Anda di halaman 1dari 61

Sains Dan Teknologi

Dalam Islam (II)


Disediakan oleh:
Ab.Aziz Ismail

1
Tajuk Tiga : Syariat.
3.1 Pengertian Maqasid Sayriyyah
•Yusuf al-Qardawi mendefenisikan maqasid al-syari’ah ialah tujuan-
tujuan yang dikehendaki oleh nas-nas baik berupa perintah, larangan
serta harus . Tujuan itu ingin mengarahkan hukum-hukum yang
bersifat juziyyah pada seluruh aspek kehidupan mukallaf.

2
•Pembahagian Maqasid Syariah
•a)  Al-Dharuriyyat  (kepentingan asas)
•Satu keperluan yang amat penting di mana kehidupan manusia tidak
akan bertahan tanpanya, dan apabila keperluan ini luput akan
menyebabkan kerosakan dan kebinasaan.

•Seluruh umat telah bersepakat bahawa syariat ini telah ditetapkan


untuk menjaga lima kepentingan asas (agama, nyawa, akal, keturunan
dan harta)

3
• b)  al-Hajiyat  (keperluan biasa)
• Keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan, yang mana
tanpanya kehidupan manusia akan menjadi tidak sempurna. dan
mengalami kesempitan, namun tidak sampai keperingkat yang
membinasakan sekiranya tidak menggunakan konsep al-hajiyat.

4
• c)  al-Tahsiniyat  (pelengkap kecantikan)
• Keperluan yang tidak sampai ke tahap kedua di atas. Ia hanya
bertujuan sebagai pelengkap kepada kehidupan, keselesaan dan
kecantikan. Tidak membinasakan dan tidak mendatangkan
kesusahan jika tiada al-tahsiniyat.

5
• Lima Maqasid syariah
• 1. Memelihara kemaslahatan agama
• Agama Islam harus dibela dari ancaman orang-orang yang tidak
bertanggung-jawab yang hendak merosak aqidah, ibadah dan
akhlak . Firman Allah al-Baqarah: 256:
• “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam..
• Bagi menjaga agama sains memperkenalkan sejadah elektronik,
praktik sembahyang memalui MP3, pengunaan kompas bagi
mengetahui arah kiblat.

6
• 2. Memelihara jiwa
• Islam menghargai jiwa seseorang. Oleh sebab itu, diberlakukanlah
hukum qishash yang merupakan suatu bentuk hukum pembalasan.
Firman Allah al-Baqarah;178:
• “Hai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan kepadamu
qishash (pembalasan) pada orang-orang yang dibunuh…”.
• Kemajuan sains dan teknologi boleh meyelamat nyawa seseorang
• Contoh: penggunaan alat keselamatan di rumah, kesihatan: jangan
nyawa ( kajian biotik), alat pengesanan/pencegahan racun dalam
makanan.

7
• 3. Memelihara akal
• Salah satu cara yang paling utama dalam memelihara akan adalah
dengan menghindari arak dan judi. Firman Allah al-Baqarah:219:
• “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai
khamar (minuman keras) dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu
terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia
• Dewan Bahasa dan Pustaka, alkohol didefinisikan sebagai cecair
yang mudah terbakar dan juga memabukkan

8
• Pengharaman arak kerana ada unsur kemudaratan
• Kajian saitifik: arak terbahagi kepada 4: alkohol monohidrik,
alkohol dihidrik, gula alkohol dan alkohol lemak.
• Alkohol monohidrik adalah alkohol yang mengandungi satu
kumpulan hidroksil (-OH). Terdapat lima jenis alkohol monohidrik
iaitu metanol (spirit kayu), etanol, propanol, butanol dan pentanol.
• Metanol adalah bahan yang beracun dan tidak boleh digunakan
oleh manusia. Metanol mudah meruwap. Cecairnya tidak berwarna
dan mudah terbakar. Dos maut untuk metanol ialah 0.65 %.

9
• Etanol dikenali sebagai alkohol bijirin atau alkohol minuman. Ia
tidak berwarna serta mudah terbakar dan mempunyai sedikit sifat
toksik dan beracun. Ia lebih biasa digunakan dalam makanan
berbanding jenis alkohol lain kerana rasa dan aromanya yang
menarik. Dos maut bagi etanol adalah 0.71% berdasarkan data
keselamatan bahan.

10
• 4. Memelihara keturunan dan kehormatan
• Islam mengatur pernikahan, dan mengharamkan zina. Didalam
Syariat Islam menentukan orang harus dan haram dikahwini.
• Firman Allah al-Baqarah: 221:
• “Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum
mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih
baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu.”
• Syariat Islam menharamkan percampuran keturunan, Contoh:
Pengharaman Klon manusia, ibu tumpang dan bank susu. (rujuk:
fatwa sains dalam tajuk empat)

11
• 5. Memelihara harta benda
• Syariat Islam menjamin pemilik harta yang sha. hukuman Had
diperkenalkan. Firman Allah al-Maidah: 38:
• “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah
tangan keduanya (sebagaimana) pembalasan bagi apa yang
mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha
perkasa lagi Maha Bijaksana”

12
• 4.1 Kaedah Fiqh asas.
• Pengertian Kaedah Fiqh
• Salah satu cabang dalam syariah bagi menentukan hukum semasa
yang tidak terdapat dalam al-Qur’an dan al-Hadith
• Bahasa: kata jama’ daripada qaidah bermaksud asas, jalan..
• Istilah: kaedah-kaedah hukum bersifat umum yang diambil
daripada dalil al-Qur’an dan al-Hadith.

13
• a. al-Umur Bimaqasidiha
• Maksud: setiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara
diambil kira berdasarkan niatnya
• Sumber:
• Al-Qur’an: Barangsiapa yang mahu pahala dunia Kami berikan pahala itu
dan barangsiapa yang mahu pahala akhirat Kami berikan pahala
itu………… (al-Imran: 145)
• Al-Hadith: Hanyalah setiap amalan itu dengan niat. Dan hanyalah setiap
orang akan memperolehi apa yang diniatkannya…..(Bukhari dan Muslim
• Contoh: buat bangunan dengan niat betul, tiada penipuan dan tujuan
keuntungan

14
• b.al-Yakin La Yuzal bi syak
• Maksud: perkara yang asal dan yakin tidak boleh ditinggalkan
hukumanya disebabkan syak/ragu
• Sumber: hadith diriwayatkan oleh Abu Said al-Hudhri ra sabda
Rasulullah:
• “Apabila seseorang daripada kamu syak sewaktu menunaikan
sembahyang ia tidak menbingati adakah telah selesai tiga atau
empat rakaat, maka hendaklah diketepikan syak.”
• Contoh: Pakar bedah mesti memutuskan bedah atau tidak
berdasarkan keyakinannya…. Jika yakin selamat, bedah mesti
dilakukan.

15
• C. Masyaqah tajlibu taisir.
• Didasarkan hukum-hukum Islam dan keluar daripadanya hukum
kemudahan;
• Dalil kaedah ini bahawa melatakkan bebanan perkara yang susah
menjadi kesukaran ke atas hamba-hamba atau mukallaf seteruskan
kesusahan itu hendaklah dihindarkan daripada mukallaf. Firman
Allah: al-Baqarah:185:
• “Allah menkehendaki kesenangan kepada kamu dan ia tidak mahu
mengkehendaki kesukaran ke atas kamu”
• Contoh: ikut keperluan, kanak-kanak cacat, mulut sumbing, hidup
tertutup, wajah cacat dlln.

16
• Sebab keringanan
• a. Kekurangan: tidak dikenakan beban syariat ke atas orang gila,
kanak-kanak dan orang tidur
• b. Jahil: harus bubar perkahwinan kerana aib salah seorang
pasangan yang disembunyikan
• c.Sakit: harus doktor memandang aurat wanita kerana berubat
• d. Musafir: berbuka puasa di bulan Ramadhan, solat jama’ dan
qasar
• e. Terlupa: makan/minum pada siang hari di bulan puasa

17
• d. Dharar Yuzal
• 1. Daharurat mengharuskan yang dilarang (Al-Dhaururah Tubih al-
makhzurah)
• Maksud kaedah: setiap sesuatu yang dilarang pada syara’ boleh
bertukar menjadi harus ketika darurat
• Kaedaan darurat mengharuskan yang dilarang dikenali sebagai
rukhras
• Contoh:
• a. Harus makan bangkai ketika terdesak
• b. Harus memandang aurat wanita kerana darurat (keperluan
rawatan)
18
• c. Lelaki boleh memandang kepada wanita tujuan pinangan,
mengajar, saksi, ,mua’amalat dan perubatan

• 2. Sesuatu yang diharuskan kerana darurat dihadkan menurut kadar


darurat sahaja( al-dharurah Tuqqadir bi qadariha).
• Islam mengharuskan yang dilarang ketika darurat kerana hendak
menolak kemudaratan
• Tidak patut untuk mengambil peluang berterusan merasa selesa
dengan yang haram atas alasan darurat

19
• Contoh aplikasi:
• a. Harus doktor memandang aurat wanita muhram dibataskan
sekadar hajat dan tempat-tempat yang perlu sahaja.

• 3. Kemudharatan yang lebih berat dihilangkan dengan


kemudharatan yang lebih ringan ( al-Dharar al-Assad yuzal bi al-
Dharar al-akhaf)

20
• Contoh aplikasi:
• Perempuan mengandung meninggal dunia walhal bayi dalam
kandungannya masih hidup dan bergerak, diharuskan untuk
membedah perutnya bagi menyelamatkan bayi dalam rahim
apabila bayi itu ada harapan hidup, kerana kemudharatan mati bayi
itu lebih besar dari membedah mayat.

21
• e. al-’Adah (’Uruf) mukammah.
• Adat kebiasaan itu dapat dijadikan landasan hukum. Kaedah fikah
ini dirumuskan oleh para ulama usul fiqh untuk menegaskan kesan
adat sebagai alasan bagi penetapan hukum.
• Contoh: Seseorang yang ingin membeli suatu barang, tidak perlu
mengucapkan akad, cukup mengambil barang lalu membayarnya
dengan sejumlah wang.
Contoh 'uruf amali ialah kebiasaan jual beli di kedai layan diri.
• Contoh: Persandingan diterima dgn syarat memenuhi syariat.

22
• Aplikasi kaedah Fiqh menangi isu sains.
• a. Mengubah ciptaan Alah.
• contoh aplikasi:
• al-masyaqqah Tajlibu taisyir:
• 1. tidak harus seseorang yang mempunyai anggota badan yang
lebih atau mempunyai anggota yang cacat membuang atau
mengubahnya kecuali dalam keadaan anggota tersebut boleh
membahayakannya atau menyakitinya .
• 2.Menurut al-Nawawi, digalakkan bagi wanita yang mempunyai
misai dan janggut mencabutnya . Perbuatan sebegini walaupun
termasuk dalam mengubah ciptaan Allah tetapi diharuskan.

23
• Al-umur bi maqasidiha.
• mazhab Maliki, harus bagi seorang wanita itu mengubah mana-
mana anggota badan termasuklah bertatu untuk tujuan berhias
kepada suami kecuali dia dilarang dari membotakkan kepalanya

24
b. Merosakkan alam
Pencemaran Alam:
mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis ke-20 dan 21/2016
pada18 dan 19 Feb 2016 memutuskan:

Perbuatan mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan


kemudaratan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan
tumbuhan adalah haram.
kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia
termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban
dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan penggunaan bom
atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar.

25
• C. Memudaratkan kehidupan.
• Teknologi maklumat:
• internet dilayari dalam laman- laman web yang berunsur lucah dan
tidak berakhlak.
• Teknologi makanan:
• makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang di
masukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain. GMF juga
memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi
bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya.

26
• 6. Ijtihad dan fatwa.
• Institusi Fatwa
• Makna ijtihad: Proses menggali hukum syariat dari dalil-dalil yang
bersifat zhanni dengan mencurahkan segenap tenaga dan
kemampuan.
• Makna fatwa dari bahasa: menjelas dan menghuraikan hukum
permasalahan
• Makna fatwa dari istilah: satu perbuatan yang dilakukan oleh Mufti
mengenai sesuatu hukum, atau satu keputusan hukum yang
dikeluarkan oleh faqih.

27
• Fatwa di Malaysia: Kenyataan Mufti yang diterbitkan melalui Warta
Undang-undang.
• Fatwa di Malaysia telah menjadi urusan rasmi pemerintah yang
dikawal pengeluarannya dan dikuatkuasakan peruntukannya.
• Hukum Fatwa:
• Fardhu kifayah, kecuali jika tiada yang layak (melainkan seorang
sahaja), maka ketika itu hukumnya adalah wajib ke atasnya

28
• Peranan Fatwa:
• a. Memberikan penjelasan hukum hakam untuk pegangan mustafti
(orang yang memohon fatwa) dan masyarakat
• b. Membuat penyeragaman dan penyelarasan hukum untuk
kepentingan umum.
• c. Menyelesaikan masalah dan pertikaian di kalangan masyarakat
dan ummah.
• d. Mewujudkan suasana perpaduan, kesatuan dan persaudaraan di
dalam kehidupan seharian di kalangan umat Islam.
• e. Memperlihatkan imej dan maruah Islam serta ummahnya yang
tinggi pada pandangan masyarakat bukan Islam

29
• f. Fatwa yang telah diputuskan dan diwartakan merupakan suatu
peraturan dan undang-undang yang mengikat orang ramai
terutama kepada mustafti untuk memahaminya
• g. Fatwa menjadi rujukan di dalam sesuatu hal berhubung dengan
hukum hakam dan hal ehwal Islam yang timbul dari semasa ke
semasa

30
• Pembahagian Majlis Fatwa
• A. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia
• Ditubuhkan pada awal tahun 1970 berdasarkan kepada peruntukan
Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia (MKI).
• Jawatankuasa ini merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat
Kebangsaan atas setiap perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis
Raja-Raja.

31
• TugasTugas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
• mengikut pada Perkara 14 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia adalah menimbang, memutus dan
mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan
agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja.
• Jawatankuasa ini akan mengemukakan pendapat-pendapatnya
kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
(MKI) yang kemudian menghantarkannya bersama dengan
pengesyoran-pengesyoran kepada Majlis Raja-Ra

32
• b. Jawatankuasa Fatwa Negeri.
• nama jawatankuasa ini berbeza-beza mengikut negeri, tetapi
fungsinya adalah sama sahaja iatu membantu Mufti dalam proses
mengeluarkan fatwa
• Jawatankuasa tersebut terdiri daripada:
• i) Mufti sebagai pengerusi
• ii) Dua orang ahli Majlis Agama Islam yang dilantik oleh Majlis
sendiri
• iii) Seorang pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang
mahir dalam hukum syarak yang akan dilantik oleh Majlis.

33
• iv) Orang-orang yang mahir dan berwibawa dalam hukum syarak
yang dilantik oleh Majlis, sekurang-kurangnya tiga orang, tetapi
tidak melebihi lima orang.
• Presedur penghasilan fatwa.
• Selepas keputusan fatwa diperoleh melalui mesyuarat,
Jawatankuasa Fatwa akan memaklumkan keputusan tersebut
kepada Majlis Agama Islam negeri.
• Sekiranya Majlis Agama Islam bersetuju untuk mewartakannya,
keputusan fatwa tersebut akan di draf untuk penelitian Yang
Berhormat(YB)Undang-undang Negeri.

34
• Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri akan
memastikan bahasa yang digunakan adalah bahasa undang-undang
kerana ia adalah untuk pewartaan
• Satu surat akan dihantar dan dihadapkan kepada Sultan atau
Pemangku Sultan untuk mohon perkenan. Sultan atau Pemangku
Sultan boleh atas pertimbangannya membenarkan atau tidak
membenarkan fatwa tersebut diwartakan.
• Sekiranya perkenan Sultan atau Pemangku Sultan telah diperolehi,
fatwa tersebut akan dihantar sekali lagi kepada YB Penasihat
Undang-undang untuk diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri
secara rasmi.

35
• Fatwa sains dan teknologi.
• a. Bank Mani 
• Keputusan:
• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Ke
• bangsaan Bagi Hal EhwalUgama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang
bersidang pada 28-29 Januari 1981 telah membincangkan Bank Air
Mani. Muzakarah telah memutuskanbahawa:
• 1.Mengadakan bank air mani adalah haram dalam Islam.
• 2.Sekiranya bank air mani telah sedia wujud maka kerajaan
hendaklah bertindak untuk menghapuskannya.

36
• 3.Permanian beradas yang dilakukan kepada manusia adalah haram
• kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram
(yangdiluluskan oleh syarak), dibenarkan oleh Islam.
• Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan
• dengan bank air mani adalah haram

37
• b.Bayi Tabung Uji
• Keputusan:
• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17
November 1982 danMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal UgamaIslam Malaysia Kali Ke-6 yang
bersidang pada 10 Oktober1983 telah membincangkan Bayi Tabung
Uji. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
• Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara
• ‘terhormat’ adalah sah di sisi Islam.

38
• Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi
tabung itu adalah tidak sah.
• Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan
berhak menerima hartapusaka dari keluarga yang berhak.
• Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara
yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai
cara‘terhormat’
•  

39
• C. Botox
• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia mengenai Fatwa Hukum Suntikan Botulinum Toxin
Type A pada 4-6 April 2009, Muzakarah kali-73:
• Botulinum Toxin Type A (botox) didapati mengandungi bahan-
bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-
bahannya ialah khinzir.

40
• Suntikan Botulinum Toxin Type A (botox) ini juga didapati boleh
memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka
panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan
• Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan
tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum
Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram
digunakan.
• Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum
Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya
dalam keadaaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan
oleh pakar yang bertauliah.

41
• D. Ternak Lintah
• KeputusanMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang
bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan hukum
menternak dan menjual Lintah dan Cacing untuk tujuan
perubatan dan kosmetik.

• Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan lintah dan


cacing dalam perubatan dan sebagai bahan kosmetik adalah
harus, dan hukum menternak atau berjual beli atas dasar
manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut
juga adalah harus.
42
• e. Penamanan rambut
• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 – 22 April
2011
• Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak
menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti
menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan
diri dari keaiban, selagi mana tidak bertentangan dan melampaui
batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

43
• Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa
menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat
penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri,
menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta
tidak mendatangkan sebarang kesan mudharat

44
• f. Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang
• Keputusan: 
• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008
telah membincangkan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat
IbuTumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat.
•  Muzakarah telah memutuskanbahawa menggunakan kaedah khidmat
ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam
walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada suami isteri yang
sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak
yang akan dilahirkan.
•  

45
• g.Bank susu
• Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada
15-17 Disember 2011 memutuskan:
•  Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah
termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat
Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh
mendatangkan kemudharatan kepada nasab atau keturunan
perlulah dielakkan.
•  
46
• SEBUAH bank susu ibu yang mengikut piawaian antarabangsa
buat kali pertama bakal diwujudkan di Hospital Tu Du,
Bandaraya Ho Chi Minh, kata Timbalan Pengarah Jabatan
Kesihatan Perbandaran, Prof Madya Dr Tang Chi Thuong.
• Ia dijadual dibuka pada suku pertama tahun depan, dengan
kerjasama FHI 360, sebuah pertubuhan pembangunan
manusia, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

•  

47
• Justeru, penubuhan bank susu ibu dicadangkan
pada 2016, dengan harapan dapat menyediakan
susu ibu yang sudah pasti selamat dan berkhasiat
bagi membantu menyelamatkan bayi berisiko.

48
• Hospital Tu Du adalah hospital obstetrik dan
ginekologi terkemuka di bandar itu,
mengendalikan kira-kira 66,000 kes kelahiran
setiap tahun, termasuk ratusan bayi pramatang
yang terpaksa diberi susu formula kerana
kekurangan susu ibu.

49
• Muzakarah bersetuju memutuskanbahawa penubuhan bank susu
adalah tidak diharuskan.
• Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan
bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, juga ibu yang
mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit
kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus
bagi ibu-ibu menderma
• susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan
• keluarga bayi serta perderma perlu mengenali antara satu sama
lain.
•  

50
• 6. Etika Islam dalam sains dan teknologi
• Hubungan etika, akhlak dan moral
• Etika: satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia,
sebagai contohnya, apabila kita katakan ‘etika perubatan’ maka
ianya bermaksud suatu kod yang dapat mengatur dan memberi
panduan tingkah laku kepada para doktor dalam perhubungan
antara mereka dan juga dengan pesakit.
Moral: disiplin yang akan dapat memberitahu kita apakan sistem
moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusia tertentu
• Etika bersifat teoritikal, moral bersifat praktikal. Etika penyelidikan
atau kajian moral bahan yang dikaji atau diselidik.

51
• Akhlak:
• Bahasa: daripada ‘khulq’ yang bererti perilaku, perangai atau
tabiat.
• Istilah: sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul
perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan
perimbangan terlebih dahulu.
• Perbezaan Antara Akhlak dan Moral dan Etika
• i) Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan
batin manusia manakala moral ialah satu sistem yang menilai
tindakan zahir manusia sahaja.

52
• ii) Akhlak mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia
dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia
dan manusia dengan makhluk lain manakala moral mencakupi
pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan
manusia dengan manusia sahaja.
• iii) Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-Quran dan
tunjuk ajar oleh Rasulullah saw manakala moral ditentukan oleh
manusia.
• iv) Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala
nilai-nilai moral bersifat relatif, subjektif dan sementara.

53
• Hubungan akhlak dan etika
• Akhlak Islam tidak terpisah daripada nilai agama.
• Pada dasar akhlak dan etika dua perkara yang sama, kedua
membincangkan perilaku seseorang dan bagaimana berinteraksi
antara makhluk lain
• Akhlak didasarkan al-Qur’an dan al-Hadith, etika dasarnya
pemikiran Yunani

54
• Asas etika Islam
1 Pegangan aqidah yang kukuh
Keimanan serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa
memohon bantuan daripadaNya
Perlu sedar Allah sentiasa melihat segala pemikiran dan perlakuan
manusia
Allah merupakan Pencipta dan Pemilik alam.
iman yang kukuh asas kepada generasi bertaqwa.

55
• 2. Kepatuhan kepada syariat
• Saintis hendaklah mengambil kira persoalan halal dan haram dalam
kerjayanya
• Matlamat murni dalam pembangunan dan penggunaan teknologi
seharusnya seiring dengan kaedah yang tidak melanggar batas-
batas ajaran Islam
• Kepatuhan kepada peraturan Allah dijadikan asas penting kepada
etika kerjayanya sekalipun berlawanan dengan tuntutan keinginan
sendiri
• Sains tidak boleh bersifat neutral dan bebas

56
• 3. Akhlaq
• Saintis bertanggungjawab untuk membawa kemakmuran dan
menjaga kehormonian alam
• Menghindari diri dari mengekploitasi sewenang-wenangnya segala
isi kandungan alam semata-mata untuk kepentingan sains, material
dan kekayaan
• Perlu melindungi alam sekitar, bersifat belas ihsan dan
menghormati hak-hak manusia serta lain-lain kehidupan untuk
hidup dengan selesa

57
• 4. Ilmu
• Allah menangkat orang berilmu, firman Allah al-Mujadalah:11:
• Allah meninggikan darjat orang-orang beriman di kalangan kamu,
dan orang-orang yang berilmu dngan bebrapa darjat”

58
• etika saintis dan teknokrat
• 1. Keyakinan kepada Allah
• 2. Ikhlas
• 3. Ihsan
• 4. Itqan
• 5. Konsisten

59
• Kepentingan etika.
• 1. Melahirkan saintis dan teknokrat muslim
• 2. Menentukan dasar aktiviti sains
• 3. Menentukan penggunaan sains berhemah
• 4. Sebagai panduan kepada saitis dan teknokrat.
• 5. Menentukan penggunaan hasil teknologi
• 6. Menentukan ruang lingkup kerjaya.

60

• Sekian Terima
• Kasih

61

Anda mungkin juga menyukai