Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

KEKUATAN Aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat murid untuk lebih suka mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Murid saya sentiasa gembira dan seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid melakukan ketangkasan yang baik ketika aktiviti dijalankan dan mereka suka menjalankan aktiviti larian dengan pergerakan yang pelbagai. KELEMAHAN Semasa aktiviti yang memerlukan murid-murid berlari ke suatu tempat lalu melontarkan bola getah ke dalam bakul, saya mendapati banyak murid tidak dapat melontarkan bola getah ke dalam bakul, ini telah mengganggu kelancaran aktiviti. Selain itu, saya mendapati semasa permainan kecil iatiu Polis Menangkap Pencuri dijalankan murid-murid terjatuh kerana dikejar oleh polis yang kuat lari. Ini telah menyebabkan murid tersebut cedera. Saya akan berhati-hati untuk merancang aktiviti yang dapat menjaga keselamatan murid supaya tidak cedera. LANGKAH MENGATASI Sebelum memulakan sesuatu aktiviti permainan, saya perlu menerangkan peraturan permainan tersebut dan menegaskan bahawa keselamatan diutamakan ketika bermain. Selain itu, saya akan menukarkan bakul kecil ke bakul besar supaya murid dapat melontarkan bola ke dalam bakul tersebut ataupun saya akan menukarkan peraturan permainan iaitu melontar bola bertukar kepada meletak bola di dalam bakul. Jadinya, semua aktiviti akan dijalankan dengan lancar dan objektif pada hari tersebut akan tercapai.

Anda mungkin juga menyukai