Anda di halaman 1dari 22

Ciri-ciri Khusus Agama Islam

5. Inqilabiyyah (Merubah)

1
Ciri-ciri Khusus Agama Islam

• Inqilabiyyah (Merubah)
– Kedudukan Ijtihad Dalam Islam
– Prinsip Hukum Syariat
 Wajib
 Sunat
 Harus.
 Makruh
 Haram
 Syubhah
 Sah
 Batal
2
Inqilabiyyah???
• Bahasa Melayu – • Bermaksud menegakkan
terbalik/tukar Islam di atas keruntuhan
jahiliyyah
• Bahasa Inggeris – • Islam tidak boleh
Capsized berkompromi dengan
jahiliyyah atau kufur.

3
Inqilabiyyah???
• Melaksanakan perubahan dengan mencabut jahiliyah
dari akar umbinya, meruntuhkannya dan menegakkan
Islam di atas keruntuhan jahiliyyah tersebut.
• Islam perlu bersikap tajarrud iaitu membebaskan diri
daripada prinsip lain selain Islam.
• Namun dalam keadaan tertentu, tidak perlu
keruntuhan kufur atau jahiliyah terlebih dahulu
sebelum menegakkan Islam, contohnya suasana
sekeliling yang diselubungi kemungkaran, perlu
diterapkan nilai-nilai Islam walaupun bukan di bawah
pemerintahan Islam.
4
Inqilabiyyah???

5
Kedudukan Ijtihad Dalam Islam

Ijtihad ?

6
Ijtihad…

• Ijtihad berasal dari bahasa Arab – ‫د‬+‫ جه‬yang


bermaksud berusaha dengan bersungguh -sungguh.

• Menurut istilah ilmu Fiqh - ijtihad bererti


mengerahkan tenaga dan fikiran dengan sungguh-
sungguh untuk menyelidiki dan mengeluarkan (meng-
istinbat-kan) hukum-hukum yang terkandung
didalam  Al Qur’an dan hadis dengan syarat-syarat
tertentu. 
• Orang yang melakukan ijtihad disebut mujtahid.
7
Syarat-syarat Mujtahid
(menurut Yusof Al-Qardhawi)
1. memahami Al-Qur’an 5. menguasai ilmu Usul
dan asbabun nuzulnya Fiqh
(sebab-sebab turun 6. mengetahui syarat dan
ayat-ayat Al-Qur’an) rukun ijmak
2. memahami hadis dan 7. memahami
sebab-sebab masyarakat, adat
wurudnya (munculnya budayanya
hadis-hadis) 8. bersifat adil dan takwa
3. Menguasai ilmu
bahasa Arab
8
Apakah Perkaitan Inqilabiyah Dengan Ijtihad
?
• Islam ialah satu cara hidup yang menyediakan
sistem yang mengatur seluruh aspek
kehidupan manusia – sistem yang lain
daripada sistem kehidupan jahiliyah.

• Semua perbuatan dan tindakan manusia ada


ketetapan hukum yang berpandukan kpd
sumber-sumber yang diiktiraf.

9
Apakah Perkaitan Inqilabiyah Dengan Ijtihad ?

• Walaupun Al Quran telah diturunkan secara


sempurna dan lengkap, tidak bererti semua hal
dalam kehidupan manusia diatur secara detail oleh Al
Quran maupun Al Hadis.
• Selain itu ada perbedaan keadaan pada saat
turunnya Al Quran dengan kehidupan modern
sekarang.
• Setiap saat masalah baru terus berkembang dan
perlukan aturan-aturan dan hukum-hukum baru
dalam melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan
beragama sehari-hari.
10
• Jika terjadi persoalan baru bagi kalangan umat Islam
di suatu tempat tertentu /di suatu masa tertentu,
persoalan itu akan dikaji dahulu apakah perkara yang
dipersoalkan itu sudah ada dan jelas ketentuannya
dalam Al Quran atau Al Hadis.
• Sekiranya sudah ada, persoalan tersebut harus
mengikuti ketentuan yang ada sebagaimana
disebutkan dalam Al Quran atau Al Hadits itu.
• Jika persoalan itu merupakan perkara yang tidak jelas
atau tidak ada ketentuannya dlm Al Quran dan Hadis,
ketika itu umat Islam memerlukan ketetapan Ijtihad.
• Tapi yang berhak membuat Ijtihad ialah para
mujtahid yang berautoriti
11
Kedudukan Ijtihad Sebagai Sumber Hukum

• Ijtihad sebagai sumber ketiga setelah al-


Qur'an dan hadis.
• Ijtihad dilakukan jika suatu persoalan tidak
ditemukan hukumnya dalam al-Qur'an
dan hadis.
• Hukum yang dihasilkan daripada ijtihad
tidak boleh bertentangan dengan al-
Qur'an mahupun hadis.

12
JENIS-JENIS IJTIHAD
1. Ijmak 5. Masolihur
2. Qiyas mursalah
3. Istishab 6. Amal ahli
Madinah
4. Istihsan
7. Qaul as-Sohabah
8. Sad azzara’ik
http://www.ipapedia.web.id/2016/09/kedudukan-al-quran-hadis-dan-ijtihad.html
http://www.bahankuliyah.com/2013/04/sumber-sumber-hukum-islam.html
13
CATs
1. Apakah yang
dimaksudkan dengan
INQILABIYAH?
2. Bagaimana IJTIHAD itu
dalam kehidupan
manusia sedangkan Al-
Quran sudah lengkap?
3. Senaraikan 4 contoh
ijtihad dalam Islam

14
HUKUM SYARAK
• Hukum Syarak – khitabullah (+++‫ )خطابهللا‬yang
berkaitan dengan perbuatan mukallaf (taklifi) sama
ada berbentuk tuntutan, pilihan atau wadhie.

HUKUM SYARAK

HUKUM TAKLIFI HUKUM WADHIE

WAJIB HARAM HARUS BATAL


SAH

SUNAT MAKRUH
SYUBHAH
15
HUKUM
Slide Title SYARAK
• HUKUM TAKLIFI - khitabullah/perintah Allah
yang
– Mengandungi tuntutan ke atas mukallaf
sama ada melakukan atau meninggalkan
sesuatu perbuatan (wajib, sunat, haram,
makruh dan syubhah)
@
- Mengandungi pilihan sama ada hendak
melakukan sesuatu itu atau tidak (harus)
16
HUKUM SYARAK
• HUKUM WADHIE –
Khitabullah/perintah Allah yang
menjadikan sesuatu itu
– SEBAB
– SYARAT
–SAH
–BATAL

17
HUKUM SYARAK
• WAJIB – tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya
melakukan tuntutan itu secara pasti (jazam)
• Jika melakukan tuntutan itu dapat pahala dan
meninggalkannya dapat dosa.
– Contoh

• SUNAT - tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya


melakukan tuntutan itu dengan tuntutan tidak pasti.
• Jika melakukan tuntutan itu dapat pahala tetapi
meninggalkannya tidak berdosa.
– Contoh
18
HUKUM SYARAK
• HARAM - tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya
meninggalkan tuntutan itu secara pasti (jazam)
• Jika melakukan larangan itu berdosa tetapi
meninggalkannya dapat pahala
– Contoh

• MAKRUH - tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya


meninggalkan tuntutan itu dengan tuntutan tidak
pasti.
– Contoh

19
HUKUM SYARAK
• HARUS/IBAHAH – tuntutan syarak yang
mengandungi pilihan kepada mukallaf sama ada
untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya
• Boleh juga disebut HALAL

• SYUBHAH - Sesuatu yang diragui akan


kehalalannya dan keharamannya, maka adalah lebih
aula untuk meninggalkan keraguan itu.

20
Daripada ‘Abdullah bin An-Nu’man bin Basyir r.a katanya : “Aku telah
mendengar Rasulallah SAW bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas
nyata  (hukumnya) dan yang haram itu jelas nyata (hukumnya) dan di antara
kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara yang syubhah (yang
tidak akan jelas akan halal dan haramnya) yang tidak di ketahui oleh ramai
manusia, maka barang siapa yang berjaga-jaga  dari perkara yang syubhah,
sesugguhnya ia telah menjaga agama dan kehormatannya dan barangsiapa
yang terjatuh ke dalam perkara yang syubhah, maka ia telah terjatuh ke
dalam perkara yang haram, seumpama pengembala yang menggembala
kambingya di sekitar kawasan yang terlarang yang hampir-hampir binatang
gembalaannya masuk dan memakan rumput-rumpai yang ada di dalamnya.
Maka ketahuilah, bahawa kawasan larangan Allah swt adalah perkara-
perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah, sesungguhnya di dalam
tubuh manusia itu ada seketul daging, jika ia baik, maka baiklah keseluruhan
jasadnya  dan jika ia rosak, maka rosak pulalah keseluruhan jasad,
sesungguhnya ia adalah HATI
(riwayat Bukhari & Muslim)

HJH NURUL HUDA MOHD BISRI 21


HUKUM SYARAK
• SAH/SAHIH – perbuatan yang sempurna syarat dan
rukunnya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
• Contoh – solat yang cukup syarat dan rukunnya maka
perlakuan solat itu adalah sah.
• BATAL – perbuatan yang tidak sempurna syarat dan
rukunnya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
• Contoh – puasa wanita yang dalam haid/nifas – tidak
sah puasanya

22

Anda mungkin juga menyukai