Anda di halaman 1dari 9

MODEL PENTAKSIRAN PSIKOMOTOR ISLAMIK,

BERASASKAN PEMIKIRAN PENDIDIKAN AL-GHAZALI


Zulkifli B. Mohd Sidi
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS),
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
PM Dr. Mohd Nor B. Mamat
iLearn, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
PM Dr. Ahmad Zaki B. Abd. Latif
iKaz, UiTM

Abstrak
Cara hidup Islam adalah menyeluruh (holistik) dalam semua keadaan, samada
dahulu, sekarang dan akan datang. Pentaksiran (assessmen) menjadi sebahagian
dan signifikan dengan proses pengajaraan & pembelajaran (P&P) di peringkat
sekolah dan tertiary. Bagaimana pun kaedah dan pendekatannya tiada satu pun
boleh dijadikan model pentaksiran psikomotor yang holistik, terpiawai dan
boleh dirujuk. Islamisasi sistem pendidikan ini menyumbang pendekatan yang
holistik dan universal di dalam aktiviti P&P. Kajian ini untuk mengenalpasti &
menganalisa metodologi pentaksiran psikomotor Islamik dan menyediakan
Model Pentaksiran Psikomotor tersebut dalam P&P.
Metode pelaksanaan kajian di peringkat awal adalah dengan melaksanakan
analisis metadata bersumberkan epistemologi, dengan sorotan kajian teologi alGhazali. Ini akan menghasilkan model pentaksiran psikomotor berasaskan
ulama tersohor Islam iaitu pemikiran pendidikan Imam al-Ghazali. Pendekatan
Islamik, berasaskan kepada pemikiran Imam al-Ghazali disediakan untuk
penambahbaikan proses P&P.
Kajian ini berupaya menambahbaik dan merialisasikan proses transformasi
kaedah pentaksiran kemahiran di peringkat institusi latihan kemahiran dan
ahensi pendidikan teknikal, khususnya sistem pendidikan Malaysia.
Katakunci:

Psikomotor, pentaksiran (assessmen), Al-Ghazali, Pengajaran


& Pembelajaran (P&P) & amal.

1.0 PENDAHULUAN
Pembangunan modal insan adalah proses berterusan yang mempunyai hubungan rapat
dengan sistem pendidikan Negara. Malaysia sebuah Negara membangun berusaha bersaing
di pentas dunia, bagi merealisasikan sebuah Negara maju. Beberapa pendekatan
dibangunkan dalam usaha mentransformasikan sistem pendidikan Negara (KPM, 2012).
KPM (2012) menyentuh perkara-perkara berkaitan transformasi di dalam laporannya dengan
kata dasarnya adalah transform atau ubah (Miller et. al, 2009). Perubahan tersebut adalah

bertitik tolak dari kesan perancangan dan pelaksanaan yang telah lalu mahu pun yang
sediada. Proses pendidikan Negara yang berterusan, berkaitan rapat dengan proses menilai
dan mentaksir sistem sediada bagi pelaksanaan penambahbaikan.
Apabila menyentuh mengenai perkara penambahbaikan, atau continual improvement di
dalam sistem pendidikan, maka ianya tidak dapat lari daripada proses pentaksiran
(assessment) di dalam aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di semua peringkat,
samada peringkat sekolah atau pun tertiary. Sebagaimana dijelaskan oleh Langgulung
(2001), pentaksiran (assessment) adalah satu alatan mengumpul maklumat dan membuat
penelitian bagi tujuan menyediakan data yang realistik untuk membuat keputusan supaya
dapat membantu proses diagnosis dan terapi di dalam P&P.
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan satu model pentaksiran berteraskan
psikomotor yang Islamik. Islam harus dihayati seutuhnya dengan melaksanakan penilaian
dan pentaksiran secara holistik agar memberi impak yang besar kepada pembangunan
manusiawi generasi pelajar dalam P&P. Skop penyelidikan membantu merealisasikannya
dengan menggunakan pendekatan yang di diasaskan oleh Ilmuan Islam zaman pertengahan
iaitu Imam al-Ghazali.
Kertas konsep ini menyentuh kepada konsep pemikiran pendidikan al-Ghazali ke atas
pentaksiran (assessment) psikomotor atau hands-on atau motor skill pelajar. Model
dihasilkan dapat memberi signifikasi ke atas fenomena baru khususnya proses P&P dan
amnya sistem pendidikan Malaysia, seiring dengan pelaksanaan transformasi pendidikan
Negara.

2.0 LATARBELAKANG KAJIAN


Sistem pendidikan Negara tidak ketinggalan melaksanakan transformasinya bagi
menambahbaik proses P&P. Penerusan ini adalah bagi menyediakan rakyatnya dapat bersaing
dipentas dunia yang global. Tanpa sedar penerusan legasi barat menenggelamkan proses
Islamisasi di dalam pendidikan, khususnya P&P. Persidangan Pedidikan Islam Sedunia di
Mekah (1977) dan seterusnya persidangan yang sama di Afghanistan (1986), merumuskan
bahawa sistem pendidikan di kalangan Negara Islam adalah dipengaruhi oleh barat yang
sekular.
Sistem pendidikan Malaysia dengan pasti juga telah dipengaruhi oleh sistem pendidikan barat
yang sememangnya menggunakan kurikulum dan kaedah dibangunkan dengan berasaskan
nilai dan domain-domain Kognitif yang hanya diterjemahkan seorang ahli pendidikan
Amerika Utara, seperti B. Bloom ini boleh dilihat di dalam kaedah pembangunan item-item
ujian dan peperiksaan, menggunakan model Taksonomi Bloom (Athanassiou, 2003).
Langgulung (2001) menegaskan, supaya kurikulum Islamisasi di bina dalam sistem
pendidikan Malaysia. Kajian ini mengembalikan pendekatan Islamik di dalam sistem sediada

bagi menyediakan P&P secara holistik, justeru itu menjawab Pernyataan Masalah di dalam
penyelidikan ini.
Skop kajian ini memfokuskan kepada pemikiran pendidikan Ilmuan Islam terkemuka dunia
yang kekal sehingga kini iaitu Imam Abu Hamid Muhammad atau dikenali dengan nama
Imam al-Ghazali. Banyak kitab-kitabnya yang belum ada penyelidik merungkai kaedah dan
pendekatannya bagi menyediakan pentaksiran secara psikomotor atau pentaksiran kemahiran
hands-on atau kemahiran tindakan (action).
2.01 Pernyataan Masalah
Pentaksiran yang holistik di dalam P&P adalah dengan menggunakan metode Islamik.
Pentaksiran psikomotor lebih holistik apabila menggunakan pendekatan Islamik, kerana
sorotan kajian mendapati tiada suatu rujukan model sebagai panduan dan penilaian serta
pentaksirannya adalah sukar dan agak subjektif. Menyediakan pentaksiran hands-on atau
amali dan kemahiran tidak mencerminkan pencapaian prestasi sebenar pelajar, seterusnya
dianggap pentaksiran hands-on atau amali kemahiran gagal dalam pelaksanaannya.
Mohammad (2009) dalam kajian kemahiran generik pelajar tahun satu di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), mendapati pentaksirannya adalah berbentuk subjektif dan
sukar. Manakala Rasul et. al., (2012) menyimpul dalam kajian mereka didapati tiada alat
panduan untuk mengukur pencapaian kemahiran pelajar. Dan Nordin (2013) mendapati
pengajar, pensyarah dan guru-guru menggunakan pemerhatian secara pengalaman untuk
melaksanakan pentaksiran amali atau hands-on. Pengajar, pensyarah dan guru ketiadaan
rujukan dan model untuk membangun kerangka pentaksiran di dalam P&P sebagai alat
penilaian dan ujian kemahiran yang jelas (R. Stinggins, 2002).
Sebelum itu seperti diketahui semua pendidik, The Taxonomy of Educational Objective
(Taxonomy Bloom) yang di dominan oleh Domain Kognitif telah menjadi model pembangunan
kurikulum dan item pembangunan soalan seluruh dunia, dan diiktiraf sebagai panduan
pendidik dan ilmuan (Krathwohl, 2002).
2.02 Objektif Penyelidikan
Objektif penyelidikan adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti metodologi pentaksiran psikomotor dalam Pengajaran &
Pembelajaran (P&P) mengikut pendekatan Islamik.
2. Menganalisa pendekatan Islamik pentaksiran psikomotor dari sumber-sumber utama
Islam mengikut kaedah epistemologi, dan
3. Menyediakan sebuah model pentaksiran psikomotor yang berkonsepkan Islamik ke
dalam P&P.

3.0 DEFINISI
3.01 Definisi Model
Model adalah bermaksud sesuatu perkara yang mewakili item atau perkara sebenar. Ianya
juga dinyatakan sebagai suatu deskripsi atau analogi bagi membantu kefahaman yang terlalu
komplek (R. Palanaiappan, 2008).
3.02 Definisi Pentaksiran (Assessment)
Manakala pentaksiran pula berfungsi memberi maklumat pencapaian samada pengetahuan
(knowledge) atau prestasi (performance) pelajar dan pembelajaran. Ianya bertindak sebagai
kayu pengukur (yard stick) untuk merubah (reform) amalan sediada yang tidak lagi efisien
kepada pelajar mahu pun kurikulum (Miller et. al., 2009).
Dari segi bahasa, pentaksiran (assessment) berasal dari perkataan Greek iaitu Assidere
(duduk di sisi). Langgulung (2001) memberikan istilah kontemporarinya yang bermaksud
proses mengumpul maklumat dari pelajar dan menganalisis dengan menggunakan teknik
yang sesuai bertujuan menyediakan maklumat tersebut untuk membuat keputusan bagi
membantu proses diagnosis dan terapi. Langgulung juga menyatakan proses diagnosis dan
terapi adalah untuk menambahbaik pengetahuan, kemahiran dan nilai murni pelajar-pelajar
agar semakin baik dari sebelumnya. Beliau menambah, pentaksiran amat berguna kepada
pendidik dan pengajar serta ahli-ahli akademik sebagai alat maklum balas (feedback) berguna
meningkatkan kemajuan pengetahuan dan prestasi pelajar.
Menurut Rockman (2002), R. Stinggins (2005) dan ECML (2007) pengumpulan maklumat
untuk diterapi juga dikenali sebagai Jaminan Kualiti (Quality Assurance) berfungsi
mengawal, memantau dan menambahbaik sistem, agar ianya sentiasa berkualiti.
3.03 Definisi Psikomotor
Manakala terma psikomotor adalah dipinjam dari salah satu domain pembelajaran yang
dipanggil The Taxonomy of Educational Objective yang telah diperkenalkan oleh ahli-ahli
psikologis diketuai oleh B. Bloom (1956). Domain ini merujuk kepada pembangunan
pendidikan di dalam kemahiran fizikal dan hands-on atau kerja-kerja berkaitan kemahiran
manipulatif.
Menurut Knowles et. al. (2005), tindakan manipulatif dan amalan how melaksanakan kerja
fizikal dengan menggunakan kemahiran otot-otot tangan, kaki dan deria-deria (senses),
ditafsirkan sebagai psikomotor. R. Kerr (1982) dan Jelovsek et. al (2013) juga menyatakan
bahawa ianya mengenai perkara-perkara psikologikal manusia berfokuskan kepada
bagaimana bertindak bagi menjalankan kerja kemahiran motor dan neuromuscular.
Pentaksiran psikomotor melibatkan dua perkara maklumat yang berubah-ubah iaitu, yang
pelajar terima dan yang diperolehi dari pemerhatian. Pelajar dapat melaksanakan (does) dan
menunjukan (how) ditafsirkan sebagai berkebolehan dan berkompetensi (Jelovsek et. al,
2013).

4.0 KONSEP ASAS PEMBANGUNAN MODEL PSIKOMOTOR ISLAMIK


Model yang terbaik adalah yang berguna sebagai panduan kepada semua manusia, yang
didasari dan merungkai semua kemasalahatan manusia. Agama yang syumul dan holistik
tersebut adalah ajaran yang sentiasa bersesuai mengikut masa.
Firman Allah SWT bermaksud,
Sebagaimana Kami telah mengutus kepada kalian seorang Rasul (Muhammad)
dari (kalangan) kalian yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kalian, dan
mengajarkan kepada kalian Kitab (al-Quran) dan Hikmah (as-Sunnah), serta
mengajarkan apa yang belum kalian ketahui
(al-Baqarah, Ayat 151)
Aspek P&P dalam aqidah menekankan mengenai keimanan, kerohanian, keilmuan,
penghayatan dan amalan dan melahirkan keseimbangan akal, amalan tingkah laku dan rohani
(Norsaleha et. al., 2013).
Al-Ghazali mengarang kitab tersohornya dalam tahun 1095, Tahafut al-Falasifah
(Kecelaruan Pemikiran Ahli Falsafah), adalah berkaitan penilaiannya terhadap ahli-ahli
falsafah yang berpendidikan aristolian mengenai kesilapan mereka mentafsirkan agama
Islam dan dinyatakan di dalam dua puloh perkara kesilapan. Kitab tersebut mempunyai nilai
penambahbaikan ke atas perkembangan ilmuan Islam. Perkara ini dipersetujui oleh Ghani &
Mansor (2006), al-Ghazali telah menyantuni dua bidang teologi dan syariat dalam
epistemologi Islam dan telah membina sintesis baru ilmu-ilmu Islam seperti ilmu Sufi.
Impak daripada perkembangan tersebut, Ibn-Rusyd (1126M-1198M) telah mengupas kitab
tersebut dengan kupasan ilmiah. Kesan daripada penilaian yang dibuat oleh al-Ghazali
tersebut membuka lembaran baru kepada kesarjanaan Islam sehingga sekarang. Proses
pentaksiran tersebut memberi perkembangan kersarjanaan Muslim dan terus berkualiti
dengan banyak konsep, idea dan penyelidikan dikeluarkan sehingga sekarang (Mukti, 2005;
Shamsudin, 1991 & Ahmad, 1975).
4.01 Pentaksiran Psikomotor Berasaskan Pendidikan ilmu dan Amal
Amalan dan hands-on dalam P&P hanya boleh ditaksir menggunakan pemerhatian para
pengajar, pensyarah dan pendidik sahaja. Amal juga menjadi kriteria melengkapkan iman
seseorang Muslim di dalam ibadah mereka. Iman akan lengkap dengan adanya dalam diri
Muslim tiga perkara iaitu Tashdiq, Iqrar dan Amal (al-Ghazali, 1993).
Penghayatan Aqidah seperti dinyatakan oleh Norsaleha et. al. (2013) bahawa amal itu
sebahagian daripadanya. Amal adalah pelengkap kepada penghayatan aqidah yang terdiri
daripada kefahaman, perasaan dan amal.

Hadith diriwayatkan oleh Ath-Thabrani yang bermaksud,


Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima
amal perbuatan tanpa iman
Allah SWT tidak menerima iman (pengetahuan), apabila tidak disertai dengan amal atau
perbuatan, struktur penilaian dan pentaksiran yang berkaitan antara iman dan amal.
Dan Hadith diriwayatkan oleh Abu Naim yang bermaksud,
Barangsiapa mengamalkan apa yang diketahuinya, nescaya Allah mewariskan
kepadanya ilmu yang belum diketahuinya.
Model skima penilaian dan pentaksiran Allah SWT telah disediakan dengan imbuhan apabila
dilaksanakan amalan, iaitu berupa ilmu juga akan diperolehi oleh sesiapa yang melaksanakan
amal.
Diriwayat dari Ibn Hibban yang bermaksud,
Seseorang itu tidak menjadi alim (berilmu) sehingga ia mengamalkan
ilmunya.
Kesan mengamalkan ilmu (pengetahuan) yang dimiliki berjaya menghasilkan pengamalnya
menjadi orang yang berilmu (alim).
Setiap semua riwayat di atas dapat dilihat sebagai motivasi untuk meningkatkan kualiti ke atas
setiap penilaian dilaksanakan. Setiap pekerjaan atau tindakan amalan disediakan imbuhan atau
skala tersendiri. Dan proses ini juga dikenali sebagai pentaksiran.
4.02 Pembuktian sebagai maklumat pentaksiran
Pendidik, pensyarah dan pengajar yang kompeten dalam menyediakan pentaksiran
memerlukan bukti atau maklumat sebagai rujukan dan menganalisis sebelum terapi
penambahbaikan dilaksanakan (Langgulung, 2001).
Hadith Qudsi bermaksud,
Setiap amalan manusia akan dihitung satu persatu oleh Allah SWT dan
Dialah yang akan menyempurnakan pembalasannya, samada balasan baik
mahupun buruk.
Penghitungan Allah SWT ke atas amalan ibadat manusia dilaksanakan olehNya. Pengamalan
ilmu (pengetahuan) mengesahkan tahap ilmu dimiliki. Al-Ghazali menyatakan dalam Ihya
Ulum al-Din Jilid 1, tanda-tanda orang berilmu ialah di mana kata-kata dan tindakan

lahiriahnya adalah sama. Ilmu (pengetahuan) yang ada dalam diri mereka mencerminkan
akhlaq dan adab yang dijelmakan secara zahir atau tindakan perbuatan (al-Ghazali, 1993).
4.03 Alat Pentaksiran pengumpulan Maklumat Pentaksiran
Khodori Ahmad (2012) di dalam kajiannya menyarankan pentaksiran ke atas amal atau kerjakerja amali perlu disediakan. Pelaksanaan pentaksiran dapat meningkat kualiti amalan atau
kerja-kerja kemahiran didalam melaksanakan ibadat kepada Allah SWT. Peningkatan kualiti
dan penambahbaikan iman membantu meningkatkan ketaqwaan kepadaNya.
Menurut Zuhaili et. al., (2004), FirmanNya dalam Surah al-Anam, Ayat 165 Allah SWT
menguji dan menilai manusia dengan bermacam-macam keadaan dan darjat seperti ilmu atau
harta. Unsur-unsur peningkatan keimanan dengan proses pentaksiran membetulkan kesilapan
dan menginsafinya.
Ujian adalah elemen paling sesuai untuk mengumpul maklumat dan menganalisa seterusnya
melaksanakan penambahbaikan atau terapi dalam P&P.

5.0 MODEL PENTAKSIRAN PSIKOMOTOR ISLAMIK MENURUT PEMIKIRAN


PENDIDIKAN AL-GHAZALI
Al-Ghazali telah mengklasifikasikan Tashdiq dengan meletakkan keyakinan kepada ilmu
(pengetahuan) dipelajari mendorong akal melakukan tindakan (kerja atau amalan). Yakin
melakukan amal perbuatan (ibadah) tertakluk kepada sejauh mana ilmu mendominasi akal
(kognitif) (Jahja, 2009).
Tashdiq terkandung di dalam konsep iman yang terdiri daripada Iqrar dan amal. Menurut
Jahja (2009), penghayatan aqidah adalah aspek teoritikal yang harus diyakini semua Muslim,
manakala syariat (syariah) adalah merupakan aspek praktikal (amali) yang mengandungi
aturan-aturan dan langkah-langkah yang juga harus dipatuhi.
Al-Ghazali (1993) menyentuh konsep-konsep penghayatan aqidah dan iman sebagai model
utama di dalam sistem pendidikan, khususnya proses pelaksanaan pedagogikal dalam P&P
(Jahja, 2009).
5.01 Penanaman (Affirmation) dalam Teologi al-Ghazali
Al-Ghazali berpendapat metode yang sesuai dengan jiwa dan hati (al-Qalb) manusia ialah
dengan menekuni metode agama iaitu melalui salah satu teologinya iaitu penanaman
(Affirmation) (Jahja, 2009) (Rajah 1);
1. Penghafalan dan pemahaman ilmu
2. Kepercayaan dan pembuktian ilmu
3. Melaksanakan kepercayaan ilmu, dan
4. Meyakini ilmu bagi meneguhkan ilmu

Konsep

Pendekatan

Objektif
Pembelajaran
Psikomotor

Teologi alGhazali
(Penanaman/
Affirmation)

Kepercayaan
Tashdiq
Pembuktian
Konsep Iman

Model Agama

Penghayatan
Aqidah

Iqrar

Keyakinan

'Amal

Pelaksanaan
(Tindakan)

Kefahaman

Kefahaman

Perasaan

Perasaan
(Nilai Murni)

'Amal

Peneguhan
(Praktis)

Rajah 1, Teologi al-Ghazali Penanaman (Affirmation) pendekatan pentaksiran Psikomotor

5.02 Model Pentaksiran Psikomotor Menurut Pemikiran Pendidikan al-Ghazali


Sorotan kajian antara tiga maklumat iaitu Konsep Iman, Penghayatan Aqidah dan Teologi
Penanaman (Affirmation), kesempurnaan menyediakan model pentaksiran psikomotor dalam
proses P&P adalah seperti berikut:

Kepercayaan
Peneguhan
(Praktis)

Kefahaman

Tindakan
Pelaksanaan &
Nilai Murni

Pembuktian
Keyakinan

Rajah 2, Model Pentaksiran Psikomotor Menurut Pemikiran & Teologi al-Ghazali.

6.0 KESIMPULAN
Pentaksiran (assessment) adalah elemen yang signifikan dalam proses P&P. Aplikasi
pentaksiran adalah proses terakhir di dalam P&P. Kelazimannya, pentaksiran menggunakan
alat sokongan mengumpul maklumat dengan melaksanakan ujian dan lain-lain. Ujian adalah
dominan, berbentuk ujian teori (pengetahuan) dan ujian prestasi (praktikal). Taksonomi
Bloom (Domain Kognitif) sumber rujukan dan panduan pembangunan elemen pentaksiran
pengetahuan (knowledge assessment).
Pentaksiran psikomotor atau kemahiran manipulatif menggunakan kemahiran anggota
memerlukan model yang sebaik mungkin daripada yang sediada. Bagaimana pun pentaksiran
psikomotor sediada tidak berstruktur dan sukar untuk dilaksanakan kerana kebergantungan
kepada setiap pendidik, pensyarah dan pengajar menerusi pengalaman yang lepas. Justeru itu,
struktur model berasaskan pemikiran pendidikan al-Ghazali dicadangkan sebagai rujukan dan
panduan utama yang holistik apabila membangun peralatan ujian, penyediaan skima markah
amali, kemahiran fizikal atau hands-on dan lain-lain.
Model pentaksiran psikomotor berasaskan pemikiran pendidikan al-Ghazali mengikut
kaedah Islamik dengan pemikiran teologi al-Ghazali bagi elemen penanaman (affirmation)
dipilih sebagai konsep pembangunan pentaksiran ini. Konsep Iman dan Penghayatan Aqidah
adalah sumber dasar, kerana ianya berfungsi meningkatkan dan menambahbaik ibadah dalam
Islam.
Akhirnya pedekatan pentaksiran tersebut dibentuk dengan enam kriteria iaitu Kepercayaan,
Kefahaman, Pembuktian, Keyakinan, Tindakan Pelaksanaan & Nilai Murni dan Peneguhan
(Praktis). Kriteria sebagai rujukan bagi penyediaan bahan, items soalan kemahiran,
kurikulum dan pembangunan silibus.

Anda mungkin juga menyukai