Anda di halaman 1dari 22

BBD 10102

FALSAFAH PENDIDIKAN

OLEH : DR HASHIMA BINTI HAMID


KANDUNGAN

Falsafah Pendidikan Guru


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif


dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara
serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.
‘Guru pada ketika yang sama ialah seorang pelajar. Ia
perlu sentiasa belajar untuk mempertingkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran bagi menjadi pendidik
yang profesional, cekap, berkesan dan humanistik.’

Sufean Hussein ( 1993 ),


Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem & Falsafah
Senario Perguruan di Malaysia
■ Profesion perguruan di malaysia amat unit kerana
terdapat pelbagai kategori jawatan guru, skim gaji
dan terdapat hampir 55 buah persatuan guru.

■ Ia berkaitan dengan kepelbagaian jenis dan aliran


sekolah dari zaman sebelum merdeka (1940-an),
zaman penyusunan (1960-an) malah berlarutan
sehinggalah kini.

■ Semasa pemerintahan Inggeris tidak terdapat skim


latihan guru yang seragam atau kriteria penetapan
kalayakan guru, contohnya guru-guru bagi Sekplah
Melayu rata-rata berkelayakan darjah 4 atau darjah 6
yang mendapat latihan dan ada yang tidak mendapat
latihan.
■ Guru-guru bagi Sekolah Cina dibawa masuk dari China, Hong
Kong atau Taiwan
■ Sekolah Tamil pula guru-gurunya dibawa masuk dari India.
■ Sekolah Agama Madrasah terdiri daripada ustaz dan alim ulama
yang mendapat pendidikan dari Madrasah Tinggi di Sumatera
serta Universiti di Timur Tengah.
■ Guru Sekolah Inggeris di bawa masuk dari England, India,
Singapura dan Hong Kong.

■ Kepelbagaian jenis sekolah dan cara pengambilan guru pada


zaman pemerintahan Inggeris telah menimbulkan kesulitan
sehingga kini khususnya dari segi penyelarasan kategori
perjawatan dan tangga gaji guru.

■ Beberapa suruhanjaya dibentuk bagi mengkaji dan menetapkan


kriteria penyelarasan perjawatan guru dan tangga gaji
antaranya Skim Gaji Suffian dan Skim Gaji Aziz (1976 – 1988).
Profesionalisme Guru
■ Konsep profesionalisme – fungsi pekerjaan, ia dianggap sebagai
nilai murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka
dengan penuh didikasi, tidak mementingkan diri atau suka
memilih pekerjaan.
■ Guru yang profesional memerlukan mutu personal yang sesuai
dengan tugas dan status guru. Antaranya meliputi sahsiah,
sikap, minat, kreativiti, kemahiran berkomunikasi, sifat-sifat
kepimpinan, pengetahuan am yang luas dan mempunyai
pencapaian yang istimewa.
■ Guru yang profesional merupakan guru yang didikasi –
mengambil berat tentang kemajuan murid-murid, tidak
mengabaikan murid-murid, ibu bapa, masyarakat, rakan sejawat
dan negara.
■ Terdapat beberapa perkara yang menghindari perguruan
mencapai status profesional antaranya ialah: bilangan ahli
terlalu ramai dan persatuan yang banyak, perkhidmatan sukar
diukur, autonomi yang terbatas dan latihan ikhtisas tidak
mencukupi.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (1982)

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif


dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara
serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.
DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN
GURU TERDAPAT BEBERAPA
TANGGUNGJAWAB

TERHADAP
PELAJAR
IBU BAPA

RAKAN SEJAWAT MASYARAKAT


& PROFESION & NEGARA
PERGURUAN
TANGGUNGJAWAB TERHADAP
PELAJAR
Utamakan kebajikan dan keselamatan pelajar

Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira


faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
sosial, keturunan atau agama.

Rahsiakan maklumat iktisas pelajar kecuali kepada mereka


yang berhak

Membimbing pelajar dalam bilik darjah tanpa sebarang


bayaran.

Menunjukkan cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku


yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas melalui


mesyuarat atau seminar supaya pengajaran guru
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
• Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap
anak-anak mereka.
• Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang
erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
• Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa
mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka
sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
• Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima
daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
• Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
• Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kaa-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA
• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun
bertentangan dengan Rukun Negara.
• Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua
dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
• Menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
• Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
• Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat
dan menjalani kehidupan guru sehari-hari dengan baik.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP
RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION
PERGURUAN
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan/ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar
atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan
maruah seseorang guru.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan


seorang guru.

Berusaha sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab guru dengan


rajin & bersungguh-sungguh & mengekalkan sejajar kemajuan
iktisas & sosial.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat guru terutamanya mereka


yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan.

Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion


perguruan.

Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.


Perpaduan Kebangsaan
■ Fikiran terbuka
■ Disiplin
■ Harmoni
■ Menyesuaikan diri
■ Sosial
■ Perikemanusiaan
Kebudayaan Kebangsaan

■ Peka
■ Etika
■ Moral
■ Berterima Kasih

■ Estetika
Saintifik dan Teknologi

■ Produktif
■ Progresif
■ Kemajuan
■ Inovatif

■ Kreatif
Perkembangan Individu

■ Perkembangan profesional
■ Perkembangan kognitif
■ Perkembangan fizikal
■ Perkembangan emosi
■ Perkembangan keagamaan
■ Perkembangan sosial
Strategi
■ Kurikulum
■ Kursus Asas
■ Kursus Profesional
■ Latihan Mengajar

■ Kokurikulum
■ Aktiviti kesukanan
■ Aktiviti kebudayaan
■ Mengelola
Peranan Guru

■ Guru sebagai perancang, fasilitator dan pengurus


pembelajaran.
■ Guru sebagai peyampai ilmu pengetahuan.
■ Guru sebagai pengembang dan pengukuh
penguasaan kemahiran.
■ Guru sebagai pembentuk akhlak
■ Guru sebagai pembimbing.
■ Guru sebagai contoh teladan / model
Guru Masa Kini
■ Keyakinan diri
■ Pandangan Luas
■ Banyak membaca
■ Bersosialisasi
■ Adakan lawatan & aktiviti tambahan
■ Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan

■ Tidak mementingkan diri sendiri


■ Tanggapan positif
■ Fikiran Tenteram
■ Pengetahuan dinamik
■ Berimaginasi
■ Rutin harian yang menarik
■ Mendapat kepuasan dari pekerjaannya
■ Sihat dan cergas
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai