Anda di halaman 1dari 11

AKIKAH

FEKAH
Konsep akikah Hikmah akikah

Perbezaan akikah
Hukum akikah
dan persamaan
antara korban dan
akikah

Rukun dan syarat


Amalan sunat
akikah
ketika
menyambut
kelahiran bayi
Pelaksanaan
Menyambut hari
akikah
lahir
Akikah ialah penyembelihan binatang al-anam yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang
baru dilahirkan.Ia dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah disamping untuk
mengisytiharkan kelahiran cahaya mata mereka. Akikah merupakan sunah Rasulullah seperti yang
diriwayatkan dalam hadis berikut:

Maksudnya : Daripada Samarod katanya : Rasulullah bersabda tentang akikah : Setiap kanak-kanak
bergantung pada akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, diberi nama dan dicukur
rambutnya.

Perkataan al-murtahi dalam hadis di atas memberi erti anak tersebut tidak memberi syafaat
kepada kedua ibu dan bapanya pada hari kiamat nanti jika ibu bapanya tidak melakukan akikah
untuknya.

MENU
Hukum melakukan akikah ialah sunat muakkad, meskipun bapa bayi itu dalam kesempitan.Rasulullah pernah
melakukan akikah dan demikian juga para sahabat baginda.

Maksudnya : Daripada Ibnu Abas radiallahuanhu katanya : Rasulullah telah melakukan akikah kepada Hasan dan Husin
dengan dua ekor kibash tiap-tiap seorang.

Berdasarkan hadis tersebut adalah afdal bagi ibu bapa yang berkemampuan melakukan akikah dengan dua ekor
kambing untuk seorang anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan.Sekiranya mereka kurang
berkemampuan memadai dengan seekor kambing sahaja untuk tiap-tiap seorang seperti yang dilakukan oleh
Rasulullah untuk Hasan dan Husin.

Seekor unta atau lembu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada untuk tujuan akikah sahaja atau sebahagian untuk
akikah dan sebahagian yang lain untuk tujuan penyembelihan biasa. Akikah tidak boleh dilakukan dengan
menggunakan wang kanak-kanak itu sendiri kerana ia adalah tabarruk berbentuk sedekah. Jika wang kanak-kanak itu
telah digunakan maka ia hendaklah diganti semula.

Tuntutan akikah ialah sehingga kanak-kanak itu baligh. Akikah juga sunat dilakukan untuk kanak-kanak yang telah
meninggal dunia.

MENU
RUKUN-RUKUN AKIKAH SYARAT-SYARAT AKIKAH

BINATANG AKIKAH SAMA SEPERTI BINATANG YANG


DIJADIKAN KORBAN

MASA AKIKAH IA BOLEH DILAKUKAN PADA BILA-BILA


MASA. SEBAIK-BAIKNYA SEMBELIHAN
AKIKAH DILAKUKAN PADA HARI
KETUJUH KELAHIRAN BAYI

ORANG YANG DITUNTUT MEMBUAT BAPA BAYI ADALAH AFDAL MELAKUKAN


AKIKAH AKIKAH

MENU
MASA : Akikah adalah afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi.Jika tidak boleh dilakukan pada hari tersebut,ia boleh
dilakukan pada hari keempat belas atau pada hari kedua puluh satu.Sekiranya akikah tidak dapat juga dilakukan pada hari-hari yang
berkenaan, ia bolehlah dilakukan pada hari-hari yang lain.

BINATANG : Jenis binatang yang boleh dibuat akikah ialah binatang al- anam sama seperti binatang yang boleh dibuat korban.
Demikian juga mengenai umur dan keadaan fizikal binatang-binatang tersebut.

PEMBAHAGIAN DAGING : Daging akikah sunat dimasak dengan masakan yang agak manis dan dibuat kenduri. Ini berbeza
dengan korban, dagingnya sunat diagih-agihkan dalam keadaan mentah.

Disunatkan juga supaya tidak mematahkan tulang binatang akikah kecuali pada sendirinya. Kaki binatang akikah sunat disedekahkan
kepada bidan yang menyambut bayi tersebut. Ini sesuai dengan saranan Rasulullah. Menurut riwayat daripada Al-Hakim, Saidatina
Fatimah melakukannya menurut perintah Rasulullah.Pada hari akikah itu juga disunatkan mencukur semua rambut bayi sama ada bayi
itu lelaki ataupun perempuan.Rambut yang dicukur itu hendaklah ditimbang dan ibu bapa disunatkan bersedekah dengan emas atau
perak seberat timbangan rambut bayi itu.Amalan in adalah menurut sunah Rasulullah.

Maksudnya : Daripada Saidina Ali bin Abi Talib katanya : Rasulullah telah melakukan akikah untuk Hasan dengan seekor
kambing.Baginda menyuruh Fatimah dengan berkata : Cukur dan timbanglah rambut Hasan dan brsedekahlah menurut beratnya
dengan perak.

MENU
1. Melahirkan kesyukuran kepada Allah atas kurniaan zuriyat yang diharap akan menyambung keturunan
disamping menurut sunah Rasulullah.

2. Mengeratkan silaturahim diantara keluarga bayi dengan jiran-jiran dam masyarakat setempat.

3. Mengalakkan orang yang mendapat cahaya mata untuk bersedekah.

4. Memberi penghayatan Islam sejak awal-awal lagi.

5. Sebagai pengumuman supaya masyarakat dapat menumpang gembira.

6. Dapat mengelakkan daripada timbulnya fitnah.

MENU
PERKARA KORBAN AKIKAH

MASA HARI RAYA HAJI DAN HARI-HARI BILA-BILA MASA


TASHRIK

TUJUAN MENGHAMPIRKAN DIRI KEPADA KESYUKURAN KERANA


ALLAH DAN MENGENANG KELAHIRAN ANAK
KEMBALI PERISTIWA
PERGORBANAN NABI IBRAHIM

HUKUM SUNAT MUAKKAD SUNAT MUAKKAD

PEMBAHAGIAN DAGING AFDAL DAGING MENTAH AFDAL DAGING YANG TELAH


DIMASAK

PENERIMA DAGING TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA
ORANG BUKAN ISLAM ORANG BUKAN ISLAM

BILANGAN BINATANG TIDAK DITUNTUT LELAKI DUA DAN PEREMPUAN


SATU BAHAGIAN

JENIS BINATANG BINATANG AL-ANAM BINATANG AL-ANAM MENU


1. Disunatkan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi yang dilahirkan. Amalan ini bertujuan
memperdengarkan kalimah-kalimah tauhid kepada bayi sebagai suara pertama yang masuk ke telinganya.Amalan
tersebut diharap akan memberi kesan yang mendalam jiwanya sebelum bayi itu dideahkan kepada suara-suara
yang lain.
2. Disunatkan melakukan takhnik iaitu membelah mulut bayi pada hari akikah dengan buah tamar atau yang
seumpamanya. Takhnik afdal dilakukan oleh seseorang yang soleh.
3. Disunatkan juga memberi nama kepada bayi dengan nama yang baik seperti yang terdapat dalam Asmaul-Husna
iaitu dengan menambah perkataan Abdul dipangkalnya, seperti Abdul Rahman, Abdullah dan lain-lain.Disunatkan
juga menamakan bayi dengan nama rasul dan nabi.Bayi perempuan pula sunat diberi nama dengan nama isteri-
isteri Rasulullah seperti Khadijah,Aisyah dan sebagainya.Begitu juga dengan nama anak perempuan baginda
seperti Fatimah,Zainab dan lain-lain.Disamping itu anak-anak yang telah meninggal dunia atau bayi yang gugur
dari kandungan juga sunat diberi nama masing-masing.Adalah makruh menamakan anak-anak mereka dengan
nama yang tidak baik, atau nama-nama yang tidak mempunyai makna-makna.Rasulullah pernah menukar nama
yang tidak baik kepada nama yang lebih baik.

MENU
Fenomena baru yang menjadi ikutan masyarakat di Malaysia sejak beberapa lama ialah menyambut
hari lahir.Mengadakan majlis yang sedemikian tidaklah salah selagi tidak ada acara-acara yang
bertentangan dengan syariat Islam.Antara cara yang boleh dibuat bagi menyambut hari lahir
mengikut Islam ialah mengadakan jamuan makan dan doa selamat.Ia hendaklah diadakan secara
sederhana, tidak membazir dan tidak melanggar adab pergaulan yang ditetapkan oleh syariat Islam.

Jika majlis itu dihidangkan dengan arak, diiringi dengan tari-menari serta berlaku pergaulan bebas
diantara lelaki dengan perempuan, maka ia adalah haram.Umat Islam sepatutnya tidak terikut-ikut
dengan budaya barat dalam menyambut sambutan hari lahir seperti amalan meniup lilin.

MENU
THE END

PRESENTED BY :

SYAZWINA NABILA
NUR MAISARAH
PUTERI NURIN EZZANY
NUR ALIYA

Anda mungkin juga menyukai