Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN ADUN SEMENYIH

ENCIK JOHAN BIN ABDUL AZIZ


SEMPENA PERASMIAN HARI ANUGERAH CEMERLANG

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENYIH 2008

Ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya.

Juga tahniah kepada para ibu bapa di mana anak-anak beroleh kejayaan

Berharap pelajar-pelajar kekalkan prestasi dan pencapaian.

Sistem sekarang yang memandang tinggi orang yang berpendidikan tinggi dan tinggi gaji
berbeza mengikut perjawatan.

Ibu bapa sering berkata, “Jangan ikut macam ayah yang hidup susah. Sekurang-kurangnya
adalah anak ayah yang jadi doctor, pensyarah, jurutera atau kerja yang lebih baik dari ayah.”

Rakyat yang berilmu pengetahuan ialah rakyat yang bijaksana menguasai segala bidang
ilmu sama ada dalam bidang sains dan teknologi dan ilmu yang berkaitan keinsanan dan
ketamadunan.

Bagaimanapun kejayaan lebih manis dengan adanya didikan agama. Ada pegangan hidup.

Jangan sahaja bijak dalam akademik tetapi tiada pegangan agama mudah menjerumuskan
diri dengan gejala social. Genius dicampur dengan pegangan agama akan menjadi insan
bertakwa yang hebat.

Ada jati diri dan berada di mana-mana tetap menjaga nama baik diri, keluarga dan negara.
Jika masyarakat Jepun berbangga dengan nilai ‘kaizen’ dan ‘busyido’, rakyat Malaysia
berpegang kepada peribahasa, ‘Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.

Pelajar-pelajar adalah aset negara dan bakal mengganti pemimpin negara, pentadbir-
pentadbir sesebuah jabatan, menjadi usahawan, pendidik dan sekurang-kurangnya menjadi
ketua dalam keluarga.

Berharap para pendidik Sekolah Kebangsaan Semenyih dapat melahirkan modal insan
melalui pengajaran dan pembelajaran dan pendidikan yang berguna. Mudah-mudahan
menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Dengan lafaz yang mulia, Bismillahhir Rahmannir Rahim merasmikan Hari Anugerah
Cemerlang 2007, Sekolah Kebangsaan Semenyih.

KATA ALU-ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan inayah-Nya dapat kita bersua lagi
dalam ‘Sinar Gemilang’ edisi ke-14.

Tahun demi tahun keadaan berubah. Era pendidikan juga turut berubah. Bahan pengajaran
dan pembelajaran juga berubah demi kelangsungan sistem pendidikan kepada para pelajar.
Jadi, ‘Sinar Gemilang’ ini merupakan salah satu daripada bahan pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dgunapakai oleh guru dan murid-murid dalam pelajaran. Laporan
tahunan, graf pencapaian, takwim sekolah dan lain-lain yang termuat dalam majalah
‘Seminar Gemilang’ boleh dijadikan asas dalam mendidik dan mengembangkan potensi
pelajar dalam bilik darjah.

Kemajuan yang pesat dalam bidang Sains dan Teknologi masa kini diharap tidak membuai
mimpi indah semua pihak. Kita tidak seharusnya lupa dan leka mengajar kemajuan dalam
gelombang yang semakin moden sehingga terlupa bahawa ‘modal insan’ yang diimpikan
amat berhampiran dengan diri sendiri. Masalah sosial remaja dapat dilihat ketika mereka
berada di peringkat sekolah menengah. Tidak dinafikan di peringkat sekolah rendah juga
masalah sedemikian berlaku. Perlulah sama-sama kita beri perhatian dengan adanya
hubungan dua hala antara ibu bapa dan guru demi masa depan anak-anak kita.

Bimbinglah anak-anak kearah nilai murni dan didikan agama. Bagi membendung gejala
sosial yang melibatkan pelajar, ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan yang penting
berdampingan dengan mereka dan menjadi kaunselor yang terbaik. Bagi para guru,
sentiasalah memenuhi ikrar menjadi warga pendidik berwawasan tinggi demi menjana
modal insan yang menjadi aset negara suatu hari nanti.

Semoga penghasilan ‘Sinar Gemilang’ dapat membantu perkembangan dan potensi diri
murid-murid dan seterusnya mengangkat martabat S.K Semenyih dalam kalangan ibu bapa
yang membentuk masyarakat komuniti dan negara amnya.

Sekian, terima kasih.


ROSLAN BIN ABDULLAH
Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Semenyih

Anda mungkin juga menyukai