Anda di halaman 1dari 5

Cari satu artikel dalam laman web atau majalah DBP yang dibekalkan.

Analisis penggunaan
kosa kata, gaya persembahan dan aspek mekanis dalam artikel tersebut.
ANALISIS PENGGUNAAN KOSA KATA
Berdasarkan artikel yang saya kaji, penulis telah menggunakan “Horizon Baharu
Pembelajaran Pasca-Covid-19” sebagai tajuk utama. Bagi saya, penggunaan perkataan yang
digunakan amat sesuai dengan tajuk tersebut. Contohnya dalam perenggan kedua halaman 17,
pelaksanaan PKP tidak seharusnya dijadikan alasan atau rintangan terhadap
kelangsungan bidang pendidikan di negara ini. Hal ini menunjukkan penulis menggunakan
perkataan yang sesuai kerana apa yang ingin disampaikan ialah pahit manis yang dilalui oleh
pelbagai pihak terutamanya pelajar dan penysarah dalam bidang pendidikan di Malaysia
sepanjang pandemik Covid-19.

Selain itu, laras bahasa yang digunakan merupakan laras bahasa yang memenuhi
standard yang sesuai terhadap para pembaca khususnya golongan pelajar sekolah menengah,
pendidik dan golongan yang celik bahasa. Hal ini bermaksud bahasa yang digunakan dalam
artikel menjadi tidak relevan jika kanak-kanak sekolah rendah yang membacanya kerana ia
hanya dicipta dengan susunan ayat yang kompleks untuk difahami. Hal ini dapat dilihat
menerusi contoh ayat dalam perenggan ketiga halaman 17 ‘anjakan yang berlaku dalam
proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu usaha yang berterusan’.

Di samping itu, penggunaan kata-kata indah. Contohnya dalam perenggan keempat


halaman 18, bak kata pepatah “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.
Para mahasiswa tidak lagi boleh mengambil sikap dan pendirian enggan berubah atau
enggan mencuba sesuatu yang baharu. Mereka tidak boleh berterusan mengamalkan
sikap umpama “katak bawah tempurung”. Hal ini dimana penulis menggunakan peribahasa
untuk menjelaskan sikap mahasiswa.

ANALISIS GAYA PENULISAN

 Penggunaan idea bernas berdasarkan huraian dan contoh yang tepat.


 Kaedah penulisan yang diterapkan dalam artikel sangat baik.
 Tiada kecatatan dalam segi bentuk perenggan, jarak dan pemilihan saiz huruf
yang digunakan.
 Penggunaan tatabahasa juga betul dan bersesuaian.
ANALISIS ASPEK MEKANIS

 Penulis tidak melakukan sebarang kesalahan dalam ejaan.


 Bentuk tulisan dan ayatnya mudah untuk difahami oleh pembaca.
 Format penulisan bertepatan dengan format artikel.

Anda mungkin juga menyukai