Anda di halaman 1dari 20

Struktur Organisasi Sekolah

Tugas dan Tanggungjawab Guru


Jangkaan Guru
Ahli Kumpulan 5:
1) Lim Pei Pei
2) Tiong Chiew Kee
3) Alice Wong Ling Kee
Contoh Struktur Organisasi Sekolah
Tugas dan Tanggungjawab
Guru
Pengamalan Ilmu
Pengetahuan & Penerap Nilai Pakar Rujuk
Kemahiran

Mentor Penyelidik Agen Sosiolisasi

Pengurus Bilik
Pembina Negara
Agen Perubahan Darjah &
Bangsa
Pembelajaran
Pengamalan Ilmu Pengetahuan & Kemahiran

❖ Menyebarkan / menurunkan ilmu yg dimilikinya kepada orang


lain, khususnya murid-muridnya sendiri
❖ Menyebarkan disiplin ilmu yang ada padanya &
mengaplikasikan pengetahuan berhubung perkembangan &
psikologi murid-muridnya sama ada dari aspek kognitif, sosial
& fizikal mereka
❖ Menjadi pengamal teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
bagi memastikan ketekalnya sebagai pengamal ilmu
Penerap nilai

● Guru perlu menunjukkan perlakuan yang baik dalam segala


perkara dan perlakuan itu perlu seiring dengan pengajaran guru.

● Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni melalui


pengintegrasian nilai dalam kurikulum (nilai merentas kurikulum)
Pakar Rujuk

❖ Guru perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan


dan sentiasa berusaha mengemaskinikan ilmu dan kemahirannya
❖ Guru kerap menjadi pakar rujuk dalam hal-hal sosial dan
prospektus kerjaya kepada masyarakat sekeliling.
❖ Guru perlu mengemaskinikan ilmu pengetahuan terutama dalam
hal-hal yang berkaitan dengan pegetahuan am seperti dalam
bidang ekonomi, politik dan kemanusiaan serta perlu mampu
menunjukkan keupayaan dalam menangani isu perkembangan
teknologi(TMK/ICT)
Mentor

● Guru berperanan dalam meberikan bimbingan dan sokongan, menunjuk cara


serta memandu murid bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan
yang dihadapi oleh murid-muridnya.
● Menjadi model kepada perlakuan yang baik serta mengamalkan nilai-nilai
murni, berbudi bahasa, penyayang, mempunyai ketegasan dan falsafah yang
suci dan juga menjadi sumber maklumat.
● Di sekolah, guru yang berpengalaman juga berperanan sebagai mentor
kepada guru-guru baharu dan guru-guru pelatih yang datang untuk menjalani
praktikum.
Penyelidik

❖ peranan guru juga seharusnya mencakupi ke bidang-


bidang lain yang mencerminkan pemikiran reflektif, kritis
dan kreatif, ingin meneroka dan mencari bukti.
❖ guru mengesan dan mengenal pasti punca sesuatu
permasalahan yang melibatkan P&P serta disiplin pelajar.
Agen Sosiolisasi

❖ menjalinkan hubungan akrab antara guru dengan murid.


❖ agen sosiolisasi yang mendorong pada kewujudan suatu
hubungan kemanusiaan.
❖ melatih murid supaya mampu menyesuaikan diri dengan suasana
dan keadaan serta mematuhi peraturan hidup bermasyarakat.
❖ mampu menundukkan keinginan sendiri dan belajar memahami
dan menjaga perasaan orang lain serta menjauhi sikap
mementingkan diri sendiri.
❖ menjadi jurutera kemanusiaan dalam kehidupan bermasyarakat.
Agen Perubahan
❖ agen peaibahan yang diberi tanggungjawab untuk mengubah dan
membentuk muridnya agar menjadi seperti yang diinginkan oleh
kerajaan.
❖ bersikap positif dan terbuka untuk menambah pengetahuan dan
kemahiran
❖ guru hendaklah memperbaharui pendekatan dan strategi P&P
supaya seiring dengan perkembangan TMK.
❖ Pengajaran guru yang menonjolkan unsur -unsur pembangunan diri
melalui penggunaan teknologi perlu dimantapkan dengan
menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang mendorong ke arah
pemikiran kritis, kreatif dan inovatif demi membina masyarakat yang
berdaya cipta dan berdaya saing.
Pembina Negara Bangsa

❖ mencipta modal insan yang seimbang dalam aspek jasmani,


emosi, rohani dan intelek seperti yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
❖ unsur-unsur patriotik perlu digarap dalam P&P sepanjang masa
❖ nilai-nilai kehidupan masyarakat berbilang kaum dengan
mengamalkan perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama.
❖ Guru perlu merancang aktiviti yang menjurus ke arah
perpaduan kaum melalui aktiviti P&P serta aktiviti kokurikulum.
Pengurus Bilik Darjah & Pembelajaran

❖Mengawal disiplin murid.


❖Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
❖ Memastikan rutin bilik darjah berjalan lancar.
❖Memastikan keselamatan dan kebajikan murid.
❖Mengurus dan menyimpan rekod peribadi dan rekod prestasi
murid.
❖Mengurus bahan-bahan pengajaran dalam memastikan
penggunaan bahan yang sesuai dan berkesan kepada murid.
Jangkaan Guru
❏ Jangkaan guru merupakan harapan dan keinginannya yang sangat kuat
untuk memperoleh sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesutu
tugasan.
❏ Dalam profesion keguruan, jangkaan guru dapat dikelompokkan dalam
empat bentuk jangkaan, iaitu
I. jangkaan terhadap pelajar
II. jangkaan terhadap pengurus atau pentadbir
III. jangkaan terhadap ibu bapa dan komuniti
IV. jangkaan terhadap diri sendiri
Jangkaan Terhadap Pelajar
➔ Setiap kali melaksanakan P&P, guru mensasarkan harapannya agar
pengajarannya menepati hasil pembelajaran dan standard pencapaian murid
berada pada tahap yang diharapkan.
➔ Penentuan hasil pembelajaran merupakan jangkaan guru pada setiap kali
pengajaran dan guru akan berpuas hati sekiranya hasil pembelajaran
tercapai.
➔ Guru juga menjangkakan murid-muridnya memiliki tingkah laku dan akhlak
yang sempurna apabila muridnya dibimbing, diasuh dan diajar dengan
perkara-perkara yang baik.
Jangkaan Terhadap Pentadbir atau Pengurus Sekolah

➔ Setiap kerja yang dilaksanakan dengan sempurna dan cemerlang perlu diberi
pengiktirafan dan penghargaan. Faktor ini sangat penting sebagai memotivasikan
seseorang agar cemerlang dalam memikul tugas dan tanggungjawabnya.
➔ Jangkaan guru terhadap pentadbir atau pengurus sekolah ialah agar menghargai kerja
kuat dan usaha yang dijalankan. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah perlu bersikap adil
dan tidak bias atau berat sebelah apatah lagi mengamalkan dasar pilih kasih dalam
memberikan penilaian prestasi atau apa- apa sahaja penghargaan kepada guru-gurunya.
➔ Guru juga mempunyai jangkaan agar pihak atas dapat memimpin dengan penuh amanah,
berintegriti dan bersungguh-sungguh. Selain itu, guru mengharapkan pihak atasan
menjaga kebajikan guru-guru dengan sikap toleransi, memahami, penyayang, peka, baik
hati serta adil. langkaan terhadap pihak atasan ini adalah suatu dorongan kuat yang
mampu meningkatkan kualiti kerja.
Jangkaan Terhadap Ibu Bapa dan Komuniti

● Melalui PIBG, guru mengharapkan ibu bapa dan komuniti akan turut sama
membantu golongan guru dalam memastikan kejayaan anak-anak dalam semua
bidang.
● Guru juga mengharapkan ibu bapa turut serta mengawal tingkah laku murid,
memotivasikan murid dalam pembelajaran mereka, menghulurkan bantuan dan
memberikan sokongan moral dalam setiap projek dan aktiviti yang diadakan.
● Guru juga meletakkan jangkaan kepada pihak polis, RELA dan komuniti untuk
turut serta dalam mengawal dan menjaga keselamatan murid dan sekolah.
● Syarikat-syarikat swasta diharap dapat menghulurkan sumbangan bagi
menjayakan sesuatu program yang dirancangkan oleh pihak sekolah demi
kebaikan murid.
Jangkaan Terhadap Diri Sendiri

❖ bergantung kepada niat, hasrat dan impian yang ingin dicapai oleh
guru dalam tugas seharian mereka.
❖ Setelah bertugas beberapa tahun, guru berharap mereka diberikan
peluang untuk mengikuti kursus demi peningkatan profesionalisme
serta peluang untuk melanjutkan pelajaran. Jangkaan tersebut
❖ sepatutnya menjadi pendorong kepada guru untuk membuktikan
bahawa peluang berkursus dan peluang melanjutkan pelajaran
hingga ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah bertujuan meningkatkan
kualiti sistem pendidikan negara.
❖ Jangkaan terhadap laluan kerjaya dengan mengisi jawatan-jawatan
yang lebih tinggi grednya perlu diperoleh berdasarkan Key
Performance Indicator (KPI)
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai