Anda di halaman 1dari 50

Usul Fiqh

Usul Fiqh

Bahasa
Usul

Bahasa Istilah

Apa yang dibina di


Asas
atasnya
Usul Fiqh

Usul Fiqh

Bahasa Istilah Bahasa Istilah

Dalil Mengetahui Pengetahuan


Apa tentang
yang Kaedah Memahami hukum-hukum
dibina di syarak, yang
atasnya berkaitan
Rajih
dengan
perbuatan
Apa yang dibina di atasnya mukallaf, yang
diambil
daripada dalil-
dalil yang
terperinci.
DEFINASI USUL FIQH
Sebagai Suatu Ilmu

Ulamak mazhab Shafi’e: Pengetahuan tentang dalil-


dalil fiqh secara global/universal dan cara-cara
mengeluarkan hukum darinya dan keadaan
mereka-mereka yang mengambil faedah darinya.

Contoh: Suruhan itu mesti


dilakukan, tegahan itu mesti
ditinggalkan.
DEFINASI USUL FIQH
Sebagai Suatu Ilmu

Ulamak mazhab Hanafi: Suatu kaedah


yang digunakan sebagai alat
untuk mengeluarkan hukum praktikal
Kaedah
yang bersumberkan dalil qat’i dan
zonni.
Keluar
hukum
praktikal
Sumber
Dalil : Qat’i
& Zonni
SEJARAH USUL FIQH
1. Zaman Rasulullah S.A.W
Wasiat nabi kepada Muaz yg diutuskan
ke Yaman : Al-Quran, Sunnah dan
Ijtihad
Bagaimanakah nanti engkau akan memutuskan hukum apabila dibawa
Kepada engkau sesuatu permasalahan? Muaz menjawab “saya akan
memutuskan hukum berdasarkan Kitab Allah”

Nabi bertanya lagi, “Sekiranya kamu tidak dapati dalam Kitab Allah?”
Jawab Muaz “Saya akan memutuskan berdasarkan sunnah Rasul-Nya”

Tanya Nabi lagi “Sekiranya engkau tidak menemuinya dalam Sunnah?”


Muaz menjawab “Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan
perkara tersebut.

Nabi pun menepuk dada sambil bersabda “Segala puji bagi Allah
yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah
ke arah sesuatu yang diredhai oleh Rasullullah. (Ahmad dan Abu Daud)
SEJARAH USUL FIQH
2. Zaman Sahabat
Kisah pengumpulan Al-Quran hasil
dari ijtihad Umar untuk
kemaslahatan umat islam.

b) Penambahan hukum sebat dari 40 hingga ke 80


sebatan bagi peminum arak.
Qiyas atau Sadd al-zaraa’i.
Tujuannya : mengelak bahaya
dan kemudharatan
SEJARAH USUL FIQH
3. Kurun kedua oleh Imam Muhammad Bin Idris
Ash-Syafi’e dengan kitabnya yang bernama Ar-
Risalah. Kandungannya :-

a. Ayat-ayat Al-Quran dan keterangan hukum


b. Nas nasikh dan mansukh
c. As-Sunnah dan kedudukannya
d. Berhujjah dengan Hadis Ahad
e. Ijtihad
f. Ijmak ulamak
g. Qiyas.
SKOP PERBAHASAN USUL FIQH
 Membahaskan tentang dalil hukum
samada yang disepakati atau tidak.

 Mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil


serta beramal dengannya.

 Membahaskan tentang kaedah-kaedah


yang umum.
FAEDAH MEMPELAJARINYA
 Untuk mengetahui cara ulamak dan mujtahid mengeluarkan
hukum.

 Untuk mengetahui bagaimana ulamak dan Mujtahid


menggunakan ilmu usul fiqh dalam menetapkan hukum bagi
sesuatu masalah.

 Mengetahui hukum syarak yang telah dikeluarkan oleh para


mujtahid, dan sebab perselisihan para mujtahid dalam
menetapkan satu hukum.

 Dapat mengeluarkan hukum baru daripada dalil-dalil.

 Usul fiqh sebagai landasan dan panduan untuk memudahkan


Ulamak menetapkan sesuatu hukum.
HUKUM SYARAK

Hukum Mahkum
Mahkum
Hakim Fih
Khitab ‘Alaihi
Allah Perbuatan
Allah Mukallaf
Mukallaf
HAKIM
 Hakim : Yang mana sesuatu hukum itu datang
daripadanya.
 Allah
 Rasul-rasul sebagai perantara sahaja.
 Oleh itu Allah mengutus Rasul-rasulNya untuk
memberitahu manusia tentang hukum2 Allah,
supaya manusia ini tahu mengenainya.
HUKUM
 Bahasa: menetapkan sesuatu terhadap
sesuatu.

 Istilah: Khitab Allah yang berkaitan dengan


perbuatan mukallaf sama ada secara
tuntutan atau pilihan atau secara wad’i.
HUKUM
 Istilah: Khitab Allah yang berkaitan dengan
perbuatan mukallaf sama ada secara tuntutan
atau pilihan atau secara wadi’.

 Huraian pengertian:
Khitab Allah: KalamNya yang dapat difahami dan diambil
dari Quran, Sunnah, Ijmak, dll.
Perbuatan : apa sahaja yang dikira perbuatan secara
zahir atau batin.
Mukallaf: cukup umur, berakal dan sampai seruan Islam.
Tuntutan: tuntutan supaya melakukan dan tuntutan
supaya meninggalkan.
Khitab Allah berkaitan dengan perbuatan mukallaf.

Tidak termasuk dalam hukum jika Khitab Allah seperti


berikut:-

1) Khitab dengan Zat Allah semata-mata. Contoh:


terjemahan Surah Al-Imran ayat 18: “Allah menyaksi
bahawasanya tidak ada tuhan melainkanNya.”

2) Khitab terhadap benda jamad atau tidak bernyawa.


Contoh terjemahan Surah Al-Kahfi ayat 47: “ dan (ingatlah)
hari kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang..”

3) Khitab terhadap zat Mukallaf. Contoh: terjemahan Surah


Taha ayat 55 :” Dari bumilah kami ciptakan kamu…”
CARA MENGETAHUI HUKUM

 Jumhur Ulamak : Dalil-dalil syarak

 Golongan Muktazilah dan Syiah : Akal


CARA MENGETAHUI HUKUM
 Jumhur Ulamak berpendapat bahawa untuk mengetahui
sesuatu hukum mestilah melalui dalil-dalil syarak, bukan
dengan akal. Akal itu hanya alat untuk memahami dalil-
dalil yang menjelaskan hukum tersebut. Dan ini ialah
pendapat yang paling kuat.

 Golongan Muktazilah dan Syiah berpendapat bahawa


untuk mengetahui sesuatu hukum ialah melalui akal
sepenuhnya. Bagi mereka dalil-dalil syarak hanya
menguatkan lagi apa yang difahami oleh akal.
PEMBAHAGIAN HUKUM
HUKUM TAKLIFI HUKUM WAD’I
 IJAB  SEBAB
 NADBU  SYARAT
 TAHRIM  MANI’
 KARAHAH (TANZIH )  SAHIH
 IBAHAH  FASAD
 FARDHU  ‘AZIMAH
 KARAHAH TAHRIM  RUKHSAH
HUKUM TAKLIFI
PERBUATAN YANG BERKAIT DENGAN
HUKUM HUKUM

 IJAB  WAJIB/HUKUM WAJIB


 NADBU  MANDUB/HUKUM YANG
DISUNATKAN
 TAHRIM
 HARAM/HUKUM HARAM
 KARAHAH (TANZIH)
 MAKRUH/HUKUM MAKRUH TANZIH
 IBAHAH
 MUBAH/HUKUM YANG
 FARDHU
DIHARUSKAN
 KARAHAH TAHRIM
 HUKUM YANG DI FARDHUKAN
 HUKUM MAKRUH TAHRIM

JUMHUR ULAMAK MENGGUNAKAN AWAL 5 SAHAJA,


ULAMAK HANAFI MENGGUNAKAN KESEMUANYA.
HUKUM TAKLIFI (JUMHUR ULAMAK)
 Ijab: Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara
dengan tuntutan yang pasti.
ِ ‫علَ ْي ُك ُم‬
Contoh: Firman Allah ‫الصيَا ُم‬ َ ‫“ ُك ِت‬Diwajibkan keatas kamu berpuasa.”
َ ‫ب‬

 Nadbu: Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu tuntutan


dengan cara tidak pasti.

Contoh: Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila kamu
menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh hingga ke
suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis(hutang dan masa
bayarannya) itu”
 Tahrim: Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan
sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti.
ِ ‫ َوال ت َ ْق َربُوا‬: dan janganlah kamu mendekati zina.
Contoh: Firman Allah ‫الزنَا‬

 Karahah: Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan


sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tidak pasti.
Contoh: Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: jika satu daripada kamu memasuki
masjid, maka janganlah kamu duduk sebelum kamu solat 2 rakaat.

 Ibahah: Khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan


untuk melakukannya atau meninggalkannya.
ْ ‫ ُكلُ ْوا َوا‬: dan makanlah dan minumlah kamu.
Contoh: Firman Allah ‫ش َربُ ْوا‬
WAJIB
 Wajib = Fardhu bagi pendapat Jumhur Ulamak. Kecuali dalam bab
haji.

 Wajib: Sesuatu perbuatan yang akan diberi pahala apabila


dilakukan dan berdosa apabila ditinggalkan.

 Cara mengetahui Wajib:


1. Perbuatan suruhan. Contoh: َ ‫صالة‬
َّ ‫ أقِ ْي ُموا ال‬Dirikanlah solat.
2. Fi’il yang menunjukkan perbuatan wajib. Contoh: ‫الصيَا ُم‬ ِ ‫علَ ْي ُك ُم‬ َ ِ‫ُكت‬
َ ‫ب‬
Diwajibkan keatas kamu berpuasa.
3. Semua bentuk suruhan yang tidak ada hubungkait dengan hukum lain.
Mutlak
Masa Muwassa’
Muaqqat
Mudayyaq
Muhaddad
Kadar
Ghair
muhaddad
Wajib
Fardhu ‘ain
Mukallaf
Fardhu
kifayah

Muayyan

Perkara Murattab
Harus dilaksanakan kesemua
Mukhayyar
Tidak harus dilaksanakan kesemua
BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT MASA
 Wajib Mutlak: tuntutan wajib yg tidak ditetapkan
waktu tertentu,ia boleh ditunaikan bila-bila masa
sahaja. Contoh: membayar kaffarah.
 Wajib Muaqqat: tuntutan wajib yg ditetapkan
waktu tertentu untuk menunaikannya. Contoh: solat
5 waktu.
 Wajib Muwassa’: tuntutan wajib yg ditetapkan
dengan waktu yang luas. Contoh: solat zohor.
 Wajib Mudayyaq: tuntutan wajib yg ditetapkan
dengan tempoh masa yang terbatas. Contoh: puasa
bulan ramadan.
BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT KADAR
 Wajib Muhaddad: Wajib yg ditentukan kadarnya
dan tanggungjawab tidak akan terlepas, kecuali
ditunaikan mengikut cara yang ditetapkan oleh
syarak. Contoh: Solat lima waktu, tanggungjawab
akan terlepas apabila ditunaikan mengikut syarat,
rukun dan rakaatnya.

 Wajib Ghair Muhaddad: wajib yang tidak ditentu


kadarnya oleh syarak. Contoh: memberi makan
orang yang kebuluran, memberi sedekah kepada
fakir miskin jika dinazarkan.
BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT MUKALLAF
 Fardhu ‘Ain: Kewajipan yang diwajibkan terhadap
setiap individu yang mukallaf. Contoh: Solat 5
waktu, Zakat, Puasa bulan Ramadhan, belajar Al-
Quran.

 Fardhu Kifayah: Kewajipan yang dikenakan


terhadap seluruh mukallaf, dimana seandainya ada
diantara mereka yang telah melaksanakannya, maka
mukallaf yang lain terlepas dari tanggungjawab
tersebut. Sekiranya tiada siapa yg melaksanakannya
maka semua berdosa. Contoh menguruskan
jenazah.
BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT PERKARA
 1)Wajib Muayyan: Sesuatu perkara yang telah ditentukan supaya
melaksanakannya, tanpa ada pilihan,melainkan dengan melaksanakan
perkara yang ditentukan itu. Contoh: Puasa, Solat 5 waktu.

 2)Wajib Murattab: Sesuatu perkara yang telah ditentukan supaya


melaksanakannya berdasarkan tertib. Contoh: kaffarah bagi suami
isteri yg bersetubuh disiang bulan ramadan: hendaklah
memerdekakan hamba,jika tidak ada maka puasa 2 bulan berturut,
jika tidak mampu beri makan kepada 60 orang miskin.
BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT PERKARA

 3)Wajib Mukhayyar: perkara yang dituntut oleh syarak supaya


dilaksanakannya dengan memilih salah satu daripadanya.
Contoh:Menunaikan kaffarah sumpah: iaitu boleh memilih diantara
memberi makan 10 orang miskin atau memberi pakaian kepada mereka
atau membebaskan hamba. Wajib mukhayyar terbahagi kepada:

 a)yg harus dilaksanakan kesemua: mukallaf harus melaksanakan


kesemua perkara yang diberi pilihan itu dan pahala akan dinilai
berdasarkan apa yang dilakukan.
 b)yg tidak harus dilaksanakan kesemua, mukallaf harus memilih salah satu
dari pilihan yang diberikan. Contoh: memilih seorang sahaja untuk menjadi
imam besar.
MANDUB
 Mandub = Sunat, Nafal, Tatawwu’, dan Mustahab.
 Mandub: sesuatu perbuatan yang diberi pahala apabila
melakukannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya. Contoh:
solat terawih.

 Cara mengetahui Mandub:


1) Dengan Kezahiran dalil itu sendiri. Contoh: Mandi Jumaat.
2) Suruhan yang tiada ancamannya. Contoh: Siwak.
3) Suruhan yang tidak mewajibkan. Contoh: Penulisan Hutang.
PEMBAHAGIAN SUNAT
 Sunat Muakkad: sesuatu amalan Sunat yg nabi selalu
melakukannya. Bagi siapa yg meninggalkannya tidak berdosa
tetapi berhak untuk dicela. Contoh: Solat berjemaah.

 Sunat Ghair Muakkad: sesuatu amalan sunat yg nabi tidak selalu


melaksanakannya. Contoh: bersedekah dan puasa Isnin dan
Khamis.

 Sunat Zawa’id: sesuatu amalan sunat yg mencontohi perbuatan


atau adab Rasullah S.A.W. Contoh: cara makan dan minum
(kehidupan harian)
HARAM
 Haram: sesuatu perbuatan yg diberikan pahala apabila menjauhinya dan
berdosa jika dilakukan. Contoh: mencuri, zina, minum arak dll.

 Cara mengetahui Haram:


1) Lafaz haram itu sendiri. Contoh: “Allah mengharamkan makan Riba’.”
baqarah:275
2) Arahan menjauhkan diri dari sesuatu. Contoh: “jauhilah perkataan-perkataan
dusta” haj:30.
3) Tegahan iaitu “janganlah…”. Contoh: “Janganlah kamu mendekati Zina.”
Isra’:32
4) Seksaan bagi yang melakukan. Contoh: potonglah tangan mereka-mereka yang
mencuri.
BAHAGIAN HARAM
 Haram Lizaatihi: sesuatu perkara yang diharamkan semenjak
semula jadi yang mana ia mengandungi kemudaratan dan kesan yang
tidak baik. Selain itu, pengharaman tersebut berlaku pada zat
perbuatan itu sendiri, bukan sebab lain. Contoh: mencuri dan
merompak.

 Haram Lighairihi: sesuatu perkara yang asalnya adalah dibolehkan


atau dituntut namun selepas itu terdapat sesuatu sebab yg
mengharamkannya. Contoh: puasa pada hari raya, jual beli ketika
sedang khutbah jumaat, sedangkan puasa itu dituntut, jual beli
dibolehkan. sebab ia menjadi haram ialah pada waktu yang salah.
MAKRUH/MUBAH
 Makruh: sesuatu perkara yang diberi pahala jika meninggalkannya dan
tidak berdosa jika melakukannya. Cerai, meninggalkan yang sunat. Cara
mengetahui makruh ialah:
1) Perbuatan itu digelarkan sebagai tidak-elok.
2) Larangan yg bukan menunjukkan haram.

 Mubah: Sesuatu perkara yang tidak diberi pahala atau dosa samaada
meningglakannya atau melakukannya.
cara mengetahui mubah ialah:
1) Perbuatan itu digelarkan halal atau mubah. Jual beli,makan
2) Dahulunya dilarang dan kemudian disuruh.memburu selepas bertahallul.
HUKUM TAKLIFI (MAZHAB HANAFI)
 Fardhu: Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu
perkara dengan tuntutan yang pasti melalui dalil
Qat’i(Quran,Hadis Mutawatir,Masyhur). Contoh: Rukun Islam.

 Ijab: Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu


perkara dengan tuntutan yang pasti melalui dalil Zanni(Hadis
Aahad,Qiyas). Contoh: membaca Al-Fatihah didalam solat.

 Nadbu.
 Ibahah.
 Tahrim: Khitab Allah yang meminta supaya
meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang
pasti melalui dalil Qat’i. Contoh: “Dan janganlah kamu
membunuh anak-anak kamu.” Al-Isra’:31

 Karahah Tahrim: Khitab Allah yang meminta supaya


meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang
pasti melalui dalil zanni. Contoh: “Janganlah kamu
bertunang atas tunangan org lain.” Hadis

 Karahah Tanzih.
PERBUATAN YANG BERKAIT DENGAN HUKUM

 Fardhu: Sesuatu perbuatan yang akan diberi pahala apabila dilakukan


dan berdosa apabila ditinggalkan. Mengingkarinya kafir.
 Wajib: Sama seperti diatas kecuali mengikarinya tidak kafir.
 Sunat.
 Haram: sesuatu perbuatan yg diberikan pahala apabila menjauhinya
dan berdosa jika dilakukan. Mengingkarinya kafir.
 Makruh tahrim: sama seperti diatas kecuali tidak mengkafirkan.
 Makruh tanzih.
 Mubah.
HUKUM WAD’I
(SESUATU YANG MENYEBABKAN ADA ATAU TIADANYA HUKUM TAKLIFI)
1) SEBAB
 Sebab : sifat yang pasti sebagai kaitan kepada adanya hukum. Oleh itu
dengan adanya sifat itu melazimkan adanya hukum, dan dengan tiadanya
sifat itu melazimkan tidak adanya hukum. Contoh: “..dan sesiapa diantara
kamu yang menyaksikan bulan, maka hendaklah ia berpuasa.” al-
baqarah:185

 Sebab dapat dibahagi kepada 3 bahagian:


1) Dari sudut kemampuan mukallaf
a) sebab yg mukallaf mampu melakukannya: perjalanan 2 marhalah
merupakan sebab diharuskan solat Qasar.
b)sebab yg mukallaf tidak mampu melakukannya: gelincir matahari
merupakan sebab wajib solat zohor.
2) Dari sudut keadaan
a)sebab hukum taklifi: masuk waktu merupakan sebab wajib solat.
b)sebab menetapkan hak milik atau halalnya sesuatu atau jatuh
kedua-duanya: beli sesuatu menjadikan sesuatu itu hak milik si
pembeli, menghadiahkannya maka hilanglah hak milik si
pemberi,akad perkahwinan menghalalkan pergaulan suami isteri,
talak pula menghilangkan penghalalan itu.

3) Dari sudut munasabah atau tidak dengan hukum.


a)sebab akal dapat memahami dengan jelas: orang yang mencuri
menyebabkan tangannya dipotong.
b)sebab yg akal tidak dapat memahami dengan jelas: masuk waktu
menyebabkan wajib solat.
2)SYARAT
 Syarat: sesuatu pembentukan hukum terikat pada kewujudannya dan
ia juga ialah sesuatu sifat yang melazimkan dengan tiadanya maka
tidak hukum atau sebab, sekiranya ada syarat, tidak semestinya ada
hukum atau sebab.

Contoh: berwuduk adalah syarat sah solat akan tetapi wuduk bukan
sebahagian dari solat. Sekiranya seorang itu tidak berwuduk solat
tidak akan terbentuk, tetapi tidak semestinya dengan berwuduk akan
terbentuk solat.
BAHAGIAN-BAHAGIAN SYARAT
Syarat dari sudut perkara yang Syarat dari sudut wadi’ah atau
menyempurnakan sumber.

 Syarat bagi hukum. Cukup haul  Syarat syar’i: sumber pensyaratannya


merupakan syarat wajib ialah syara’. Contoh: syarat berwuduk
menyempurnakan zakat. Jika tidak untuk solat.
cukup haul maka tidak wajib
mengeluarkan zakat.  Syarat ja’li: perkara yang mana
mukallaf menjadikan sebagai syarat.
 Syarat bagi sebab: penzina yang sudah Syarat talak yang dikeluarkan oleh
berkahwin merupakan syarat dan suami terhadap isterinya, jika ia
sebab dikenakan hukuman rejam. melakukan syarat itu maka jatuhlah
Membunuh dengan sengaja talak yang dikehendaki.
merupakan syarat dan sebab
dikenakan hukuman bunuh.
3)MANI’
 Mani’: sifat yang pasti,dengan adanya sifat ini semestinya tidak ada
hukum atau batalnya sebab. Contoh: haid.

 Bahagian-bahagian Mani’:
1) Penghalang hukum: sesuatu perkara dengan adanya mengakibatkan
tidak terbentuk hukum walaupun terdapat sebab dan cukup syarat.
Membunuh pewaris.

2) Penghalang sebab: sesuatu perkara dengan adanya mengakibatkan


tidak terbentuk sebab. Orang yang cukup nisab hartanya tetapi masih
berhutang menyebabkan penghalang sebab wajib zakat. Iaitu hutang
sebagai penghalang.
4)SAHIH(SAH) / 5)FASAD(BATAL)
 Sah: sesuatu perbuatan yg telah dilakukan oleh mukallaf dgn cukup
syarat2 dan rukun2 yg diminta oleh syara’ (solat cukup syarat dan
rukun) (akad perkahwinan cukup syarat dan rukun)maka ianya dapat
mewujudkan kesan (bebas daripada tanggungjawab/dapat pahala) (halal
bergaul sebagai suami isteri).

 Imam Syafi’e:Batal=fasad: sesuatu perbuatan yang telah dilakukan oleh


mukallaf dengan syarat atau rukun yang tidak cukup (solat tak cukup
syarat dan rukun)maka ianya tidak menghasilkan kesan2.( belum bebas
daripada tanggungjawab)

 Ulamak hanafi: batal: yang kurang syaratnya. Fasid: yang kurang


rukunnya.
6)’AZIMAH/7)RUKHSAH
 Azimah dari sudut bahasa: Cita-cita atau azam yang kuat terhadap
sesuatu.
 Istilah: hukum2 yang disyariatkan oleh Allah semenjak awal lagi, iaitu
tidak pernah dinaskh,supaya ia menjadi undang2 umum bagi setiap
mukallaf di dalam semua keadaan. Rukun islam.
 Ulamak bersepakat: sesuatu hukum syarak yg semenjak mulanya tidak
ada rukhsah, tidak dinamakan ‘azimah.

 Rukhsah dari sudut bahasa: kemudahan dan keringanan.

 Istilah: sesuatu hukum syarak yang bercanggah dengan dalil disebabkan


terdapat keuzuran. Memakan bangkai dalam keadaan darurat.
SEBAB-SEBAB RUKHSAH
 Musafir. Jarak perjalanan melebihi 2 marhalah. Maka boleh Qasar
dan Jama’ solat.
 Sakit. Boleh solat sambil duduk, baring. Berbuka puasa.
 Paksaan yang membawa kemudharatan. Maka boleh dilakukan
yang dipaksanya.
 Lupa. Tidak batal puasa bagi siapa yang termakan sesuatu pada
siang hari bulan ramadhan.
 Kejahilan.
 Kekurangan. Kanak-kanak dan orang gila tidak dikenakan taklif.
 Perkara yg sukar dilakukan(umum al-balwa). Orang yg solat
menggunakan kain yg terkena percikan air dijalanan, maka sah dan
dimaafkan.
JENIS-JENIS RUKHSAH
 Membenarkan perkara haram
Membenarkan orang yang kehausan meminum minuman
haram dlm keadaan darurat.
 Menggugurkan kewajipan
Tidak wajib bagi musafir solat jumaat.
 Untuk menggantikan
Tayammum menggantikan Wudu’ ketika sakit atau tiada air.
 Untuk mengurangkan
Solat qasar bagi musafir.
 Untuk mengubah
Mengubah kedudukan solat ketika perang.
 Untuk dahulukan. Solat jamak taqdim untuk musafir.
 Untuk kemudiankan. Solat jamak ta’khir untuk
musafir.
BAHAGIAN-BAHAGIAN RUKHSAH
ULAMAK SYAFI’E DAN HAMBALI ULAMAK HANAFI
 Wajib dilakukan.Mewajibkan orang  Diharuskan melakukan perkara haram
yang dalam keadaan darurat dan tiada sewaktu darurat. Orang yang dipaksa
makanan lain memakan yang haram. melakukan perkara haram jika tidak nyawa
diancam maka diharuskan berbuat demikian.
 Sunat dilakukan.Musafir jarak 3
 Diharuskan Meninggalkan perkara
marhalah menqasarkan solatnya.
Wajib. Diharuskan meninggalkan puasa
 Harus dilakukan.Tempahan (salam) bagi orang sakit dan musafir.
kerana ia merupakan suatu keperluan
 Diharuskan menyalahi akad kerana
dan demi kemaslahatan. diperlukan oleh masyarakat. Tempahan
 Lebih baik ditinggalkan.(khilaf al- (salam) kerana ia merupakan suatu
aula) Berbuka bagi musafir yang keperluan.
sekiranya jika dia terus berpuasa tidak  Menghapuskan Syariat yang berat Umat
membawa bahaya kepada dirinya. dahulu. Cara Bertaubat umat dahulu ialah
 Makruh dilakukan. Qasar Solat bagi dengan membunuh diri dan umat ini tidak
musafir kurang 3 marhalah. begitu.
MAHKUM FIH/MAHKUM BIH
Mahkum Fih: perbuatan mukallaf yang mana ia berkait
dengan hukum syara’.
Syarat mahkum fih:
1)perbuatan yang ditaklifkan itu mesti diketahui oleh mukallaf
dengan jelas supaya ia sanggup dan dapat melaksanakannya
mengikut cara yang dituntut. Oleh itu jumhur ulamak
mengatakan:tidak ada alasan bagi mereka yg tinggal di negeri Islam
untuk tidak tahu tentang apa yang telah ditaklifkan pada mereka.
2)perbuatan yg ditaklifkan itu mestilah yang mampu dilakukan
oleh mukallaf.
MAHKUM ALAIH
 Mahkum alaih: Mukallaf.
 Syarat Mukallaf:
1) mukallaf mampu memahami dalil taklifi dengan sendiri atau
melalui perantaraan orang lain. Syara’ menetapkan mukallaf itu
seperti berikut: seorang yang sempurna akalnya. Bermimpi bagi
lelaki, haidh bagi perempuan iaitu baligh atau cukup umur. Oleh
itu orang gila, kanak2, orang yg tidur, lupa dan mabuk tidak
dikenakan taklif.
2)mempunyai keahlian: kelayakkan utk dibebani dan membuat
pilihan melaksanakan apa yg ditaklifkan atau tidak dengan
keredaannya.
BAHAGIAN KEAHLIAN

1) AHLIYAH AL-WUJUB: Kelayakkan menerima hak-hak


dan kewajipan-kewajipan.
a) Keahlian wajib naqisah: kelayakan untuk menerima hak-
hak yang tidak memerlukan qabul sahaja tanpa sebarang
kewajipan keatasnya. Contoh : pusaka dan wasiat.
b) Keahlian wajib kamilah: kelayakan utk menerima hak2 dan
memikul kewajipan. Walinya melaksanakan kewajipan
tertentu sebagai wakil. Contoh : zakat.
BAHAGIAN KEAHLIAN
2. AHLIYAH AL-ADAA’: Kelayakkan melaksanakan
perintah Allah dan diambil kira oleh syarak dan mempunyai
hukum.

a)Tiada atau hilang : kanak2 dan orang gila. Segala perbuatan mereka
tidak ada hukum, akad mereka batal. Sekiranya membuat kerosakkan
mereka dikenakan denda sahaja bukan hukuman terhadap dirinya.

b)Kurang : kanak2 mumayyiz yg belum baligh dan yg lemah akalnya.

Sekiranya perkara itu memberi faedah……


Sekiranya membawa bahaya…..
Bercampur kedua duanya……
c)Sempurna: baligh dan sempurna akalnya.

Anda mungkin juga menyukai