Anda di halaman 1dari 2

Di sarawak, Iban memang terkenal dengan bangsa yang bertattoo.

Iban paling terkenal dengan tattoo " Bungai Terung" di bahu. Terdapat banyak kebudayaan di dunia yang menggunakan tatu dan hiasan badan, tradisi Iban merupakan salah satu yang paling baik dan menarik. Pada ahli-ahli yang paling dewasa lalu suku kaum Iban dari Borneo tatu. Tatu ini adalah lebih daripada hiasan sahaja, masing-masing mempunyai makna dan cerita sendiri

Masyarakat iban adalah suku kaum Sarawak.Dalam adat perkahwinan masyarakat Iban, upacara membelah pinang akan dijalankan ketika majlis berlangsung. Seorang wanita akan membawa keluar tepak sirih dan kemudiannya membelah pinang tersebut. Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan diwajibkan tinggal di rumah suaminya. Setelah itu, seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Darah ayam akan disembah kepada pengantin. Mengikut kepercayaan masyarakat Iban, majlis akan diadakan di rumah pengantin perempuan selepas itu dan pengantin lelaki tidak boleh tidur sama dengan pengantin perempuan

Adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat iban berikut akan menfokuskan aspekaspek utama dalam kehidupan mereka. Kaum iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek kelahiran,perkahwinan dan juga kematian. Untuk lebih memahami pantang larang kaum iban, marilah kami bertemu bual dengan seorang kaum iban.

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.

Setiap kaum mempunyai kepercayaan sendiri. Begitulah sama dengan kaum Iban. Sekarang marilah kita sama-sama menerokai kepercayaan orang iban.

Anda mungkin juga menyukai