Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG HOKI

Peraturan Bola Keluar Kawasan (Ball Out of Play)


Ketika anda menggolek bola hoki anda perlu tahu apakah tindakan anda apabila situasi bola keluar kawasan atau ball out of play berlaku. Bola hoki dikira keluar padang apabila bola keluar dari garisan tepi atau garisan belakang gelanggang. Tindakan yang perlu anda ambil adalah seperti berikut:

Apabila bola keluar melintasi garisan tepi a. Dari kayu hoki pemain pasukan anda pihak lawan memukul atau menolak untuk meneruskan permainan. b. Dari kayu pihak lawan, menolak atau memukul oleh pasukan anda c. Dari badan pemain, pukulan percuma kepada pihak lawan dari tempat di mana bola terkena badan pemain.

Apabila bola keluar melintasi garisan belakang a. Dari kayu penyerang. Tolakan atau pukulan oleh pemain pertahanan (defender) dari tempat yang bertentangan di mana bola melintasi garisan dan tidak melebihi 16 ela daripada garisan itu. b. Dari kayu penahan yang lebih daripada 22.9m (25 ela) dari garisan belakang. Tolakan atau pukulan oleh pemain pertahanan seperti di atas. c. Dari kayu pemain pertahanan dalam jarak 22.9m (25 ela) dari garisan belakang. Penyerang menolak atau memukul bola daripada satu tempat di atas garisan belakang dalam 4.6m (5 ela) daripada sudut bendera. d. Dari kayu pemain pertahanan dalam 22.9m (25 ela) dari garisan belakang (bola dikeluarkan dengan sengaja). Sudut penalti akan diberikan kepada pemain pasukan penyerang. e. Dari kayu pemain pertahanan dalam bulatan gol (bola dikeluarkan tanpa sengaja). Sudut penalti akan diberikan kepada penyerang.

f. Dari kayu pemain pertahanan dalam bulatan gol (bulatan D) (bola dikeluarkan dengan sengaja). Strok penalti diberikan kepada pasukan penyerang.

Kesalahan
Terdapat beberapa tindakan atau perkara yang tidak boleh dilakukan oleh anda semasa permainan. Tindakan atau perkara ini dipanggil faul yang boleh dikenakan tindakan penalti tertentu. Senarai kesalahan adalah seperti berikut: a. Bermain menggunakan bahagian bulat kayu (dipanggil back stick) b. Bermain dalam permainan tanpa memegang kayu hoki c. Mengangkat kayu hoki untuk menakutkan atau mengancam keselamatan pihak lawan semasa mereka menghampiri bola atau menggelecek bola. d. Mengangkat kayu hoki untuk bermain bola melebihi paras bahu. e. Bermain bola dengan menggunakan tangan, kaki atau bahagian badan yang lain. f. Menyungkit bola ke arah pemain lain atau ke dalam bulatan yang mungkin akan mengundang bahaya kepada mereka. g. Memegang, mencangkuk, memukul atau menyepak kayu hoki pihak lawan bertujuan untuk mengganggu permainan mereka. h. Menghalang pihak lawan dengan tubuh badan atau kayu hoki di antara bola dan pihak lawan.

Penalti-penalti Untuk Kesalahan Yang Dilakukan


Tindakan penalti untuk setiap kesalahan adalah seperti berikut: a. Situasi apabila kesalahan dilakukan di luar bulatan Pasukan lawan akan diberi pukulan percuma

Jika pemain daripada pasukan pertahanan dengan sengaja membuat manamana jenis faul di dalam kawasan 25 ela, maka pasukan penyerang akan mendapat pukulan sudut penalti.

b. Situasi apabila kesalahan dibuat di dalam bulatan Oleh penyerang, pasukan pertahanan mendapat pukulan percuma Oleh pemain pertahanan, pasukan menyerang mendapat pukulan sudut penalti. Dengan sengaja oleh pemain pertahanan, pasukan menyerang akan mendapat strok penalti.

Pukulan percuma, sudut penalti dan strok penalti a. Pukulan percuma Pukulan atau tolakan boleh digunakan. Pemukul atau penolak bola tidak boleh menyentuh semula bola kecuali bola tersebut telah dimainkan oleh pemain lain (pemain pasukan sendiri atau lawan). Diambil dari tempat di mana faul berlaku, kecuali di dalam kawasan D. Apabila penyerang melakukan faul di dalam kawasan D, penahan boleh mengambil pukulan percuma di mana-mana tempat di dalam kawasan D. Apabila pukulan percuma diambil, bola mesti tidak bergerak (pegun). Bola tidak boleh dimainkan atau dinaikkan secara berbahaya. Tiada sesiapa pun daripada pihak lawan dibenarkan berada di dalam kawasan 5 ela dari bola. b. Sudut Penalti diberikan kepada pemain penyerang apabila pemain daripada pasukan pertahanan melanggar peraturan-peraturan berikut: Dengan sengaja melanggar peraturan-peraturan yang telah disebutkan terdahulu di bawah tajuk kesalahan, di dalam 25 ela kawasan penahan tetapi di luar bulatan. Sengaja melakukan kesalahan di dalam kawasan D. Sama ada kesalahan dilakukan secara sengaja atau tidak adalah terpulang kepada pendapat pengadil.

Sudut penalti diambil dengan bola ditolak atau dipukul dari garisan gol oleh seorang pemain penyerang. Tolakan atau pukulan boleh diambil dari kedua-dua belah gol tetapi sekurang-kurangnya 9m (10 ela) dari tiang yang paling dekat sekali dan tidak melepasi bulatan. c. Strok penalti Strok penalti diberikan kepada penyerang berdasarkan syarat-syarat berikut: Apabila pemain pertahanan melakukan kesalahan secara sengaja di dalam bulatan. Apabila pemain pertahanan melakukan kesalahan secara tidak sengaja di dalam bulatan tetapi melalui tindakannya mungkin menghalang penyerang daripada berjaya menjaringkan gol. Apabila pemain pertahanan sekali lagi melanggar peraturan sudut penalti semasa pasukan penyerang cuba melakukan pukulan sudut penalti yang diberikan kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai