Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Aktiviti : 13.5 Program CERDEK (Celik Rohani dan Emosi Kami)


Tarikh Pelaksanaan : Selepas ujian saringan 1 Tahun 2
Pelaksana : Guru LINUS, guru pemulihan dan murid Tahun 5
Pelaksanaan :
1. Fokus terhadap murid yang belum menguasai mana-mana lapan konstruk pertama.
2. Dibantu oleh beberapa orang murid Tahun 5 sebagai ‘guru kecil’.
3. Dijalankan dari jam 7.00 hingga 7.15 setiap pagi.
4. Bahan disediakan oleh penyelaras LINUS/guru pemulihan.
Indikator kejayaan : Murid-murid ada peningkatan dalam menguasai konstruk yang diberikan.

Aktiviti : 13.6 Program ‘Mari Belajar Bersama’


Tarikh Pelaksanaan : Januari hingga Oktober 2015 bagi murid Tahun 2 / Mac hingga Oktober 2015 bagi murid Tahun 1
Pelaksana : Guru LINUS / guru pemulihan
Pelaksanaan :
1. Selepas ujian saringan dijalankan (Tahun 1 dan Tahun 2-selepas saringan 1)
2. Menitikberatkan konstruk-konstruk yang dinilai dalam ujian saringan.
3. Kaedah pelaksanaan –bimbingan guru dalam kelas.
Indikator kejayaan : menjalankan ujian diagnostik setiap hujung bulan bagi mengetahui keberkesanan.

PERANCANGAN AKTIVITI PROGRAM PEMULIHAN SKAT 2015


AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Aktiviti : 13.7 ‘Cantiknya Tulisanku’


Tarikh Pelaksanaan : Januari hingga Oktober 2015
Pelaksana : Guru LINUS, guru pemulihan
Pelaksanaan :
1. Tahun 1 : Januari hingga Mei – 2 minggu sekali/ Jun hingga Oktober –sebulan sekali
2. Tahun 2 : Januari hingga Oktober –sebulan sekali
3. Menulis abjad/huruf/perkataan/ayat yang dipelajari mengikut unit dan tema.
4. Dijalankan semasa P&P (30 minit terakhir)
Indikator kejayaan : Murid-murid dilatih menulis dengan kemas dan cantik. Ini secara tidak langsung menggalakkan aktiviti
bacaan secara latih tubi.

Aktiviti : 13.8 ‘Saya Sudah Boleh Membaca!’


Tarikh pelaksanaan : Bulan Mei/Bulan Oktober
Pelaksana : Guru LINUS, guru pemulihan
Pelaksanaan : Mana-mana murid LINUS yang sudah melepasi saringan dan ke kelas perdana akan diberikan petikan
dan diminta membaca petikan tersebut semasa perhimpunan pagi hari Selasa. Murid kemudian akan
bersoal-jawab dengan murid-murid lain tentang petikan tersebut.
Indikator kejayaan : Murid dapat membaca dengan lancar dan dapat menceritakan semula isi kandungan petikan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai