Anda di halaman 1dari 7

ISTILAH-ISTILAH PSI T4

Melakukan kemaksiatan, meninggalkan perintah Allah dan menyimpang dari jalan ‫فاسق‬
yg benar

Orang yang menyaksikan tetapi tidak meyakini dan melaksanakan tuntutannya ‫أورغ فاسق‬

Orang yang (berpura-pura) menzahirkan keimanan sedangkan hatinya tetap kufur ‫منافق‬
kepada Allah

Orang yg mengingkari salah satu daripada prinsip akidah yg telah dijelaskan ‫كافير‬
dalam Al-Quran dan hadis

Orang yg berpaling ataupun keluar daripada islam sama ada dengan perbuatan, ‫مرتد‬
perkataan ataupun i'tiqad

Keadaan terlupa atau terlalai semasa melakukan ibadah solat (terlupa rakaat / ‫شک دالم صالة‬
meninggalkan sunat ab'ad)

Pesanan yg dibuat oleh seseorang kpd seseorang yg lain supaya melakukan ‫وصيت‬
kebaikan terhadap harta yg dimilikinya selepas pemberi wasiat meninggal dunia

Pewasiat ٰ
‫الموصى‬

Penerima wasiat ٰ
‫الموصى له‬

Harta yg diwasiatkan ‫الموصى به‬

Harta yg ditinggalkan oleh si mati kepada waris yg berhak menerima ‫ڤوساک‬

Akad pemberian milik seseorang secara sukarela yg berkaitan hartanya kepada ‫هيبة‬
orang lain semasa hidup

Pemberian berupa sesuatu yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain yg ‫صدقه‬
sangat memerlukan bantuan (golongan fakir & miskin )

Kadar yg ditentukan daripada beberapa jenis harta, yg wajib dikeluarkan kpd ‫زكاة‬
golongan manusia yg tertentu apabila cukup syarat tertentu

Cara atau ucapan selamat dan sejahtera kepada sesama orang islam ‫سالم‬
menggunakan lafaz yg khusus

Ilmu yang telah digunakan oleh ulamak dalam menetapkan hukum syarak ‫اصول الفقه‬

Dalil dan kaedah ‫اصول‬

Ilmu berkaitan hukum syarak secara amali yg diperoleh daripada dalil² yg terperinci ‫الفقه‬

Khitabullah yg menuntut untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya atau ‫حكوم تكليفي‬

1
ISTILAH-ISTILAH PSI T4

memilih untuk melakukannya atau tidak

Tuntutan untuk melakukan sesuatu perkara secara tegas (perkara tersebut ‫إيجاب‬
menjadi wajib iaitu dapat pahala jika buat, dapat dosa jika tinggal)

Tuntutan untuk melakukan sesuatu perkara secara tidak tegas (perkara tersebut ‫ْندب‬
menjadi sunat iaitu dapat pahala jika buat, tak berdosa jika tinggalkan)

Tuntutan untuk meninggalkan sesuatu perkara secara tidak tegas (perkara ‫كِراهة‬
tersebut menjadi makruh jika tinggal dan tak berdosa jika buat)

Tuntutan untuk meninggalkan sesuatu perkara secara tegas (perkara tersebut ‫تحريم‬
menjadi haram iaitu dapat dosa jika buat dan dapat pahala jika tinggalkan)

Pilihan yg diberikan syarak kepada mukalaf sama ada untuk melakukan suatu ‫اِباحة‬
perkara atau meninggalkannya (perkara tersebut menjadi harus iaitu tidak berdosa
jika ditinggalkan atau dilakukan)

Khitabullah yg menjadikan sesuatu itu sebagai sebab kepada sesuatu hukum atau ‫حكوم وضعي‬
syarat atau ‫ مانع‬penghalangan (‫ )صحيح \ باطل‬، (‫ )عزيمة \ رخصة‬bagi sesuatu hukum
syarak yg berkaitan dengan perbuatan mukalaf

Perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai pencetus kepada sesuatu hukum ‫سبب‬
syarak (sesuatu hukum wujud jika wujud sebabnya dan hukum tersebut tiada jika
tiada sebabnya)

Perkara yang membolehkan sesuatu hukum itu wujud dan ketiadaan hukum, ‫شرط‬
namun syarat boleh wujud tanpa wujudnya hukum

Perkara yg dijadikan oleh syarak sebagai penghalang kepada kewujudan hukum ‫مانع‬
atau sebab hukum

Perbuatan mukalaf yg cukup rukun dan syaratnya, cth: (solat yg memenuhi rukun ‫صحيح‬
dan syarat)

Perbuatan mukalaf yg tidak cukup rukun dan syaratnya, cth: (solat yg tak ‫باطِ ل‬
memenuhi rukun dan syarat)

Perkara yg disyariatkan pada permulaan dan bukan disyariatkan kerana wujudnya ‫عزيْمة‬
halangan, cth: (makan bangkai,solat zohor 4 rakaat)

Perkara yg disyariatkan disebabkan wujudnya halangan untuk melaksanakan ‫رخصة‬


perintah asal syarak, cth: (lakukan solat secara jama' dan qasar ketika musafir,
makan bangkai ketika kebuluran yg blh ancam nyawa)

Kalam Allah yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad dalam bahasa arab ‫القرآن‬
sebagai mukjizat, dalam bentuk mashaf, disampaikan kpd setiap generasi secara
mutawatir, membacanya dikira ibadah dan dimulai dengan suraah Al fatihah dan

2
ISTILAH-ISTILAH PSI T4

diakhiri dgn surah an nas

Percakapan rasulullah selain daripada Al-Quran, perbuatan atau perakuan ‫السنة‬


baginda

Persepakatan ulamak mujtahidin daripada umat nabi muhammad pada suatu ‫اإلجماع‬
masa terhadap sesuatu hukum syarak selepas kewafatan baginda

Menyamakan hukum perkara yg tidak mempunyai hukum dalam nas dgn perkara ‫القياص‬
yg mempunyai hukumnya dalam nas syarak disebabkan persamaan sifat ‫العلة‬
pada kedua-duanya

Perkara yg telah dinyatakan hukumnya oleh nas syarak, cth: (melakukan akad jual ‫األصل‬
beli ketika waktu solat jumaat)

Hukum yg dinyatakan oleh nas syarak ‫حكوم األصل‬

Perkara yg tidak mempunyai hukum yang dinyatakan oleh nas syarak ‫الفرع‬

Sifat persamaan yg wujud antara ‫ األصل‬dgn ‫الفرع‬ ‫العلة‬

Mendahulukan Al-Qias yg tersembunyi (‫)خفي‬berbanding dengan Al-Qias yg jelas ( ‫اإلستحسان‬


‫ )جلى‬disebabkan sesuatu dalil atau mengecualikan suatu permasalahan daripada
kaedahnya yg umum disebabkan terdapat dalil khas yg lebih kuat

Mensabitkan atau menafikan hukum sesuatu perkara pada masa kini atau pada ‫اإلستصحاب‬
masa hadapan berdasarkan kepada hukumnya pada masa lalu disebabkan tiada
dalil yg mengubahnya

Kebaikan yg bersesuaian dengan kebaikan yg dianjurkan oleh syarak tetapi tiada ‫المصالح المرسلة‬
nas syarak secara khusus mengiktiraf atau menolaknya

Fatwa, pandangan atau mazhab sahabat Rasulullah dalam satu permasalahan yg ‫قول الصحابي‬
tiada hukum daripada nas dan tidak disepakati oleh mereka

Mencegah perkara harus yg boleh mendatangkan kemudharatan ‫س ّد الذرا ٔىع‬

Perkara yang menjadi kebiasaan masyarakat sama ada berbentuk perkataan atau ‫العُرف والعادة‬
perbuatan

Mengunjungi Baitullah Al-Haram dimekah pada masa tertentu untuk menunaikan ‫حج‬
ibadah ibadah tertentu dengan syarat² tertentu

Mengunjungi Baitullah Al-Haram dimekah pada bila² masa untuk menunaikan ‫عمرة‬
ibadah tertentu dengan syarat² tertentu

Berniat ihram haji sahaja dimiqat sebelum memasuki mekah pada bulan² haji ‫حج إفراد‬
kemudian setelah selesai semua pekerjaan haji barulah berniat mengerjakan

3
ISTILAH-ISTILAH PSI T4

umrah (Haji ini tidak dikenakan dam)

Berniat ihram umrah dan haji serentak dimiqat sebelum memasuki mekah pada ‫حج قِران‬
bulan² haji (Haji ini dikenakan dam)

Berniat ihram umrah sahaja dimiqat sebelum memasuki mekah pada bulan² haji ‫حج تمتع‬
kemudian setelah selesai semua pekerjaan umrah barulah berniat mengerjakan
haji pula sebelum keluar berwukuf diarafah pada 9 zulhijjah (Haji ini dikenakan
dam)

Mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali dengan menjadikan kaabah disebelah kiri ‫طواف‬
bermula dari sudut Hajarul Aswad dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan
besar

Berjalan berulang-alik bermula dari bukit safa dan berakhir dibukit marwah ‫سعي‬
sebanyak 7 kali selepas tawaf

Mengerjakan haji untuk orang lain yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia ‫نيابة حج‬
dengan syarat² tertentu (niabah juga ada bagi ibadah umrah)

Menghilangkan nyawa binatang yg halal dimakan dengan menggunakan alat tajam ‫سمبليهن‬
sama ada dengan cara memutuskan urat halkum dan mareh jika boleh ditangkap,
atau mencederakan mana² bahagian anggota binatang tersebut yg boleh
mematikannya jika tidak boleh ditangkap, atau dengan menggunakan binatang
pemburu yg terlatih

Menangkap binatang liar yang halal dimakan dan belum dimiliki serta belum ‫ڤمبوروان‬
dikuasai

Menyembelih ternakan pada hari raya korban iaitu 10 zulhijjah sehingga hari² ‫قربان‬
tasyrik iaitu 11, 12, 13 zulhijjah dengan tujuan dekatkan diri pd Allah

Binatang yg disembelih ketika mencukur rambut bayi yg baru dilahirkan sebagai ‫عقيقه‬
tanda bersyukur kepada Allah

Tatacara atau peraturan dalam perhubungan antara sesama manusia untuk ‫معاملة‬
memenuhi keperluan masing²

Pertukaran harta dengan harta dalam bentuk yg tertentu secara sukarela dengan ‫عقد البيع‬
tujuan melepaskan pemilikan atau mendapatkan pemilikan

Akad yg melibatkan pertukaran antara faedah atau manfaat daripada sesuatu ‫عقد اإلجارة‬
barang atau tenaga kerja dengan bayaran atau upah tertentu dalam tempoh yg
dipersetujui

Akad untuk mendapatkan ganjaran ‫عقود المعاوضات‬

Urus niaga yg melibatkan dua peringkat urus niaga. Pembeli membeli aset secara ‫بيع التورق‬

4
ISTILAH-ISTILAH PSI T4

berhutang, pembeli tidak berniat untuk menggunakan / memanfaatkannya tetapi


hanya ingin menjual semula bagi memperoleh wang tunai.

Akad jual beli secara pesanan terhadap aset tertentu dgn spesifikasi tertentu. ‫بيع السالم‬
Pembayaran penuh dibuat secara tunai semasa akad dimeterai manakala
penyerahan barang ditangguhkan kesuatu masa yg ditetapkan

Akad jual beli yg melibatkan pembuatan, penghasilan / pembinaan aset tertentu ‫بيع اإلستصناع‬
dengan spesifikasi dan syarat tertentu yg dipersetujui antara penjual dgn pembeli
(meminta untuk membuatkan sesuatu)

Akad jual beli hak hutang yg terbentuk hasil daripada aktiviti perniagaan yg ‫بيع الدين‬
berlandaskan syarak (hutang yg mempunyai tempoh)

Kontrak perkongsian antara dua pihak atau lebih untuk membiayai sesuatu ‫مُشاركة‬
perniagaan dan semua pihak yg terlibat meyumbang modal sama ada dalam
bentuk tunai atau lain². Keuntungan dan kerugian akan ditanggung bersama
mengikut nisbah sumbangan modal masing² (perkongsian antara dua org)

Perkongsian modal dan kerja dua orang tanpa disyaratkan persamaan modal atau ‫شركة العنان‬
kerja serta keuntungan diagihkan antara mereka berdasarkan nisbah yg telah
disepakati

Persetujuan antara dua orang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dan ‫شركة األبدان‬
keuntungannya dibahagikan antara mereka

Perkongsian modal dan kerja antara dua orang dengan kadar yg sama serta ‫شركة المفاوضة‬
keuntungan diagihkan antara mereka dengan kadar yg sama

Perkongsian antara dua pihak terhadap keuntungan jualan barang yg dibeli ‫شركة الوجوه‬
berdasarkan kepada kepercayaan dan nama baik mereka sahaja serta tidak
menggunakan modal

Kontrak antara dua orang bagi menjalankan sesuatu usaha niaga yg melibatkan ‫مضاربة‬
pelabur dan pengusaha. Pemodal menyediakan dan pengusaha menjalankan
usaha niaga tersebut. Sebarang keuntungan dikongsi antara pemodal dgn
pengusaha berdasarkan syarat dan nisbah yg dipersetujui manakala kerugian
akan ditanggung oleh pelabur

Akad untuk memberikan harta atau manfaat kepada orang lain tanpa sebarang ‫عقود التبرعات‬
balasan dengan tujuan sebagai kebajikan semata

Memberikan pemilikan harta kepada orang lain tanpa sebarang bayaran atau ‫الهبة‬
balasan ketika masih hidup secara sukarela

Harta yg diserahkan kepada orang lain untuk menjaganya tanpa diberikan upah ‫الوديعة‬

Memberikan harta kepada pihak yang memanfaatkan harta tersebut dan ‫القرض‬

5
ISTILAH-ISTILAH PSI T4

dikembalikan gantian yg sama jenis dengannya tanpa sebarang tambahan

Menjamin hak yg thabit diatas tanggungan orang lain atau mendatangkan orang ‫الكفالة‬
yang menanggung hak atau mendatang harta yg dijamin

Menjadikan suatu aset sebagai jaminan kpd penjamin, agar pinjaman tersebut ‫الرهن‬
boleh dilunaskan dgn nilai aset jaminan tersebut sekiranya peminjam tidak mampu
melunaskan pinjamannya

Hukum yg ditetapkan oleh Allah kpd umat manusia yg meliputi aspek akidah, ‫ڤروندغن إسالم‬
syariat, akhlak dan peraturan² kehidupan yg perlu diyakini, dipatuhi dan diamalkan

Tujuan akhir untuk mencapai keredhaan Allah dengan melaksanakan syariatnya ‫مقاصد شريعة‬
diatas muka bumi dan ia menjadi pedoman hidup manusia

Segala pencapaian dan kemajuan yg mencakupi semua aspek kegiatan manusia ‫تمدون إسالم‬
dari sudut kebudayaan, ilmu, dan keagamaan yg berasaskan prinsip akidah,
syariat dan akhlak islam

Denda bagi kesalahan² dalam haji dan umrah yg boleh dipilih mana² satu untuk ‫دم تخيير‬
dilakukan

Denda bagi kesalahan² dalam haji dan umrah yg perlu dilakukan secara turutan ‫دم ترتيب‬
tertentu bergantung kpd kemampuan

Denda bagi kesalahan² dalam haji dan unrah yg boleh dinilai dengan perkara lain ‫دم تعديل‬
sebagai gantinya

Denda bagi kesalahan² dalam haji dan umrah yg telah ditetapkan oleh syarak ‫دم تقدير‬
secara khusus

Kaedah khusus bagi penulisan Al-Quran yang berasaskan kpd qiraat² Al-Quran ‫رسم عثماني‬
dan berbeza dengan kaedah penulisan bahasa arab biasa

Mesyuarat (untuk mencapai keputusan menurut suara terbanyak) ‫شورى‬

Ulamak yg mengetahui dan memahami dgn mendalam mengenai dalil², kaedah² …‫علماء مجتهدين‬
dan usul² syarak serta berkelayakan untuk mengeluarkan hukum syarak

Bebas daripada larangan ihram ‫تحلل‬

Meneliti dan memilih suatu berita, tidak secara tergesa-gesa dalam memutuskan ‫تبين‬
suatu permasalahan baik dalam perkara hukum dan sebagainya hingga sampai
jelas benar permasalahannya

Tempat menyimpan harta negara ‫بيت المال‬

Tempat memperjual belikan saham, barangan dan lain² ‫بورسا‬

6
ISTILAH-ISTILAH PSI T4

Perkara yg boleh menghapuskan dosa dan kesalahan ‫كفارة‬

Ulamak yg mahir mengenai ilmu feqah dan hukum hakam ‫الفقهاء‬

Ilmu berkaitan pembahagian harta orang yg telah meninggal dunia ‫الفرا ٔىض‬

Anda mungkin juga menyukai