Anda di halaman 1dari 24

Thurgaahsri A/P Moorthy,

Setiausaha Program Pertandingan kabaddi,


Institut Pendidikan guru Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor, Tel: 04-6603100
Pulau Pinang. Fax: 04-6603100

Pengarah,
AGRO BIO-TANI (SP) SDN.BHD,
No.60, Jalan Angsana Sari 5,
Taman Angsana Sari,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darulaman. 1 JANUARI 2018
(U/P: EN. Moorthy A/L Sivamjalam)

Tuan/puan,

MEMOHON SEDIKIT SUMBANGAN UNTUK MENJALANKAN PERTANDINGAN


KABADDI DI IPG PULAU PINANG.

Izinkan saya merujuk perkara di atas,

2. Saya seperti nama di atas ingin memohon sedikit sumbangan pihak tuan/puan untuk
menjalankan pertandingan Kabaddi di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang bagi
pelajar guru seperti berikut:

2.1 Nama Program : Pertandingan Kabaddi

2.2 Tarikh Pelaksana : 5 Julai 2018

2.3 Masa : 8.00 pagi – 4 petang

2.4 Tempat : Padang IPG Pulau Pinang

2.5 Perasmian Oleh : Pengarah IPG Pulau Pinang ( En. Hj Khalid Bin Hj Ahmad)

3. Untuk makluman tuan/puan Pertandingan Kabaddi ini dijalankan bagi pelajar guru ipgkpp
bagi memenuhi syarat kandungan kurikulum pembelajaran dalam PISMP semester 2
Ambilan Jun 2016. Seterusnya, bagi mendapatkan pengalaman baru dalam mengendalikan
sebuah pertandingan tradisional dan dalam membantu pelajar guru untuk mendapatkan
pendedahan yang jelas dan pengalaman secara langsung tentang permainan Kabaddi. Oleh
hal yang sedemikian, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat
memberikan sedikit sumbangan tidak kira wang mahupun cenderahati supaya dapat
meringankan beban yang dipikul oleh pihak kami.

4. Kerjasama pihak tuan/puan memberikan sedikit sumbangan dalam menyempurnakan


program ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

…………………………..
(Thurgaahsri A/P Moorthy)
Pengarah,
AGRO BIO-TANI (SP) SDN.BHD,
Moorthy A/L Sivamjalam,
No.60, Jalan Angsana Sari 5,
Taman Angsana Sari,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darulaman.

Thurgaahsri A/P Moorthy,


Setiausaha Program Pertandingan kabaddi,
Institut Pendidikan guru Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor, 7 JANUARI 2018
Pulau Pinang.

Saudari,

SETUJU MEMBERIKAN SUMBANGAN WANG BAGI MENJALANKAN PERTANDINGAN


KABADDI DI IPG PULAU PINANG

2. Saya pengarah AGRO BIO-TANI (SP) SDN.BHD setuju bagi memberikan sumbangan
kewangan yang telah dimohon..

3. Saya telah mengambil keputusan untuk memberikan sumbangan sebanyak RM1,500 bagi
membantu pelajar guru Ipg Kampus Pulau Pinang untuk menjalankan pertandingan
Kabaddi.

4. Saya telah sertakan cek sejumlah RM1,500 bersama. Saya berharap agar pihak saudari
dapat menggunakan sumbangan yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

5. Semoga mendapatkan kejayaan dalam menjalankan Pertandingan Kabaddi. Saya juga


berharap agar Pertandingan Kabaddi dijalankan tanpa sebarang halangan. Kejasama
dengan pihak IPG amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………
( Moorthy A/L Sivamjalam)
Pengerusi Pertandingan Kabaddi,
PISMP Pengajian Tamil,
IPG Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang.

En Muthusamy A/L Karuppia,


Penasihat Kelab Kabaddi,
IPG Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang. 10 JANUARI 2018

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI REFREE PERTANDINGAN KABADDI 2018

Perkara di atas dirujuk,

2. Saya seperti nama di atas ingin menjemput tuan sebagai pengadil Pertandingan Kabaddi
2018 yang dianjurkan oleh PISMP Pengajian Tamil peringkat IPG bagi memenuhi syarat
kandungan kurikulum pembelajaran dalam PISMP semester 2 Ambilan Jun 2016.

3. Butiran Pertandingan Kabaddi seperti berikut:

Nama Program : Pertandingan Kabaddi 2018

Tarikh Pelaksana : 5 Julai 2018

Masa : 8.00 pagi – 4 petang

Tempat : Padang IPG Pulau Pinang

Perasmian Oleh : Pengarah IPG Pulau Pinang ( En. Hj Khalid Bin Hj Ahmad)

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami dahului.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………..
(Tamilkalai A/L Subramaniam)
Pengerusi Pertandingan Kabaddi.
En. Muthusamy A/L Karuppiah,
Penasihat Kelab Kabaddi,
IPG Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang.

Pengerusi Pertandingan Kabaddi,


Tamilkalai A/L subramaniam
PISMP Pengajian Tamil,
IPG Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang. 14 JANUARI 2018

Saudara,

SETUJU MENGHADIRKAN DIRI KE PERTANDINGAN KABADDI SEBAGAI REFREE

2. Merujuk kepada perkara di atas saya setuju untuk menghadirkan diri saya sebagai refree
Kabaddi ke pertandingan Kabaddi.

3. Saya amat berbesar hati memberikan sokongan dan dorongan saya sepenuhnya untuk
menjayakan pertandingan Kabaddi yang akan dijalankan.

4. Kejasama dengan pihak anda amatlah saya hargai. Semoga mendapatkan kejayaan atas
usaha murni anda ini.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,

……………………
(En. Muthusamy A/L Karuppiah)
MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

PERTANDINGAN KABADDI 2018

IPG KAMPUS PULAU PINANG

TARIKH : 22 JANUARI 2018

HARI : ISNIN

MASA : 8.00 MLM

TEMPAT : GELANGGARA IPG KAMPUS PULAU PINANG

KEHADIRAN : 18/18

TIDAK HADIR : TIADA

TURUT HADIR : MUTHUSAMY A/L KARUPPIAH ( PENASIHAT KELAB KABADDI)

Agenda 1 – ucapan aluan guru penasihat

I. Guru penasihat iaitu En. Muthusamy A/L Karuppiah telah menjelaskan tentang
kandungan kurikulum pembelajaran dan kewajiban untuk menjalankan satu
pertandingan bagi seluruh pelajar guru Ipg kampus Pulau Pinang.

II. Beliau menyatakan bahawa perlu memilih satu permainan yang boleh
mengembangkan kemahiran psikomotor dan kemahiran kognitif individu dan
mengadakan pertandingan bagi permainan tersebut.

Agenda 2 – Pengagihan Kumpulan

I. Beliau telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan


dianggotai oleh 2 orang ahli.

II. Beliau telah memberikan setiap kumpulan masa selama 15 minit untuk memikirkan
satu permainan yang mengembangkan kemahiran psikomotor dan kemahiran
kognitif individu dan meminta untuk menjelaskan tujuan memilih permainan yang
akan dicadangkan itu.

III. Selepas semua kumpulan membentangkan permainan yang dicadangkan masing-


masing permainan kabaddi menjadi pilihan sekelas.

IV. Guru penasihat menerangkan secara kasar tentang tindakan, pelan dan persiapan
yang perlu dilakukan untuk menjalankan pertandingan Kabaddi.
Agenda 3 – Hal-hal lain

I. Guru penasihat mengumumkan ahli-ahli jawantankuasa bagi pertandingan


kabaddi akan dipilih dalam mesyuarat kali ke-2.

II. Guru penasihat berharap agar kami sekelas akan memberikan kerjasama
sepenuhnya bagi menjayakan pertandingan Kabaddi.

III. Guru penasihat juga menyatakan bahawa beliau bersedia membimbing kami
sekelas sekiranya ada sebarang pertanyaan atau masalah dalam mengendalikan
pertandingan ini.

Agenda 4 – Penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10 malam.

Disediakan oleh,

……………………………..

( THURGAAHSRI A/P MOORTHY)

Setiausaha,

Pertandingan Kabaddi 2018

Disahkan oleh,

……………………………….

( TAMILKALAI A/L SUBRAMANIAM)

Pengerusi,

Pertandingan Kabaddi 2018.


MINIT MESYUARAT KALI KEDUA

PERTANDINGAN KABADDI 2018

IPG KAMPUS PULAU PINANG

TARIKH : 25 JANUARI 2018

HARI : KHAMIS

MASA : 8.00 MLM

TEMPAT : GELANGGARA IPG KAMPUS PULAU PINANG

KEHADIRAN : 18/18

TIDAK HADIR : TIADA

TURUT HADIR : MUTHUSAMY A/L KARUPPIAH ( PENASIHAT KELAB KABADDI)

Agenda 1 – Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat dibentang dan disahkan tanpa pindaan seperti berikut:

I. Ucapan aluan guru penasihat.

II. Pemilihan ahli jawatankuasa bagi pertandingan Kabaddi 2018.

Agenda 2 – Pengerusi menjelaskan tugas ahli-ahli jawatankuasa bagi pertandingan


Kabaddi 2018

I. Pengerusi meminta pendapat dengan ahli-ahli jawatankuasa tentang pelan dan


tindakan yang akan dilancarkan dan dijalankan bagi pertandingan Kabaddi 2018.

II. Mendapatkan idea daripada para hadirin tentang para ahli jawatankuasa yang
diperlukan untuk melancarkan pertandingan Kabaddi 2018
Agenda 3 - Pemilihan ahli jawatankuasa Pertandingan Kabaddi 2018

I. Menjalankan undian dan cadangan untuk memilih ahli jawatankuasa yang


diperlukan.

II. Mengagihkan tugas bagi setiap ahli jawatankuasa bagi memulakan kerja-kerja
penyediaan pertandingan Kabaddi 2018.

III. Mendapatkan pendapat dan cadangan dari guru penasihat.

Agenda 4 - Hal – hal lain

I. Pengerusi meminta agar semua ahlijawatankuasa bekerjasama sesama sendiri


dengan baik.

II. Selain itu, pengerusi juga minta agar semua ahlijawatankuasa menyempurnakan
tugasan masing-masing mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

III. Pengerusi menyatakan bahawa tarikh mesyuarat kali ke-2 akan diumumkan selepas
membuat berbincang dengan guru penasihat.

Agenda 5 – Penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10 malam.

Disediakan oleh,

……………………………..

(THURGAAHSRI A/P MOORTHY)

Setiausaha,

Pertandingan Kabaddi 2018


Disahkan oleh,

……………………………….

( TAMILKALAI A/L SUBRAMANIAM)

Pengerusi,

Pertandingan Kabaddi 2018.


MINIT MESYUARAT KALI KETIGA

PERTANDINGAN KABADDI 2018

IPG KAMPUS PULAU PINANG

TARIKH : 1 FEBRUARI 2018

HARI : KHAMIS

MASA : 8.00 MLM

TEMPAT : GELANGGARA IPG KAMPUS PULAU PINANG

KEHADIRAN : 18/18

TIDAK HADIR : TIADA

TURUT HADIR : MUTHUSAMY A/L KARUPPIAH ( PENASIHAT KELAB KABADDI)

Agenda 1 - Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat dibentang dan disahkan tanpa pindaan seperti berikut:

I. Penjelasan tugas para ahli jawatankuasa pertandingan Kabaddi 2018.

II. Hal-hal dan urusan penting dibincangkan dan diselesaikan.

Agenda 2- Setiusaha membentangkan atur cara untuk hari pertandingan

I. Membentangkan secara jelas tentang aturcara pertandingan Kabaddi 2018.

II. Memastikan semua ahli jelas tentang aturcara pada hari tersebut.

III. Melontarkan soalan dan memberikan pendapat untuk memperbaiki aturcara


pertandingan Kabaddi 2018.

Agenda 3 – Pengerusi memastikan tugas yang perlu oleh setiap ahlijawatankuasa dan
persediaan yang perlu dilakukan untuk melancarkan pertandingan Kabaddi 2018.

I. Setiausaha diingatkan supaya menyediakan fail pengurusan untuk menyimpan


dokumen-dokumen penting seperti borang penyertaan, buku program, borang
permarkahan dan surat-surat yang penting.

II. Selain itu, setiausaha juga diminta untuk menyediakan satu CD dan menyalin
maklumat berkenaan ke dalam CD tersebut sebagai rekod simpanan.
III. Pengadil diingatkan supaya menyediakan semua peralatan yang diperlukan bagi
menjalankan pertandingan Kabaddi. Seterusnya, pengadil diminta untuk
menyediakan senarai barangan yang diperlukan dan diserahkan kepada ajk
peralatan. Lepas itu, mengingatkan ajk pengadil untuk memastikan kuantiti barangan
adalah mencukupi dan diminta untuk memeriksa lagi senarai barangan tersebut.

IV. Ajk Hadiah diingatkan supaya mempersiapkan hadiah-hadiah, cenderahati dan sijil
yang mencukupi untuk diberi penghargaan kepada para peserta pada hari
pertandingan. Setersunya Ajk Hadiah diminta untuk mengira dan menyediakan
anggaran perbelanjaan bagi membeli dan menyediakan hadiah dan hamper yang
diperlukan.

V. Ajk Keselamatan pula diingatkan untuk memeriksa semua ubat-ubatan dari peti
pertolongan cemas dan menyediakan kemudahan pertolongan cemas yang akan
diperlukan pada hari pertandingan Kabaddi.

VI. Ajk makanan diingatkan untuk menyediakan kuantiti makanan yang secukupnya bagi
para hadirin. Selepas itu, diingatkan juga untuk berbincang dengan guru penasihat
tentang menu makanan dan tentang orang yang akan diberi tempahan makanan
tersebut.

VII. Ajk Kebersihan diingatkan untuk menyediakan beg plastik sampah yang secukupnya
di tempat pertandingan untuk menjaga kebersihan padang.

VIII. Ajk publisiti pula diingatkan untuk meyebarkan berita secara luasnya melalui
watsapp, facebook dan instagram tentang pertandingan kabaddi yang akan diadakan
bagi para pelajar guru.

Agenda 4- Pengerusi memperingatkan kepada AJK tentang perkara yang harus


diselesaikan selepas pertandinga Kabaddi.

JAWATAN TUGAS

PENGERUSI  Memastikan semua AJK menjalankan tugas masing-


masing.
 Mengadakan post mortem sehari selepas
pertandingan.
 Memberikan memo kepada semua ajk tentang post
SETIAUSAHA mortem yang akan dijalankan.
 Menyediakan laporan perbelanjaan untuk
BENDAHARI dibentangkan pada hari post mortem.
 Memastikan setiap pusingan pertandingan dijalankan
AJK PENGADIL seperti yang dirancang.
 Memastikan memberikan penghargaan kepada para
perserta.
 Memastikan semua peralatan yang digunakan
AJK PERALATAN disimpan dengan baik.
 Pastikan membersihkan kawasan padang.
AJK KEBERSIHAN
 Menyediakan sebuah video dengan gambar yang
AJK DOKUMENTASI ditangkap tentang pertandingan Kabaddi.

AGENDA 5 – Hal-hal yang penting

I. Pengerusi minta setiap AJK untuk menyediakan sebuah laporan tentang


pertandingan Kabaddi 2018.\

II. Pengerusi berharap agar semua AJK melakasanakan tugas secara


sempurna.

AGENDA 6- PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10,30 malam dengan ucapan terima kasih kepada
semua ahlijawatankuasa.

Disediakan oleh,

……………………………..

( THURGAAHSRI A/P MOORTHY)

Setiausaha,

Pertandingan Kabaddi 2018

Disahkan oleh,

……………………………….

( TAMILKALAI A/L SUBRAMANIAM)

Pengerusi,

Pertandingan Kabaddi 2018


MEMO

TUAN/PUAN

PEMBERITAHUAN MESYUARAT POST MORTEM

Menurut perkara di atas, saya ingin memaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan
untuk mengadakan perbincangan tentang kelebihan, kelemahan, kekurangan, dan
penambahbaikan setelah Pertandingan Kabaddi 2018 diadakan.

BUTIR-BUTIR MESYUARAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 8 FEBRUARI 2018

MASA : 8.00 MALAM – 10.00 MALAM

TEMPAT : GELANGGARA IPG KAMPUS PULAU PINANG

PENGHADIR : SEMUA AJK PERTANDINGAN KABADDI 2018

PENASIHAT : MUTHUSAMY A/L KARRUPIAH

2. Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan terhadap perkara di atas amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

……………………………..

( THURGAAHSRI A/P MOORTHY)

Setiausaha,

Pertandingan Kabaddi 2018


Pengerusi Earth Hour,
Kausailayaah A/P Krishnan,
PISMP Pengajian Tamil,
IPG Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang.

Pengarah,
IPG Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau pinang. 22 APRIL 2018

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN BAGI MEMATIKAN LAMPU DAN PERHIDMATAN ELEKTIK


SELAMA 1 JAM

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas:

2. Untuk pengetahuan tuan kami pelajar PISMP tahun 1 semester 2 akan menganjurkan
program ‘EARTH HOUR’ bagi mengingati hari bumi. Dengan itu, lampu dan perhidmatan
elektrik akan dimatikan selama satu jam. Jadi, seluruh warga ipg diharapkan memberikan
kerjasama bagi membeli ‘tea light candle’ dan berjalan mengelilingi kawasan ipg mengikut
tempoh yang ditetapkan mengikut pelan yang telah ditetapkan.

3. Sehubungan dengan itu kami ingin memohon kerjasama tuan bagi meluluskan
kebenaran kami bagi mematikan lampu dan perhidmatan elektrik mengikut tempoh yang
akan ditetapkan seperti berikut:

Nama Program : EARTH HOUR

Tarikh Pelaksana : 31 MEI 2018

Masa : 8.30 P.M. – 9.30 P.M.

Tempat : KAWASAN IPG

Kerjasama tuan dalam perkara di atas amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih

Yang benar,

…………………..
(Kausailayaah A/P Krishnan)
Pengerusi Earth Hour.
11700 Gelugor,
Pulau pinang.

Pengerusi Pertandingan Kabaddi,


Tamilkalai A/L subramaniam
PISMP Pengajian Tamil,
IPG Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang. 14 FEBRUARI 2O18

Saudara,

SETUJU MEMBERIKAN KHIDMAT PBSM ( 4 ORANG)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas,

2. Merujuk kepada perkara di atas pihak kami setuju untuk memberikan khidmat PBSM pada
hari pertandingan Kabaddi.

3. Saya amat berbesar hati memberikan sokongan dan dorongan saya sepenuhnya untuk
menjayakan pertandingan Kabaddi yang akan dijalankan.

4. Kejasama dengan pihak anda amatlah saya hargai. Semoga mendapatkan kejayaan atas
usaha murni anda ini.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,

……………………
Pengerusi Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM),
Pengerusi Pertandingan Kabaddi,
Tamilkalai A/L subramaniam
PISMP Pengajian Tamil,
IPG Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang. Tel: 04-6603100
. Fax: 04-6603100

OREN SPORT CLOTHING STORE,


2,Jalan kampung kolam,
Georgetown, 10300,
Georgetown, Malaysia. 10 FEBRUARI 2018.

Tuan/puan,

MEMOHON SUMBANGAN MEREKA CIPTA JERSI KABADDI BAGI PESERTA KABADDI

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku pengerusi pertandingan Kabaddi 2018 ingin
memohon sumbangan daripada tuan/puan untuk mereka satu set jersi bagi peserta
pertandingan kabaddi.

2. Untuk makluman tuan/puan Pertandingan Kabaddi ini dijalankan bagi pelajar guru ipgkpp
bagi memenuhi syarat kandungan kurikulum pembelajaran dalam PISMP semester 2
Ambilan Jun 2016. Seterusnya, bagi mendapatkan pengalaman baru dalam mengendalikan
sebuah pertandingan tradisional dan dalam membantu pelajar guru untuk mendapatkan
pendedahan yang jelas dan pengalaman secara langsung tentang permainan Kabaddi. Oleh
hal yang sedemikian, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat
memberikan sumbangan jersi supaya dapat meringankan beban yang dipikul oleh pihak
kami.

3. Sehubungan dengan itu kami ingin memohon pihak tuan dapat mereka cipta sebuah jersi
bagi pertandingan yang akan dijalankan tersebut seperti berikut :

Nama Program : Pertandingan Kabaddi 2018

Tarikh Pelaksana : 5 Julai 2018

Masa : 8.00 pagi – 4 petang

Tempat : Padang IPG Pulau Pinang

Perasmian Oleh : Pengarah IPG Pulau Pinang ( En. Hj Khalid Bin Hj Ahmad)

Jumlah jersi yang diperlukan : 56 ( saiz L )


4. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan saya melalui talian 017-4128536 atau
emel tamilkalai27@gmail.com.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara di atas amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

…………………..
(Tamilkalai A/L Subramaniam)
Pengerusi Pertandingan Kabaddi.
OREN SPORT CLOTHING STORE,
2,Jalan kampung kolam,
Georgetown, 10300,
Georgetown, Malaysia.

Pengerusi Pertandingan Kabaddi,


Tamilkalai A/L subramaniam
PISMP Pengajian Tamil,
IPG Kampus Pulau Pinang,
Bukit Combee,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang. 12 FEBRUARI 2018

SETUJU MEREKA CIPTA JERSI BAGI 56 PESERTA KABADDI

2. Saya pengarah OREN SPORT CLOTHING STORE setuju bagi memberikan sumbangan
kewangan yang telah dimohon..

3. Saya telah mengambil keputusan untuk mereka cipta sebanyak 56 jersi bagi peserta
kabaddi bagi membantu pelajar guru Ipg Kampus Pulau Pinang untuk menjalankan
pertandingan Kabaddi.

4. Saya telah sertakan contoh Jessie kabaddi bagi 56 peserta kabaddi. Saya berharap agar
pihak saudara suka akan design yang telah kami tetapkan.

5. Semoga mendapatkan kejayaan dalam menjalankan Pertandingan Kabaddi. Saya juga


berharap agar Pertandingan Kabaddi dijalankan tanpa sebarang halangan. Kejasama
dengan pihak IPG amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………
Ong Ling Huan,
Pengarah,
OREN SPORT CLOTHING SPORT.
DESIGN JERSSIE BAGI PESERTA KABADDI
Jabatan Mikro,
IPG Kampus Pulau Pinang,
11700 Gelugor,
Pulau pinang.

TUAN/PUAN

MEMOHON UNTUK MEMINJAM PA SISTEM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk pengetahuan anda kami pelajar PISMP semester 2 tahun 1 akan menganjurkan
sebuah pertandingan Kabaddi bagi memenuhi Memenuhi syarat kandungan kurikulum
pembelajaran PISMP semester 2 Ambilan Jun 2017. Sehubungan dengan itu, pihak kami
memohon jasa baik pihak tuan untuk memberikan kebenaran kepada pihak kami untuk
menuggunakan peralatan elektronik semasa pertandingan Kabaddi dijalankan. Antara
peralatan yang diperlukan:

PERALATAN BILANGAN
Mikrofon 1
Pembesar suara 3

Kami berharap agar pihak tuan akan meluluskan permohonan ini. Kerjasama tuan/puan
terhadap perkara di atas amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Yang benar,
…………………..
( MUTHUSAMY A/L KARUPPIAH)
Jawatankuasa Pertandingan Kabaddi 2018,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,
11700, Gelugor, Pulau Pinang.
1 MALAYSIA : BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Dutch Lady Milk Industries Berhad ( 5063- V)


Level 5, Quill 9,
112, Jalan Semangat,
46300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

TUAN/ PUAN

MEMOHON PERHIDMATAN MENGEDARKAN MINUMAN DUTCH LADY DARI TRAK


NESTLE BAGI MENJAYAKAN PROGRAM PERTANDINGAN KABADDI PERINGKAT IPG
KAMPUS PULAU PINANG 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kabaddi akan menganjurkan satu


Pertandingan Kabaddi peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP).

Nama Program : Pertandingan Kabaddi 2018

Tarikh Pelaksana : 5 Julai 2018

Masa : 8.00 pagi – 4 petang

Tempat : Padang IPG Pulau Pinang

Perasmian Oleh : Pengarah IPG Pulau Pinang ( En. Hj Khalid Bin Hj Ahmad)

3. Objektif pertandingan ini adalah untuk memenuhi syarat kandungan kurikulum


pembelajaran PISMP semester 2 Ambilan Jun 2017. Menambahkan ilmu pengetahuan
dalam bidang sosial, budaya dan kemasyarakatan. Nilai-nilai murni seperti semangat
kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan
memimpin pasukan dapat dibentuk dalam diri pelajar guru dan mengajar pelajar guru untuk
menghargai warisan permainan dari pelbagai bangsa di Malaysia dan menjadikannya
sebagai sumber pendidikan.

4. Justeru, pihak kami ingin menjemput pihak tuan/puan untuk turut menyertakan diri dalam
pertandingan akan dijalankan sebagai penaja. Oleh itu, pihak kami ingin memohon tajaan
Dutch Lady tersebut untuk pelajar IPG Kampus Pulau Pinang seramai 100 orang.
5. Sebagai pihak penaja, pihak kami berbesar hati dengan menyediakan gerai bagi
mengedarkan minuman Dutch Lady. Sebagai penghargaan atas kerjasama pihak anda
kami bersedia menyertakan nama dan logo Dutch Lady di dalam banner kami. Berrsama-
sama surat ini kami telah sertakan kad jemputan kepada pihak tuan/puan. Sebarang
maklum balas atau pertanyaan bolehlah berhubung dengan En. Muthusamy A/L Karrupiah
di talian 017-487678 dan saudara Tamilkalai A/L Subramaniam 017-4128536.

Sekian , terima kasih.

“BERHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………

( MUTHUSAMY A/L KARUPPIAH)


Jawatankuasa Pertandingan Kabaddi 2018,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,
11700, Gelugor, Pulau Pinang
SURAT
PERMOHONAN &
SURAT
PERSETUJUAN

Anda mungkin juga menyukai