Anda di halaman 1dari 25

PENGAJIAN ISLAM : TOPIK 2

SUMBER RUJUKAN DALAM ISLAM


HASIL PEMBELAJARAN :
Pada akhir topik, pelajar akan dapat :
• Menerangkan dengan tepat sumber-sumber rujukan yang
disepakati ulama yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
• Menghuraikan dengan tepat sumber-sumber yang disepakati dan
tidak disepakati ulama.
• Mengaplikasikan sumber-sumber yang disepakati dan sumber-
sumber tidak disepakati ulama sebagai rujukan dalam kehidupan.
UQI10102 Pengajian Islam
SHARIFAH KHADIJAH BINTI SYED ABU BAKAR
PENGENALAN
• Terdapat empat sumber.
SUMBER YANG • Semua ulama sepakat bahawa
DISEPAKATI sumber ini merupakan rujukan dalam
menentukan hukum terhadap
ULAMA permasalahan yang timbul

SUMBER YANG • Terdapat banyak sumber.


TIDAK • ulama tidak sepakat menggunakan
sumber ini sebagai rujukan dalam
DISEPAKATI menentukan hukum terhadap
permasalahan yang timbul
OLEH ULAMA
SUMBER YANG DISEPAKATI
1. AL-QURAN
Kalam Allah atau kitab diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab

dengan keterangan dan maknanya yang tepat

diriwayatkan secara mutawatir membaca setiap hurufnya adalah ibadah

bermula surah al-Fatihah berakhir dengan surah al-Nas


ANTARA NAMA DAN SIFAT AL-QURAN

Nama lain : Sifat al-Quran:


• Al-Kitab • Al-Nur
• Al-Furqan • Al-Mubin
• Al-Zikr • Al-Huda
• Al-Tanzil • Al-Rahmah
KEISTIMEWAAN AL-QURAN
• Kalam Allah SWT
• Menggunakan Bahasa Arab
• Diterima secara mutawatir
• Peringatan dan petunjuk bagi
seluruh alam
• Kitab yang benar
• Pembimbing kepada kehidupan
yang bercahaya
ASAS HUKUM DALAM AL-QURAN
Tidak menyulitkan Tidak membebankan Beransur-ansur

contoh contoh contoh

• Diharuskan • Larangan
Berdiri menghadap
mengqasarkan meminum arak
kiblat merupakan
solat ketika secara beransur-
rukun solat namun
bermusafir ansur
bagi orang yang
• Dibolehkan tidak • Kewajipan solat
sakit dibolehkan
berpuasa ketika berperingkat
solat dengan cara
bermusafir mengikut umur
duduk @ baring @
• Dibolehkan kanak-kanak
gerakan mata @
menjama’kan dua
gerakan hati.
solat
SUMBER YANG DISEPAKATI
2. AL-HADITH (AL-SUNNAH)
Perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w
berupa • Khabar
(merujuk
perkataan perbuatan hadith)
pengakuan
• Athar
(merujuk kata-
kata-kata perbuatan mendiamkan diri kata dan
tentang yang (tidak melarang) pendapat
sesuatu menjelaskan terhadap sahabat)
perkara syariat atau perkataan atau
atau undang- perbuatan
keadaan undang sahabat
HADITH QUDSI
• Hadith yang kata-katanya dilafazkan oleh Rasulullah SAW akan
tetapi bersumberkan secara terus daripada Allah SWT. @
• Perkataan nabi yang disebut dengan mengatakan Allah
berfirman, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan
diriwayatkan daripadanya

:‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬


ْ‫ْث َي ْذ ُكرُ ِني‬
ُ ‫ أ َنا ِع ْندَ َظنِّ َع ْب ِدىْ ِبيْ َو أ َنا َم َع ُه َحي‬:‫قال هللا تعالى‬
‫رواية بخاري ومسلم‬
Rasulullah SAW bersabda:
“Firman Allah Taala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku
bersamanya di mana saja ia sebut (ingat) akan Daku”
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
AL-SUNNAH

• Dari sudut bahasa bererti jalan, arah,


peraturan, bentuk atau tingkah laku.
• Dari sudut istilah bermaksud jalan
keagamaan yang telah dilaksanakan oleh
Rasulullah s.a.w.
• al-Sunnah merujuk secara khusus kepada
perilaku Rasulullah SAW sahaja.
KEDUDUKAN DAN FUNGSI AL-HADITH
•Sumber kedua selepas al-Quran
Kedudukan
•Selari dengan al-Quran

•Penguat dan penyokong al-Quran

•Penghurai dan pentafsir ayat al-Quran


•Menentukan sesuatu hukum yang tiada
Fungsi
dalam al-Quran
• Menasakhkan hukum yang terdapat dalam
al-Quran
•Menerangkan nasakh mansukh ayat al-
Quran
KATEGORI AL-HADITH
Dirawikan oleh ramai rawi yang berkualiti,
Mutawatir sehingga tidak mungkin termasuk dalam
kategori hadith palsu

Sahih Memiliki matan dan sanad yang dipercayai,


berkualiti dan kuat

Memiliki kelemahan pada matan dan /atau


Dhaif
sanad

Maudhu’ Palsu iaitu buatan manusia semata-mata


SUMBER YANG DISEPAKATI
3. IJMAK
Ittifaq (persetujuan) seluruh mujtahid atau ulamak

pada masa tertentu selepas kewafatan Rasulullah S.A.W

dalam sesuatu hukum syarak terhadap perkara

yang tidak terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan jelas


RUKUN IJMAK
Harus ada beberapa orang Ulamak yang
mujtahid yang bersepakat berusaha
sewaktu terjadinya peristiwa mengeluarkan
hukum

Kesepakatan seluruh mujtahid


yang ada dalam dunia syarat

Kesepakatan dinyatakan secara


• Mempunyai ilmu yang luas
tegas oleh setiap mujtahid dalam bidang :
• Al-Quran
Kesepakatan yang penuh dari • Al-Hadith
seluruh mujtahid • Ijmak
• Usul Fiqh
• Mahir ilmu bahasa Arab
SUMBER YANG DISEPAKATI
4. QIYAS
Membandingkan perkara yang tidak dinyatakan hukumnya

dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan perkara

yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah

kerana ada persamaan pada `illah Sebab


hukum
RUKUN QIYAS
Sesuatu yang tertentu (asal) contoh Arak

Hukum sesuatu yang Haram


contoh
tertentu

`illah contoh memabukkan

Sesuatu yang lain (furu’) contoh syabu

Syabu haram kerana ia juga memabukkan dan menghilangkan akal


sebagaimana arak. Hukum syabu diqiyaskan dengan hukum arak
BAHAGIAN DAN JENIS QIYAS
Qadhi dilarang membuat keputusan semasa menahan kencing
•Jaliy diqiaskan dengan larangan Nabi SAW qadhi membuat keputusan
(`illah jelas) dalam keadaan marah kerana ada gangguan fikiran dan tidak
tenteram hatinya
Bahagian
•Khafiy Diharamkan riba timbangan tumbuhan diqiyaskan dengan
pengharaman tambahan timbangan gandum kerana kedua-
(`illah duanya ditimbang walaupun gandum makanan dan
tersembunyi) tumbuha tidak boleh dimakan

Larangan memukul orang tua diqiyaskan dengan larangan


•Aula mengucapkan kata-kata yang menyakitkan hati orang tua
•(lebih utama kerana menyakitkan. `Illah lebih sesuai dengan perkara
kedudukan `Illah) baru atau cabang.
Larangan menjual harta anak yatim diqiyaskan dengan
Jenis •Musawi larangan memakan harta anak yatim kerana melakukan
kezaliman terhadap anak yatim. Kedudukan `Illah nya
•( sama kedudukan `illah) sama.

Larangan menambahkan (riba fadhl) timbangan


•Adna epal diqiyaskan dengan larangan menambah
•(lebih rendah kedudukan `illah) timbangan gandum kerana kedua-duanya
makanan.
SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI
1. MASALIH AL-MURSALAH (MASLAHAH)
Banyak digunakan oleh Imam Malik

Memutuskan sesuatu berasaskan prinsip kebaikan


am perkara yang tidak terdapat dalam nas al-
Qur`an dan al-Sunnah yang jelas
Contoh: dalam al-Quran dan al-Sunnah tidak ada nas yang melarang
pengumpulan al-Quran dari hafalan dan tulisan. Namun untuk
kemaslahatan (kepentingan) umat para sahabat di zaman Abu Bakar
bersepakat untuk menulis dan mengumpulkannya.
SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI

2. ISTIHSAN
Dipegang oleh golongan Hanafiah.

Mengenepikan sesuatu hukum yang mempunyai dalil atas suatu


perkara dengan mengambil hukum lain yang lebih kukuh dan lebih
kuat daripadan hukum pertama berasaskan kepada dalil syarak
yang membolehkan tindakan sedemikian.

Contoh: Mengenepikan hukuman potong tangan ke atas pencuri yang


melakukannya dalam musim kelaparan, sebagaimana yang pernah
dilakukan oleh Saidina Umar r.a
SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI

3. ISTISHAB
Pengekalan hukum yang terdahulu selagi
belum terdapat dalil yang mengubah hukum
tersebut.
Contoh: Hukum asal sesuatu adalah harus. Hukum memakan semua
makanan di muka bumi ini adalah halal sehinggalah datang dalil yang
menegah dan mengecualikan makanan yang halal menjadikannya
haram dimakan.
SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI

4. SAD AL-ZARI’AH
Pendekatan untuk menyekat perkara yang
boleh membawa seseorang terjebak dalam
perkara yang diharamkan.
Contoh: Mensyaratkan memiliki sjil nikah sebagai pengesahan dari
kesamaran dalam soal perkahwinan dan, nafkah, waris dll untuk
menolak berlakunya penipuan.
SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI

5. URF (ADAT)
Kebiasaan yang diamalkan oleh sebahagian besar
umat Islam dalam sesuatu masyarakat sama ada
dalam bentuk perbuatan atau percakapan dan
diterima pakai sebagai asas hukum selama ia tidak
bercanggah dengan syarak
Contoh: Jualbeli dengan jalan serah-terima barang tanpamenggunakan
kata-kata ijab dan qabul.
SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI

6. QAULU SAHABI )‫(قول الصحابى‬


Pendirian seorang sahabat mengenai suatu masalah
hukum ijtihad baik yang tercermin dalam fatwanya
mahupun dalam keputusan yang berkaitan
penegasan dalam al-Quran.

Contoh: Penentuan wanita haidh dan istihadhah bersandarkan kepada


kata-kata Saidatina Aisyah R.A..
SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI
7. SYAR’U MAN QABLANA )‫(الشرع من قبلنا‬

Syariat yang dibawa oleh para rasul sebelum Nabi


Muhammad SAW yang menjadi pembimbing bagi
kaumnya seperti syariat Nabi Ibrahim, Musa, Isa dan
sebagainya
Contoh: Penetapan Qisas sebagaimana yang disyariatkan dalam Kitab
Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa. A.S.
AKTIVITI
1. Senaraikan sumber rujukan yang disepakati
dan yang tidak disepakati.
2. Nyatakan kategori hadith.
3. Jelaskan bahagian dan jenis Qiyas.
RUJUKAN
• Al-Buti, Muhammad sa’id Ramadan (2004), Kubra al-
Yaqiniyyat, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir
• Asmawi Ehsan (2003), Ilmu Hadith: Sebagai sumber
hukum Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
• Abdul Wahab Khallaf (1981), Ilmu Usul al-Fiqh, Kuwait:
Dar al-Ilm
SEKIAN
TERIMA KASIH

UQI10102 PENGAJIAN ISLAM


khadijah@uthm.edu.my

Anda mungkin juga menyukai