Anda di halaman 1dari 1

Pada pendapat saya, kita wajib mengambil vaksin kerana ia amat penting bagi mengurangkan

tahap kesakitan jikalau kita terkena virus-19. Usahlah kita terlalu percaya akan ura-ura atau
konspirasi yang tentunya tidak masuk akal. Jadilah rakyat yang membaca bukan rakyat yang
hanya menilai secara membuta tuli. Tidakkah kita berasa cemburu dengan negara-negara luar
yang sekarang telah menjalani kehidupan secara normal dan boleh kesana kemari tanpa
dikenakan sebarang kompaun sedangkan di Malaysia, kita masih bergelut dalam usaha
menangani virus ini. Jadi fikir-fikirkanlah kita mahu segera untuk menamatkan perjuangan virus
covid-19 ini yang sedang bermaharajalela di negara kita..Ayuhlah kita segera mendaftar untuk
divaksin.

Anda mungkin juga menyukai