Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS
01000, KANGAR
PERLIS

PENDIDIKAN ISLAM (GPIM1022)

Nama : IZZA SAFIRAH BINTI MOHD ROSDIN


No. K/P : 030519-05-0248
Angka Giliran : 2022232310183
Program : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA
MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
Ambilan : JUN 2022
Unit : PENDIDIKAN SENI VISUAL
Nama Pensyarah : USTAZ ROSFAUZI BIN RAMLEY
Tarikh Hantar : 23 SEPTEMBER 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:_________IZZA_____________Tarikh : 23 SEPTEMBER 2022_

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:___________IZZA___________Tarikh :__________________

1
ISI KANDUNGAN

Penghargaan………………… ………………………………………………………………………..1

Pengenalan………………………………………………………………………………………………2

Kaedah Mencegah Penularan Ajaran Sesat…………………………………………………………..3

Meningkatkan Keimanan Diri……………………………………………………………………….3

Berpegang Kepada Ajaran Al-Qur’an, As-Sunnah, Ijmak Ulama’ Dan Qias…………………..4

Memberi Didikan Agama Yang Sempurna Kepada Anak-Anak…………………..……………5

Melancarkan Kempen Dan Menggerakkan Aktiviti Atau Program Bagi Masyarakat…………6

Pendekatan Undang-Undang………………………………………………………………………7

Langkah Pengukuhan Akidah Berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah……………………………..8

Menimba Ilmu Agama…………………………………………………………………...………..8-9

Menghindari Daripada Sebarang Fahaman Yang Bertentangan Dengan

Tuntutan Agama…...……………………………………………………………………………….10

Ibu Bapa Mengawasi Aktiviti Dan Pergaulan Anak-Anak………………………………………11

Pemimpin Berperanan Memastikan Akidah Umat Islam Terjaga……………………………..12

Tugas Ulama Dalam Memelihara Akidah………..………………………………………………13

Kesimpulan………………………………………………………………………………………………14

Bibliografi………………………………………..……………………………………………………15-16

0
PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa


tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah saya,
En. Rosfauzi bin Ramley kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

1
PENGENALAN

Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku, kewujudannya merentasi masa,


tempat dan keadaan, sama ada dizaman awal peradaban Islam, di alaf melenium mahu pun akan
datang. Menurut mufti kerajaan Negeri Sembilan (2019), ajaran sesat boleh ditakrifkan kepada
beberapa takrifan; Setiap ajaran, amalan dan perbuatan yang dibawa oleh seseorang yang
mendakwa ianya berdasarkan ajaran Islam atau tidak bertentangan dengan ajaran Islam,
sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal
Jama’ah.

Manakala menurut Prof. Dr. Abdul Fatah Haron Ibrahim (1994) pula memberi definisi
ajaran sesat sebagai ajaran dan amalan yang bertentangan dengan Islam. Beliau juga
menghubungkaitkan ajaran sesat dengan tasawuf-tarekat. Ini kerana terdapat sebahagian
masayarakat awam meletakkan tasawuf-tarekat itu bukan pada tempatnya yang sebenar.
Dengan itu, ilmu tasawuf-tarekat bertukar wajah sebagai ajaran sesat akibat penglibatan
masyarakat awam yang bukan dalam kalangan ahli falsafah dalam permasalahan ilmu falsafah.
(Suhaizad Saifuddin, 2013). Dalam Surah Al-Kahfi ayat 110, ada dijelaskan bahawa;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang
percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang
soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

(Surah Al-Kahfi; Ayat 110)

2
KAEDAH MENCEGAH PENULARAN AJARAN SESAT

MENINGKATKAN KEIMANAN DIRI

Peningkatan keimanan diri akan mampu melindungi seseorang individu tersebut daripada
terpengaruh dengan ajaran agama yang menyesatkan. Manusia yang hidup tanpa iman boleh
diibaratkan seperti rumah tanpa asas yang kukuh. Ia mudah roboh dan tidak mampu melindungi
penghuninya. Manakala, iman yang kental dan kukuh akan mampu melindungi manusia dari
segala macam kesesatan, kelemahan dan pelbagai bencana lainnya sepanjang mengharungi
kehidupan.

Tanpa iman, manusia tidak akan dikurniakan keredaan dan petunjuk dari-Nya. Dengan
asas iman yang kukuh, seseorang itu mampu menangkis penularan ajaran sesat daripada terus
berleluasa. Menurut Surah Al-Hujurat, ayat 15 yang menyatakan;

Firman Allah swt, yang bermaksud, Sesungguhnya orang- orang yang sebenar-benarnya
beriman hanyalah orang-orang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus
percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa
mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

(Surah 49 Al-Hujurat; Ayat 15)

Ini boleh dilaksanakan melalui pemahaman nilai-nilai agama Islam. Apabila seseorang itu
merenung kembali syariat Islam, hukum-hukumnya, akhlak yang diajarkannya, perintah dan
larangannya, tidak ada agama lain yang memiliki aturan dan etika yang sedemikian rupa. Dengan
berbuat demikian, individu tersebut akan mendapat kesedaran akan kebesaran kuasa Allah SWT
maka akan meningkat keimanannya terhadap Allah SWT tanpa dapat dipengaruhi oleh sebarang
pengaruh ajaran sesat mahu yang zahir ataupun tidak.

3
BERPEGANG KEPADA AJARAN AL-QUR’AN, AS-SUNNAH, IJMAK ULAMA’ DAN QIAS.

Bagi membendung ajaran sesat daripada terus berlaku, pegangan yang dipegang amat
penting agar tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang disampaikan. Pegangan yang
kukuh dapat menangkis daripada terikut ajaran tersebut. Menurut Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan (2016), ilmu usul fiqh merupakan ilmu yang membincangkan berkenaan
kaedah-kaedah dan dalil-dalil ijmali (menyeluruh) yang digunakan untuk sampai kepada
proses istinbat (mengeluarkan hukum). Dalil-dalil Ijmali ini terbahagi kepada dua iaitu sumber
yang disepakati dan sumber yang terdapat perselisihan pendapat padanya. Antara dalil Ijmali
yang disepakati termasuklah Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak, dan Al-Qiyas.

Dalam Surah An-Nisaa’, ayat 59 juga menyatakan untuk merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian
jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih
elok pula kesudahannya

(Surah An-Nisaa’; Ayat 59)

Ini membuktikan bahawa bagi mengekang ajaran sesat berleluasa, seseorang harus
sentiasa berpegang teguh dengan keempat-empat ajaran ini supaya tidak mudah terpeseong
dengan ajaran yang cuba disebarkan oleh pihak yang ingin meluaskan ajaran sesat.

4
MEMBERI DIDIKAN AGAMA YANG SEMPURNA KEPADA ANAK-ANAK

Sebagai individu yang bertangunggjawab ibu bapa perlu mengambil berat dalam
mendidik anak-anak mereka kerana mereka merupakan insan yang akan memimpin negara ini
suatu hari nanti.

Namun, sebaliknya berlaku apabila sebanyak 6,299 kes perceraian direkodkan di


sembilan daerah di Selangor pada tahun 2021, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal
Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.(Norzamira
Che Noh, 2022). Dengan ketiadaan ibu bapa untuk membimbing anak dari segi agama,
anak-anak akan mudah terpengaruh sehingga tidak mampu membezakan yang benar ataupun
yang palsu, sekaligus menjejaskan keutuhan agama Islam di negara ini.

Ini terbukti melalui Surah An-Anfaal ayat 27 sehingga 28;

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya,
dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui
(salahnya). Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi
ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
(Surah An-Anfaal; Ayat 27-28)

Ayat berikut menafsirkan bahawa ibu bapa diberi amanah oleh Allah SWT melalui anak.
Dengan itu, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjadi contoh dalam hal akhlak dan
penghayatan nilai islam yang sebenarnya. Sekiranya ibu bapa menghayati dan mengamalkan
ajaran Islam berlandaskan Al-Quran al-Sunnah serta ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang
betul, maka anak-anak mengikuti jejak langkah ibu bapa. Dapat dinilai disini bahawa kualiti
didikan agama yang betul daripada ibu bapa akan menentukan sama ada anak tersebut teguh
pegangan agamanya ataupun tidak.

5
MELANCARKAN KEMPEN DAN MENGGERAKKAN AKTIVITI ATAU PROGRAM
BAGI MASYARAKAT
Sifat semula jadi manusia adalah sosial kerana manusia saling memerlukan dalam
menjalani kehidupan seharian. Maka, konsep masyarakat merujuk kepada sekumpulan
manusia yang hidup dalam kelompok tertentu dan saling berkongsi budaya dan
peraturan yang sama. (Abdullah, Noor, Yusof & Husain, 2017; Mirzatul Aqilah Mat Nor* & Yusri
Mohamad Ramli, 2021). Namun begitu, komuniti umat Islam harus sentiasa berpegang teguh
dengan ajaran agama Islam kerana hidup bermasyarakat akan mendedahkan mereka dengan
pelbagai fahaman, idea, mahupun ajaran agama.

Bagi mengelakkan ajaran sesat daripada merebak langkah awal perlu diambil dengan
melancarkan kempen banteras ajaran sesat dengan menjemput ulama yang bertauliah untuk
memberi pencerahan mengenai isu ini. Meraka juga boleh menggerakkan aktiviti atau program
bagi membanteras ajaran sesat di kawasan mereka. Sebagai contoh, portal rasmi dewan negeri
Selangor (2014), bagi mengekang ajaran Qadiani di negeri Selangor, program penerangan
kepada ahli kariah dan penduduk setempat di Masjid Kampung Nakhoda diadakan. Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah mengadakan Simposium Serantau Ahli Sunnah Wal
Jamaah dengan kerjasama UNITEN untuk memberi penjelasan terhadap isu-isu berkaitan
akidah. Langkah ini mampu untuk menghentikan sebarang aktiviti yang berkenaan ajaran sesat
daripada terus berlaku.

6
PENDEKATAN UNDANG-UNDANG

Campur tangan kerajaan dalam membanteras ajaran sesat adalah sangat penting bagi
memastikan rakyat peka akan kesan sekiranya mengamalkan ajaran sesat di Malaysia. Ajaran
sesat telah diperuntukkan sebagai kesalahan jenayah syariah dibawah enakmen atau akta di
setiap negeri setelah sekian lama (Suhaizad Saifuddin, 2013).

Seperti di negeri Selangor, menurut Dewan negeri Selangor (2009), hukuman berkenaan
penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak di negeri Selangor akan diberi
hukuman RM5000 atau 3 tahun penjara atau keduanya sekali. Manakala di Kelantan, peruntukan
di bawah Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, di mana
seksyen 93(1) melarang sesiapa sahaja daripada menganut, mengajar, memberi penerangan
dan menyebar kepada orang lain dengan apa cara sekalipun atau melakukan apa-apa amalan
atau upacara yang berupa ibadat yang bercanggah dengan Hukum Syarak atau mana-mana
mazhab yang muktabar atau fatwa yang sah daripada Majlis, sama ada di rumahnya atau di
lain-lain tempat dalam negeri Kelantan. (Siti Zubaidah Ismail, 2015).

Dengan adanya hukuman-hukuman khas bagi kesalahan menyebarakan ajaran sesat,


maka ini akan dapat mengawal rakyat negara ini daripada melakukan perkara tersebut apatah
lagi mengamalkan dan menyebarkannya sesuka hati.

7
LANGKAH PENGUKUHAN AKIDAH BERPANDUKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Akidah adalah tunggak utama dalam keimanan diri seseorang Muslim. Ia menjadi
simpulan (`uqdah) yang kukuh dalam hati umat Islam mengenai keimanan kepada Allah s.w.t dan
ajaran Islam yang disampaikan melalui rasul-rasul-Nya. Asas ini dibina berdasarkan
kepercayaan dan keimanan pada rukun Iman yang meliputi kepercayaan kepada Allah,
kepercayaan kepada Rasul, kepercayaan kepada Malaikat, kepercayaan kepada Kitab,
kepercayaan kepada qada‟ dan qadar dan kepercayaan kepada Hari Kiamat. Semua
keenam-enam elemen ini harus dipercayai bagi memastikan seseorang muslim itu mukmin.
Kekurangan satu daripadanya boleh mengakibatkan seseorang itu gugur akidah dalam dirinya.
(Jasni Sulong, 2016)

MENIMBA ILMU AGAMA

Ilmu merupakan sarana untuk menunaikan perkara yang Allah wajibkan pada kita. Tak
sempurna keimanan dan tak sempurna pula amal kecuali dengan ilmu. Ilmu pengetahuan
secara bermaksud fakta, maklumat dan kemahiran yang diperoleh daripada pengalaman atau
pendidikan secara teori atau praktikal. Ilmu boleh diibaratkan sebagai pelita yang menerangi
kehidupan. Dengan adanya ilmu penegatahuan yang mendalam tentang agama Islam, maka
seseorang individu tersebut akan dapat mengenal pasti antara ajaran agama yang betul dan
sesat.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat
duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan
(segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah
meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu

8
pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha
Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

(Surah Al-Mujaadalah; Ayat 11)

Ayat diatas mengimplikasikan bahawa Allah SWT akan meninggikan darjat bagi sesiapa
yang menuntut ilmu.

sabda nabi SAW: "Siapa yang mengehendaki (kejayaan) hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu.
Siapa yang mengehendaki (kejayaan) hidup di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan siapa yang
mengehendaki kedua-duanya (kejayaan hidup di dunia dan akhirat) hendaklah dengan
ilmu" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagi memastikan umat Islam itu terhindar daripada terpeseong akidahnya, maka setiap
individu perlulah menimba ilmu agama berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis. Hal ini kerana
pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis sekiranya memiliki ilmu agama yang mantap sama ada
melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.

9
MENGHINDARI DARIPADA SEBARANG FAHAMAN YANG BERTENTANGAN DENGAN
TUNTUTAN AGAMA

Bagi memelihara akidah daripada terpesong, sesorang hendaklah menghindarkan diri


daripada fahaman yang boleh menjejaskan akidah diri. Sebelum belajar ilmu agama yang
baharu, penting utnuk selidik terlebih dahulu kesahihan ilmu tersebut. Di Malaysia sendiri, setiap
negeri mempunyai mufti negeri yang boleh dirujuk bagi memastikan ilmu yang dipelajari itu tidak
bertentangan dengan fatwa yang diterbitkan bagi negeri masing-masing.

Sekiranya ilmu yang dipelajari itu tidak benar, maka ia perlu dihindari. Lebih baik apabila
dilapor kepada pihak berkuasa agar ajaran sesat tersebut tidak tersebar dengan lebih luas.
Menurut portal rasmi dewan negeri Selangor (2019), Warta Kerajaan Negeri Selangor
melaporkan dari 29 Ogos 1991 sehingga 11 Oktober 2018, fatwa ajaran sesat yang telah
diwartakan adalah sebanyak 45 Fatwa (Fatwa Asal dan Fatwa Pindaan) yang merujuk kepada 37
Kumpulan Ajaran Sesat di Negeri Selangor. Berdasarkan aduan-aduan yang diterima setakat ini
terdapat 15 ajaran yang masih aktif. Maka, kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan
yang sepatutnya bagi mencegah kumpulan ajaran sesat tersebut.

10
IBU BAPA MENGAWASI AKTIVITI DAN PERGAULAN ANAK-ANAK

Ibu bapa juga turut tidak terlepas daripada tanggungjawab mengawal aktiviti dan pergaulan
anak-anak. Ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri anak-anak khususnya
anak-anak yang sudah meningkat remaja. Menurut Kenyataan Media Penggunaan Dan Capaian
Ict Oleh Individu Dan Isi Rumah 2021 (2021), Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,
“Pelaksanaan survei selepas pandemik COVID-19 memperlihatkan penggunaan internet dalam
kalangan masyarakat Malaysia berusia 15 tahun ke atas meningkat dengan ketara kepada 96.8
peratus (2021) berbanding 89.6 peratus (2020). Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengetahui aktiviti
yang dilakukan oleh anak-anak mereka di internet kerana banyak ajaran sesat disebarkan
melalui Internet pada masa kini. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya juga memberikan
pengaruh yang besar kerana mereka mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama.
Sekiranya ibu bapa bertindak awal, anak-anak akan terhindar daripada terpengaruh dengan
ajaran sesat. Jelasnya, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak-geri anak-anak agar
dapat mengelakkan mereka terpengaruh dengan ajaran sesat yang semakin berleluasa di
Malaysia.

11
PEMIMPIN BERPERANAN MEMASTIKAN AKIDAH UMAT ISLAM TERJAGA

Pemimpin juga berperanan memastikan akidah rakyatnya sentiasa terjaga. Ajaran sesat
terawal yang dikenalpasti bertapak di Tanah Melayu ialah ajaran Ahmad Matahari yang
mempelopori ajaran Taslim di Kampung Seronok, Bayan Lepas Pulau Pinang pada akhir abad
ke-19 (Siti Zubaidah Ismail, 2010). Bagi menyekat ajaran sesat seperti demikian berleluasa,
pemimpin perlu menguatkuasakan undang-undanag bagi mengawal kemasukan ajaran sesat ke
Malaysia.

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah
hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan
janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari
jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang
berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.

(Surah Saad; Ayat 26)

Akidah rakyat boleh dipelihara apabila pemimpin mengenakan tindakan tegas terhadap
pembawa ajaran sesat di Malaysia. Sebagai contoh, Menurut portal rasmi dewan negeri Selangor
(2014), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengeluarkan Notis Arahan Memberhentikan
Aktiviti Solat Jumaat di premis Qadiani berkuatkuasa serta merta pada 24 April 2009 bagi
menghalang penyebaran ajaran Qadiani dan ajaran sesat daripada tersebar di Selangor. Ini
membuktikan bahawa pemimpin perlu menjalankan tugas dalam menangani isu ajaran sesat di
Malaysia agar tidak berlarutan.

12
TUGAS ULAMA DALAM MEMELIHARA AKIDAH

Ulama di Malaysia juga memainkan peranan penting bagi menghalang ajaran sesat di
Malaysia. Baru-baru ini ajaran sesat baharu dari Indonesia cuba untuk memasuki Malaysia.
Ajaran sesat yang diasaskan oleh Hadi Minallah itu didakwa sedang aktif di Kuala Lumpur,
Kajang dan Johor berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di YouTube Akademi
Penyelidikan Agama Dunia (AkPAD). Ajaran itu diasaskan oleh Wayang Hadi Kesumo atau Hadi
Minallah Aminuddin Ahmad dan didakwa menyebarkan fahaman sesat seperti akidah sesat Nur
Muhammad, fahaman pluralisme agama, fahaman makrifat yang menyesatkan bahkan mengaku
beliau bukan Islam serta tidak mempunyai agama. (Mohamed Fared Noh, 2022). Maka, ulama
berperanan dalam memastikan ajaran tersebut dapat dihalang daripada terus merebak. Menurut
Surah At-Taubah, ayat 122;

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh
itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya
orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama,
dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu
kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan
Allah).

(Surah At-Taubah; Ayat 122)

Menurut ayat tersebut, ulama harus mendalami atau memahiri ilmu agama agar dapat
membimbing masyarakat kearah ajaran agama yang sebenarnya. Dengan itu, masyarakat akan
lebih mudah mengikuti ajaran agama yang betul kerana dijelaskan terlebih dahulu oleh para
ulama. Di sini jelas bahawa tugas ulama adalah sangat penting bagi memastikan bahawa akidah
masyarakat tidak mudah terpesong.

13
KESIMPULAN

Islam adalah satu-satunya agama yang lengkap lagi komprehensif (syumul) kerana ia
diasaskan atas tiga komponen utama iaitu akidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga komponen ini
menjadi tonggak utama kepada kekuatan, kesempurnaan dan keindahan Islam.

Ajaran sesat bukanlah satu prkara yang boleh diselesaikan dalam sehari semalam. Bahkan
ajaran sesat yang muncul mengikut peredaran zaman memerlukan cendekiawan Islam dan
ulama yang juga lebih dinamik dan mampu mematahkan sebarang bentuk ajaran sesat sama ada
dari segi amalan mahupun secara lebih terbuka, adil dan akademik. Maka, semua pihak harus
berganding bahu dalam memastikan agama Islam yang sebenar tidak dicemari dengan pengaruh
sebarang ajaran sesat.

(PP 1995)

14
RUJUKAN

Dewan Negeri Selangor. (2009). Ajaran sesat.


http://dewan.selangor.gov.my/question/ajaran-sesat-2/

Dewan Negeri Selangor. (2014). MEMBENTERAS AJARAN SESAT.


http://dewan.selangor.gov.my/question/membenteras-ajaran-sesat/

Dewan Negeri Selangor. (2019). Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor
Tahun 2019. http://dewan.selangor.gov.my/question/ajaran-sesat-di-negeri-selangor/

Jasni Sulong. (2016). PEMELIHARAAN AKIDAH ISLAM: ANALISIS DARIPADA SUDUT


PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN FATWA DI PULAU PINANG.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/download/5456/3227/12301

Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (2019). PERSEDIAAN UNTUK MENANGANI AJARAN


MENYELEWENG/ SESAT.
https://muftins.gov.my/2019/04/19/persediaan-untuk-menangani-ajaran-menyeleweng-sesat
/

Kenyataan Media Penggunaan Dan Capaian Ict Oleh Individu Dan Isi Rumah 2021. (2022).
Capaian dan penggunaan Internet oleh individu dan isi rumah meningkat selepas kemuncak
pandemikCOVID-19.
https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats%40media/4-Press_S
tatement/2022/04.%20APRIL/PENGGUNAAN%20DAN%20CAPAIAN%20ICT%20OLEH%2
0INDIVIDU%20DAN%20ISI%20RUMAH%202021.pdf

Mohamed Farid Noh. (2022). Ajaran sesat Hadi Minallah dikesan cuba disebarkan di Kota Tinggi.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/988310/ajaran-sesat-hadi-minallah-dik
esan-cuba-disebarkan-di-kota-tinggi

15
Mirzatul Aqilah Mat Nor* & Yusri Mohamad Ramli. (2021). Asas-asas hubungan kemasyarakatan
antara agama dalam perspektif Islam dan Kristian. Journal Al-Irsyad, 6 (2). 720. doi
000-0002-1618-5674

Norzamira Che Noh. (2022). 6299 Kes Perceraian Di Selangor Tahun Lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/822261/6299-kes-perceraian-di-selangor-tah
un-lalu

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2016). IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE-3:
SUMBER-SUMBER HUKUM DALAM ILMU USUL AL-FIQH.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/1530-irsyad-usul-al-fiqh-siri-ke-3-sumber-sum
ber-hukum-dalam-ilmu-usul-al-fiqh

Siti Zubaidah Ismail. (2010). MENANGANI AJARAN SESAT DI KALANGAN UMAT ISLAM:
PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG DAN PENTADBIRAN.
file:///C:/Users/user/Desktop/GPIM1022%20(AGAMA)/MENANGANI_AJARAN_SESAT_DI_
KALANGAN_UMAT_ISLAM_PERS.pdf

Suhaizad Saifuddin. (2013). KEPERLUAN MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG DAN


PENGUATKUASAAN BAGI KESALAHAN BERHUBUNG AJARAN SESAT DI NEGERI
SEMBILAN : SATU KAJIAN
https://jksns.ns.gov.my/images/pdf/memperkasakan-undang-undang--penguatkuasaan-ajar
an-sesat.pdf

Zamri Hashim. (2011). KAEDAH PENDALILAN BERASASKAN AL-QURAN: KAJIAN TENTANG


PENGGUNAANNYA DALAM FATWA – FATWA NEGERI PERAK 1994-2010.
http://studentsrepo.um.edu.my/5297/1/KAEDAH_PENDALILAN_BERASASKAN_AL-QURA
N.pdf

16

Anda mungkin juga menyukai