Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENGAJIAN PENGURUSAN SUKAN DAN REKREASI

DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN

LAPORAN PEMBENTANGAN

AMALAN-AMALAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG


BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:

(1) NUR ATHIRAH BINTI ZULKAFLI - KETUA (2018239404)


(2) TENGKU MEDDINA ELISANDRA BINTI TENGKU MUZNI (2018642232))
(3) NURFARZANA ALIAH BINTI NOOR APANDI (2018642814)
(4) NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD NOH (2018252336)

Laporan Pembentangan Dihantar kepada Ustazah Nur Nabilah bt


Azimoha dalam Memenuhi Sebahagian Keperluan untuk

CTU 101 (Prinsip-Prinsip Asas Islam)

SEMESTER 1
SESI I 2018/2019
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN...........................................................................................2
2.0 PENGENALAN.......................................................................................3
3.0 AMALAN BERTENTANGAN AKIDAH ISLAM.............................................5
3.1 Merenjis Tepung Tawar............................................................................... 5
3.2 Bermain Aplikasi Ramalan di Laman Sosial............................................. 6
3.3 Black Metal............................................................................................7
3.4 Memakai Baju Berlambang Salib............................................................... 8
4.0 PUNCA PUNCA BERLAKUNYA AMALAN MASYRAKAT YANG
BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH ISLAM......................................... 10
5.0 KESAN KESAN DARIPADA AMALAN BERTENTANGAN AKIDAH
ISLAM..................................................................................................11
6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI AMALAN BERTENTANGAN
AKIDAH ISLAM....................................................................................12
7.0 KESIMPULAN............................................................................................. 13
8.0 RUJUKAN ................ ..................................................................................14
9.0 LAMPIRAN...........................................................................................15

1
1.0 PENDAHULUAN

Definisi akidah dari segi istilah adalah kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul
kuat dalam jiwa. Dua makna lain bagi akidah ialah ‘Hissi’, sesuatu yang dapat dilihat
dan dirasa. Selian itu, ‘Ma’nawi’, iaitu sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh
sebarang pacaindera. Akidah adalah perkara yang wajib diakui dengan hati dan jiwa
tanpa sebarang syak wasangka. Akidah merupakan perkara teras dalam agama
islam. Tanpa akidah yang kukuh, umat islam akan hanyut dari landasan yang benar.
Kepentingan akidah kepada umat islam adalah sebagai pendorong agar melakukan
perkara yang baik disisi Allah yang esa. Umat islam yang tidak takut terhadap
balasan tuhan akan dimasukkan kedalam nereka. Amalan yang dilakukan bukan
kerana Allah tidak akan diterima pahala amalan tersebut dan ianya menjadi sia-sia
belaka.

Sepertimana yang kita ketahui, agama islam merupakan agama yang mudah
difahami oleh setiap individu dan juga merupakan agama yang tidak memberi
paksaan kepada pengikutnya. Sehubungan itu, masalah berkaitan akidah seharusnya
tidak wujud dalam kalangan masyarakat yang beragama islam kerana banyak
sumber yang boleh kita perolehi untuk dijadikan panduan dan menjelaskan
permasalahan yang timbul dalam kalangan masyarakat. Antara sumber-sumber yang
boleh kita jadikan sebagai panduan ialah Al-Quran, Al-hadith dan kitab-kitab agama.
Namun, panyelewengan akidah yang berlaku pada masa kini menyebabkan
penjelasan tentang ilmu akidah menjadi sedikit rumit dan memerlukan masa untuk
difahami.

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah
serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman
dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Akhirat dan beriman dengan
taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari
Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu,
akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa
yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

2
2.0 PENGENALAN

Akidah pada umumnya merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa
dan seharusnya jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu
keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak atau
keraguan. Dalam pengertian agama, akidah terkandung di dalam rukun iman iaitu:

1. Beriman kepada Allah


2. Beriman kepada para malaikat
3. Beriman kepada kitab
4. Beriman kepada para Rasul
5. Beriman hari akhirat
6. Beriman kepada qada’ dan qadar

Kedudukan Akidah yang sebenar:


Akidah yang benar merupakan landasan tegaknya agama dan kunci diterimanya
amalan. Hal ini sebagaimana ditetapkan oleh Allah Ta’ala di dalam firman-Nya dalam
surah Al-Khafi (ayat110) :
Maksudnya: “Maka barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya
hendaklah dia beramal shalih dan tidak mempersekutukan sesuatu apapun
dengan-Nya dalam beribadah kepada-Nya. ”

Allah ta’ala juga berfirman dalam surah Az-zumar (ayat 65) :


“Sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelummu, apabila
kamu berbuat syirik pasti akan terhapus seluruh amalmu dan kamu benar-benar akan
termasuk golongan orang-orang yang merugi. ”

3
KONSEP AKIDAH ISLAM
Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia
merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki
akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah S.W.T.
Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad
S.A.W di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan
penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad S.A.W telah berjaya
melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam
mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia.

Akidah terdiri dari dua jenis iaitu akidah suci dan akidah fasad. Bagi umat islam, kita
wajib untuk meyakini akidah suci kerana ianya benar-benar turun dari Allah S.W.T.
Akidah fasad adalah akidah batil yang tidak terkira bilangan yang wujud akibat
penyelewengan terhadap akidah suci. Akidah yang suci hanya wujud dalam agama
islam sahaja kerana ia adalah merupakan satu agama yang dijamin dipelihara oleh
Allah S.W.T.

Firman Allah dalam surah Al-hijr (ayat 9) Maksudnya: ”Sesungguhnya kamilah yang
menurunkan peringatan (Al quran) dan kamilah yang memeliharanya. ”
Selain itu juga, diiktikadkan bahawa agama yang dipelihara ini juga telah diturunkan
dengan sempurna dan serba mencukupi sebagaimana fiman Allah dalam surah
Al-Maidah (ayat 3) yang bermaksud “Hari ini telah aku sempurnakan kepada kamu
agama kamu. ”
Akidah suci yang terkandung dalam agama yang terpelihara ini adalah lengkap dan
tidak perlukan sebarang pindaan.

4
3.0 AMALAN BERTENTANGAN AKIDAH ISLAM

3.1 Merenjis Tepung Tawar

Antara contoh amalan masyarakat Malaysia yang bertentangan dengan akidah Islam
ialah merenjis tepung tawar. Ia merupakan salah satu adat Melayu didalam sebuah
perkahwinan yang masih kekal sehinnga ke hari ini. Bahan bahan yang digunakan
ialah bunga setaman bunga rampai agar pengantin yang ditepung tawar menjadi
harum seperti bunga. Beras kuning supaya pengantin yang ditepung tawar menjadi
kaya, mulia dan bijaksana. Daun sidingin-dingin supaya pengantin yang ditepung
tawar itu akan aman tenteram dari perit kehidupan. Air agar pengantin yang ditepung
tawar itu selalu sihat wal afiat. Tepung beras supaya pengantin yang ditepung tawar
sentiasa putih suci hatinya, terhindar dari sifat iri, dengki, hasud, tamak, dendam, riak,
dan berbagai penyakit hati lain.

Namun, jika menurut hadis yang dipetik dari akhbar Utusan mengenai hukam
bersanding dan merenjis, ianya adalah haram kerana tidak diubah seperti mengikut
adat masyarakat Hindu. Menurut seorang Ustaz Azhar Idrus pulak hukumnya adalah
bid'ah dan membazir.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :


“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka” -
Hadis sahih riwayat Abu Dawud.

5
3.2 Bermain Aplikasi Ramalan di Laman Sosial

Selain itu, bermain aplikasi ramalan di laman sosial juga merupakan amalan
masyarakat Malaysia yang bertentangan dengan akidah Islam. Dewasa ini, ramai
pengguna Facebook bermain permainan ramalan dengan niat untuk bersuka.
Terdapat dua hukum mengikut situasi iaitu bermain tapi tidak percaya dan bermain
dan percaya. Hukum bagi bermain tapi tidak percaya ialah haram dan solat tidak
diterima 40 hari.

DALIL
rial i iϥ ϳ i l i riai i lii l ā l i ilai lϥia i i i i ia aiāi lϥi
“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka shalatnya selama 40 hari tidak
diterima.” (HR. Muslim no. 2230,)

Manakal hukum bagi bermain dan percaya ialah syirik dan kufur.

DALIL
ri aiaia iiϳal i ϳ i iai lri i ii i i ϳ iϭri i ia lii ϳa i aiāi lϥi
“Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia membenarkannya,
maka ia berarti telah kufur pada Al Qur’an yang telah diturunkan pada Muhammad.”
(HR. Ahmad no. 9532. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini
hasan)

“Ini boleh dirujuk Surah al-Ma’idah ayat 3 dan juga beberapa buah hadis Rasulullah
SAW antaranya yang bermaksud “Sesiapa yang datang bertemu dengan tukang
ramalan, kemudian mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah
kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad,” katanya. – Bernama

6
3.3 Black Metal

Gaya hidup kumpulan ini lebih bersifat inginkan kebebasan, lebih gemarkan muzik
dan hiburan, suka melanggar adab dan budaya timur serta bersikap kurang berbudi
bahasa dan tidak langsung memperlihatkan sikap tertib dan sopan. Ringkasnya,
perlakuan yang mereka jalankan tidak berasaskan tata nilai kehidupan dan budaya
masyarakat yang harmoni malahan amat bertentangan sama sekali dengan nilai
budaya Islam. Antara contoh amalan Black Metal yang bertentangan akidah Islam
ialah memijak Al-Quran, memuja iblis dan syaitan, beramal dengan fahaman tiada
agama (Free Thinker), anti ketuhanan dan mengaku diri telah murtad.

Memuja syaitan serta makhluk lain selain Allah adalah dilarang dalam Islam, ianya
perbuatan keji yang sepatutnya dielakkan, firman Allah :

Maksudnya,
“Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan
dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi dan mahu memalingkan kamu
daripada daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu
mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu
atau kamu masih berdegil) ?”
(Surah al-Maidah: 90)

7
3.4 Memakai Baju Berlambang Salib

Seperti mana kita ketahui, agama Islam merupakan agama yang melarang daripada
melakukan syirik kepada Allah. Islam mementingkan kesetian dan ketaatan kepada
Allah. Nabi pernah melarang para sahabat memakai pakaian yang berwarna kuning
jingga kerana ia menyamai pakaian agama syirik pada zaman itu. Terdapat sepotong
hadith nabi Muhammad SAW, yang sahih, diriwayatkan oleh Abu Daud, seperti
berikut:

ieϳii iri ϳο ia lϥia iϥ wϳ ϥl ϥ i l ϳa i i ri ai l i i i ri ϥ i i i i ri ii ϳ i l ϳ䔫 ϥl ai i i i ri : 㤵㈠㘴 rii r e ϥ


i l ia

i iiiϭ 馀ϳ䔫 ΋ ϳal iā ϳ ϳ οl i ϳ ϳāl i eϳ lāi i馀 iϥ i i ai ii ϳ l iaia aai ϳ iii i ϥi

Sunan Abu Daud 3621: Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il berkata,
telah menceritakan kepada kami Aban berkata, telah menceritakan kepada kami
Yahya telah menceritakan kepada kami Imran bin Hithan dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha
berkata, “Tidaklah Rasulullah SAW meninggalkan sesuatu yang berbentuk salib di
rumahnya kecuali beliau pasti memotongnya.”

Berdasarkan hadith di atas, jumhur ulama’ menyatakan bahawa hukum memakai


sesuatu yang mempunyai lambang salib, adalah makruh. Sementara satu riwayat
dalam Mazhab Hanbali, seperti yang ditarjihkan oleh Imam al-Mardawi, menyatakan
ianya adalah haram.

Aishah turut dilaporkan berkata:

lai iϭ iri l i˸ ϳϥl ϳϥi l ϳrl ia ri lϭϳr eϳ lāi ri ii iϭ r i lϥia i ϳa i i i l i ii iϭ r ϳai i i ri :㈠ 䁏 䁏 r r

ϳ iii i ϥϳΎi ϳ ϳ i lw ϳ ϳ i lw iϥ ϳ ϳ l稀 l lai i i ΋ ϳal iā ϳ ϳ rl ri i l aiaia lai i i iϥ ϳ ϳ l稀 l ϳ앨 i쮨i ϳal i l ϳ Εiwi


i iiiϭ i˸ia iil i i i i˸ϳ䔫 iϥ i i ai ii ϳ l iaia aai

Musnad Ahmad 23939: Telah menceritakan kepada kami Yazid, dia berkata; telah
mengabarkan kepada kami Hisyam dari Muhammad berkata; telah menceritakan
kepadaku Diqrah, Ummu Abdurrahman bin Udzainah berkata; “Kami bertawaf di
Ka’bah bersama ummul mukminin, dan dia melihat seorang wanita mengenakan kain

8
yang ada salibnya. Maka Ummul mukminin berkata; “Buanglah salib itu, buanglah
salib itu, karena Rasulullah SAW apabila melihat yang serupa dengan hal ini beliau
langsung memotongnya.”

Kesimpulannya, hukum pemakaiannya adalah ditegah, cuma pakej tegahannya


adalah khilaf dalam kalangan ulama’. Jumhur menyatakan ianya tegahan berpakej
makruh, sementara Mazhab Hanbali menyatakan ianya adalah haram.

9
4.0 PUNCA PUNCA BERLAKUNYA AMALAN MASYRAKAT YANG

BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH ISLAM

Punca kepada terjebak manusia ke dalam ajaran sesat adalah kejahilan individu
itu sendiri dalam memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Kejahilan
ini ditambah pula dengan wujudnya anasir-anasir perosak akidah yang mungkin
berselindung di sebalik imej Islam dengan tujuan menimbulkan perpecahan dan
kekacauan dalam masyarakat Islam itu sendiri. Matlamat golongan ini hanya satu,
iaitu melemahkan akidah dan mengajak mereka menyertai ajaran baru yang didakwa
mereka lebih sistematik dan mudah tanpa melakukan pelbagai ibadat wajib yang
dituntut oleh Allah Taala sebagai khalifah di muka bumi ini.

Sebagai umat Islam, apabila timbul sebarang khilaf atau kekeliruan khususnya
membabitkan akidah dan kefahaman Islam, segeralah merujuk kepada pihak
berkemampuan untuk menghuraikan segala kekusutan yang timbul. Kesedaran yang
tinggi dalam agama adakalanya diambil kesempatan oleh pihak tidak
bertanggungjawab untuk mencetuskan fenomena baru dalam hidup beragama
menurut kesesuaian ajaran yang diperkenalkan. Usahlah kita mudah tertipu dengan
sebarang ajaran sesat atau penyelewengan agama yang seringkali muncul dalam
kehidupan hari ini. Rebut kesempatan sementara masih hidup ini dengan
memperbanyakkan usaha mendalami ajaran Islam sebenar termasuk mempelajari
ilmu agama dengan mereka yang bertauliah dan benar-benar berilmu.

10
5.0 KESAN KESAN DARIPADA AMALAN BERTENTANGAN AKIDAH ISLAM

Kesan terhadap individu ialah akidah seseorang itu akan rosak kerana telah
mengamalkan amalan yang bertentangan agama Islam. Selain itu, masa individu
tersebut terbunag begitu sahaja dengan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan
kepada dirinya. Setersnya, minda individu tersebut tertutup dan tidak dapat
berkembang dengan baik akibat melakukan amalan yang kolot. Dan akhir sekali
kehidupan individu tersebut tidak stabil kerana sibuk mengamalkan perkara keji.

Kesan terhadap masyarakat pula ialah berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan


akibat mengamalkan perkara yang tidak elok. Selain itu, perpaduan tergugat kerana
akan berlakunya kucar kacir dengan orang yang mengamalkan amalan yang
bertentangan agama Islam. Seterusnya, berlaku keganasan daripada orang
mengamalkan amalan sesat kerana tidak berpuas hati dengan masyarakat lain yang
tidak bersalah.

Manakala kesan terhadap negara ialah ekonomi dan politik negara tidak stabil kerana
wujudnya segelintir masyarakat yang tidak bersefahaman dengan agama Islam.
Selain itu, negara mundur kerana masyarakat tidak lagi sefahaman dan sering
berselisihan faham dengan agama.

11
6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI AMALAN BERTENTANGAN AKIDAH

ISLAM

Antara langkah yang boleh di ambil untuk mengatasi amalan bertentangan akidah
ialah ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan anak anak memahami
konsep agama yang sebenar agar mereka tidak terlibat dengan amalan yang
bertentangan dengan akidah Islam. Pendidikan Agama yang sempurna bermula
dirumah dan dididik sejak kecil lagi. Selain itu, corak pergaulan yang soleh dan baik
bergantung kepada pengaruh teman yang dipilih. Oleh itu, remaja harus bijak memilih
rakan agar tidak terpengaruh dengan perkara negatif. Seterusnya, Mu'hadah.
Manusia berjanji kepada Allah untuk menjalankan perintah dan meninggalkan
larangan. Akhir sekali, muhasabah diri kerana setiap amalan di dunia akan dibalas di
dunia atau di akhirat.

12
7.0 KESIMPULAN

Usaha bagi memartabatkan akidah Islam di Malaysia merupakan agenda yang amat
penting bagi memastikan kelangsungan kemajuan umat Islam & Malaysia. Kesatuan
akidah akan menentukan keseragamaan langkah umat Islam menuju kejayaan.
Dalam ha1 ini pengembelingan usaha perlu dilakukan oleh seluruh umat Islam sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Di samping membenteras penularan ajaran
salah dan aliran pemikiran barat moden yang menyesatkan, pemberitahuan
mengenai ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah amat penting diberikan kepada seluruh
urnat Islam. Dalam keadaan umat Islam yang mempunyai tahap pedichkan dan
pengetahuan yang berbeza, maka pendidikan merupakan satu wadah yang amat
besar peranamya bagi mencapai matlamat tersebut dengan menjadikan Institusi
pendidkan seperti sekolah, Institut Pengajian Tinggi, masjid dan surau sebagai pusat
tumpuan gerak kerja. Oleh itu satu kajian yang terperinci perlu hjalankan terhadap
aktiviti pendidikan yang berkaitan dengan pengajian Islam yang sedang dijalankan di
Malaysia.

13
8.0 RUJUKAN

Haji Abdullah Abdul Rahman. Black Metal : Unsur-unsur yang bercanggah dengan
Islam. Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam.
file:///C:/Users/Hp/Downloads/HUKUM%20MEMAKAI%20BAJU%20DAN%20BE
NDERA%20LAMBANG%20SALIB%20%E2%80%93%20abidfana.com.html

Irma Musliana (2016). 27 Adat Resam dan Pantang Larang Melayu, Orang Masih
Buat Lagi Ke?. Malaysia. Cilisos Media Sdn. Bhd.
https://soscili.my/adat-resam-pantang-larang-melayu-beranak-kahwin-mati/

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (2015). Permainan Ramalan di Laman Sosial
Haram. Kuala Lumpur. Dato' (Dr) Hussamuddin Hj Yaacub.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/permainan-ramalan-di-laman-sosial-haram-1.
422051

Ustazah Nur Nabilah binti Azimoha (2018). Lecture Notes CTU101. Negeri
Sembilan. I-Learn.
http://i-learn.uitm.edu.my/v3/contents/index/5a55b775-42ec-4a20-bc99-1469c0a8010
9/cid:CTU101

Wan Marzuki Wan Ramli (2013). BICARA AGAMA: Jahil Agama Punca Ajaran
Sesat. Malaysia. Utusan Online.
https://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130918/ba_02/Jahil-agama-pun
ca-ajaran-sesat

14
9.0 LAMPIRAN

Image 1

Image 2

15
Image 3

Image 4

16
Image 5

17

Anda mungkin juga menyukai