Anda di halaman 1dari 1

Di samping itu, reverse psikologi juga sesuai untuk diaplikasikan bagi menangani tingkah

laku Ahmad. Reverse Psikologi adalah kaedah menggunakan psikologi secara terbalik untuk
memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat
melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif. Guru harus bijak
dalam berkomunikasi dengan murid serta mendalami pemikiran, sikap dan psikologi murid
tersebut. Hal ini kerana anak-anak mempunyai dunia egois tersendiri sehingga terdapat
pada suatu peringkat umur, mereka akan mempunyai tahap super ego mereka yang
tersendiri. Oleh itu, jika guru secara tidak sengaja memarahi dan mengugat seolah-olah
mencabar kewibawaaan dan ego mereka, maka hal ini boleh menyebabkan mereka
semakin berani berantagoni untuk membalas dendam atau mencabar kuasa guru. Merujuk
kepada situasi Ahmad, dia suka berlari ke sana sini dan tidak duduk di tempat duduknya
dan guru boleh memanipulasikan keadaan tersebut dengan cara sindiran dan teguran
secara bersahaja. Contohnya, “ Memandang Ahmad sangat aktif berjalan dan tidak suka
berduduk diam, guru akan memberitahu guru besar bahawa anda tidak memerlukan kerusi
kerana anda suka bergerak dan tidak suka duduk diam, dengan ini cikgu mewaikili pihak
sekolah mengucapkan terima kasih kepada anda kerana menyumbang kerusi tersebut
untuk kegunaan lain yang lebih bermanfaat”. Apabila guru menegur dengan cara sindiran
walaupun teguran itu nampak bersahaja tetapi kata-kata yang tajam walaupun berlembut
boleh menusuk ke hati dan sampai ke dalam jiwa dan fikiran mereka secara halus, Dengan
ini Ahmad akan menyedari mesej ingin guru sampaikan dan dia akan mengubah tingkah
laku yang tidak diingini tersebut.

Anda mungkin juga menyukai