Anda di halaman 1dari 57

FAHAMKAH KITA HALAL, HARAM

DAN SYUBHAH?

OLEH :

HAJI MOHD AMRI BIN ABDULLAH


PEGAWAI KADER JAKIM DI KKM /
MODERATOR /PENGANALISIS MYHALAL TV1 /
PANEL Pakar industrI halal
PERUNDING LATIHAN ISLAM (MURABBI HALAL)
PENDAHULUAN

‫اَي َأُّيه اا النَّ ُاس ُ ُُكوا ِم َّما ِف أ َاْل أر ِض اح اَل اًل اط ِي ابا او اًل‬
ٌِ‫تات َّ ِب ُعوا خ ُُط او ِات ال َّش أي اط ِان اَّ َّ ُُ لا ُ أُ َا ُُو همب‬
Maksudnya:
‫ن‬
“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa-apa
yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-
langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
kamu yang nyata bagimu” (al-Baqarah: 168)

2
SUMBER RUJUKAN HUKUM

Al- Hadith / Ijma’ LAIN:


Qiyas Fiqh
Quran Sunnah (Fatwa)
Waqi’

3
ASAS ILMU SYARIAH

Hukum Syariah

Hukum Taklifi Hukum Wad’i


HUKUM TAKLIFI
Hukum Taklifi

Wajib Sunat Haram Makruh Mubah


Hukum Wad’i:
Hukum yang meletakkan sebab atau
HUKUM WAD’I syarat bagi sesuatu untuk
mengharuskannya atau melarangnya dan
ia merupakan sebab bagi musabbab.

Sebab: Halangan: Sesuatu Sah:


sesuatu yang ada hukum di Syarat: perkara yang menegah perbuatan yang cukup
sisinya., hukum tersebut tidak seseorang melakukan Batal:
Perkara yang diperlukan syarat-syarat dan rukun-
dihasilkan oleh sebab tetapi sesuatu perbuatan dan jika Perbuatan yang
kewujudannya untuk rukunnya mengikut
ada perkara lain yang sesuai sekiranya perkara yang merupakan ibadat atau
(munasabah) bagi hukum sesuatu perkara yang lain perhitungan atau
menegahkan itu ada, maka aqad yang tidak lulus dari
ataupun tidak sesuai. Contoh dan ia tidak termasuk dari tidaklah boleh dilakukan ketetapan syara’. Sah
sebab yang sesuai dengan sebahagian sesuatu yang sembelihan jika putus segi hukum syara’ atau
sesuatu perbuatan
hukum ialah mabuk (iskar). lain itu. Umpamanya urat-urat yang wajib sesuatu perbuatan yang
ituContohnya
Mabuk atau iskar adalah wudu’, masuk waktu solat ialah perempuan yang tidak cukup syarat-syarat
menjadi sebab kepada dan mengadap kiblat; dan rukun-rukunnya
pengharaman arak, kerana ia kedatangan haid atau nifas
adalah syarat sah solat menegahkannya sah solat mengikut perhitungan
membawa kepada hilang
sedangkan ia adalah diluar disebabkan adanya haid atau ketetapan syara’.
akal. dari sembahyang itu. dan nifas tersebut.

5
5 HUKUM DI DALAM FIQH ISLAM

Fiqh Islam menggariskan peraturan dan panduan


kepada tiap perbuatan dan kelakuan manusia. Ajaran
Islam meletakkan setiap perbuatan manusia di bawah 5
hukum:
Wajib
(Obligatory)
Mustahab
Mubah (Recommended)
(permissible)

Makruh
Haram (discourage
(prohibited or dislike)
or unlawful)
HALAL, HARAM & SYUBHAH

ُ ‫نب‬
‫ا َّن‬:"‫يقول‬ َّ ‫ل‬‫ا‬ ُ
‫مسعت‬ : ‫ل‬‫ا‬ ‫قا‬ ‫ام‬ ‫ن‬‫أ‬ ‫ع‬
‫ا‬ ‫للا‬
ُ ‫رض‬
‫ا‬ ِ ‫ي‬‫ر‬ ‫ش‬ ‫ب‬ ‫بن‬
ِ ‫عامن‬
ِ ‫ه‬ ‫ن‬‫ل‬‫ا‬ ‫ن‬‫ع‬ِ
‫ و ابينام أمور ُم أش ِتِبات ًل يعل ُم َّهن كثي‬,ٌ‫احلَل ال ِبٌ وا َّن احلرا ام ِب‬
ُِ ‫وعرض‬
ِ ُِ ‫ِبات ف اق ُِ اس ترب َأ دلين‬
ِ ‫ امف ِن ات اَّقى الش‬,‫ناس‬
ِ ‫ِم ان ال‬
Daripada Abi Abdillah Nu’man bin Basyir meriwayatkan bahawa beliau
telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Perkara halal adalah jelas
dan yang haram juga jelas. Bagaimana pun di antara keduanya terdapat
perkara yang tidak jelas (syubhah), yang mana ramai orang tidak
mengetahuinya. Maka sesiapa yang memelihara dirinya dari perkara
syubhah, maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya”.
(Riwayat: Bukhari dan Muslim).
7
HALAL, HARAM, MASBUH/SYUBHAH

❖Halal: Dari segi perkataan bermakna dibenarkan(lawful). Ia


merujuk kepada makanan/minuman yang diizinkan dan tidak
berdosa memakannya berdasarkan prinsip undang undang
Islam.

❖Haram: Dari segi perkataan bermaksud tidak dibenarkan


(unlawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang tidak
dibenarkan mengikut undang undang Islam.

❖Masbuh/Syubhah (suspect): bermaksud meragukan. Ia merujuk


kepada sesuatu pemakanan yang tidak jelas status hukumnya
apakah ia halal atau haram.

8
DEFINISI HALAL

Disimpulkan bahawa
perkataan halal
Skop dan ruang
Dr Yūsuf al-Qaraḍāwī Abdul Karim Zaidan adalah perkara yang
lingkup halal dan
mentakrifkan halal mentakrifkan halal dibenarkan oleh Allah
haram dalam Islam
sebagai sesuatu yang sebagai pilihan SWT bagi manusia
bukan hanya
dibolehkan atau kepada mukallaf bagi memakan,
perbincangan
perkara yang melakukan ataupun memanfaat, berurus
mengenai makanan,
diharuskan serta meninggalkannya niaga, mengguna,
minuman dan produk
perbuatan yang dengan merujuk memberi
gunaan, tetapi
dibenarkan oleh kepada segala sesuatu perkhidmatan dan
termasuk sistem
syarak, sudah terlepas yang diizinkan dan sebagainya. Dalam
kewangan, urusan
daripada ikatan atau dibenarkan menurut Islam, selagi mana
ekonomi dan segenap
simpulan bahaya hukum syarak. tiada bukti atau dalil
aspek kehidupan
yang menunjukkan
manusia.
sesuatu perkara
tersebut adalah
haram maka ia adalah
halal.
9
✓Al-Quran menggunakan dan mengulangi perkataan halal dalam
konteks yang berbeza lebih dari 60 kali yang didapati bertaburan
dalam surah-surah yang berlainan. Daripada jumlah tersebut
sebanyak 14 kali menyentuh mengenai perkara-perkara yang ada
kaitan dengan bab makan, minum dan sembelihan.

✓Ini dapat diperhatikan menerusi ayat-ayat dan surah-surah al-


Baqarah (2:168), al-Imran (3:93), an-Nisa’ (4:160), al-Maidah (5:1)
(5:5) (5:87) (5:88) (5:96), al-a’raf (7:157), al-Anfal (8:69) (16:114),
at-Tahrim (66:1) dan al-Hajj (22:30).

✓Penggunaan perkataan halal dalam al-Quran meliputi aspek


ibadah, muamalat, munakahat, makanan, minuman dan
sebagainya. Islam sangat menitikberatkan persoalan yang
berkaitan halal haram kerana perkara inilah yang membentuk
akhlak dan tingkahlaku seseorang itu.
10
HALALAN THOYYIBA
SYARIAH/ GMP/GHP/HAC AKHLAK/ETIKA/
CP/SAINS/ PENGURUSAN/
FATWA TEKNOLOGI AKTA

HALAL TOURISM?
HALAL MEDICAL TOURISM
MUSLIM FRIENDLY?
SYARIAH COMPLIANCE?
11
• Mengikut pandangan Wahbah al-Zuhayli, dimaksudkan
dengan ḥalālan ṭayyiban ialah makanan yang tidak
mengandungi unsur-unsur syubhah dan tidak berdosa
sekiranya diambil.

• Jika diteliti secara mendalam istilah atau ungkapan


ḥalālan ṭayyiban dan ṭayyibāt yang dinyatakan di dalam
al-Quran, terdapat 13 kali perkataan ṭayyib yang
digunakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran dengan uslub
atau pendekatan yang berbeza setiap ayat.

• Di dalam al-Quran sebanyak empat kali, iaitu dalam Surah


al-Baqarah: 168, al-Ma’idah: 88, al-Anfal: 69 dan al-Nahl:
114.
12
DEFINISI HARAM

Disimpulkan bahawa
Daripada sudut Yūsuf al-Qaraḍāwī haram boleh
bahasa, haram mengatakan haram ditakrifkan sebagai
bermaksud sesuatu ialah sesuatu perkara suatu perkara jijik dan
yang dilarang oleh Kamus Dewan Edisi
perkara yang tegah Keempat, haram keji yang dilarang oleh
oleh syariat Islam hukum syarak untuk syarak bagi
melakukannya dengan memberi makna
untuk melakukannya. hukum tegahan atau melakukannya dengan
Manakala perkataan tegahan yang pasti, nas dan dalil yang
sesiapa yang larangan dalam Islam
yang sama dengan yang dijanjikan pasti, ia tidak boleh
istilah haram ialah memungkirinya akan diubah dan berubah.
menerima balasan ganjaran pahala bagi
cegah, tegah, larang, orang yang Sesiapa yang
keji, buruk, maksiat, seksaan Allah SWT di melanggar arahan
akhirat nanti, dan mentaatinya dan
dosa dan seksaan berdosa bagi orang larangan ini pasti
yang membawa boleh juga tidak terlepas
mengakibatkan yang memungkirinya.
kepada pengertian daripada seksaan
haram seseorang itu Allah SWT di akhirat
menerima balasan kelak.
seksaan di dunia lagi

13
1. Haram dengan sendirinya (Haram li zatihi)
 arak,babi,darah,bangkai dan lain-lain

2. Haram disebabkan oleh perkara lain (Haram li Ghairihi)


Dilarang disebabkan perkara lain yang pada
asalnya halal tapi menjadi haram pada
situasi-situasi tertentu kerana faktor luaran
Cth: Memakan ayam adalah halal di sisi Islam
namun memakan ayam yang dicuri adalah
haram. Perkara yang asalnya halal menjadi haram
oleh kerana cara perolehannya haram iaitu
mencuri.
KAEDAH UMUM MENENTUKAN HALAL ATAU
HARAM
1. Setiap makanan yang tidak dimakan oleh orang Arab zaman
Nabi Muhammad saw dan menjijikkan adalah haram.
2. Semua haiwan dikategorikan sebagai bahimah al-an’aam
sama ada jinak atau liar adalah halal, seperti lembu,
kambing, rusa, kijang atau yang seumpamanya.
3. Semua haiwan buas yang mempunyai taring dan kuku tajam
yang digunakan untuk menyerang mangsanya adalah haram,
seperti harimau, singa, kera dan yang seumpamanya.
4. Setiap burung yang berkuku tajam dan kuat yang digunakan
untuk menangkap mangsa seperti burung helang, rajawali
dan seumpamanya adalah haram

15
5. Setiap haiwan yang digalakkan Rasulullah saw supaya dibunuh
adalah haram, seperti tikus, ular, kala jengking, burung helang
dan burung gagak serta haiwan yang terdapat padanya sengat
dan beracun.
6. Semua serangga dan binatang kecil yang dikategorikan sebagai
berjalan melata di bumi (hasyaraat al-ardhi) seperti semut,
lipas, lalat dan yang seumpamanya haram kerana ia
menjijikkan.
7. Haiwan yang dilahirkan dari kacukan binatang halal dan haram
adalah haram.
8. Haiwan halal yang disembelih tidak dengan nama Allah adalah
haram.
9. Haiwan laut yang hidup dalam air adalah halal. Binatang yang
hidup di darat dan di air adalah haram.
10. Setiap makanan dan minuman yang mengandungi racun atau
merbahaya kepada tubuh badan adalah haram. 16
11. Makanan yang bercampur najis atau benda haram dan tidak
boleh disucikan lagi adalah haram.
12. Benda-benda atau binatang yang telah dinaskan secara jelas
dalam al-Quran atau Hadis ia diharamkan seperti anjing, babi,
arak, bangkai, darah yang mengalir, binatang yang disembelih
selain dengan nama Allah, yang mati terjerut, yang terjatuh ke
dalam lubang dan yang seumpamanya.
13. Haiwan jallalah iaitu haiwan yang diberikan makanan yang
kotor dan najis.
14. Makanan halal yang bersentuhan dengan bahan-bahan yang
tidak halal maka tidak halal.
15. Sebarang cecair atau objek yang keluar dari rongga manusia
atau haiwan adalah haram seperti air kencing, darah, muntah
nanah, tahi dan uri.
17
16. Khamar dan makanan atau minuman atau apa-apa perkara
yang mengandungi atau yang dicampurkan dengan khamar
adalah haram.
17. “Hukum asal sesuatu benda adalah harus” selagi tiada nas
yang mengharamkannya. Ini bermaksud bahawa semua benda
yang ada di muka bumi ini adalah harus dan halal selagi tiada
nas yang mengharamkannya secara terperinci atau secara
umum.
18. "Tidak boleh memudaratkan dan tidak boleh membalas
mudarat dengan mudarat". Kaedah ini adalah berdasarkan nas
hadis Rasulullah SAW melalui riwayat Ibn Majah. Ia membawa
maksud setiap makanan hukumnya halal kecuali perkara yang
membawa mudarat adalah haram.

18
PRINSIP PEMAKANAN HALAL

Berdasarkan al Quran dan Sunnah didapati Islam


menyuruh manusia memakan
makanan/minuman/produk:

1. Halal (Ramuan, Peralatan, Penyimpanan,


Pengangkutan)
2. Baik
3. Berkualiti
4. Tidak membawa kemudharatan kepada
fungsi tubuh dan mental manusia
5. Makanan itu selari dengan keperluan fitrah
manusia.
ASAS PEMAKANAN HALAL

Terdapat 4 asas utama :


1. Sama ada makanan itu sendiri halal.
2. Sama ada makanan yang didapati adalah daripada
sumber yang halal.
3. Ramuan atau kandungan adalah selamat kepada
makanan tersebut.
4. Proses, penyimpanan, pembungkusannya tidak
bercampur dengan yang haram.
HIKMAH PEMAKANAN HALAL DALAM
KEHIDUPAN
• Makanan halal membina tubuh yang sejahtera. Dari tubuh
yang sejahtera itu akan lahirlah akal yang sejahtera. Sebagai
contoh, pensyariatan sembelihan haiwan adalah bagi
mengeluarkan darah yang merupakan media penyakit, virus,
bakteria, toksin dan sebagainya. Ini bermakna makanan halal
bukan sahaja selamat dimakan malah ianya menyumbang
kepada kesihatan tubuh badan.
• Makanan halal juga berperanan membentuk akhlak dan
peribadi muslim dan menjadi salah satu faktor termakbulnya
doa seorang hamba.
• Kepatuhan kepada perintah Allah dalam mencari yang halal
adalah salah satu bentuk ibadah kepada Allah s.w.t
DEFINISI NAJIS

• Anjing dan babi (khinzir) dan segala terbitan


daripadanya

• Makanan halal yang dicemari oleh bahan


yang tidak halal (haram)

• Makanan halal yang bersentuhan dengan


bahan-bahan yang tidak halal

22
• Sebarang cecair atau objek yang keluar dari
rongga manusia atau haiwan seperti air kencing,
darah, muntah, nanah, uri, tahi, sperma dan
ovum babi (khinzir) dan anjing kecuali sperma
dan ovum haiwan lain

• Bangkai haiwan atau haiwan halal yang tidak


disembelih mengikut Hukum Syarak

• Arak atau minuman atau makanan yang


dicampurkan dengan arak.

23
NAJIS YANG DISEPAKATI DALAM MAZHAB

1.Daging Babi
Najis ain (diri) yang telah ditetapkan dalam al-Quran. Daging,
bulu, tulang, kulit dan semuanya najis walaupun disembelih atau
disamak.
‫ُح ِر ام ۡت َالا ۡي ُ ُُ ألۡ ام ۡي ات ُة اوأدلَّ ُم اولا ۡح ُم ألۡ ِخ ِزني ِر او اما ٓ ُأ ِه َّل ِلغ ۡ ِاي أ َّ َِّلل ِب ُِۦ اوألۡ ُم ۡن اخ ِن اق ُة اوألۡ ام ۡوقُو اذ ُة‬
‫َك أل َّس ُب ُع ا ًَّل اما اذكَّ ۡي ُ ُۡت او اما ُذب اِح َا اَل ألنه ُص ِب‬ ‫اوألۡ ُم ا اَت ِدي ا ُة اوألنَّ ِطي اح ُة او اما ٓ َأ ا ا‬
‫ن‬
“Diharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi, binatang
yang disembelih tidak dengan nama Allah,mati tercekik,
dipukul, jatuh, berlaga, binatang yang telah dimakan
binatang buas kecuali yang dapat kamu sembelih dan
dilarang memakan binatang yang disembelih atas nama
berhala. “ (Al-Maidah 3) 24
PENGHARAMAN DAN KENAJISAN BABI
DAN KETURUNANNYA 25
Semua ulama’ bersepakat bahawa
keseluruhan seekor babi adalah
haram.

Bagaimanapun ulama’ berselisih


pendapat tentang pengharaman
anjing. Mengikut pendapat mazhab
syafie anjing adalah haram.

26
2.Darah.

Darah manusia (bukan mati syahid), darah binatang (bukan


binatang laut) yang mengalir sama ada hidup atau mati.

3.Air kencing, Muntah, dan tahi manusia.

Semua air kencing adalah najis kecuali kanak-kanak yang


menyusu. Termasuk air kencing binatang yang tidak dimakan
daging, tahi dan muntah binatang itu kecuali tahi burung, air
kencing tikus dan kelawar kerana amat sulit untuk dielakkan
ketika terbang.

27
4.Arak.
Semua jenis arak adalah najis

5.Nanah.
Sejenis darah rosak yang tidak bercampur dengan darah biasa. Ia
adalah najis kerana asalnya ia darah yang berubah. Jika sedikit ia
dimaafkan.

6.Air mazi dan wadi.


Mazi ialah cecair berwarna putih yang keluar tanpa membuak pada
saat memuncaknya nafsu seseorang atau ketika ia teringat
persetubuhan.
Wadi ialah air putih yang pekat yang keluar selepas air kencing atau
menanggung sesuatu yang berat. Ia najis kerana keluar bersama-
sam air kencing atau selepasnya maka ia sama hukumnya dengan air
kencing. 28
7.Daging bangkai binatang darat yang darahnya mengalir.

Semua bangkai selain bangkai manusia adalah najis kerana setiap


bahagian itu merupakan bahagian yang hidup (sebelum ia
menjadi bangkai)

8.Daging dan susu binatang yang tidak boleh dimakan.

Mengikut hukum dagingnya kerana susu itu berpunca dari daging.

9.Bahagian anggota yang terpisah.

Sabda Nabi s.a.w : “Mana-mana bahagian daripada badan


binatang yang terputus atau terpotong ketika ia masih hidup,
maka ia adalah dikira sebagai bangkai”. 29
ISU YANG DIPOTONG DARI
HAIWAN YANG HIDUP ADALAH
BANGKAI
Abu Waqid al-Laithi meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :

‫ما قطع من البهيمة وهي حية فهي ميتة‬


“apa-apa yang dipotong dari haiwan ternak ketika
hidupnya, maka ia adalah bangkai”.

Riwayat Turmuzi dan Abu Daud)


KULIT DARI BINATANG YANG HALAL

✓Kulit binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kerbau dan sebagainya
yang diambil semasa hidup adalah bangkai.

✓Kulit binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kerbau dan sebagainya
yang mati bukan melalui sembelihan mengikut hukum syarak adalah bangkai.
Namun kulit ini boleh disucikan dan dimanafaatkan dengan melakukan samak
keatasnya. Sabda Nabi s.a.w “Kenapa kamu tidak mengambil kulitnya dan
disamakkan?”

✓Kulit binatang yang halal dimakan dan diambil setelah mati kerana sembelih
mengikut hukum syarak adalah suci dan boleh dimanafaatkan tanpa perlu
menyamaknya.
KULIT DARI BINATANG YANG HARAM

❑Kulit binatang yang haram dimakan seperti buaya, singa, monyet dan
sebagainya adalah bangkai, samada ia diambil semasa ia hidup atau setelah
mati (samada ia disembelih mengikut hukum syarak atau tidak).

❑Namun kulit binatang yang tidak halal di makan boleh disucikan dan boleh
dimanafaatkan setelah di samak, kecuali kulit babi, anjing dan keturunan dari
keduanya.

❑Hadis : Sabda Nabi s.a.w “Apa jua kulit yang disamak, maka ia menjadi suci”

❑Kulit dari binatang dalam kategori najis mughallazah iaitu babi, anjing dan
keturunan dari keduanya adalah najis walaupun disamak dan ia tidak boleh
dimanafaatkan.
BULU DARI BINATANG YANG HALAL
• Bulu dari binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kerbau dan
sebagainya yang diambil semasa hidup adalah suci dan boleh dimanafaatkan.
• ٌ‫او ِم ۡن َأ ۡص اوا ِفهاا او َأ ۡو اَب ِر اها او َأ ۡش اع ِار اها ٓ َأثا ٰـ ً۬ثاا او امتا ٰـ اعا ا ا ٰل ِح ً۬ر‬
‫ن‬
“Dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-
binatang ternak itu, pelbagai perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu
menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (An-Nahl ayat 80).

• Bulu dari binatang yang halal dimakan dan diambil setelah mati kerana
sembelih mengikut hukum syarak adalah suci dan boleh dimanafaatkan.

• Bulu dari binatang yang halal dimakan yang diambil setelah mati tanpa
sembelihan yang menepati hukum syarak adalah najis dan tidak boleh
dimanafaatkan.
• Jika bulu binatang tersebut terpisah sesudah ia menjadi bangkai maka bulu binatang
berkenaan adalah najis. Adapun anggota yang lain selain bulunya jika di potong atau
dipisahkan dari badannya ketika binatang itu masih hidup ia dihukumkan sebagai
bangkai, sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada Abu Sa’id Al-Khudri
Radiallahuanhu yang maksudnya :
Bahawasanya Rasulullah saw pernah ditanya mengenai potongan bonggol-bonggol unta
dan ekor-ekor kambing. Baginda bersabda : “Apa yang dipotong daripada yang hidup
adalah bangkai.” (Hadis riwawat Al-Hakim)

Hadis ini ditakhshishkan oleh dalil Al-Quran yang telah disebutkan di atas di mana bulu
binatang yang halal dimakan itu jika terpisah ketika binatang itu hidup adalah suci .
Demikian juga halnya dengan anggota yang terpisah daripada manusia, ikan atau
belalang ia adalah suci.

• Jika dicabut bulu binatang yang halal dimakan ketika hidup sehingga tercabut bersama-
samanya akar bulu tersebut dan melekat padanya sesuatu yang basah daripada bulu itu
seperti darah atau sebagainya, maka bulu itu mutanajjis (yang terkena najis atau
bercampur najis). tetapi ia boleh menjadi suci jika dibersihkan. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab
Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).
BULU DARI BINATANG YANG HARAM

 Bulu dari binatang yang haram dimakan seperti


singa, monyet dan sebagainya adalah najis,
walaupun disamak, samada ia diambil semasa
ia hidup atau setelah mati. Samada ia
disembelih mengikut hukum syarak atau tidak.

 Bulu dari binatang dalam kategori najis


mughallazah adalah tidak suci walaupun
disamak dan ia tidak boleh dimanafaatkan
➢Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang
itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian,
tubuh badan dan tempat sembahyang.

Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis


pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah
kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu
yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia
dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap
najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh
ayat 1/175).
‫لا ايأْ ِت ا ٌَّ َا اَل النَّ ِاس از امان اًل يُ اب ِاِل الأ ام أر ُء ِب اما َأ اخ اذ الأ اما ال َأ ِم أن‬
‫اح اَل رل َأ أم ِم أن اح ارا رم‬
“Akan tiba satu zaman di mana seseorang itu tidak
menghiraukan dari mana datang hartanya; apakah
dari yang HALAL atau dari yang haram”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan an-Nasai dari Abu
Hurairah r.a.)

37
Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)

38
Hendaklah engkau menjaga perutmu dan memperbaikinya. Karena
adalah anggota tubuh yang paling berat, paling berbahaya dan paling
memerlukan pertolongan. Ia merupakan sumber dan tempat
penyimpanan seluruh makanan dan minuman. Ia memberikan
pengaruh yang kuat bagi anggota tubuh seperti kekuatan, kelemahan
dan hasrat dan bersetubuh. Oleh karena itu, hendaklah engkau
menjaganya dari yang diharamkan dan syubhat (hal yang diragukan
antara halal dan haram), sebagai langkah pertama. Kemudian
menjaganya dari kelebihan makanan dan minuman yang halal, sebagai
langkah kedua, apabila engkau ingin memiliki semangat dalam
beribadah kepada Allah. (IHYA’ ULUMUDDIN)

39
"Jika kita ingin anak-anak menjadi soleh, bijaksana
dan berguna, berilah mereka makan daripada
rezeki yang halal sejak dilahirkan. Makanan yang
halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh
menjadikan fikiran mereka cerdas dan pintar.
Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka kepada kita
jika diberikan makanan yang kotor.“(IHYA’
ULUMUDDIN)
40
PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA
ANAK-ANAKNYA

“Janganlah engkau makan sampai


kenyang yang berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya
bila makanan itu diberikan kepada
anjing sahaja.”

41
3. Pilihlah makanan
yang halal kerana ia
menjamin kesihatan
dan menyebabkan
syaitan gerun.

42
MAKBULKAH DOA KU….

Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


“Sesungguhnya Allah Taala itu baik, tidak menerima kecuali
yang baik-baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan
orang beriman sebagaimana dia memerintahkan para
RasulNya dengan firmanNya : “Wahai para Rasul makanlah
yang baik-baik dan beramal solehlah.” dan Allah berfirman;
“Wahai orang-orang beriman makanlah yang baik-baik dari
apa yang kami rezekikan kepada kamu.”

44
sambungan

Kemudian Rasulullah s.a.w menyebutkan ada seorang melakukan


perjalanan jauh dalam keadaan kusut dan berdebu. Dia
memanjatkan kedua tangannya ke langit dan berkata : Ya
Tuhanku, padahal makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan semuanya dipenuhi dari sesuatu yang
haram, maka bagaimana doanya akan dimakbulkan. (HR :
Muslim)

45
“Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat
dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barangsiapa yang banyak
makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.”
(HR Huzaifah).

Para Humaka’ ada berkata :


“Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat
dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit”

46
PRINSIP-PRINSIP HALAL DAN HARAM

Yūsuf al-Qaraḍāwī dalam kitab karangannya yang terkenal Al-


Halֿal wa Al-Harֿam fֿi al-Islֿam mengariskan 11 prinsip halal dan
haram dalam Islam seperti berikut:

1. Prinsip asas bagi semua perkara adalah haruskan.


2. Menjadikan sesuatu itu halal dan haram hanyalah hak Allah
SWT semata-mata.
3. Mengharamkan perkara yang halal dan menghalalkan
perkara yang haram adalah bersamaan dengan dosa syirik.
4. Pengharaman sesuatu perkara adalah kerana kekotoran dan
kemudaratan perkara itu.
5. Apa yang halal itu mencukupi dan apa yang haram itu
47
berlebihan.
6. Apa yang membawa kepada perkara haram, maka ia
dikira haram.
7. Membuat helah kepada sesuatu yang haram,
hukumnya adalah haram.
8. Niat yang baik tidak akan menjadikan perkara yang
haram sebagai halal.
9. Perkara yang meragukan (syubhah) hendaklah
dijauhi.
10.Perkara yang haram adalah untuk semua manusia
tanpa prejudis.
11.Keadaan darurat membolehkan manusia melakukan
perkara yang dilarang.
48
DEFINISI SERTU
Sertu bermaksud menyucikan sesuatu
daripada najis mughallazah iaitu anjing,
babi dan keturunannya. Najis
mughallazah hendaklah disuci dengan
membasuhnya menggunakan satu (1) kali
dengan air bercampur tanah dan diikuti
enam (6) kali dengan air bersih/mutlak.

49
SUMBER HUKUM SERTU

Persoalan hukum mengenai sertu dengan tanah pada tempat yang


terkena najis mughallazah telah dibincangkan oleh para fuqaha dalam
masalah taharah dan pembahagian najis. Sabda Nabi SAW:

‫ إِ اذا اولا اغ فِْي ِه‬،‫اح ِد ُك ْم‬


‫أ‬ ِ ‫ قال رسول هللا (ص) طُهور إَِن‬:‫عن أيب هريرة قال‬
‫ء‬
‫ُُ ا ا‬
)‫(رواه مسلم‬ . ِ ‫ُواله َّن ِِبلت ارا‬
‫أ‬ .‫ات‬
‫ر‬ ‫م‬ ‫ع‬ ‫ب‬‫س‬ ‫ه‬‫ل‬ ِ
َّ ‫ أا ْن يا ْغ ُ ا ْ ا ا‬،‫ب‬
‫س‬
ُ ‫ا‬ ُ ‫ال اك ْل‬
Maksudnya :

Bersihkanlah bekas makanan kamu yang telah dijilat anjing dengan


tujuh (7) kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah.

• Hadith Riwayat Muslim

50
GARIS PANDUAN SERTU MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM

51
SAMAK (TANNING) USING
CHEMICALS

SERTU – RITUAL CLEANSING


DEFINISI SAMAK
Samak dalam Bahasa Arab disebut sebagai
Dibagh. Ia bermaksud menyucikan kulit haiwan
yang boleh dimakan atau tidak, iaitu dengan
menghilangkan darah, daging dan semua yang
melekat pada kulit yang membusukkan jika tidak
dibuang, dengan suatu alat yang tajam seperti
tawas atau buah manjakani dan seumpamanya.

54
DALIL
• Sabda Rasulullah s.a.w:“Mana-mana kulit yang disamak,
maka ia menjadi bersih”. (HR Muslim.)

• Sabda Rasulullah s.a.w "Seorang hamba perempuan


bernama Maimunah telah disedekahkan dengan seekor
kambing, lalu kambing itu mati. Sesudah itu Rasulullah s.a.w.
melintasi tempat mereka dan baginda bersabda, “Kenapa
kamu tidak mengambil kulitnya, menyamaknya dan
menggunakannya?” Mereka menjawab,“Ia telah menjadi
bangkai.”Baginda menjawab “Sesungguhnya apa yang
diharamkan ialah memakannya”.(HR Bukhari dan Muslim.)

55
KESIMPULAN

✓ Untuk membentuk generasi bermaruah maka


makanan yang halal, berkualiti dan bernilai perlu
diutamakan.
✓ Baik dan buruk generasi kanak-kanak bergantung
pemilihan makanan oleh ibubapa.
✓ Membesar dengan makanan yang haram maka hidup
bertuankan nafsu.

✓Islam adalah cara hidup


56
USTAZ AMRI HALAL
PANEL PAKAR INDUSTRI HALAL
0133735293
irma_fizah@yahoo.com / m.amri@moh.gov.my

Page Ustaz Amri Halal Ustaz Amri Halal mohd_amrihalal

Anda mungkin juga menyukai