai fasilitator mesti menjelaskan kepada pelajar tentang tujuan atau objektif aktiviti simulasi. Pelajar mesti betul-betul memahami konsep dan perkara berkaitan simulasi dan jelas tentang apa yang mereka akan lakukan berkaitan dengan tajuk yang telah dipilih. Penyediaan Bahan

7 Bahan yang berkaitan dengan aktiviti mesti disediakan terlebih dahulu, Jika seseorang guru memilih tajuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, maka guru mesti menyediakan peralatan gotong-royong seperti cangkul, parang, pongkes, sabit dan sebagainya. Begitu juga pewujudan latar belakang yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk.

Pemilihan Peserta

Pelajar yang berperanan sebagai peserta boleh dipilih secara sukarela atau dipilih oleh guru, murid tersebut mesti jelas akan apa yang mereka lakukan.

Perbincangan Pada Akhir Simulasi

Guru dan murid perlu berbincang tentang peristiwa yang telah mereka saksi dan lakukan. Hasil daripada sesi perbincangan ini akan dapat membantu murid supaya lebih memahami peristiwa yang mereka alami dalam situasi yang sebenar nanti.

2.3 MODEL TEKNIK SIMULASI DALAM PENGAJARAN BAHASA

Menurut Bruce Joyce dan Marsha Weil et. al, (1986), model simulasi bukanlah berasal dari bidang pendidikan. Sebaliknya ia banyak diaplikasi dalam pengajaran Cybernatics, iaitu satu cabang ilmu psikologi yang melihat kepada perhubungan di antara manusia dan jentera atau mesin, iaitu bagaimana ilmu ini mengkonsepsikan murid yang bertindak sebagai pengatur sesuatu sistem. 7

2.3.1 Model Simulasi Dalam Meningkatkan Penguasan Lisan

Aktiviti lisan iaitu mendengar dan bertutur adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid. Dengan kemahiran lisan seseorang akan memperoleh maklumat dan penerangan yang perlu untuk bertindak balas, memahami persoalan baru dan menimbulkan komunikasi yang berkesan. Teknik simulasi dapat membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran lisan kerana teknik ini mengkehendaki murid-murid berkomunikasi dan melafazkan ujaran-ujaran yang sudah dirancang mengikut situasi yang telah diberikan.

2.3.2 Model Simulasi Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca

Aktiviti membaca merupakan aktiviti yang sama penting selepas murid-murid menguasai kemahiran lisan. Kemahiran membaca sepatutnya berjalan serentak dengan kebolehan lisan kerana pemerolehan kemahiran itu saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain. Oleh itu membaca tidak boleh dipisahkan daripada kemahiran berbahasa yang lain seperti aktiviti mendengar, bertutur dan menulis (Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong 1992). Teknik simulasi dapat menyediakan murid dengan kemahiran membaca dengan kefahaman kerana aktiviti simulasi menyediakan pengalaman deria yang sebenar. Keadaan ini berlaku kerana dalam simulasi aktiviti berasaskan main peranan, perbincangan, bertukar-tukar pendapat, mengkehendaki murid-murid membaca arahan-arahan dan maklumat tertentu sebelum menjalankan simulasi tersebut.

9 Jamaluddin Aziz (1996) dalam kajiannya terhadap keberkesanan teknik simulasi dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam aktiviti membaca mendapati bahawa simulasi telah meningkatkan kefahaman pelajar terhadap teks yang diberikan. Melalui teknik simulasi pelajar lebih kreatif dalam mengemukakan pendapat dan pandangan berdasarkan teks yang telah dibaca.

2.3.3 Model Simulasi Dalam Meningkatkan Memahiran Menulis

Kebolehan

seseorang

memilih

dan

menyusun

pengalaman

yang

berguna

untuk

dikomunikasikan secara bertulis adalah peringkat tertinggi dalam kemahiran berbahasa. (Loban, 1964). Dalam pendidikan formal di sekolah, objektif pengajaran karangan adalah berbeza mengikut peringkat umur pelajar. Matlamat dan objektif pengajaran menulis di sekolah rendah adalah agar murid-murid dapat melahirkan buah fikiran, pengalaman dan imaginasi melalui penggunaan bahasa yang mereka pelajari sejak sekolah rendah lagi (Awang Mohd Amin 1983).

Meningkatkan kebolehan murid dalam melahirkan idea secara bertulis memerlukan penyusunan fikiran dan gambaran yang jelas tentang perkara-perkara yang hendak disampaikan. Oleh yang demikian teknik simulasi dapat merealisasikan pemetaan dan penyusunan idea-idea ini dengan lebih berkesan dan terancang. Teknik simulasi telah memenuhi langkah-langkah atau persediaan-persediaan tertentu dalam proses menulis karangan seperti yang telah disarankan oleh Salleh Akib (1975) seperti yang berikut:-

i. ii.

Murid tahu apa yang dibuat Murid mengeluarkan idea-idea yang bernas dan serasi 9

10 iii. iv. v. Perbendaharan kata bertambah Memilih perkataan yang betul dan tepat Kefasihan dan penggunaan struktur perkataan dan ayat

Kelima-lima eleman yang disenaraikan di atas boleh dikuasai dan dipertingkat dari semasa ke semasa ketika mengendalikan teknik simulasi.

2.3.4 Model Simulasi dan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Drama berasal daripada perkataan Dran (bahasa Greek kuno) yang bermaksud lakon iaitu melakonkan atau melakukan aksi. Manakala Shakespeare pula mengistilahkan drama sebagai kehidupan manusia itu sendiri. Baginya dunia ini adalah pentas, dan manusia adalah pelakonnya.

Hubungan drama dengan pendidikan bahasa adalah amat rapat. Pada kebiasaannya kanak-kanak mempelajari bahasa melalui peniruan dan pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran mereka. Drama juga suatu peniruan daripada kejadian sebenar yang berlaku dan dialami dalam hidup manusia sehari-hari lalu dipentaskan untuk ditonton.

Drama dalam pengajaran bahasa adalah berbeza dengan drama pendidikan kerana tujuan utama kegiatan drama pendidikan lebih berfokus kepada aspek-aspek pertumbuhan personaliti dan kesedaran, manakala tujuan drama dalam pengajaran bahasa pula memberi tumpuan kepada aspek-aspek kemahiran dan kecekapan berbahasa (Sapie Damin 1987).

10

11 ( Laman Web http//www.IB.com.my, 1997 ) ada menyenaraikan beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran drama dalam pengajaran bahasa Melayu iaitu: Main peranan dan simulasi Improvikasi Tetamu dalam aksi Teater pembaca Teater bercerita Boneka Permainan drama Pengajaran bersepadu melalui drama

Ini bermakna teknik simulasi adalah salah satu daripada teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran.

Rahmah Bujang (1982) dalam kajiannya tentang drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran cara drama dikenali juga sebagai teknik sosiodrama. Antara aktiviti-aktiviti dalam pengajaran bahasa itu ialah berdialog, lakonan spontan atau improvikasi, teater pembaca, teater bercerita, main peranan dan simulasi. Menurut beliau, terdapat banyak sekali nilai-nilai pendidikan yang dapat dipelajari melalui aktiviti sosiodrama yang antara lain meliputi aspek-aspek pengertian hubungan dan sosial.

Langkah atau prinsip bagi menjayakan sosiodrama adalah:-

11

12 a) Guru atau murid mengemukakan suatu masalah berdasarkan pengalaman yang sedia ada atau melalui sumber-sumber maklumat yang lain, kemudian muridmurid akan berbincang dan membuat rumusan tentang cara bagaimana masalah tersebut boleh diselesaikan,

b) Proses penyelesaian masalah itu dilakonkan semula dan situasi sebenar di mana murid-murid akan mengambil bahagian berdasarkan watak-watak yang telah ditentukan dan,

c) Setelah selesai menjayakan sesebuah lakonan, aktiviti susulan dijalankan seperti membincangkan hasil dramatasi tersebut. Seterusnya dalam proses penggabung jalinan kemahiran bahasa, aktiviti lisan, bacaan luas atau penulisan boleh dijalankan untuk mengakhiri sesi pengajaran itu.

Azman Wan Chik (1981:92) pula menyenaraikan antara lain nilai-nilai pendidikan yang boleh didapati daripada drama dalam pengajaran bahasa itu ialah:-

a. Murd-murid didedahkan kepada persoalan hidup sebenar. b. Memberi kesempatan berdialog dan berinteraksi sesama rakan dan individu tertentu. c. Dapat memperdebatkan nilai-nilai kehidupan yang perlu bagi diri sendiri dan masyarakat. d. Menghargai dan menghormati pendirian orang lain. e. Menghargai dan memahami golongan atau pihak lain. f. Latihan menggunakan bahasa dengan teratur dan berkesan dalam komunikasi. g. Menimbulkan perbincangan yang hidup, berkesan dan bermakna. 12

13 h. Berani mengemukakan pendapat, hujah-hujah yang bernas dan bersifat luwes. i. Berlatih untuk menguasai emosi atau perasaan dalam pelbagai situasi. j. Melatih kerjasama yang erat dalam kalangan rakan sebaya. k. Melatih pemikiran yang aktif, kreatif, kritis dan analitis. l. Membentuk keyakinan diri dan percaya akan kebolehan dan bakat diri sendiri. m. Melatih untuk melahirkan penyebutan yang jelas dan betul (speech training).

Maka dengan itu, sosiodrama atau drama dalam pengajaran bahasa sememangnya mempunyai hubungan yang erat. Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat membina kecekapan berbahasa, menginterpritasikan isi pelajaran yang diajar secara jelas, menarik dan sistematik. Drama dalam pengajaran bahasa mampu untuk memperkembangkan dan menyuburkan diri individu secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, kreativiti, disiplin, sikap, estetika dan motivasi (Brian Way 1980). Oleh hal yang demikian, teknik drama dalam pengajaran bahasa Melayu amatlah sesuai dilaksanakan malah diamalkan oleh guru-guru bahasa hari ini dan pada masa-masa yang akan datang kerana ciri-ciri dan prinsip yang terdapat dalam teknik drama memenuhi kehendak dan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.

2.4 DAPATAN KAJIAN LEPAS 2.4.1 Kajian-kajian Lepas Yang Berkaitan

Rozimah Jamaluddin (2003) menegaskan bahawa istilah permainan, simulasi dan permainan simulasi sering digunakan secara bertukar ganti, namun setiap istilah itu mempunyai maksud yang tersendiri. Permainan merupakan aktiviti yang melibatkan murid mengikut satu peraturan yang disediakan . Permainan semestinya berbeza dengan realiti kehidupan sebenar. Permainan biasanya cuma untuk menghiburkan sahaja, kadangkala menyebabkan murid cuai 13

14 untuk menumpukan perhatian kepada objektif yang sebenar. Simulasi pula ialah satu aktiviti untuk memudahkan sebahagian situasi atau proses kehidupan sebenar. Dalam simulasi, murid biasanya akan berinteraksi dengan murid atau elemen lain. Jika aktiviti simulasi ini dirancang dengan baik, maka ia akan memberi kesan yang baik kepada murid untuk mengaplikasi sesuatu peristiwa dalam suasana pembelajaran sebenar dan akan mampu sampai ke tahap realisme. Permainan simulasi pula menggabungkan ciri-ciri simulasi dan permainan. Permainan simulasi biasanya melibatkan pembelajaran secara holistik, iaitu melalui model realiti dan interaksi murid untuk berusaha bagi mencapai sesuatu kejayaan. Terdapat kajian-kajian tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah simulasi dijalankan oleh pengkaji sama ada di dalam negara atau luar negara. Kajian Abu Bakar (1991) tentang pola-pola pengajaran dan pembelajaran dan pengaruhnya terhadap pembelajaran mendapati bahawa pengajaran masih berpusatkan guru, penglibatan proses kognitif yang rendah dan tidak mencabar murid untuk bersifat lebih aktif dan inquisitif. Pengajaran dan pembelajaran tidak produktif kerana murid tidak mengambil bahagian dengan aktif. Hasil daripada dua kajian di atas menunjukkan bahawa para pengkaji tempatan masih lagi mengkaji tentang proses pengajaran dan pembelajaran serta peranan guru dan penggunaan bahan bantu mengajar. Kajian-kajian terperinci yang menjurus kepada penggunaan kaedah tertentu dan kesannya kepada murid tidak banyak diketengahkan.

2.4.2

Kajian Luar Negara

Anderson & Milliren (1983) menyatakan bahawa, kaedah tayangan filem, penggunaan buku, alat media dan demonstrasi serta simulasi amat berkesan untuk mengajar murid yang kurang memahami dan meminati sesuatu bidang pembelajaran di sekolah. Adapun Mc. Donell, Horner, & Williams (1984) pula menyebut bahawa guru boleh melatih murid dengan kaedah simulasi, bagaimana langkah menguruskan barangan di sebuah kedai runcit dengan 14

15 mewujudkan suasana dan menyediakan beberapa peralatan yang biasa ada di sebuah kedai runcit, seperti rak-rak untuk meletakkan majalah, buku dan akhbar, senarai harga barangan dan barang-barang lain ke dalam kelas.

Jika dilihat dari segi faedah, Shafer, Inge, & Hill (1986) menjelaskan bahawa murid boleh dilatih dengan kaedah simulasi bagaimana cara untuk mengeluarkan wang daripada akaun melalui mesin pengeluaran wang (ATM), kajian ini disokong oleh Curvin & Furnival (1994) dalam kajiannya ke atas peserta-peserta yang akan bekerja di dalam bidang perniagaan mendapati, melalui latihan simulasi dalam proses pelaksanaan perniagaan dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kecekapan ahli pekerja, terutamanya dalam penyertaan dan penglibatan menjalankan tugas.

Pengajaran berasaskan simulasi juga merupakan satu pendekatan ke arah melahirkan murid yang dapat menguasai sesuatu pengajaran, Westling & Floyd (1990) dalam kajiannya menyebut bahawa pelaksanaan simulasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan jika murid dapat mempelajari dan memahami proses simulasi secara terperinci, merasai suasana sebenar dengan penggunaan bahan dan peralatan yang berkaitan. Kajian Morse (1996) juga menunjukkan dapatan yang sama, walaupun murid agak susah untuk melakukan aktiviti simulasi pada tahap yang sebenar, namun kaedah ini amat berfaedah dan berkesan jika ianya dapat dilaksanakan.

Kerr (1999) juga di dalam kajiannya menyebut bahawa di antara pendekatan penggunaan teknologi dalam bilik darjah ialah simulasi. Ia berpandangan bahawa simulasi bukanlah semestinya merupakan satu suasana dan gambaran sebenar bagi sesuatu keadaan, kerana ianya mungkin berbentuk satu permainan sahaja.

15

16 Kesimpulannya, hasil daripada kajian luar negara menunjukkan aktiviti simulasi amat sesuai dilaksana dan didedahkan kepada pelajar, begitu juga kepada pelatih-pelatih lain di dalam industri atau perniagaan. Persediaan dan perancangan yang rapi, juga pelaksanaan yang terkawal akan dapat mmemastikan kaedah ini benar-benar berkesan kepada murid.

2.4.3 Kajian Dalam Negara

Kajian Rosdi (2000) kepada 182 orang guru mata pelajaran sains di sekolah rendah di daerah Kuantan melalui soal selidik mendapati, kaedah simulasi kurang diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor penyebabnya ialah masalah masa, peralatan, kos, pengalaman guru, saiz bilik darjah dan pihak pengurusan sekolah. Kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai kekangan dan masalah dari segi proses pelaksanaannya seperti guru kurang memahami kaedah simulasi, peralatan yang tidak mencukupi dan terpaksa disediakan sendiri oleh guru, peruntukkan masa yang terhad, saiz bilik darjah yang tidak sesuai, aktiviti yang melibatkan kos dan masalah daripada pihak pentadbir sekolah sendiri.

Kajian oleh Lim (2001) mendapati bahawa pembelajaran lebih mudah difahami dan lebih berkesan disamping dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan penyebaran maklumat kepada pelajar. Begitu juga kajian oleh Juliana (2003) menunjukkan, program latihan yang dirancang dan dilaksanakan melalui kaedah simulasi dalam amalan saie untuk mengetahui sejauh mana ia memberi kesan kepada bakal haji dalam mengerjakan ibadat haji, pada keseluruhannya telah berjaya membantu dan meningkatkan tahap kecergasan bakal jamaah haji.

16

17 Hasil kajian oleh Halizah (2003) menunjukkan bahawa, amalan melakukan aktiviti kecergasan fizikal yang sistematik dan berterusan, contohnya melalui kaedah simulasi akan memberikan kesan yang positif kepada kehidupan. Kajian beliau adalah dalam amalan melakukan tawaf di Kaabah bagi bakal jamaah haji. Begitu juga kajian Zakiah (2003) menunjukkan, tahap kecergasan kumpulan eksperimen dalam kalangan murid sebagai wakil jamaah haji mengalami peningkatan yang banyak selepas mengikuti program simulasi khususnya aktiviti melontar jamrah. Adapun kumpulan kawalan hanya berlaku sedikit sahaja perubahan terhadap tahap kecergasan mereka. Ini menunjukkan bahawa kaedah simulasi yang telah dijalankan mampu meningkatan motivasi dan rasa seronok murid hingga mereka mampu menunjukkan kesan positif terhadap tahap kecergasan diri mereka.

Hyacinth Gaudart (1993) dalam Pendidikan Di Malaysia : Arah dan Cabaran menyebut, terdapat dari kalangan guru-guru di Malaysia yang mempunyai masalah dari segi pedagogi dalam menjalankan kaedah simulasi di sekolah, iaitu guru mesti kreatif, kebimbangan pentadbir, jika guru tidak dapat mengawal kelas, mengganggu bilik darjah lain, kesukaran pelajar membawa watak atau tugas dan aktiviti akan di dominasi oleh sekumpulan pelajar tertentu sahaja. Di sini pengkaji berpendapat bahawa, sekiranya elemen-elemen penting yang berkaitan dengan simulasi dirancang secara rapi dan bijak, kesemua masalah tersebut akan dapat diatasi. Dalam dunia pendidikan hari ini, guru mesti sentiasa kreatif dan melengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran, agar segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan, dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

17

18 2.5 KESIMPULAN

Hasil daripada tinjauan literature tersebut menunjukkan bahawa kemahiran menulis kanakkanak amat berkait rapat dengan cara dan corak pengajaran. Kegagalan mereka memperolehi pembelajaran yang benar-benar sesuai dan berkesan tentang kemahiran menulis karangan dengan baik menyebabkan mereka sukar mengusai kemahiran tersebut. Oleh itu,

pembelajaran yang menggunakan kaedah atau pun teknik simulasi sebenarnya turut memberi sumbangan yang besar dalam mempengaruhi kebolehan dan penguasaan mereka terhadap kemahiran menulis karangan di peringkat sekolah rendah khususnya untuk murid-murid tahap dua.

Walaupun banyak kajian telah dijalankan tentang penggunaan teknik simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk murid sekolah rendah mahu pun sekolah menengah, namun kajian yang mengaitkan keberkesanan teknik simulasi dalam penulisan karangan murid-murid tahap dua kurang dijalankan. Persoalan yang timbul ialah sama penggunaan teknik simulasi dalam pengajaran bahasa benar-benar berkesan membantu murid-murid tahap dua dalam kemahiran menulis karangan atau pun tidak. Ini kerana matlamat penggunaan teknik simulasi dalam pengajaran penulisan karangan adalah membolehkan murid tahap dua, 100% menguasai kemahiran menulis karangan dengan baik selepas mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bahasa yang menggunakan teknik simulasi. Hal ini sangat penting untuk membantu murid-murid ini memperolehi markah yang maksimum ketika menjawab soalan-soalan karangan yang dikemukakan kepada mereka.

18

19 SENARAI RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib. 1987. Langkah-langkah permulaan dalam mengajar kanakkanak menulis karangan: satu pendekatan. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka.12(8): 718-726. Abdullah Hassan. 1987. Isu-isu pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 28. Alias Mohd. Yatim dan Darwis Harahap. 1990. Kegiatan belajar mengajar bahasa Melayu berpedoman kurikulum bersepadu sekolah menengah. Satu tinjauan ringkas. Kertas Kerja Seminar Bahasa dan Sastera Dalam Pendidikan IV Anjuran Persatuan Lingusitik Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ann Raimes. 1992. Exploring through writing. New York: St. Martin Press. Asmah Omar. 1984. Kaedah pengajaran bahasa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 186. Atan Long.1977. Kedudukan kesusasteraan dalam sitem pelajaran Malaysia ditinjau dari sudut kemudahan. Dlm. Mohd Taib Osman (ed). Pengajaran bahasa dan kesusasteraan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Mohd Amin. 1986. Kaedah pengajaran penulisan (karangan) bagi sekolah rendah dan menengah. Dlm. Mengajar B. Malaysia. Azman Wan Chik, ed., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka hlm.9. Awang Mohd Amin. 1981. Beberapa aspek kelemahan penguasaan Bahasa Malaysia di Kalangan pelajar Melayu menengah atas. Satu tinjauan awal di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Jurnal Bahasa, 23 (96): 90-95. Awang Mohd Amin. 1981. Kaedah pengajaran penulisan. Kertas Kerja Seminar Pengurusan Cabaran-Cabaran Dalam Latihan Perguruan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Bahasa Fakulti Pendidikan UM dengan DBP. 20-30 Dis. Ayadirai Nallandran. 1995. Kaedah kumpulan perbincangan kecil sebagai perintis dalam penguasaan kemahiran menulis karangan. Kajian Ilmiah UKM. Azman Wan Chik. 1981. Prinsip dan kaedah mengajar kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Dayang Ku Hajjah Jauyah Pengiran Hj. Damin. 1996. Kesan dua pendekatan pengajaran kemahiran menulis terhadap markah pencapaian penulisan karangan pelajar menengah tingkatan empat. Brunei. Latihan Ilmiah UKM. Faziah Sulaiman. 1994. Teknik bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dlm. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 19

20

Ishak Haron.1979. Panduan mengajar bahasa Malaysia di sekolah menengah. Pembinaan Satu conceptual framework dalam penulisan karangan. Jurnal Dewan Bahasa, Februaria: 9. Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Billy Chong. 1992. Kemahiran membaca. Dlm. Asas Kemahiran Berbahasa KBSR, Jilid 3. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jamaluddin Aziz. 1996. The effectiveness as simulations as pre and post reading activities in a Few selected form four classes. Latihan Ilmiah. UKM. Jones. 1987. Simulation : A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page Ltd. Jones, K. 1992. Simulations in language teaching. Cambridge: Cambridge University Press. Kamaruddin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abd. Aziz. 1997. Penguasaan kemahiran menulis. Petaling Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Kamaruddin Husin. 1988. Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd. Kaplan A.G. dan Saccurzzo. 1972. Psychologikal testing: principles applicatioan and Issues California Books, Coleman Publishing Compony. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1985. Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1989. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia, Tingkatan Dua, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1992. Siri Panduan KBSR: Aktiviti Bahasa. Jilid 7. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1994. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu, Institut Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon. 1987. Pengajaran bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Koh Boh Boon. (ed). 1989. Perspektif-perspektif dalam pengajaran bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman Web http//www.IB/Com.my. 1997. Pedagogi bahasa Melayu. Menu rujukan: Drama Dalam Pengajaran. Loban,W.1964. The language of elementary school children. Champaign, Illilinos. Mohd Dahalan Moh Ramli (1990). Teknik simulasi dan main peranan dalam penjajaran dan pembelajaan Bahasa Malaysia. Kertas kerja KONPEN III. Institut Bahasa. 20

21

Omar Mamat. 1984. Jurnal Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur. Institut Bahasa. Omar Mamat. 1984. Teknik simulasi dalam proses mengajar dan belajar bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pelita Bahasa hlm. 18-19. Rahmah Bujang. 1982. Drama Melayu 25 tahun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Fatimah Raja Kamarul Zaman. 1994. Teknik sumbang saran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dlm. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj. Sabran et al. 1985. Kajian Bahasa. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Sameon Hj. Sidek. 1990. Kesan teknik simulasi dan main peranan dalam pengajaran karangan tingkatan dua. Satu perbandingan. Projek Khas. Kuala Lumpur: Institut Bahasa. Safie Hj. Damin. 1987. Satu kajian tentang kaedah pendramaan dalam pengajaran bahasa Melayu peringkat sekolah menengah rendah. Latihan Ilmiah UPM. Salleh Mohd Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood. 1975. Prinsip dan kaedah Pengajaran bahasa. Kelantan: Pustaka Amin Press. Teuku Iskandar. 1989. Kamus Dewan. Kuala Lumpur. Way Brian. 1980. Development through drama. London: Longman. Wong Kuek Seng dan Tan Peik Lee.1994. Persepsi guru bahasa Melayu yang baik. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Oktober Jilid 38. Bil 10. Yahya Othman. 1997. Kesan dua pendekatan mengajar karangan terhadap markah pencapaian karangan bentuk imaginatif: Tingkatan 1. Projek Penyelidik UKM.

21

Anda mungkin juga menyukai