Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN LITERATUR

Kebersihan dan kesihatan merupakan dua elemen yang penting bagi semua makhluk terutamanya
manusia. Menurut Ustaz Dr. Muhamad Zuhaili Dr. Hj. Saiman, Islam dan Menjaga Kesihatan - Mac
23, 2020, kesihatan yang diberikan oleh Allah merupakan nikmat yang wajib disyukuri. Rasulullah
S.W.T juga memperingatkan kepada umatnya agar menggunakan dan memanfaatkan 5 kesempatan
sebelum datang 5 kesempitan yang lain. Kesempatan yang ada adalah peluang untuk melakukan
ibadah dengan lebih kuat dan banyak.

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Gunakanlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; Masa mudamu sebelum masa
tuamu, kesihatanmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum waktu sibukmu, masa kayamu
sebelum masa kefakiranmu, masa hidupmu sebelum kematianmu.”

(Riwayat al-Hakim)

Malah Baginda S.A.W juga memperingatkan bahawa antara nikmat yang seringkali ditewaskan atau
diabaikan oleh manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang.

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu
lapang.”

(Riwayat al-Bukhari)

Tubuh badan dan anggota serta kesihatan yang diberikan oleh Allah adalah wajib dijaga,
dipelihara dan dilarang dari sakiti ke atasnya. Sebab itu, apa sahaja tindakan menzalimi, menganiayai
dan memudaratkan adalah diharamkan di dalam Islam. Malah, tubuh yang dimiliki oleh manusia ini
pun hakikatnya adalah ‘pinjaman’ kurniaan dari Allah. Sampai masa ia akan kembali kepada Allah
pada waktu yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Dari sudut pengamatan Sains, pengamalan gaya hidup sihat dalam kehidupan dapat
mengurangkan risiko kita untuk terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang kita
semua pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama manusia. Masih ramai individu diluar sana
yang mengalami masalah berlebihan, tidak aktif dan tidak menjalani gaya hidup yang sihat. Mereka
ini menjadi sasaran penyakit strok kerana kebanyakan mereka mempunyai kandungan kolesterol
yang tinggi.

Dipetik daripada artikel di laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei
Darussalam mengatakan Agama Islam adalah agama yang syumul merangkumi semua aspek
kehidupan termasuklah soal menjaga kebersihan. Menjaga kebersihan adalah sesuatu yang disukai
Allah Subhanahu Wata'ala dan rasulNya sama ada menjaga kebersihan rohani mahupun jasmani,
kedua-dua perkara ini tidak boleh dipisahkan kerana kebersihan melambangkan keteguhan iman
seseorang kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda:

Daripada Abu Malik Al-Ashari berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda:

Kebersihan ini sebahagian daripada iman.


Agama kita juga sangat mengambil berat tentang penjagaan kebersihan rohani lebih-lebih
lagi kebersihan hati iaitu dengan menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmunah seperti sifat marah,
hasad dengki, kedekut, terlampau banyak makan, terlampau banyak cakap, kasihkan kemegahan,
kasihkan dunia, ujub, takabur, riak dan sebagainya. Ketahuilah, setiap amalan baik dan bersih dari
segi rohani dan jasmani adalah disukai oleh Allah Subhanahu Wata'ala kerana Allah Subhanahu
Wata'ala menyukai hambaNya yang sentiasa mensucikan diri.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 222:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang
sentiasa mensucikan diri.”

Sentiasa amalkan penjagaan diri dan kebersihan dalam kehidupan seharian memandangkan
banyak permukaan yang kita sentuh terdedah kepada bakteria atau virus yang boleh menjadi punca
penyebab penyakit. Bakteria atau virus boleh melekat di tangan ketika berjabat tangan, memegang
pemegang pintu, paip, perkakas dapur, peralatan tandas dan lain-lain. Tangan boleh bertindak
sebagai ejen pemindahan bakteria atau virus apabila menyentuh muka terutama mata, hidung atau
mulut. Menurut kajian Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses UMP, Ts. Dr.
Norashikin Mohd Zain berkata, budaya membasuh tangan hendaklah dipraktikkan dalam kalangan
semua peringkat umur. Kanak-kanak khususnya mudah terdedah pada penyakit berjangkit kerana
mereka kurang berhati-hati ketika menggosok mata atau mengesat hidung selepas menyentuh
benda atau individu lain.

Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa menjaga kebersihan diri, keluarga dan
persekitaran. Bagi penjagaan diri amalkan tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan
dengan cara yang betul seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu
membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya, gosok tapak tangan, setiap jari
dan celah-celah jari serta gosok kuku pada tapak tangan juga belakang tangan. Setelah itu, bilas
dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna dan keringkan tangan dengan tuala yang kering
dan bersih atau alat pengering tangan.

Anda mungkin juga menyukai