Anda di halaman 1dari 5

2.

0 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk murid-murid disleksia, tumpuan pengajaran bahasa adalah pada empat kemahiran yang berbeza iaitu kemahiran lisan, mengeja, membaca dan menulis. 2.1 Kemahiran Lisan Kemahiran lisan merangkumi kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Murid disleksia bermasalah untuk mengingat kembali maklumat yang disampaikan, sukar mematuhi arahan dan sebagainya. Dengan ini, pelbagai kaedah pengajaran bahasa telah digunakan utnuk membantu murid disleksia ini dalam penguasaan kemahiran lisan. 2.1.1 Kaedah Terus Kaedah ini dikemukakan oleh Berlitz. Murid mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut: i. Guru memainkan rakaman perbualan mudah harian seperti perbualan membeli-belah. ii. Murid dilatih untuk berbual dengan dialog perbualan yang diberi. iii. Teknik latih tubi digunakan untuk memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi dalam perbualan tersebut. 2.1.2 Kaedah Audio-Lingual Kaedah ini diperkenalkan oleh Mohd Yasin (1980) yang mengutamakan dialog sebagai alat menerangkan sesuatu bahasa dan memberi penekanan kepada teknik ulangan agar menjadi suatu habit. Kaedah ini juga menerapkan penggunaan peralatan mengajar seperti benda-benda maujud, gambar dan sebagainya. Langkah-langkah pengajaran Kaedah AudioLingual: i. Murid mendengar rakaman dialog

ii. Murid meniru dan menghafal dialog tersebut.

iii. Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog. iv. Apabila murid dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumusan peraturan struktur ayat yang dipelajari.

2.2 Kemahiran Mengeja Kemahiran mengeja juga merupakan sebahagian daripada kemahiran membaca. Masalah murid disleksia ini dapat ditangani dengan empat kaedah pengajaran , iaitu kaedah abjad, kaedah fonetik, dan kaedah gabungan bunyi-kata. 2.2.1 Kaedah Abjad Kaedah abjad ini juga dikenali sebagai kaedah huruf yang paling biasa digunakan. Murid disleksia juga dapat mengeja perkataanperkataan baru yang belum dipelajarinya. Berikut adalah langkahlangkah pengajaran: i. Guru memperkenalkan huruf a hingga z. ii. Guru memperkenalkan huruf vokal a,e,i,o,u dan kaitkan dengan bentuk melalui teknik nyanyian. iii. Guru memperkenalkan huruf konsonan dan vokal seperti ba, be, bi, bo, bu iv. Guru membentuk perkataan daripada suku kata seperti ba + tu = batu. v. Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat yang mudah.

2.2.2 Kaedah Fonetik Kaedah fonetik ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Guru juga boleh memperkenalkan teknik mengajar bunyi adalah dengan menggunakan asosiasi bunyi dan gambar. Langkah-langkah pengajaran kaedah fonetik adalah seperti berikut: i. Bunyi huruf diperkenalkan terlebih dahulu. Contoh, huruf a tidak dieja, tetapi terus dibunyikan sebagai [a]. ii. Membunyikan suku kata. Contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ba] + [ta]. iii. Membunyikan perkataan iaitu [bata].

2.3 Kemahiran Membaca Kemahiran membaca murid disleksia dapat diatasi dengan Kaedah Fernald dan Kaedah Gillingham. Kedua-dua kaedah pengajaran membaca ini adalah khasnya untuk murid yang bermasalah bacaan teruk.

2.3.1 Kaedah Fernald Fernald G.M. dan Helen, B.K. (1943, 1988) telah memperkenalkan kaedah ini. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalamana bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT) secara individu. Langkah-langkah pengajaran Kaedah Fernald: i. Murid menyurih dan menulis contohnya buku ii. Murid menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi. iii. Murid menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan. iv. Murid belajar melalui perkataan asas yang terdapat dalam teks.

2.3.2 Kaedah Gillingham Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman yang berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannya. Langkah-langkah pengajaran: i. Guru guna kad latih tubi tunjukkan satu huruf a kepada murid. ii. Guru menyebut nama huruf dan murid ikut. iii. Guru menyebut bunyi huruf dan murid ikut. iv. Guru tanya murid bunyi huruf. v. Tanpa guna kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf. vi. Guru tulis huruf dan menerangkan bentuknya. vii. Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang dan

membunyikan huruf.

2.4 Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merupakan salah satu daripada empat kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid sekolah rendah. Antara dua kaedah pengajaran kemahiran menulis murid disleksia ialah kemahiran mekanis dan mentalis.

2.4.1 Kemahiran Mekanis Kemahiran menulis mekanis bertujuan supaya pelajar-pelajar menguasai kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Antara akviti kemahiran mekanis ialah: i. ii. Latihan menulis huruf daripada gambar yang mirip Latihan menekap huruf mengikut acuan kad garis-garis putus.

iii. Latihan menamakan gambar secara terkawal. iv. Latihan menyain ayat atau frasa.

2.4.2 Kemahiran Mentalis Kemahiran menulis mentalis melibatkan proses mental dan lazimnya dikuasai setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Antara aktiviti kemahiran mentalis ialah: i. ii. Latihan pernyataan fikiran dan pendapat. Latihan pernyataan perasaan.

iii. Latihan pernyataan kehendak dan perbincanga. iv. Menulis karangan esei, surat, rencana dan berita.

2.5 Rumusan Kaedah Pengajaran Bahasa

Kemahiran Lisan
Kaedah Terus Kaedah AudioLingual

Kemahiran Menulis
Kemahiran Mekanis Kemahiran Mentalis

Kaedah Pengajaran Bahasa

Kemahiran Mengeja
Kaedah Abjad Kaedah Fonetik

Kemahiran Membaca
Kaedah Fernald Kaedah Gillingham

Anda mungkin juga menyukai