Anda di halaman 1dari 12

Kalimah Makna

Iman Pengakuan atau ikrar dengan lisan, membenarkan dalam hati dan
dibuktikan dengan amalan zahir.
Fitrah Sesuatu yang semulajadi wujud dalam diri manusia mengikut apa
yang terbaik untuk kepentingan manusia itu sendiri.
Beriman Mengaku dan berikrar dengan lisan, membenarkan dalam hati akan
kewujudan dan kekuasaaan Allah, dan dibuktikan dengan amalan
yang zahir.
Islam sebagai ad-Din Suatu cara hidup yang lengkap meliputi setiap aspek kehidupan
manusia.
Hidayah Petunjuk atau pimpinan.
Nutfah Persenyawaan sperma dan ovum.
Alaqah Seketul darah.
Mudghah Segumpal daging
Izham Tulang
Usul Fiqh Usul (Bahasa) - Asas, sumber, kaedah atau dalil.
Al-Fiqh (Bahasa) Memahami sesuatu perkara.
Al-Fiqh (Istilah) Pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang
berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-
dalil tafsili.
Ilmu Usul Fiqh Ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak
yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafisili.
Hukum syarak Khitabullah yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf sama ada
berbentuk tuntutan (iqtidha), pilihan (takhyir) atau wadhai.
Iqtidha Tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada tuntutan
tersebut pasti atau tidak.
Takhyir Khitabullah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak
melakukan sesuatu atau tidak.
Wadhai Khitabullah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab, syarat atau
penghalang kepada sesuatu hukum.
Hukum taklifi Khitabullah yang mengandungi tuntutan ke atas mukallaf supaya
melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau mengandungi
pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.
Ijab Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu
perbuatan dengan tuntuan pasti (jazam).
Nadbun Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu
perbuatan dengan tuntutan tidak pasti (ghairu jazam).
Tahrim Tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan
tuntutan pasti (jazam).
Karahah Tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan
tuntutan tidak pasti (ghairu jazam).
Ibahah Tuntuan syarak yang mengandungi pilihan kepada mukallaf sama ada
untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannnya.
Hukum wadhai Khitabullah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau
penghalang (mani) kepada sesuatu hukum.
Sebab Sesuatu yang menjadi asas wujudnya sesuatu hukum.
Syarat Sesuatu yang kerana adanya ada hukum tetapi tidak semestinya
apabila adanya ada hukum.
Mani (Penghalang) Sesuatu yang kerananya sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan
sedangkan tanpanya hukum tersebut dapat dilaksanakan.
Sahih Perbuatam yang sempurna syarat dan rukunnya serta terhasil kesan
yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
Batil Perbuatan yag tidak sempurna syarat dan rukunnya serta tidak
terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang
ditetapkan oleh syarak.
Al-Quran Kitan Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dalam
bahasa Arab, mempunyai mukjizat, membacanya dikira ibadat dan
disampaikan kepada generasi kemudian secara mutawatir.
As-Sunnah Percakapan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. serta pengakuannya
terhadap kenyataan atau tindakan orang lain.
Ijma Bahasa Keazaman atau persepakatan
Istilah Persepakatan para ulama mujtahid umat Nabi Muhammad
s.a.w. terhadap sesuatu hukum syarak pada sesuatu masa selepas
kewafatan baginda.
Al-Ijma As-Sarih Persepakatan yang berlaku secara jelas di kalangan semua mujtahid
sama ada melalui kata-kata atau perbuatan.
Al-Ijma As-Sukuti Persepakatan yang berlaku secara jelas di kalangan sebahagian
mujtahid sama ada melalui kata-kata atau perbuatan. Sementara
sebahagian yang lain mendiamkan diri tanpa menunjukkan sebarang
tanda persetujuan atau sebaliknya.
Qias Bahasa Pengukuran atau penyamaan.
Istilah Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya
dalam nas dengan masalah yang dijelaskan hukumnya dalam nas
kerana terdapat persamaan illah pada kedua masalah tersebut.
Al-Aslu Perkara yag dikiaskan kepadanya.
Al-Faru Perkara yang dikiaskannya.
Al-Illah Sifat yang sama antara al-aslu dengan al-faru.
Hukum al-aslu Hukum Al-aslu yang sabit berdasarkan nas.
Al-Istihsan Bahasa Menganggap sesuatu sebagai baik.
Istilah Menggunakan qias yang tidak nyata dengan meninggalkan
qias yang nyata atau mengecualikan sesuatu perkara dari dalil atau
kaedah umum berdasarkan dalil-dalil yang tertentu.
Al-masalihul mursalah / Al-masalih (Bahasa) Kemaslahatan atau kebaikan
Al-istislah Al-mursalah (Bahasa) Dilepaskan
Al-masalihul mursalah (Istilah) Menentukan hukum sesuatu
berdasarkan kemaslahatan tertentu yang tiada ketentuan nas mahu
pun al-ijma yang menerima atau menolaknya.
Al-istishab Bahasa Minta bersama-sama atau bersahabat.
Istilah Menggunakan sesuatu hukum yang sabit melalui dalil pada
masa lalu sehingga ada dalil lain yang mengubahnya.
Saddu az-Zarai Bahasa Menutup jalan-jalan kejahatan.
Istilah Menghalang perkara-perkara harus yang boleh membawa
kepada perkara-perkara yang haram.
Qaulu as-Sahabi Qaulu as-Sahabi Pandangan sahabat Rasulullah s.a.w.
Sahabat (Istilah Usul Fiqh) Orang yang pernah bertemu dengan
Rasullah s.a.w. dalam keadaan beriman serta berdampingan
dengannya untuk jangka masa yang lama.
Qaulu as-Sahabi (Istilah Usul Fiqh) Kata-kata atau perbuatan orang
yang pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. (sahabat nabi) dalam
keadaan beriman serta berdampingan dengannya untuk jangka masa
yang lama.
Amal Ahlil Madinah Perkataan atau perbuatan yng disepakati oleh penduduk al-Madinah
dalam lingkungan tiga kurun hijriah yang pertama.
Syaru man qablana Syariat rasul-rasul terdahulu yang terdapat dalam al-Quran atau as-
Sunnah, tetapi tiada arahan supaya kita mengikuti atau
menghindarinya.
Al-Urfu wal adat (Istilah Usul Fiqh) Perkataan atau perbuatan yang menjadi
kebiasaan sekumpulan manusia dan diterima baik oleh akal yang
sejahtera.
Tayamum Bahasa Memilih sesuatu atau berkehendakkan sesuatu.
Istilah Menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan kedua tapak
tangan sebagai ganti kepada wuduk keseluruhannya atau basuhan
kepada mana-mana anggota wuduk atau kepada mandi wajib.
Qiamullail Bangun pada waktu malam selepas tidur dengan tujuan untuk
beribadat kepada Allah.
Puasa Bahasa Menahan diri daripada sesuatu.
Istilah Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehingga terbenam
matahari disertai dengan niat.
Tatu Membuat tanda atau lukisan pada mana-mana anggota tubuh secara
kekal seperti muka, lengan dan belakang.
Khusyuk dalam solat Melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah yag dilakukan
dengan anggota badan dan hati serta menjaga syarat, adab-adab
solat dengan sempurna.
Syak dalam solat Keadaan terlalai atau terlupa ketika melakukan solat seperti lupa
bilangan rakaat, membaca al-Fatihah dan sebagainya.
Wasiat Bahasa Berpesan.
Syarak Pesanan yang dibuat oleh seseorang kepada seseorang yang
lain supaya melakukan kebaikan terhadap harta yang dimilikinya
selepas dia meninggal dunia.
Pusaka Bahasa Peninggalan si mati.
Istilah fuqaha Sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta
benda dan hak-hak yang berhak diterima oleh warisnya dengan
sebab kematian.
Waqaf Bahasa Menahan
Syarak Menahan harta benda yang berfaedah yang masih kekal
ainnya dari diurus oleh tuan tersebut atau orang lain untuk tujuan
harus kerana mendekatkan diri kepada Allah.
Hibah/Hadiah Syarak Satu akad yang dapat memindahkan milik sesuatu barangan
tanpa perlu menukar ganti, kerana ia dibuat secara sukarela.
Atiah Pemberian ketika sakit.
Salam Selamat dan sejahtera.
Memberi salam Memberi ucapan selamat dan sejahtera kepada seseorang dengan
menggunakan ucapan khusus iaitu Assalamualaikum atau salamullahi
alaikum.
Haji Bahasa Mengunjungi tempat yang mulia.
Syarak Mengunjungi baitullah al-haram di Mekah untuk melakukan
ibadat tertentu pada waktu tertentu berdasarkan syarat tertentu.
Umrah Bahasa Ziarah
Istilah Mengunjungi baitullah al-haram di Mekah untuk melakukan
ibadat tertentu, pada bila-bila masa.
Niat ihram Berniat menunaikan haji atau umrah secara berasingan atau kedua-
duanya sekali.
Wukuf Berada di Arafah walaupun seketika.
Tawaf Mengelilingi baitullah al-haram sebanyak tujuh kali dengan syarat-
syarat tertentu dab dengan tujuan beribadat kepada Allah.
Tawaf Ifadhah Tawaf rukun bagi ibadat haji dan umrah.
Tawaf Qudum Tawaf selamat datang yang dilakukan oleh setiap orang yang baru
sampai di Mekah.
Tawaf Sunat Tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai.
Tawaf Wida Tawaf selamat tinggal.
Saie Berjalan berulag-alik dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali.
Tahallul Bebas daripada pantang larang semasa dalam ihram.
Miqat Tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat haji atau umrah.
Miqat Zamani Ketentuan masa untuk seseorang berniat ihram.
Miqat Makani Ketentuan tempat untuk seseorang berniat ihram.
Dam Denda yang wajib dilaksanakan oleh orang yang menunaikan haji
atau umrah.
Tartib Wajib melakukan mengikut urutan.
Taqdir Gantiannya telah ditetapkan oleh syarak tanpa berlebih kurang.
Tadil Syarak memerintahkan supaya menilai dan berpindah kepada
gantian berdasarkan nilaian tersebut.
Niabah dalam haji Seseorang itu tidak mengerjakan haji dengan sendiri, tetapi haji
dikerjakan oleh orang lain sama ada semasa dia masih hidup atau
setelah dia meninggal dunia.
Sembelihan Menghilangkan nyawa binatang daratan yang halal dimakan dengan
menggunakan alat yang tajam.
Korban Penyembelihan binatang al-anam yang dilakukan pada hari
kesepuluh Zulhijjah sehingga akhir hari tasyrik. Ia dilakukan dengan
tujuan beribadat kepada Allah.
Akikah Penyembelihan binatang al-anam yang dilakukan ketika mencukur
rambut bayi ynag baru dilahirkan.
Muamalat Tatacara atau peraturan dalam perhubungan antara sesama manusia
untuk memenuhi keperluan masing-masing.
Jual beli Memindah milik dengan ganti atas dasar kerelaan.
Khiyar -Pilihan
-Ertinya pihak pembeli dan penjual diberi hak membuat pilihan sama
ada untuk meneruskan jual beli tersebut atau tidak meneruskanya
dengan sebab-sebab yang tertentu.
Khiyar Majlis Pemilihan yang dilakukan semasa masih berada dalam majlis akad
jual beli penjual dan pembeli berhak memilih sama ada hendak
meneruskan jual beli yang telah diakadkan di majlis itu atau
membatalkannya.
Khiyar Syarat Persetujuan antara pihak-pihak yang berjual beli mensyaratkan
semasa melakukan akad jual beli bahawa kedua-dua mereka atau
satu daripadanya berhak memilih sama ada jual beli itu diteruskan
atau dibatalkan.
Khiyar Aib Pemilihan pembeli sama ada untuk meneruskan jual beli atau
membatalkannya pada ketika didapati bahawa terdapat kecatatan
pada barang yang dibeli itu.
Baiu as-salam Jual beli dengan bayaran harganya secara tunai semasa akad dan
penyerahan barang ditangguh sehingga ke satu masa yang
ditetapkan.
Al-bai bisamanin ajil/ Menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual
Jualan dengan harga kepada pembeli dan ditangguhkan bayran harganya sehingga ke
tangguh suatu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.
Syarikat Suatu kontrak antara dua pihak yang berkongsi modal dan untung.
Syarikat Imlak Syarikat yang berlaku apabila lebih daripada seorang memiliki
sesuatu barang tanpa akad.
Syarikat Uqud Syarikat yang berlaku apabila dua orang atau lebih melakukan akad
untuk berkongsi dalam sesuatu kepentingan harta dan keuntungan
daripada harta tersebut.
Syarikat Inan Perkongsian dua orang dalam urusan harta bahawa mereka akan
memperdagangkannya dengan keuntungan akan dibahagi dua.
Syarikat Mufawadhah Perkongsian dua orang atau lebih untuk melakukan kerjasama dalam
sesuatu urusan.
Syarikat Wujuh Syarikat yang berlaku apabila dua orang atau lebih membeli sesuatu
tanpa modal tetapi hanya bergantung kepada nama baik mereka dan
kepercayaan pedagang-pedagang terhadap mereka dengan
keuntungan dikongsi bersama.
Syarikat Abdan Syarikat yang berlaku apabila dua orang atau lebih bersetuju untuk
menerima pekerjaan, dengan ketentuan bahawa upah yang mereka
terima dibahagikan menurut persetujuan masing-masing.
Al-Mudharabah Akad antara dua pihak yang mengandungi penyerahan modal oleh
satu pihak kepada satu pihak lagi untuk berniaga dengan berkongsi
untung.
Rahnu/ Gadaian Menjadikan sesuatu barang yang berharga sebagai sandaran bagi
hutang yang boleh dibayar dengannya apabila hutang itu tidak dapat
dibayar.
Wadiah Menyerahkan harta benda yang dimiliki oleh seseorang kepada
seseorang yang lain untuk menjaganya.
Takaful Satu kontrak di mana seseorang itu bertanggungjawab membantu
seseorang lain apabila berlaku sesuatu kejadian yang ditentukan
dalam kontrak.
Saham Suatu kepentingan dalam syarikat.
Kalimah Makna
Dosa Bahasa Hukuman atau balasan.
Syarak Balasan buruk daripada Allah
disebabkan melakukan sesuatu yang dilarang
oleh Allah atau meninggalkan sesuatu yang
diperintahnya.
Pahala Bahasa Ganjaran atau balasan.
Syarak Ganjaran baik yang dikurniakan oleh
Allah kerana mematuhi perintah-Nya dan
menjauhi larangan-Nya.
Dosa besar Setiap dosa yang disebut di dalam al-Quran dan
al-Hadis serta diakhiri sebutannya dengan
ancaman api neraka atau mendapat
kemurkaannya atau kutukan dan seksaannya.
Dosa kecil Segala kesalahan yang berada di luar batasan
hukum had dan seksaan di akhirat yang mana
larangannya tidak disertai dengan ancaman
kemurkaan dan seksaan daripada Allah.
Taubat Kembali ke pangkal jalan iaitu kembali kepada
fitrah.
Makrifatullah (Mengenal Allah) Mengetahui dan mempercayai dengan yakin
tentang wujudnya Allah sebagai penciptanya dan
pentadbir seluruh alam yang bersifat dengan
sifat kesempurnaan.
Tauhid ar-Rububiyah Beriman dan beriktikad bahawa Allah sahaja
yang memiliki, mencipta, mentadbir alam dan
seluruh makhluk.
Tauhid al-Uluhiyah Beriman dan mempercayai bahawa Allah adalah
Tuhan yang berhak disembah dan dipatuhi.
Tauhid al-Asma was-Sifat Mempercayai bahawa Allah mempunyai segala
kesempurnaan dan bersih daripada sifat-sifat
kekurangan serta sifat-sifat yang tidak layak
baginya.
Taklid Menerima atau mengambil pendapat orang lain
tanpa mengetahui hujahnya dari al-Quran atau
sunah Rasulullah s.a.w.
Dalil Naqli Dalil dari al-Quran dan hadis.
Fitrah Sifat semulajadi yang dijadikan oleh Allah kepada
manusia.
Afalullah (Perbuatan Allah) Setiap kejadian yang berlaku di alam ini dengan
kehendak dan iradat Allah.
Afalul ibad (Perbuatan Manusia) Setiap perbuatan dan tindakan manusia
bergantung kepada usaha dan ikhtiar manusia
sendiri.
Ijbari Sesuatu perkara yang berlaku bukan atas pilihan
dan kehendak manusia sendiri.
Ikhtiari Sesuatu yang berlaku atas kemahuan, pilihan
dan kehendak manusia sendiri.
Qada Pelaksanaan ketentuan Allah sejak azali lagi
(seperti kejadian siang dan malam, hidup dan
mati manusia, matahati terbit dari sebelah timur
dan tenggelam di sebelah barat dan lain-lain).
Qadar Ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah
kepada makhluk sejak azali lagi (seperti ajal,
rezeki, dan buruk baik manusia).
Beriman dengan qada dan qadar Mempercayai dan berkeyakinan bahawa Allah
Taala berkuasa untuk menentukan dan
mengatur sesuatu yang ada di alam ini dengan
kebijaksaan dan kehendak-Nya.
Tawakal Menurut ahlus sunah wal jamaah Berserah
kepada Allah mengenai sesuatu urusan atau
perkara setelah melakukan usaha dan ikhtiar
dengan bersungguh-sungguh.
Ilmu Kalam/ Ilmu Tauhid/ Ilmu Akidah/ Ilmu Menurut Ibnu Khaldun Ilmu yang
Usuluddin membicarakan tentang alasan-alasan untuk
mempertahankan kepercayaan iman dengan
menggunakan akal fikiran dan bantahan
terhadap fahaman yang bertentangan dengan
aliran salaf dan ahlus sunah.
Ayat dan Hadis Mutasyabihat Nas-nas yang secara zahirnya boleh
menimbulkan kekeliruan terhadap sifat-sifat
Allah yang menyerupai makhluk.
Perundangan Islam Bahasa Jalan lurus yang menunjukkan manusia
kepada kebaikan.
Istilah Sesuatu yang disyariatkan oleh Allah
kepada hamba-Nya daripada akidah, ibadah,
akhlak, muamalat dan peraturan-peraturan
kehidupan untuk memberi kebahagiaan di dunia
dan di akhirat.
Keadilan Menurut Islam Meletakkan sesuatu pada
tempatnya.
Tabiin Mereka yang bertemu dan bersahabat dengan
sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. serta
meriwayatkan hadis daripadanya.
TabiI at-Tabiin Mereka yang bertemu dengan para tabiin,
meriwayatkan hadis daripada mereka serta mati
dalam Islam, bermula awal kurun kedua hingga
pertengahan kurun keempat.
Am Bahasa Menyeluruh, merangkumi berbagai
perkara sama ada lafaz dan lain-lainnya.
Istilah Lafaz yang digunakan untuk makna yang
umum dan merangkumi semua makna yang
sesuai baginya.
Khas Bahasa Khusus atau terhad.
Istilah Lafaz yang menunjukkan makna khusus
bagi sesuatu perkara sama ada nama khas
seperti Muhammad atau sesuatu jenis yang
tertentu seperti lelaki atau bilangan tertentu
satu, dua atau sebagainya.
Takhsis Membataskan sebahagian nas am dari hukum
am dengan dalil.
Mutlak Lafaz yang menunjukkan kepada sesuatu perkara
atau beberapa perkara yang tidak tertentu
dalam jenisnya serta tidak disertai dengan
pengikatnya.
Muqayyad Lafaz yang menunjukkan sesuatu perkara atau
beberapa perkara yang tidak tertentu di dalam
jenisnya tetapi disertai dengan sifat yang
mengikatnya.
Nasakh Bahasa Menghapuskan atau mengubah
Istilah Membatalkan sesuatu hukum syarak
dengan dalil syarak yang baru atau
menghapuskan hukum syarak yang telah sabit
dengan cara yang dikehendaki oleh syarak dalam
bentuk-bentuk yang tertentu.
Nasakh yang berganti Menasakhkan hukum yang lama dengan
menggantikan hukum yang baru sama ada
hukuman ganti itu lebih ringan, sama atau lebih
berat daripada hukum lama yang telah
dimansuhkan.
Nasakh yang tidak berganti Nasakh yang menghapuskan terus sesuatu
hukum tanpa diganti dengan apa-apa hukuman
yang lain.
As-Sufaha 1- Said bin Jubair Anak-anak yatim dan orang
yang tidak mempunyai keupayaan untuk
mentadbir.
2- Araj dari Mujahid Mereka dari kaum
perempuan.
3- Dari Mujahid dan Abi Malik Wanita dan
kanak-kanak yang masih kecil.
4- Abu Musa al-Asyari Sesiapa sahaja yang
tidak boleh mengurus dan perlu dijaga.
Amwalakum (bukannya amwalahum) 1- Menurut tafsir al-Qurtubi, harta tersebut
berada di tangan penjaganya dan mereka
mengawasi harta tersebut.
2- Dalam tafsir al-Munir , disandarkan harta
tersebut kepada penjaganya kerana beberapa
sebab seperti berikut :-
Harta anak yatim tersebut berada di
tangan mereka.
Sebagai galakan agar mereka memelihara harta
tersebut sebagaimana mereka memelihara harta
mereka sendiri.
Peperangan Bahasa Pertempuran dengan senjata antara
satu negeri dengan negeri yang lain.
Istilah Menurut Doktor Wahbah az-Zuhaili,
ialah memerangi orang kafir untuk
mempertahankan Islam.
Perdamaian Rundingan antara dua pihak yang membawa
kepada keamanan.
Arak Bahasa Dalam al-Quran, arak disebut sebagai
khamrun, berasal daripada khamara yang
bererti menutupi.
Istilah Setiap minuman yang memabukkan
hasil daripada perahan anggur dan lain-lain.
Zina Bahasa Persetubuhan haram.
Istilah Perhubungan seks haram antara
lelaki dan perempuan tanpa ikatan
perkahwinan yang sah.
Muhsan Penzina yang sudah berkahwin.
Ghairul Muhsan Penzina yang belum berkahwin.
Waqaf Bahasa Seerti dengan habbasa yang
bermaksud menahan sesuatu.
Istilah Menahan harta yang kekal bentuknya
(zatnya) yang manfaatnya dapat digunakan
untuk kebaikan.
Perkahwinan Bahasa Dalam bahasa Arab ialah nikah yang
bermaksud himpun atau cantum.
Istilah syarak Akad yang menghalalkan
persetubuhan antara lelaki dan perempuan
mengikut syarat yang tertentu.
Wali Mujbir Orang yang berhak mengahwinkan perempuan
yang masih gadis tanpa perlu meminta
keizinannya. (Terdiri daripada bapa dan datuk)
Wali Aqrab Wali yang hampir dengan perempuan atau isteri
seperti datuk sebelah bapa, bapa dan saudara
lelaki.
Wali Abad Wali yang dijauh iaitu wali selain daripada bapa,
datuk sebelah bapa dan saudara lelaki dalam
susunan wali.
Wali Hakim Sultan atau orang yang telah dilantik oleh sultan
seperti kadi.
Meminang Menzahirkan keinginan seorang lelaki untuk
berkahwin dengan seorang perempuan dengan
memberitahu hasrat itu kepada perempuan
tersebut atau walinya, sama ada secara langsung
atau perantaraan orang lain.
Mahar Pemberian wajib daripada suami kepada
isterinya disebabkan akad nikah.
Mahar Mislu Kadar yang ditentukan mengikut kadar mahar
saudara-saudara perempuan pihak isteri yang
telah berkahwin.
Mahar Musamma Mahar yang disebut dalam akad yang ditentukan
kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-kedua
pihak.
Walimah Bahasa Berkumpul.
Istilah syarak Jamuan atau kenduri yang
diadakan sempena majlis perkahwina bertujuan
memberitahu orang ramai tentang perkahwinan
tersebut.
Nafkah Bahasa Mengeluarkan sesuatu untuk kebaikan.
Istilah Memberi perbelanjaan kepada orang-
orang dibawah tanggungannya seperti makan,
minum, pakaian, dan tempat tinggal yang sesuai
dan secukupnya.
Mutah Bahasa Sesuatu yang menggembirakan.
Istilah syarak Harta yang wajib dibayar oleh
suami kepada isteri yang telah diceraikan atas
kehendak suami dengan syarat yang tertentu.
Hadhanah Bahasa Himpunan
Istilah Menjaga kanak-kanak yang belum
mumaiyiz bagi sesiapa yang berhak menjaganya
dengan mendidik, mengasuh dan mengurus
dirinya hingga mumaiyiz.
Talak Bahasa Melepaskan ikatan dan
membebaskannya.
Istilah syarak Membatalkan atau melepaskan
ikatan akad perkahwinan dengan menggunakan
perkataan talak (cerai) dan seumpamanya.
Talak Rujie Talak satu dan talak dua.
Talak Bain Sughra Talak yang telah tamat tempoh iddah dan talak
isteri yang belum disetubuhi.
Talak Bain Kubra Suami yang mentalak isterinya (dengan talak
tiga) dan tidak boleh kembali lagi kepada
isterinya kecuali setelah wanita tersebut
berkahwin denga lelaki lain dan disetubuhi,
kemudian dia bercerai dan tamat iddahnya.
Lafaz sarih Lafaz yang jelas pada zahirnya membawa erti
talak, seperti kata suami kepada isterinya Aku
mentalakkan kamu atau aku menceraikan
kamu.
Lafaz Kinayah Lafaz atau kata-kata yang boleh membawa erti
talak atau bukan talak, seperti kata suami
Pergilah engkau dari rumah ini atau Pergilah
engkau kepada keluarga engkau. Lafaz kinayah
tidak sah kecuali disertai dengan niat cerai.
Rujuk Bahasa Kembali.
Istilah syarak Suami mengembalikan isteri yang
ditalak dengan talak rujie kepadanya ketika
isteri masih dalam iddah tanpa memerlukan
akad yang baru.
Iddah Bahasa Tempoh quru(suci) dan bilangan bulan.
Istilah syarak Tempoh menunggu bagi seorang
isteri untuk mengetahui kesucian rahimnya,
mematuhi perintah Allah dan berdukacita atas
kematian suaminya.
Fasakh Bahasa Batal
Istilah syarak Membatalkan akad perkahwinan
dengan sebab-sebab tertentu melalui kuasa
hakim atas permintaan isteri mahu pun suami.
Khulu Bahasa Cabut atau tanggal.
Istilah Perpisahan antara suami isteri dengan
bayaran (tukaran) tertentu kepada suami melalui
lafaz talak atau khulu.
Nusyuz Bahasa Derhaka atau tidak taat.
Istilah Seorang isteri yang menderhaka
terhadap suaminya dan mengabaikan kewajipan
yang telah ditentukan oleh Allah iaitu mentaati
suaminya.
Zihar Bahasa Berasal daripada perkataan az-Zahru
bermaksud belakang.
Istilah Seseorang suami menyamakan isterinya
dengan perempuan yang diharamkan kahwin
dengannya selama-lamanya, seperti ibu dan
saudaranya.
Poligami Seseorang lelaki yang berkahwin lebih daripada
satu dalam satu masa.
Kehakiman (al-Qadha) Bahasa Memerintahkan, menghukumkan,
menyempurnakan, menunaikan, menyelesaikan,
mewajibkan dan memutuskan.
Istilah Menyelesaikan pertikaian dan tuntutan
antara dua pihak atau lebih melalui proses
undang-undang berdasarkan hukum syarak.
Jenayah Bahasa Dosa atau maksiat.
Istilah:
Makna Khas Larangan syarak yang ditetapkan
oleh Allah dengan pembalasan had atau takzir
sama ada melakukan perkara tegahan atau
meninggalkan perkara yang disuruh.
Makna Am Satu pencerobohan yang ditujukan
terhadap nyawa, pancaindera atau anggota
manusia seperti pembunuhan, kelukaan, pukulan
dan lain-lain.
Qisas Bahasa Perturutan kesan atau bersamaan.
Istilah Mengenakan hukuman yang sama
dengan jenayah yang dilakukan terhadap orang
lain yang melibatkan fizikal sama ada perbuatan
membunuh atau lain-lain daripada perkara-
perkara yang mencederakan jasmani.
Hudud Bahasa Halangan
Istilah (Menurut Jumhur Ulama) Hukuman
yang ditentukan kadarnya oleh syarak sama ada
menjadi hak Allah atau hak manusia.
Berzina Melakukan hubungan seks antara lelaki dan
perempuan tanpa akad perkahwinan yang sah.
Qazaf Membuat tuduhan zina ke atas seorang yang
baik atau menafikan nasab keturunan.
Mencuri Mengambil harta orang lain tanpa pengetahuan
dan keizinan pemiliknya.
Hirabah (Merompak atau Menyamun) Tindakan mengganggu laluan orang ramai
dengan tujuan mengambil harta secara
kekerasan sama ada dilakukan oleh satu
kumpulan atau individu.
Bughah (Pemberontak) Penderhakaan dan penentangan satu kumpulan
terhadap pemerintah yang sah dan adil dengan
menggunakan kekuatan dan kekerasan serta
berniat jahat.
Murtad Keluar daripada Islam.
Takzir Bahasa Halangan, pencegahan atau
pertolongan.
Istilah Hukuman terhadap perbuatan maksiat
atau jenayah yang tidak ditentukan kadarnya
oleh syarak sama ada ia merupakan hak Allah
atau hak manusia.
Pengampunan Menurut ash-ShafiIe Melepaskan qisas dengan
percuma atau dengan bayaran diat.
Ikrar Pemberitahuan tentang hak orang lain ke atas
dirinya.
Syahadah atau Kesaksian Keterangan benar melalui penglihatan,
pendengaran atau pancaindera yang lain.
Qarinah Fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang
lain dalam sesuatu kes.
Sumpah (al-Yamin) Salah satu pihak yang bertikai mengukuhkan
pemberitahuan dengan menyebut nama Allah
atau sifat-sifat-Nya.
Pencegahan Umum Mencegah orang ramai daripada melakukan
jenayah.
Pencegahan Khusus Mencegah Penjenayah daripada mengulangi
kesalahan.

Anda mungkin juga menyukai