Anda di halaman 1dari 2

Ramadhan cepat berlalu.

Masih banyak perkara yang dirasakan tertinggal dan belum


sempat ditampung. Cari kemanisan, kelazatan dalam ibadah yang menghasilkan
kekuatan dlm menegakkan Islam.
RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat,
pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang
mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt.

Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit
yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini
menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.
Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam
Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di
samping doa-doa yang akan dimakbulkan-Nya. Beri'tikaflah, bangunlah dan
persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali
dalam setahun
Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam
nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu
perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesalilah segala
dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana
sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya
Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk
memperbanyakkan doa kepada Allah kerana detik-detik itu menjadi satu masa
mustajabnya doa
Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah,
sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja
yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh
Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah
kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu
Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

Ramadhan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding Hari Raya. Justru, para


salafussoleh cukup gembira apabila datangnya Ramadhan, cukup dukacita apabila
Ramadhan berlalu. Mereka menyambut Hari Raya pun dengan cukup sederhana. Yang
penting Ramadhan telah dilalui dengan cara paling dikehendaki oleh Allah. Hati telah
dibersihkan. Jiwa lebih hampir kepada Allah. Bekalan Akhirat sudah dibawa semampu
mungkin.
Kita masih berada di bulan Ramadhan, dalam 10 hari terakhir. Tetapi segala moodnya
telah bertukar kepada mood Hari Raya. Justru, masa ini ialah masa yang kritikal. Agar
kita tidak terseleweng dari landasan syarak dalam meraikan Ramadhan dan Syawal, kita
membandingkan kedua-duanya seperti di bawah:

Bandingan di antara Ramadhan dan Hari Raya


Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Ramadhan
Tempoh sebulan

Hari Raya
Hanya sehari (ziarah tak kisah berapa
lama pun)
Ada LailatulQadar
Tiada
Turunnya al-Quran
Tiada
Ramadhan disebut dalam al-Quran Tiada
Pahala 1fardhu=70 kebajikan
Seperti hari lain
Pahala 1 kebajikan=1 fardhu
Seperti hari lain
Pintu syurga dibuka,
Seperti hari lain
pintu neraka ditutup
Syaitan dibelenggu
Syaitan berkeliaran
Rahmat, pengampunan,
Seperti hari lain
merdeka dari Neraka
Seribu satu macam kelebihan
Seperti hari lain

Diceritakan bagaimana seorang lelaki masuk kepada Saidina Ali di Hari Raya. Hanya
beberapa keping roti keras pada hidangan. Lelaki tersebut bertanya Saidina Ali: Hari
Raya dan hanya roti-roti keras wahai Amirul mukminin? Saidina Ali menjawab, di antara
katanya: Setiap hari adalah Hari Raya bagi orang mukmin jika tidak menderhakai Allah.
Satu jawapan paling tepat dari menantu seorang Nabi paling mulia yang memahami
hakikat Hari Raya. Tentunya Saidina Ali meraikan Ramadhan lebih dari Hari Raya.
Hari Raya juga bukan hanya bermakna kuih Raya, baju Raya, kasut Raya, langsir Raya
atau perabut baru raya. Juga bukan hanya bermakna konsert Raya, tayangan sempena
Hari Raya atau lagu Raya.
Apa yang disebut oleh Saidina Ali ialah satu ucapan dari mulut khazanah ilmu yang
diakui oleh Nabi Muhammad saw sendiri.
Malangnya menjadi trend sebahagian (besar?) umat Islam meraikan Hari Raya dengan
cara melampau-lampau, bahkan sehingga mengadakan bidah dhalalah pada hari Raya
seperti konsert Raya, tayangan Raya, lagu Raya dan lain-lain kemungkaran yang
disandarkan kepada Hari Raya. Sedangkan Hari Raya Aidil-Fitri itu bermaksud hari
untuk seorang mukmin kembali kepada fitrah semulajadinya selepas sebulan
menjalani latihan taatkan Allah dan sebagai hari meraikan kemenangan melawan
nafsu selama sebulan.
Marilah kita memahami hakikat Ramadhan dan Hari Raya menurut perspektifnya yang
sebenar, melalui kacamata syarak, bukannya kacamata media massa atau akal dan
nafsu semata-mata, supaya kita tidak dimurkai oleh Allah selepas sebulan kita
berhempas-pulas diajar untuk taat kepada Allah.

Anda mungkin juga menyukai