Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih saudara pengerusi forum.

Yang dihormati ahli panel dan sidang hadirin sekalian

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam keluarga Malaysia.

Definisi pengantarabangsaan menurut kamus dewan bahasa, wujudnya peluang


ekonomi yg semakin banyak akibat pembangunan. Pengantarabangsaan bahasa Melayu
bermaksud menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang dikenali dan difahami
sekaligus digunakan oleh penutur asing yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa utama Negara.

Namun, perihal mengantarabangsakan bahasa Melayu sudah lama diperkatakan dan


usaha ini sudah pun dimulakan sejak sekian lama yang menyaksikan banyak jurusan pengajian
bahasa Melayu dibuka di universiti dan kolej luar negara.

Mengapa perlu Antarabangsakan Bahasa Melayu

Jika ditelusuri dalam skop yang lebih luas, Bahasa Melayu kita ini sebenarnya berpotensi untuk
menjadi antara bahasa komunikasi utama di peringkat antarabangsa. Menurut Ketua
Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas berkata, ini kerana daripada
6,000 bahasa yang dituturkan di seluruh dunia, sebanyak 25 daripadanya dikenal pasti sebagai
bahasa yang sangat berpengaruh di dunia dan bahasa Melayu disenaraikan berada di tangga
ke-10. Jadi, keadaan itu menunjukkan betapa gahnya bahasa Melayu di persada dunia. Sebab
itulah pengantarabangsaan Bahasa Melayu harus digiatkan kerana bahasa Melayu bersifat
dinamik dan mudah dilentur sesuai dengan peredaran zaman.

Berbalik kepada sejarah, ada bahasa di dunia ini suatu masa dahulu sangat utama dan meluas
penggunaannya tetapi kini hanya terbatas di sekitar kawasan pemastautin penutur aslinya
sahaja. Bahasa Itali ,bahasa Perancis dan bahasa Jerman pernah satu masa dahulu sangat
dominan, terutama dalam bidang politik dan diplomasi. Tetapi, apa sudah jadi dengan Bahasa-
bahasa itu sekarang? Malah, pada awal abad ke-7, bahasa Melayu sudah digunakan juga
sebagai bahasa perantara iaitu lingua franca oleh empayar Srivijaya di rantau asia Tenggara.
Tetapi semuanya hancur musnah disebabkan kedatangan penjajah durjana yang tidak
diundang. Takkan Pisang berbuah dua kali. Sememangnya, jika dimanfaatkan dengan baik
Bahasa Melayu berpeluang menjadi antara bahasa komunikasi utama di peringkat
antarabangsa. Bahkan masyarakat luar sendiri amat mengagungkan bahasa Melayu ini. Saya
amat tertarik dengan pendapat Sarjana Belanda, Francois Valentijin yang mengatakan’
sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya, tidaklah
mungkin kita kehilangan jejak kerana bahasa itu bukan sahaja difahami di Parsi bahkan lebih
jauh hingga ke timur dan kepulauan Filipina. Secara ringkasnya, bahasa Melayu ini wajar untuk
diantarabangsakan sebagai bahasa komunikasi dunia kerana sifatnya fleksibel dan mudah
difahami oleh setiap pelosok masyarakat di seantero dunia.

Peranan Sektor Swasta

Menurut sumber berita harian, pada masa ini jumlah penutur bahasa Melayu dalam pelbagai
dialek di seluruh pelosok dunia mencecah 300 juta orang, menjadikan bahasa Melayu termasuk
dalam tujuh bahasa besar di dunia, selain bahasa Russia, Arab, Sepanyol, Hindi, Inggeris dan
Mandarin. Kebanyakan penutur ini berasal daripada rumpun Melayu, selain terdapat diaspora
yang membentuk komuniti Melayu seperti di Afrika Selatan, Sri Lanka, Amerika Syarikat (AS),
Australia, United Kingdom (UK) dan Arab Saudi. Walau Bagaimanapun, perkara ini tidak boleh
diambil kira kerana penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan rumpun Melayu sahaja tidak
mampu mengangkat martabat bahasa itu untuk menjadi bahasa antarabangsa

Hadirin sekalian,

Pada pandangan saya, pihak swasta seperti Astro Arena juga tidak ketinggalan untuk
mengantarabangsakan Bahasa Melayu. Umum mengetahui bahawa Astro Arena dibawah hak
cipta Astro Malaysia ini menyiarkan liputan dan siaran langsung berkenaan sukan di seluruh
dunia. Sekarang ini sedang berlangsungnya perlawanan liga perdana inggeris yang merupakan
liga paling terkenal di dunia dan ditonton ramai. Malangnya, kebanyakkan siaran langsung
perlawanan bola sepak luar negara kebiasaannya akan diulas oleh pengulas dalam Bahasa
inggeris. Waima begitu, pihak Astro haruslah bijak peluang ini contohnya dengan menyiarkan
siaran langsung perlawanan tersebut tetapi dalam ulasan Bahasa Melayu. Kesannya,
masyarakat luar yang turut melanggan Astro ini sedikit sebanyak akan mendapat pendedahan
berkenaan Bahasa Melayu. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan nilai dan
martabat Bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Malah, ia dapat melahirkan lebih
barisan pengulas sukan Bahasa Melayu yang terbaik.

Matlamat dan misi untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu tidak hanya seperti angan-
angan mat jenin jika semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam mendaulatkan
dan mengembangkan bahasa ini bukan sahaja di peringkat dalaman tetapi menyerlah ke
peringkat global.

Anda mungkin juga menyukai