Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran berbahasa dalam bahasa Melayu merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, dan

menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku dalam kehidupan
murid-murid. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan
pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran
berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-
murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki. Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan
tersebut?

Sepertimana yang diketahui, kemahiran mendengar juga merupakan salah satu kemahiran yang
perlu dikuasai dalam berbahasa. Terdapat beberapa aktiviti atau latihan yang boleh dilakukan oleh para
guru terhadap murid-murid bagi mengadaptasikan kemahiran mendengar. Hal ini kerana untuk
memastikan murid dapat mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan formal.

Selain itu, kemahiran bertutur juga diajarkan kepada murid-murid bagi membolehkan murid-
murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan betul
dalam pelbagai keadaan. Contohnya, perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti
syarahan dan perbahasan. Para guru hendaklah memastikan murid-murid boleh bertutur dengan betul
dari segi sebutan, intonasi dan juga menggunakan ayat yang betul dan perkataan yang tepat. 

Akhirnya, adalah kemahiran menulis. Secara kontekstualnya, kemahiran menulis


menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Kepentingan
mempelajari kemahiran menulid adalah sebagai saluran untuk murid-murid melahirkan perasaan dan
idea yang tercetus dalam minda mereka.

Anda mungkin juga menyukai